Friday, January 6, 2012

Blogger EELOBOR ~ Wakaf Che Yeh...

Assalamualaikum
JumAAt
06-01-2012


Dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu ke Ketereh, kami berhenti di pertengahan jalan semata-mata nak snap mercu tanda Wakaf Che Yeh yang semakin popular menjadi pusat kunjungan jika kita ke Kelantan. Tempat shopping! Kalu pegi malam nanti, harus tak nampak, so snap waktu siang.

Hari yang sama, tapi tudung bertukar. Cenderahati dari blogger ARIZAKIAH. Terus pakai melaram!

Masa snap snap ni, ada keta yang lalu-lalang siap hon pada kami. Hehehehe orang Kelate memang peramah eh?

Selepas maghrib kami berkunjung ke rumah blogger EELOBOR yang kebetulan juga pulang ke kampung halaman di Pintu Geng, tidak jauh dari Wakaf Che Yeh.



Abaikan seluar aku yang basah, kerana ujan sejak senja hingga ke tengah malam. Kami pergi juga ke rumah EELOBOR (dijemput di pertengahan jalan) kerana kesempatan begini mungkin tidak berulang di lain kali.


EELOBOR sekeluarga. Terimakasih menerima kunjungan kami.
(aku tak sepatutnya posing macam tuh.. uish)


Besar sungguh rasa hati kami, disambut mesra oleh Mamanya, dan anak isteri. Siap jamu Bihun Goreng yang enak masih panas dan Sata. Teh O sedap, kebetulan kami tiba dalam ujan.

Kemudian menyambung nak berkawad kaki di Wakaf Che Yeh. Tempat ni lebih kurang macam Uptown di KL. Meriah menjelang tengah hingga ke awal pagi. Tapi kami tak larat lah nak meronda di tengah malam, lagipun aku nak balik KL esok pagi, jadi nak tidor awal la konon.



Pertama kali tengok Buah Bidara. Adik beradik epal/lai rupanya. Manis macam epal gak. Tekstur sedikit kasar. Kami bercakap-cakap, apa kaitan Buah Bidara sebegini yang sering disebut dalam bidalan “Nasi Lemak Buah Bidara” itu.... hmmm?



Buah mata kucing tu memang terbaik lahhh...!


Kaftan moden berlabuci dan berlukis corak yang tidak sama dengan yang lainnya. Harga? Boleh tahan. RM200 ke atas.



Lebih kurang di pasar malam KL juga...


Buat kenangan saja.


Polka dot cotton menjadi trend masa kini. Bukan main suka lagi “gewe” tu bila kami snap!


Baju tidor untuk CHAK.

Walaupun cuaca mendung dan ujan lebih banyak turun dari berhenti, kami tetap enjoy berjalan sana berjalan sini. Bagi aku memang lah percutian ini sangat singkat, tetapi masa kami begitu padat dan dipenuhi dengan agenda jalan-jalan.

Terimakasih tidak terhingga buat ANYSS sekeluarga dan CHE BINTANG yang menjadi peneman. Ada banyak kisah lucu yang kami kongsi dan bebas pula kami bergelak gelak dalam cuti yang penuh kenangan. Percutian yang sungguh berbeza dan bermakna kerana aku tidak menginap di hotel mewah tetapi di sebuah rumah kampung yang menarik dan menyentuh perasaan... Sungguh lain dan berbeza sekali!

Hanya dua orang sahaja blogger yang sempat ditemui di sana. Blogger WANI dj HOTfm Kelantan tidak sempat dibuat temujanji, kerana aku bimbang mengganggu lagipun masa sangat singkat. Tak terkejar nak susun semua agenda. Lagipun 2hb Jan, merupakan hari pertama DJ Wani (disana dipanggil DJ SHAZ) memulakan tugas di konti.

Apapun, sebaik sahaja aku balik KL, DJ WANI call untuk aku memuatkan ucapan dan sedikit pengalaman berada di Kelantan. Rakaman terpaksa dibuat dua kali. Sapa yang dapat dengar? Hehehehe.. orang KL masuk sora di radio Kelantan.




~...kerana inginkan sesuatu yang unik lagi klasik, SERI BULAN tidak pernah berfikir dua kali untuk menjadi peneman dan pendorong utama kepada HISYAM, menjadi pemastautin tetap Kampung Separuh Desa, walau tahu nanti dia pasti harus belajar membasuh kain dengan tangan, memerun api dan memanggang arang...~









15 comments:

  1. Hari yang sama, Wani juga call kakcik. Terperanjat kakcik dengar suara sendiri yang 'macam jantan' - maklumlah tekak masih perit. :)

    ReplyDelete
  2. Ooooo..cmtu ya buah bidara...hengatkan buah bidara tu kecit2..pandailah kita nih...

    kat kelantan makan budu cicoh ulam2an dan kuah singgang tak? sedapnya

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Rakaman itu dalam loghat Kelantan ke?

    ReplyDelete
  4. syoknyer.. buat sy rindu ke kg la entry nih... rindu ko ma..:)

    syok kan jumpa kawan2 blogger.. kalu sy mesti segan.. haha

    ReplyDelete
  5. terkenang semula masa pegi wakaf che yeh dgn sidia dpt lah sepasang sutera harga rm200++..nak beli sendiri tk merasalah..

    semuanya tinggal kenangan.

    ReplyDelete
  6. terima kasih akak kerana sudi singgah

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Ahad ni absent nampaknya ..

    ReplyDelete
  8. GEDEK:
    Takkkk... tapi Etok tu aperrr eh?



    KAKCIK:
    Ohh Kakcik pun dapat jemputan buat ucapan jugak eh? Wahhh bestnya.



    CT:
    Tu la, bidara tu macam epal rupanya. I pun baru pertama kali tengok.

    ReplyDelete
  9. DATO’ LF:
    Saya tak pandai kecek Kelate Dato’.



    MAMA MAMAN:
    Mula-mula memang segan, tapi lama-lama ok la. Bila orang mesra, kita pun dah tak segan lagi.



    NYANYI SUNYI:
    Wahhh IDA, sungguh kenangan mengusik jiwa, kan?

    ReplyDelete
  10. KHAIRIN:
    Tempat yang menjadi wajib singgah, kan?



    EELOBOR:
    Oh besar sungguh rasa hati dapat singgah dan berkenalan dgn keluarga U.



    DATO’ LF:
    Ahad ni, kebetulan nak duduk rumah, tapi kena kerja juga. Sori berlori Dato’.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kerana sudi pakai tudung tu...

    ReplyDelete
  12. suka betul saya tengok aktiviti jalan2 singkat akak ke Kelantan, sungguhpun sekejab tapi banyaknya tempat dapat pergi

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails