Wednesday, January 13, 2010

Lawaksssss....!

Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah bergaduh besar dengan maid Indonesianya. 

Maka si suami dengan hati yang suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana.. maka bertanyalah si suami dengan suara yg lembut pada isterinya..

“Apa hal ni!!!!! Yang... . kenapa bising2 ni?”...

...jawap si isteri dgn nada marah... “Ni hah!!!!! seluar dalam I hilang, tentu si Tuti (nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam Gucci I yg mahal yg I beli kat Beijing tuhh!!!”

Disambut pulak oleh si suami .... “alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising se kawasan perumahan. Dah, dah, nanti Abang belikan ganti yg lebih mahal dan seksi lagi...”

Berkata lagi si isteri... “Tapi bang, kalu sehelai I tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau... ... 10 helai!!!” (sambil tunjuk jari sepuluhnya)

Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini. Berpusing lah dia pada Tuti yg terkebil2 sejak tadi... dgn suara yg lebih lembut lagi, si suami bertanya... . “Betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ? Ingat... .kamu mesti bercakap benar!!!”

Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar2 yg pekat dgn pelat indonesianya pun menjawaplah. “Tapi... tapi... tapi... bapak kan tahu saya enggak pernah pakai seluar dalam!!!!!”


~...aku copy (dan paste kali ke 2) dari salah satu ruangan di CALUK CORNER. Hahahahaha...! jom gelak golek-golek...!~

*Dan aku semakin bersemangat nak pegi melancung ke Beijing... Ahaks!





Pernahkah? Bolehkah?

Pernahkah....?
Kita mempunyai ramai kawan tapi bukan semua rapat. Mesra tapi tiada sorang pun yang anda izinkan mengenali anda secara mendalam. Meletak sempadan seteguh tembok konkrit dengan alasan itu tidak menyumbang pun kepada kemesraan atau kehangatan persahabatan..

Bolehkah....?
Kita mempunyai deretan kawan tetapi cuma ada sorang dua yang kita percaya dan yakini akan memahami kita. Bolehkah kita menerima dengan hati terbuka bilamana seorang kawan yang sangat telus, sangat terbuka berbicara, begitu telus mengkritik dan kita mengambil segala kata bincang dengan senyum ikhlas tanpa dendam dan buruk sangka.


Pernahkah....?
Kita berkorban suatu persahabatan untuk kawan yang ingin mengambil kawan mesra kita untuk dirinya seorang dan mengenepikan kita malah menganggap pula kita sebagai orang ketiga yang tidak diperlukan.

Bolehkah....?
Masa berlalu, mereka menyesali keadaan mereka tidak semesra yang mereka sangkakan kerana kita tiada di antara mereka. Bolehkah kita menerima mereka kembali seolah-olah lupa sebuah penyingkiran?


~...best tak kalu request handpon baru sebagai hadiah ulangtahun? Ahaks! perasann.... hakhakhak!~


Tuesday, January 12, 2010

Rindu Pertemuan...

Sekadar memenuhi permintaan beberapa orang teman blogger, aku masukkan sajak “Rindu Pertemuan” di sini. Tiada niat menunjuk atau perasan bagus, tapi aku merasa dihargai.

Rindu Pertemuan

Saat mengenang
bayangan yang bakal berdiri jelas
tidak lagi mengekori
lantaran aku tidak lagi berlari

Gema keliling terasa sunyi, sepi
seperti menghormati
atau kami yang tuli
tidak ingin mengerti apa yang kelak terjadi
di kanan dan kiri
terasa basah di hujung mata
jelas ku rasa pipi merah menyala
pernyataan tidak ketara
kata-kata tidak lagi tersusun irama

Pertemuan, terjadi jua
antara rela dan terpaksa
atau desakan getaran dada
melonjak, mendesak

Penghujung cerita bersulam tawa
tafsirannya hanya di mata
suka duka ingin dikongsi rata
cuma mendamba suasana berbeza

Kasihnya, sayangnya, sejati lelaki
mengharap cinta akibatnya tak terperi
lalu terus menanti
agar bayang terus mengekori
mengiringi, menyiul bunyi menghakis sepi hati
yang tidak ingin bersemadi di sanubari
moga terus hakiki
menjadi milikku abadi.

Sajak ini aku tulis pada 10 January 2006, semasa menghayati kisah seorang lelaki yang hidup dalam kesunyian. Kawan aku juga.

Terimakasih atas ucapan dan dorongan. Sangat ingin aku belajar lagi dari insan-insan penyair hebat di luar sana. Rumah PENA pun sudah 2,3 bulan tidak dijengah kerana terlalu sibuk. Rutin bulanan yang semakin tercicir dari diari. Aduhhh...



Tersiar lagi....

Tak ingat bila hantar. Langsung tak ingat. Malas nak semak email.

Dulu-dulu hantar guna pos, sekarang guna email. Ntah mana yang tersiar tak berbayar pun ada agaknya. Agaknyer lahhh...

Alhamdulillah, dengan yang satu ini, memang sentiasa ada ganjarannya. Tak pernah miss. Memang tak banyak. Tapi tetap menjadi suatu yang manis buat aku. Secara peribadi, aku rasa seronok, rasa bangga.

Sebelum ini tajuk “Dengus Nafas” (lebih kurang ler, aku lupa. Cisss...!) tersiar. Taktau pun sbb aku dah lama berenti beli majalah tu. Lama dah berenti beli. Pastu sorang DJ (yang juga minat sajak) bacakan on air. Kelam-kabut pi cari kat kedai suratkhabar. Pastu, tahun lepas, “Rumah BONDA”. Pun tak tau gak bila kuar, tahu-tahu sampai surat kat umah. Memang dah tak leh cari sebab dah lama sangat.

Mujur berpeluang kerja di Pesta Buku tahun lalu, sempat cari di booth Utusan Karya (dapat harga lelong RM1 jerrr...). Semata-mata nak tengok karya sendiri. Perasan sungguh masa tu. Tapi malu nak citer kat orang, simpan jer majalah tu kat ofis. Kawan-kawan ofis pun tak tau.

Dan,
...semalam satu lagi voucher sampai. Untuk yang bertajuk “Rindu Pertemuan”. Yang memang tak ingat bila aku sent. Apapun, terimakasih kerana menyiarkannya dan menghargai secebis bakat. Tapi nampaknya majalah tu tak ada jual lagi, sebab tersiar bulan Nov tahun lalu. Mana lah nak cari lagi...


~...BEB..! saya masih menyimpan hasrat dan cabaran awak. Jika tersiar di Mingguan Malaysia, pasti melompat tinggi. Jika sehingga hari ini belum tersiar, itu bermakna saya belum cukup berusaha...~



Monday, January 11, 2010

Dulu aku minat dia...

Ya, dulu lagi aku minat dia, sejak sekolah menengah. Sebab dia cute, cute sangat. Sejak dari awal dia menjadi artis, aku suka tengok cara dia yang cute walaupun aku bukan pandai sangat pun bab dressing or melawa. Tapi dia sentiasa nampak cute.

Masa mula muncul, dia muda sangat lagi. Belasan tahun rasanya. Muncul sebagai perintis lagu rentak jazz (aku pun tak reti rentak ni apa, masa tu...) dan terus popular.

Aku suka sekali pada dia adalah fesyen rambut dia. Mesti yang se-umur-an dengan aku ingat lagi style rambut dia.

Semalam aku tonton ALI SETAN. Filem OGY dan AZMIL yang meletup. Shooting di USM, Minden. Dia pun berlakun juga, watak pembantu, jadi Latifah.

Comel betul dia masa tu, walaupun berlakun memang kaku betul. Dan dia sendiri pernah mengakui, itu terakhir untuk berlakun kerana itu bukan kelebihannya. (Aku tidak ingat, ada lagi tak filem lakunannya selepas itu).

“Jangan main todoh-todoh!” Arwah IZI YAHYA. Filem pertama dia rasanya ni, pastu dia terus berlakun, kebanyakannya watak crook. Paling best dalam filem EMBUN, jadi Jepun yang kejam.

Masa ni kena ugut oleh ayahnya...

Aku snap terus dari skrin tv. Malangnya part dia sebut “Tipah tertipu bang.. Tipah tertipu!” aku tak sempat nak snap sbb bateri weak dan hp pun padam.. Uishhhh.!

Tapi bila masa beredar dan kurang minat nak ikuti seribu ragam artis di Malaysia, aku hanya layan lagu-lagunya yang album jarang muncul tapi lagu sering meletup... Kisah peribadi hanya tahu luaran.


Apapun, dia memang legenda yang hebat dalam kelasnya yang tersendiri...


~...aku terbuai semalam bukan kerana lagu-lagu bertanding semalam, tapi kerana ada JAYJAY dengan Rindu Bayangan, dan juga AMY dengan Fantasia Bulan Madu... Perrrhhhh!...~


Thursday, January 7, 2010

Few Updates...

Aku sibuk + busy + kalut + gelut = .... what-ever-it-is, aku akan cuba menjengah blog kengkawan semua..

Just nak simpan sini beberapa updates:
1. Stand calendar aku dah dapat. Thanks fren,
2. Kulit blog tidak upaya ditukar dalam tempoh terdekat
3. Tag dari BRO KHAYALKHAYAL pun tidak dapat diusahakan
4. Beberapa pelawaan “dating” tidak dapat ditunaikan. 
SORI BERLORI... > ampunnnn....

Mesorat tiap bulan (yaaa.. aku KIDAL). 
Stok kopi pun dah abihhh... 
Takyah aku bancuh kopi kat depa lagi. 
Minum ayaq mineral dlm botol jerrr...

FM dari Australia. 
Thanks Mr MARK yang bercuti ke sana minggu lepas. 
I likeeee...



Wednesday, January 6, 2010

Letihhh kerana cuai...

Siang tadi, first day kerja di tahun 2010. Sibuk lerrr... Ada new project. Tapi client punya Project Manager, orang baru. Aduhhh letih ler... 3,4 kali sent sample untuk approval pun masih tak bleh nak confirm lagi.

Minggu lepas lagi dasat, aku dah buat hampir 60% (in about 175 pages), tetiba bleh call lak kata job tu salah spec (specification). Means what? Kena buat semula balik... wuaaaa...! Aku rasa nak lempar jer job masuk bakul sampah. Saborrr... ini bukan pertama kali.

New spec? Totally different..! So kalut tak hengga dah aku pun...

Mujur sempat gak aku edit dan print minit mesyuarat untuk meeting sebelah malam.

Letih berkejar dalam ujan lewat senja, berbaloi mengubat lapar yang ditahan sejak tengahari (sebab kalut meronda Low Yat cari USB Bluetooth), dengan makan Kuew Teow Kungfu yang diidam sejak minggu lepas lagi. Sedap... sedap! Thanks Dato'.

Balik meeting tadi dah dekat kul 11pm. Sempat prepare baju ALONG yang nak ditukar saiz (jenuh cari kedai alteration), takut esok pagi terkejar lagi. Bab paling tak suka ialah, masa tu nak barang, masa tu baru nak cari.. Pagi lak tu. Memang sori lerrrr..

Kemas beg, baru perasan, minit mesyuarat yang baru tadi plak tertinggal di ofis. Alahaiii... letihhh. Cuai sungguh aku ni...

Dan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat my fren, CALUK@CENCALUK semalam, moga sejahtera selamanya, murah rezeki... Sori Berlori, MokYang bz lately, lama tak jengah korang kat Corner... Kalu rasa nak makan lagi di kerusi kayu, U know where tu find me...



~...aku berhajat nak tukar kulit blog aku yang memang tak lawa ni, cari template baru di Pyzam.com dah hari tu, tapi tak sempat pun lagi nak tukar....~




Monday, January 4, 2010

Baju tidur merah...

Baju tidur merah ni sebenarnya milik ALONG, anak aku yang sulung. Tak ingat dah beli kat mana. Beli 2 helai masa tu, satu merah untuk ALONG dan satu kuning untuk anak kedua, IKA.

Sedar tak sedar baju tu turun-temurun diwarisi plak oleh CHAK yang sekarang berumur 8 tahun dan ALONG dah pun 19 tahun. Kira-kira 14-15 tahun dah usia baju tidur merah ni. Lama tuuu... Yang kuning ada, tapi CHAK tak berapa nak pakai.

Punca beli? (hmmm nak beli baju pun ada punca?) Sebab ALONG teringin nak baju tidur ada ropol-ropol macam cousin dia (anak adik aku). Adik aku ni pandai menjahit dan anak pompuan cuma sorang. Jadi anak dia tu, merasalah macam-macam fesyen baju termasuklah gaun-gaun yang macam-macam renda, bertali di belakang dan macam-macam lagilah.

Kerana aku ni jenis keras tangan tak reti menjahit (melainkan jahit kain batik koyak dan jahit lencana skulah -- itupun jenis yg jahit, kalu jenis gam?) maka anak-anak pompuan aku tak merasa ler nak pakai gaun cenggitu, melainkan yang beli. Itupun berapa lai ler sangat...

Dan itulah satu-satunya gaun tidur ropol untuk ALONG dan IKA sejak dulu hingga hari ini. Lagipun budak-budak sekarang tak minat lagi dengan gaun, melainkan seluar panjang.

Sebab tu bila ada gathering keluarga, aku paling tak suka bila ada yang "jenis" @ "spesis" suka menunjuk-nunjuk. Samada melalui dirinya, apa yang dipakai or fabric yang disarung ke badan, atau menggunakan anak-anak. Aduhhh... letihhh..

Balik kampung, cukup ler pakai tshirt or trek suit jer untuk buat kerja rumah, or bersarung or kaftan jer untuk tidur. Ada ker orang nak tengok? Or memang sengaja nak bagi orang tengok?

Sebab tu kalu kita balik kampung beraya, pakai baju kerja yang dah lanyak 10 kali pun orang tak tau... (Hehehehe aku ler tuhhh...)


~...aku tak tau bila dapat scan gambar-gambar lama especially gambar kahwin bagi menjawab tag dari BRO NAJWA AIMAN. Harap-harap dia terlupa dek kerana usia semakin meningkat dan tidak menuntut. Ahaks!..~



Tanda sokongan DELIAGARDEN...

Sebagai sokongan kepada insan yang menyambut Ulangtahun Kelahiran hari ini, aku buat entri khas buat dia...

Dalam pada tu, mana tau ada rezeki bleh dapat apa yang dipaparkan di blog nya yang sangat cantik kerana dia ni pandai menjahit... Wow! Klik untuk melihat giveaway dan hasil kreatifnya...



Bagi aku yang memang keras tangan tak pandai menjahit, memang ler sangat kagum melihat orang pandai menjahit dengan begitu kreatif sekali...

Apapun Selamat menyambut Ulangtahun Kelahiran LYDIA. Moga sejahtera selamanya...



Sunday, January 3, 2010

Takkan lahhhh... oh tidakk!

Bermula 2010, aku langsung takda idea nak buat entri baru. Macam kosong jer. Bukan takda barang nak stori tapi macam tak best jerrr.> arghhh... hantuk kepala..!

Selasa 5hb baru start kerja semula. Takkan lah baru hari ke 3, dah mula blur kot. Atau semangat belum "masuk"? Hmmmm mana lah hantu semangat aku bertapa, tak mari-mari? oh tidakkkk....!



~...start keja nanti, aku berhasrat nak makan Roti Sardin Garing for my breakfast... and Meat Ball Bolognese SR for my lunch... cewahhhh!~



Thursday, December 31, 2009

Gerhana yang indah...

Aku tak ingat bila kali aku melihat gerhana. Seingat aku, melihat gerhana matahari semasa aku kecil dulu. Kecil tak kecil, besar tak besar ler kot. Dah sekolah, hmmm Darjah 5 kot.. Gerhana matahari yang berlaku di waktu tengahari. Berebut-rebut nak tengok. Tunggu kat tengah laman dengan kakak-kakak aku, tengok guna filem yang gelap (negatif). Tak tau mana dapat. Ada gak yang pakai spek gelap. Udah macam pesta masa tu. Seingat aku, nampak matahari kelam jer... tak faham makna gerhana masa tu.

Tapi kerana gerhana bukan berlaku setiap tahun (tak dan dah nak survey kat Google gerhana berlaku berapa ribuan tahun sekali..), maka aku tidak ler begitu teruja lagi. Means, kalu ianya dijangka berlaku sekalipun aku tidak teruja nak tunggu atau nak pi panjat bukit kat belakang rumah or panjat gunung kat belakang rumah kawan aku, semata-mata nak tunggu gerhana. Kalu gerhana bulan? Sah-sah kene panjat gunung tengah malam plak nanti... Hmmm tak koserrr...!

Malam ini kira-kira jam 1.18 pagi nanti, gerhana bulan dijangka berlaku lagi. Means sejam selepas sambutan Tahun Baru malam nanti, pasti golongan yang rajin terkinja sambil polish balik bakat melompat dan menjerit Tahun Baru setahun sekali tu, akan terus pula menyambung pesta gerhana bulan, kan? Wahhh berganda pesta-pestaan tuhhh... Bertuah badan... hmmmm... another "tak koserrr...!"

Aku cuti siang tadi. Tak plan, but menghormati undangan sahabat lama yang balik bercuti dari Sarawak (tercampak sana 3 tahun dek kerana tugas), kami berhimpun lagi, di port lama lagi, dengan geng lama lagi..

Group lama yang sudah serasi dengan port bawah pokok sejak 2003 lagi.. sejak beruk-beruk di atas pagar batu yg memisahkan meja panjang yang kami sambung dengan laman sekolah MGS, itu masih muda remaja hingga beruk-beruk tu tidak lagi kelihatan, sejak bibik yang melayan kami order dari satu jenis air, dari sejuk ke teh tarik buat teh perambat, hingga dah beranak 2,3 dah bibik tu, sejak duluuu...

Akhirnya gathering kami tengahari tadi menjadi acara penutup 2009. Tak rancang pun, sebab plan asal adalah pada esok Jumaat, tetapi port ditutup, dan siang tadi rencana seminggu terlaksana juga. Dengan kira-kira 20 orang muka lama dan baru... kemeriahan lama berulang lagi. Dengan gelak tawa macam takda masalah, dengan gurau yang kadang-kadang tak bertapis hati dan perasaan, sebab masing-masing dah imun.... Belum lagi kira yang selamba badak jer mengutuk hingga ke tahap kutukan dewata.. Hakhakhak!


Terimakasih kawan, sahabat, geng, kenalan, kerabat, handai taulan...

Selamat menyambut Tahun Baru 2010. Semoga beroleh keberkatan lagi di tahun mendatang, dan terus suksess... Bagi yang merajuk, pujuk ler hati sendiri sebab zaman serba canggih ni, orang tak ada banyak masa untuk melayan segala emosi rajuk atau dendam kesumat yang boleh buat muka jadi kelam. Belajarlah menjadi insan yang positif dan kuat berjuang. Bagi yang ingin berumahtangga, teruskan niat murni anda. Percayalah institusi perkahwinan dan kekeluargaan adalah suatu institusi yang murni dan indah...


~...seperti biasa, aku tiada azam yang tetap, tetapi aku sentiasa cuba, sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ini dan semalam, sentiasa berdoa untuk kesejahteraan semua insan-insan yang aku sayangi...~



Wednesday, December 30, 2009

Lelong Paling Hebat Hujung Tahun...!!

Horreyyy...!! Horreyyy...!! Horreyyy...!!

Aku free hari ini. Hari ini jerrrrr. Ada harapan ler mengganas sana sini. Ahaaa..!

Esok last day of 2009. Hmmm.. Seronok kan? Syukur kita melepasi 365 hari lagi. Tahun depan pasti ada yang berubah, pasti ada yang berpindah. Samada rela atau terpaksa, sesuatu perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Selamat menunaikan azam bagi yang berazam sakan-sakan. Tapi bak kata pakar motivasi Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah, 90% orang yang berazam akan melupakan azamnya selepas 21 hari... So..?

Apa agenda untuk menutup tirai tahun 2009? Kenapa sambutan tahun Masihi sangat hebat dan sangat meriah berbanding menyambut tahun Hijrah?

Selamat Tahun Baru buat semua pembaca. Maaf Zahir Batin sekiranya coretan AZIE AZAH ada yang tidak suka, tidak senang atau terasa hati.

Jom bergumbira sket..
Sebelum tahun baru, aku berusaha untuk menolong kawan aku yang seorang ni. Dia sangat berhajat nak LELONG suar pendek dia. Sebagai tanda sokongan, aku akan meLELONG di blog aku. Hehehehe...

Sila bida. Harga bidaan pertama adalah RM1...
Cepat...! Sapa dapat dia dapat...!

Promosi yang tidak harus dilepaskan, Beli Satu, Dapat 1 Getah Cerut PERCUMA...!

Pembida:
1. Azieazah > RM100
2. Azie > RM101
3.
4.
5.

Aku harap harga akan naik... setinggi yang mungkin. So bila kita ada majelih (majlis) kita leh dapat tajaan sistem audio yang canggih dari dia secara FREEEEEE...! bleh gitu EPOI..? Ahaks!

“Tak kira..! Tak kira..! Tak kira..! I nak jugak suar tu... wuaaaaa..!”
“Alaa yang... I dah cuba letak harga tinggi yanggg.. Tapi dah ada orang lain yang dapat. Nanti I belikan yang baru yerrrr...”


~...aku harap aku tidak akan menukar kaler paberet aku di tahun depan. Biarlah kekal dengan PURPLE....~




Monday, December 28, 2009

Buzy buat-buat...?

Minggu ni macam sibuk ler pulak. Seharian tadi tak sempat pun nak meronda mana-mana blog apalagi nak meronda ke shopping complex, lagipun aku bukan gemar sangat masuk complex.

Kerja tetiba jer menimbun. Mana aci, 3 project sekali masuk dengan dateline yang dekat-dekat. Pastu minggu depan aku nak cuti lak. Biasa aaarrr... aku pun nak “Masuk Skulah” gak. Ni memang agenda tiap awal tahun. So, job dalam tangan kene pulun sakanlah, biar pun peluh bercucuran meleleh menitis ke lantai.. >
bombastik nyer ayat.

So, tak sempat nak merapu banyak-banyak. Sian aku. Sebab aku cuma boleh merapu dalam siber dan kat luar ofis jer. Dalam ofis aku tak rajin nak merapu, sebab.. sebab aku tak suka lah. Memang takda idea, mood merapu jadi beku di ofis sejak bertahun lamanya. Itu yang bila dapat merapu tu, kadang-kadang macam kene sawan. Hahaha..


Hmmmm... aku tetap suka gambar yang ini. Powerrrr...!
Lihat budak kecik lelaki yang follow 2 minah saleh yang seksi tuu.. hehehehhe... 

Additional: Lagi gambar2 menarik bloggers gathering boleh dilihat di blog ini:-
4- KAK CIK SEROJA : http://kakcikseroja.blogspot.com/2009/12/nak-tengok-gambar-tak.html

*~...sapa masih ingat tentang kisah seluar pendek tido yang dijadikan kain lap kaki depan pintu? Di dajal dek kawan bujang serumah, tuan empunya seluar pun tak sedar dah lap kaki sama, tapi masih merayau merata cari seluar nak buat tido.. hahahaha... Lainkali nak tido malam pakai kain pelikat jerrrr...~



Sunday, December 27, 2009

Gathering Blogger: Edisi Penuh...

Mungkin aku orang terakhir yang bercerita tentang Gathering Blogger Lembah Klang, di FRIM Sabtu lalu. Tapi tak apalah kan? Aku memang mengambil masa untuk upload gambar. Hmmm berkebetulan pula mungkin aku berpeluang mengulas sedikit berpandukan beberapa komen dan beberapa entri blogger lain yang bercerita lebih awal.





BRO MAZIDUL sendiri buat sampai 3 entri. Dan aku ciluk sebahagian gambar di sana untuk diulang tayang di sini. Juga sedikit dari blog AZRUL HISHAM, dan juga dari blog DJ EPOI. Nak cilok dari blog SHAHROLL lum ada peluang, sbb dia lum upload semua. Terimakasih ek korang. Rasanya aku dah bagitahu haritu, yang aku memang akan copy jer beberapa gambar sbb aku memang takda kamera, nak harapkan Hanpon Kamera Cap Itik aku tu, setakat muka aku, bleh ler lepas. Sian lak korang, dah lawa-lawa nanti jadi blur lakkk.....


Hampir keseluruhan program sudah diceritakan oleh para blogger yang hadir pada pagi itu. Aku buat siaran ulangan jer lah.


Pagi itu memang aku dan Kak CIK SEROJA serta suaminya yang sporting lagi peramah, Abg MUSTAFA (Kak Cik kata dia mulut terlebih insurans, tapi aku sukaaa...) paling awal tiba kira-kira jam 9.45pm. Mengagak sendiri sahaja di mana sebenarnya lokasi yang dimaksudkan Bro MAZ. Hmmm nak call, sapa pun takda no fon dia. Hanya aku yang ada simpan no hp AZRUL. Ok, call. On the way. Sedang kami menunggu AZRUL, sebuah kereta yang kelihatan satu keluarga, masuk kawasan parking. Samada mereka pandai meneka atau memang instinct selalu betul, ketua keluarga bertanya kami yang masih dalam kereta tak kuar-kuar. (Abg Mus saja yang keluar ke toilet). "Agaknya datang dengan tujuan yang sama agaknya." Setelah memberi salam. Yaaa... tujuan yang sama. Itulah keluarga En Rahman Selamat (blognya MORASE). Anak-anaknya blogger. Wahhh satu family sporting dan peramah. Bawa makanan banyak betul...


Pic dari kamera AZRUL. Sementara tunggu Kepala Gathering (boleh juga dibaca sebagai Kepala Catering). Mana leh tunjuk muka boring... hahahaha...

AZRUL datang bersama AYU dan IZZATY. Bro MAZ bersama isteri terchenta dan adiknya AZMIL. Lokasi dicari oleh AZRUL. Barangan diangkut, tikar dibentang. Barangan disusun atur. Apalagi kalu bukan makanan. And secara tak sengaja lak aku jadi food tester. Hmmm cemana leh jadi gitu ek? Sebab aku pandai makan dan suka makan. Dah memang antara tujuan adalah makan, so...?


Tak larat nak citer pasal makanan. Tengok gambar jer dah terlior, kan? AYU masak spagheti...konpom! lulus dah bleh kahwin.. hahahaha.. Yang lain? Makk aaaiii.. aku tak tau nak makan mana dulu. Semuanya cedap-cedap belaka. Tak sia-sia kosongkan perut. Memang dah pakat dengan KAKCIK, kita brunch jer di FRIM. Apa lagi pulunnn... MAZIDUL sendiri menaja kira-kira 30 bungkus nasi lemak, mee goreng dan kuey teow goreng. (Berbaki, dapat ler aku bawak balik beberapa bungkus. Sedap wehhh...)



Aku cuma bawa Puding Jeli Perasa Mangga dan Anggur.


Kalu korang semua nak tahu, makanan tu semua ada “penjaga”nya...


Teko putih tu adalah Teh O Panas yang dibawa dari rumah oleh wife MAZIDUL. (Sori Berlori, lupa nama...)


Blogger semakin ramai.. datang secara berperingkat-peringkat. Semuanya memang kali pertama bersua bagi aku. V.I.C. DIANA datang bersama ibuayah dan anak buahnya yang comel tapi tak meragam langsung.


KAKCIK marah Azie blocking makanan ekkk? Alaaa sori berlori lerrr..


Makan banyak-banyak KAKCIK. Bukan kene bayor punnn...

Tak rasa masa berjalan bila setiap orang ada saja topik perbualan. En RAHMAN yang berpengalaman dalam bidang motivasi dll, RAHMAT yang aku panggil pengejar hantu, DJ EPOI yang handal dalam hal sistem audio, AZIZAH ALING yang petah berkata-kata, maklumlah Majistret, YUZ, ACU SAYANG yang bercerita pengalaman luas suka melancung, dan baru saja balik dari Turki (jeles akuuu...), Kak IZAN, MAZIDUL sendiri, dan ramai lagi yang begitu mesra bercerita.


Apa dia goreng ko, DIANA?

Tak boleh lupa, RAHMAT bercerita hal dia dikejar hantu hingga speed 3km. Hahahaha... aku ingat ko terror sampai hantu takut engkau...


Sian Abg MUSTAFA, sampai kene bongkok.. mesti best citer tu, kan?

Hingga ke cerita yang tidak akan keluar di mana-mana web, blog atau siaran tv. Cerita-cerita panas hal politik yang memang best dapat sembang terbuka tapi tak leh tulis secara terbuka. Yang buat best tu, sbb cerita-cerita serius itu dibawakan secara gurau siap dengan gaya macam Penglipur Lara, oleh Bro MAZIDUL. Tak sangka lak dia pandai buat lawak.


"Ok tu bang. Belasah jer. Kalu salah, nanti saya betulkan."

Tentu ramai masih nak tergelak bila ingat kisah penagih dadah heran lagi kagum bila ada orang guna teknik baru suntik heroin kat perut... hahahaha aku guling-guling membayangkan betapa jakunnyer si penagih dadah tu, kan? (Aku ulang balik citer kat anak dara aku di rumah, apalagi, ulang balik gelak...)

The Hot Topic tentulah kisah kereta tinted. Dari kisah perbincangan secara serius boleh menjadi cerita lawak yang kalu aku ulas kat sini, gerenti kene ban punya lah blog aku nih... Hakhakhakhak..! So, yang tak join haritu mesti jeles kan? Apa agaknya kisah-kisah lucu yang depa dok bergebang sepagi hingga tengahari haritu? Hmmm... tak larat dah nak ulas kat sini. Yang pasti, lepas gelak jer rasa lapar.. dan makan lagiiii...


Puding yang ada buah peach di dalamnya ni, kalu tak silap dibawa oleh ACU SAYANG. Mangkuknya berjalan dari satu tangan ke satu tangan. Licinn...


Pic ni cilok dari blog DJ EPOI. Oren (bancuhan instant) dalam paket, laku sebab si pembelinya suka benor minum oren. Dibawa khas oleh keluarga YUZ.



Memang geram tengok air sungai dan air terjun kecil kat belakang tempat kami lepak. Tapi ohhh tidakkk... Mana bleh mandi. Kan sama-sama setuju, tiada yang dibenarkan berbikini? Takkan aku nak buat sejarah kot... Tapi ralit borak, sampai aku lupa nak celup kaki. Hmmm....

Walaupun sekejap mendung, sekejap panas, rintik sekejap, panas balik, masing-masing teruskan juga makan dan borak. Hmmm memang terror tul lah Bomoh Hujan yang datang tuh..hehehehe.. Lain kali kene panggil dia lagi..


“Bomoh Hujan”


Menjelang tengahari, sorang demi seorang beransur pulang. Makanan yang berbaki, dibahagi-bahagi. Maklum, semua ada anak-anak. Paling best, lelong Roti Gardenia (Kek Pisang comel sebenarnya), tajaan KAKCIK SEROJA dan suami. Pendekata semua dapat bawa balik. Kalu yang tak dapat tu, very the sori laaarr...

Aku mengikut KAKCIK balik kira-kira 2.15pm sebab harus singgah di suatu majlis kahwin di dewan berhampiran, kenalan KAKCIK. Mujur pun, ketika kami sampai di situ, sudah renyai. Kami tak makan pun, sebab dah terlajak kenyang (aku ler.. KAKCIK aku tak tau, sama jugak ler kot..) lalu kami minum sirap saja. Selepas 15 minit kami bergerak balik dan belum pun kuar dari kawasan FRIM, hujan turun dengan lebat. Tak tahu lah cemana depa yang masih lepak tadi. Sempat lari ker tidak..heheheh.. (sapa yang lukus hari tu, angkat tangan...!)

**Aku tak leh ingat semua nama.. jika sebut balik pun aku tak ingat nama itu yg mana orangnya. Sebab bukan semua orang pakai name taq hari tu... Heee tak patut betul korang. Aku jer yang pakai name tag sampai time balik, mujur masuk dewan kahwin tu terperasan. Cepat-cepat tarik simpan.


Terimakasih tidak terhingga kepada semua.. semua yang sudi hadir, sudi meluangkan masa, yang begitu peramah lagi mesra. Dengan makanan yang enak lazat hingga menjilat jari. Yang rajin bawak macam-macam, sampai tong air pun bawa, siap bancuh oren lak kat situ, yang berkongsi pengalaman dan cerita-cerita. Semoga perkenalan kekal dan silaturrahim berpanjangan dalam suasana yang indah dan saling menghormati.


Gandingan serasi dan seJIWA. Adakah mungkin juga SEJAWA?


Aku bukan tidak biasa tentang soal gathering dengan kenalan dari siber. Beberapa kali juga. Malah dengan pelbagai cara di pelbagai tempat. Setiapnya memang sungguh menyeronokkan dan yang terkini ini juga tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri..

BRO MAZIDUL berazam menjadikan gathering blogger berterusan hingga mungkin ke kali yang ke 10. So, jangan risau bagi yang belum berkesempatan, masih ada banyak kali lagi nak buat nihhh. Harap-harap pasni, ada banner yang dapat dijadikan penyeri majlis. Baru nampak class, tak macam keta tinted yang takda class...hahahaha... U know what I mean...!



Kenapa dalam tv dia nampak besar, tapi bila kat luar, aku lak yang nampak lagi besar? Ini tidak adil...!

So, di sini aku mengambil kesempatan memohon maaf dari korang yang hadir seandainya ada gurauan Kak AZIE agak melampau atau menyakiti hati korang. Semuanya secara spontan dan tidak langsung dengan niat, ok...

Jangan lak korang serik nak ajak Kak AZIE join lagi ekk.. Maklum ler.. asyik-asyik jer aku yang nak makan dulu. Ada ker yang risau takut aku habiskan puding peach yang sedap tuh? Aku tak mungkin kasi habis punyaaa...malu beb!

Punya seronok sampai lupa nak balas dendam kat AZRUL. Sapa datang lambat, kene campak sungai. Tak sempat nak campak, dia dah terjun sendiri...!


~...setinggi tahniah kepada yang mencetuskan idea dan berusaha menjadikannya realiti...~


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails