JumAAt
06-01-2012
Salam JumAAt.
Kami memang memasukkan agenda lawatan ke Masjid Kampung Laut dalam agenda jalan-jalan kami. Ia terletak di pertengahan jalan pulang kami dari Kota Bharu ke rumah ANYSS di Ketereh. ANYSS juga telah menulis entri tentang Masjid ini minggu lepas: Masjid Kampung Laut
Info copy paste dari sana:
Masjid Kampung Laut terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Universiti Malaya,
kampus cawangan Kelantan, iaitu 20 km dari pusat bandar Kota Bharu.
Usia masjid Kampung Laut ini dipercayai melebihi 300 tahun
turut dikaitkan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi
Ia diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini dan
antara masjid paling “bersejarah” di Asia Tenggara,
seangkatan dengan masjid Nat Tanjung dan masjid Wadi Hussin di Thailand,
Masjid Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).

Struktur asal hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat
diperbuat daripada daun rumbia dengan keluasannya hanya 400 kaki persegi sahaja
akhir abad ke-19, diperbesarkan
untuk bilik sembahyang tambahan, peran, serambi, dan menara
20 batang tiang dibina menyangga binaan tambahan
yang guna teknik ‘Tebuk-Pasak’ yang amat unik, tanpa sepucuk paku sekalipun
Atap daun rumbia kemudiannya digantikan dengan atap genting.

Masjid ini asalnya berada di lokasi Kampung Laut, di tebing sungai,
sering dilanda oleh banjir seperti banjir besar di Kelantan pada tahun 1926
arwah Tok Ayah dan Wa selalu cerita pasal “Bah Air Merah” ni
banjir yang teruk pada tahun 1966 telah menghanyutkan sebahagian masjid itu,
Persatuan Sejarah Malaysia mencadangkan untuk pindahkan masjid ini
Pada tahun 1968, masjid itu dibuka dan dipasang semula di tempat yang ada sekarang.

Kami berpeluang bersolat (jamak) di sini. Cuaca redup dan suasana sekeliling memberikan suatu perasaan sepi dan syahdu yang berbeza. Berjalan berkeliling meninjau sebanyak sudut yang boleh, sungguh memuaskan hati.
Suasana persekitaran begitu sejuk dingin dan sunyi walaupun masjid ini terletak di tepi jalan besar.
Suatu lawatan yang berbeza.
~...setiap kali ada majlis di surau dan Pak Imam mempelawa, HISYAM tidak menunggu gesaan atau ulangan jemputan kerana keterujaan merasai dingin nyaman surau kampung serta enak lazat masakan kampung menyebabkan dia terlalai melihat kesibukan SERI BULAN di sudut wakaf...~
SALAM,
ReplyDeleteLAMA, CANTIK DAN MASIH DIGUNAKAN. BILA BACA ENTRI TERINGAN NAK SINGGAH ... MASA DULU, SELALU KE KB, TAK PULA NAK SINGGAH !
selamat pagi kak Azie
ReplyDeletebila baca tentang pemindahan masjid ini.. ayu dapat bayangkan orang dahulu bersama2 angkat masjid ini secara bergotong royong..
bersatu, makmur masyarakat terdahulu,. zaman skrang dh sukar, semuanya batu....
binaan yg hebat
ReplyDeletehehehe....saya sendiri pun masa kecik jer pegi di bawa arwah abah dulu...
ReplyDeletecantiknya! teringin nak rasa kesyahduan, kedinginan masjid bersejarah ini. senibina yang indah. akan disimpan info ini buat panduan bila ada peluang buat lawatan.
ReplyDeletemasyallah AA..
ReplyDeleterasa sayu pulak hati ni tetiba pagi2 dpt tgk sesuatu yg indah..berkah tempat tu kann..
huhuh
ReplyDeletebaru tau!
Macam manalah org dulu-dulu alih masjid ini ye Azie. Kakak bayangkan org dulu gagah-gagah perkasa....
ReplyDeleterumah sekarang pun tak berpaku, pakai simen je
ReplyDeleteSeronoknya dpt g jln2 dgn tenang tanpa rushing2!
ReplyDeletekami lalu je aritu x sggh pon
ReplyDeletetenang je tengok suasana masjid tu
ReplyDeleteSalam AA,
ReplyDeleteCantik masjid nih...unik...sure dh puluhan tahun kayunya..
Tapi memang betul ek, masjid mesti kawasannya sejuk kan
ReplyDeletemembaca entry ini dan melihat gambar2nya, dapat rasakan ketenangannya..
ReplyDelete