Wednesday, January 11, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa: Angsa di Lau, Bila Petang Mesti Dihalau...

Assalamualaikum
Rabu
11-01-2011
*scheduled post





Lumrah orang kampung mesti nak bela ayam itik, sekor dua lembu atau kambing or kerbau. Pelanduk ada?

Samada buat makan sendiri atau sekadar buat peneman meriuhkan kampung. Ayam jantan menjadi alarm setiap pagi. Natural!

Lalu jangan marah bila orang-orang tua bila diajak ke bandar, cepat saja nak balik ke kampung semula, dengan alasan rindukan ayam itik, lembu kambing dan kerbau angsa...!

Dulu kami pun ada bela ayam, itik dan angsa. Cuma tidak banyak kenangan aku dengan angsa, kecuali kami lama juga membela itik. Bermula dari anak itik yang banyak sampai beratus ekor (kebanyakannya kaler kuning) sehingga berkurangan dari jumlah sebenar kerana di makan ular... [Kenapa bila besar, kaler kuning tu ilang? Telur tu disuntik pewarna ker sebelum ditetaskan?]

Pepagi terbongkok-bongkok memijak tanah becak separuh berair kerana separuh darat separuh parit, mengutip telor itik. Bila banyak boleh jual untuk tambah belanja dapor! Kalu musim raya, buat bahulu atau telur masin. Digoreng jarang sekali, kerana telor itik hanyir.

Di Ketereh hari tu, terperanjat lagi kerana di bawah rumah ada reban angsa. Lima ekor kalu tak silap. Setiap setengah jam, kadang-kadang setiap 1 jam, angsa ini akan berbunyi riuh beberapa minit seperti menegur sesuatu. Irama bunyi nyaring ini disebut “orkestra angsa” oleh CIK BINTANG. Hehehehe. Malam pertama memang susah nak tidor, tapi lama-kelamaan, telinga pun dah lali..



Buka pintu dapur rumah ANYSS terus nampak kehijauan ini.
Bila hujan, suasananya sungguh menarik dan unggul sekali.



Geram kat angsa nih! Setiap kali kita pegi dekat, dia mesti nak melalak...!





Telur angsa dieram secara moden sebegini. Lampu yang dipasang itu sebenarnya automatik, akan terpadam sendiri bila mencapai haba yang dikehendaki dan on sendiri mengikut keperluan suhu. Wahhh... kagum aku!


Cuma sehingga hari ini, aku tidak tahu samada Itik Nila dan Angsa itu adalah haiwan yang sama! Yang aku tahu, kedua-dua haiwan tu suka kejar orang!

*ada ker yang tak tahu apa makna “lau” tu? LAU = reban ayam atau reban itik.



Aku suka nak repeat lagi sekali gambar ini. Pelantar kayu, walau nampak macam kusam uzur tetapi sebenarnya pelantar ini memberikan suatu gambaran kenangan yang orang lain tidak mungkin faham. Masa aku nak menulis tentang kenangan itu di blog dulu, jenoh aku cari di Google gambar pelantar, tetapi tiada suatu pun yang menepati bayangan aku, kecuali GAMBAR ini (sekarang baru jumpa)!


Aku teringat masa seusia 12 tahun, di rumah arwah MAKLONG aku selalu duduk di pelantar sebegini, mengangkat air ke rumahnya, juga memasak di dapur kayunya... dan pernah beberapa kali berteman seorang lelaki yang pernah kata dia hanya nak kahwin dengan aku — aku malu nak masukkan link entri tentang lelaki itu di sini, kerana lelaki itu sampai sekarang belum berkahwin!




~...belum sempat mencapai batok di tepi tangga, belum tertanggal selipar di kaki Mak Utih sudah berleter macam bertih, Pak Utih sudah masam macam termamah belimbing buluh kerana SERI BULAN pulang dengan lumpur di betis, HISYAM menghantar dengan lengan bercalar lalu kedua orang tua di ambin itu memandang penuh curiga...~













27 comments:

  1. Setahu kakcik itik nila dan itik angsa tu kedua2nya dari spesis itik - tapi dari jenis yang berlainan. (apa kakcik taip entah!) :)

    ReplyDelete
  2. dulu2 mak sedara dpn rumah bela angsa. masalahnya bila nampak kita je dia nak kejar. Aduhaiiii .. kelam kabut kita lari. kenangan tul la kak.

    ReplyDelete
  3. macam baca kesinambungan ombak rindu. siri 4 mungkin? eh? heheh~

    dulu saya selalu tangkap anak itik. anak ayam pun pernah tangkap tapi susah sikit sebab diorg berlari mencelinat!

    ReplyDelete
  4. Ada satu permintaan...terlanjur dah bagi clue...boleh tak buat entry tentang lelaki itu...mesti best kan!

    ReplyDelete
  5. beshnye bila imbas kenangan dulu2 kan???
    err..tak suka angsa..huhuhu
    salam ziarah kak =)

    ReplyDelete
  6. betoi2 buat kitapun terkenang semasa dahulu.. dulu ramai orang kampung bela angsa sekarang dah kurang.... pangkintu memang teringatler...

    ReplyDelete
  7. dulu bapak bela ayam daging...lepas tu bela itik..masa kecik2 seronok main kejar2 ngan itik...

    betul...org tua2 suka bercucuk tanam dan membela binatang...tu yg susahhati nak tinggal rumah lama2...begitu juga dengan orang tua...x betah nak tinggal lama2 di rumah anak..

    amboi kemain panjang...hehe.

    ReplyDelete
  8. Pelantar tu sangat menarik. Macam swimming pool semulajadi. Banyak idea boleh dapat kalau duk bertenggek kat situ kak. Hahahaha ... menarik kisah proposal tepi pelantar tu ;)

    ReplyDelete
  9. Ayam jantan mmg alarm semulajadi tp pnh die berkokok jam 2 pagi! Aduhhh!

    ReplyDelete
  10. sampai sekarang saya dah fobia ngan angsa sebab pernah kena kejar.

    ReplyDelete
  11. Angsa,itik nila dan pelantar kayu adalah kenangan silam zaman kanak2 sy tetibaaaa jee terasa rindu zaman tu bila baca entry dan gambar yg akak postkan ni..:(

    ReplyDelete
  12. rumah ati masa kecik di segambut
    pun ada pelantar macam itu kak

    ReplyDelete
  13. dulu kecik2, mmg saya takut gila dgn angsa kat rumah nenek. hahah

    ReplyDelete
  14. teringat dulu zaman kecik...ada jiran yg bela angsa...dah tu angsa tu suka sgt menyudu... klu nak lalu kena standby pecut laju

    ReplyDelete
  15. Salam AA...

    Saya nak ckp pasal angsa jek kat sini. Spesis ni macam Penjaga rumah pulak. Org x Kenal dia kejar. Masa kecil2 dulu bila sesekali balik kmpg. Mmg takot giler ngan angsa. Peha saya pernah digegetnya berbekas jadi no. 8.. Haha..

    ReplyDelete
  16. akak anti angsa...suka sgt kejar betis org! telor dia pun akak tak suka, kalau goreng lebar pinggan makan kan zie? dagingnya pun akak tak makan...maklum dah tak suka hehe...

    ada kengkawan ckp, kebanyakan rumah2 kampung kat pantai timur mmg agak unik, bawah rumah boleh dijadikan 'lau' atau kandang kambing...lom berkesempatan ke pantai timur, satu hari nanti nak jalan kesana jugak...tukar2 pemandangan kan?

    azie, kalau ikutkan, kalau tak kerana bab aurat, akak lebih suka mandi kat plantar hehe...nostalgialah gambar tu...

    ahem, saper lelaki tu azie, baik cakap!!!

    ReplyDelete
  17. KAKCIK:
    Betullah tu. Saya pun berpendapat begitu juga.



    ELLA:
    Heran kan? Kenapa la angsa nampak orang jer mesti nak kejar...



    GADISBUNGA:
    Ombak Rindu? Kalu lah boleh membuat begitu... alangkah.
    Tangkap anak itik? Amboiii ganasnya diaaaaa

    ReplyDelete
  18. FARID:
    Entri tentang lelaki itu sudah pernah ditulis dulu. Malas nak link, sebab dulu tak ramai orang baca blog ni, skang ni anak-anak buah pun ramai masuk. So, kena private la benda tu. ehehehe



    CHEQNA:
    Salam. Sila masuk, thanks.
    Ramai orang tak suka angsa sebab haiwan tu suka benor kejar orang, kan?

    ReplyDelete
  19. CHO ZILA:
    Susah nak cari rumah berpangkin kayu macam tuh, kan? Duduk bersantai melihat ujan turun pun bestttttt....



    LIEYNANILAZ:
    Salam, sila masuk. Thanks.
    Duduk kampung, rugi pula jika tak membela sekor dua. Tak yah beli. Bila anak cucu balik kampung, dapat juga jamu masak ayam menu istimewa.

    ReplyDelete
  20. ACIK MLMW:
    Rasanya Acik pun pernah dah baca kisah lelaki yang jadi teman sekejap masa Kak Azie umur 12 tahun tu, kan? heheheh citer lama.




    POK AMAI_AMAI:
    Berkokok petang senja pun pernah. Ayam sekarang memang selalu timing lari!

    ReplyDelete
  21. EELOBOR:
    Hampir semua orang pernah ada pengalaman dikejar angsa!



    CT NOARIZAH:
    Setiap kali melihat sesuatu, atau mengalami pengalaman masa kecik, tidak dapat mengelak untuk menulis tentang zaman kecilnya, kan?



    ATI:
    Kalu kita masa kecil, pelantar gini boleh lari lari tak takut jatuh pun, kan?

    ReplyDelete
  22. DADDY ZIYYAD:
    Kalu angsa tu boleh cakap dan tahu DZ dah jadi doktor, mesti dia nyesal kejar kamu!



    MUNNA:
    Menyudu bontot orang, kan? hahahaha



    DERU OMBAK:
    Agaknya sebab itu ramai orang kampung suka bela angsa. Haiwan ni menjadi penjaga.
    Cemana boleh jadi no 8? Peha gebu la tuh? Angsa pun geram. hahahahah



    QUEENIE:
    Saya pernah makan Itik. Kami dulu rebus itik dan MyBONDA masak Kari. Sedap jugak tau.

    Pelantar tu bukan menjurus ke parit atau perigi, Kak. Itu air ujan yang menenggelamkan laman.

    ReplyDelete
  23. lama x kena kejar dek angsa...
    nostalgia sungguh

    ReplyDelete
  24. kalau ada binding tape best juga tu...boleh binding mulut angsa yg mmg xtau nk diam...ha.ha.ha...

    ReplyDelete
  25. NZA:
    Sebelum kita nak tape dia, silap2 angsa tu tap tap kita dulu!

    ReplyDelete
  26. Itik angsa tu kalau dikejar dapat mau dicubitnya. Dulu2 masa kenduri sembelih angsa 10 ekor dah jenuh makan. Orang perlis buat kari le...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails