Friday, January 6, 2012

Nuffnang Cheque untuk Drama Sebabak Laki Bini...

Assalamualaikum
JumAAt
06-01-2012


Sebenarnya sejak mula tahun baru 2012, tiada langsung masa free. Kesibukan yang sudah dijangka. Sori Berlori, lately banyak entri di blog kengkawan tak sempat nak kejar. Akan cuba diulang nanti bila ada kesempatan.

Tanpa kengkawan blogger dan pembaca yang sudi, mana mungkin cek Nuffnang ini sampai ke rumah tadi.


Jumlah mungkin tak banyak bagi setengah orang, tapi bagi aku cukup menggembirakan...!


Hadiah lain, FM khas dari Thailand, dari blogger ANYSS yang semasa kita Gathering di rumah Dato’ LF tempohari, beliau berada di Bangkok.


Tayang-tayang lunch:

Tako Chicken Cheese. Sebenarnya aku tak berapa minat Tako ni.
Sekali sekala, which is 2,3 bulan sekali tu ok la.



Situasi lain yang ingin dikongsi:


Bini: sifatnya pantang pepagi buta kalut nak pi kerja, disuruh cari barang.

Toklaki: bila baju kerja yang terpampang depan mata tak berkenan, paksa bini cari yang lain, la la tu jugok. Selongkar lemari abih!

Toklaki: sejak menikah puluhan tahun, dia memang suka pakai bedak berbanding perfume (deodorant wajib, tu pun bini paksa).

So pagi tadi bedak habis (yang benaq nya dah 3,4 hari habis).

Toklaki: “Bedak habis, bila nak beli ni? Asyik lupa jer...” > ayat rungutan bersulam lagu dan lawak SY dan Kak E di Sinar FM.

Bini: “I lupa la...”

Toklaki: “Lupa, lupa. Ingat apa?” > bini dah mahir tu nada ayat menyakat.

Bini: “Ingat pakwe.” > selamba menjawab konon berani nak kena sekeh (atau paling-paling dia cium aku!)

Toklaki: “I pun selalu ingat makwe!” Amik ko! jawapan dia macam nak bagitau telinga dia ada kuar asap! Bedak punya pasal!

Drama sebabak tu tamat begitu saja. Kerana si laki dan si bini masing-masing mahir dan faham, pakwe dan makwe tu merujuk diri masing-masing!


*Relate balik dengan Nuffnang cheque di atas, aku rasa nak belanja MyTOKLAKI makan Sate! ok tak? Ok la kan, walaupun dia tak tau pun amender Nuffnang tuh. Hehehehehe!




~...melihat tangga ambin Teratak Nyatuh yang semakin berlumut, tangkai batok di serambi juga bagai licin tidak terusap, HISYAM sedar SERI BULAN bagai merajuk boikot memeruk jiwa menjeruk rasa di dalam bilik kerana HISYAM endah tak endah sejak balik dari merantau dari hutan dara mungkin sudah diikat asmara puteri bunian...~









10 comments:

  1. sakat menyakat bawak bahagia gitu....satay pun okay...takpun u hadiahkan dia bedak sedozen takdela dia bising lagi..kehkeh..:)

    ReplyDelete
  2. wahhh! makan satey yea, okaylah tuh hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Cantik gambar header tu ! Usik-mengusik tu ... serius 24 jam pun tak seronok jugak ! Ahad ni busy sangat ke?

    ReplyDelete
  4. Mr Bob pun tak tahu Nuffnang tu apa, tapi dia tahu berblog 'boleh buat duit' - iyolah tu! :)

    ReplyDelete
  5. header akak dahtakde kasut purple lagii
    dialog pasal lupa tu dah slalu gak sy dengar kat umah saya...heheheheh kelakar

    ReplyDelete
  6. SANIAH:
    Wahhh bedak sedozen? Mau mandi bedak dia nanti!



    UNTIE MARINA:
    Tu baru angan-angan jer Untie. Jangan-jangan dia demand nak makan benda lain.

    ReplyDelete
  7. DATO’ LF MARI KITA:
    Maaf Dato’, Ahad ni tetiba saya kena kerja luar lagi.



    KAKCIK:
    Setidak-tidaknya, dia tahu juga blog, dan rajin join ramai sahabat blogger.

    ReplyDelete
  8. MAMASYAZA:
    Ada header baru yang guna kasut purple, tapi buat masa ni, nak try boh gambar sendiri dulu. Perasan sendiri la konon tuh. hehehehe

    ReplyDelete
  9. butang baju melayu aku mana mah?!!!teringat dialog ni bila baca entry gembira akak

    ReplyDelete
  10. Asam garam rumahtangga Kak Azie, gurau senda membawa bahagia.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails