Tuesday, January 12, 2010

Tersiar lagi....

Tak ingat bila hantar. Langsung tak ingat. Malas nak semak email.

Dulu-dulu hantar guna pos, sekarang guna email. Ntah mana yang tersiar tak berbayar pun ada agaknya. Agaknyer lahhh...

Alhamdulillah, dengan yang satu ini, memang sentiasa ada ganjarannya. Tak pernah miss. Memang tak banyak. Tapi tetap menjadi suatu yang manis buat aku. Secara peribadi, aku rasa seronok, rasa bangga.

Sebelum ini tajuk “Dengus Nafas” (lebih kurang ler, aku lupa. Cisss...!) tersiar. Taktau pun sbb aku dah lama berenti beli majalah tu. Lama dah berenti beli. Pastu sorang DJ (yang juga minat sajak) bacakan on air. Kelam-kabut pi cari kat kedai suratkhabar. Pastu, tahun lepas, “Rumah BONDA”. Pun tak tau gak bila kuar, tahu-tahu sampai surat kat umah. Memang dah tak leh cari sebab dah lama sangat.

Mujur berpeluang kerja di Pesta Buku tahun lalu, sempat cari di booth Utusan Karya (dapat harga lelong RM1 jerrr...). Semata-mata nak tengok karya sendiri. Perasan sungguh masa tu. Tapi malu nak citer kat orang, simpan jer majalah tu kat ofis. Kawan-kawan ofis pun tak tau.

Dan,
...semalam satu lagi voucher sampai. Untuk yang bertajuk “Rindu Pertemuan”. Yang memang tak ingat bila aku sent. Apapun, terimakasih kerana menyiarkannya dan menghargai secebis bakat. Tapi nampaknya majalah tu tak ada jual lagi, sebab tersiar bulan Nov tahun lalu. Mana lah nak cari lagi...


~...BEB..! saya masih menyimpan hasrat dan cabaran awak. Jika tersiar di Mingguan Malaysia, pasti melompat tinggi. Jika sehingga hari ini belum tersiar, itu bermakna saya belum cukup berusaha...~



20 comments:

  1. wah...tak sangka kak azie ni penulis rupanya, tahniah kak. Saya ni tak pernah pulak nak keluarkan bakat terendam tu, hehehe...

    p/s nanti dating, belanja ar dgn duit 'royalti' tu, kui kui kui...tak berkaitan...

    ReplyDelete
  2. ROZ NANIE > nama baru, rujuk komen di entri Nanie semalam.. hehehe

    Bakat tak seberapa tu. Dari suka-suka hantar, dapat ler skit ganjaran. Alhamdulilah.

    Nak dating di mana agaknyer tu ek... Hmm... dari sekarang nak simpan duit nih.. hahahahaha... risau diaaa...

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    rupanya..dalam dediam ade bakat penulisan yang di sorok ek..
    mcm ni esok2 mana tau leh wat novel..hehehhe

    ReplyDelete
  4. Salam Azie...

    kakcik dah lama tak buat kerja hantar karya ke penerbitan ni.. dolu2 je rajin .. skrg tulis kat blog je! :)

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Bakat usah sembunyi...anugerah kena jaga.

    ReplyDelete
  6. Samalah kita;

    Abg selalu juga hantar karya di akhbar tapi memang telah lama tak dapat bayaran; tau-tau silap alamat ada no rumah nombor jalan tak ada; tak kurang ada sekitar lima karya tak berbayar.

    Tahun lalu pun sangkut satu karya sahaja hantar boleh kata tiap minggu kurangkurang dua buah puisi. Genre lain abg tak reti nak nulisnya. Karya itu pun tak tahu kat mana Berita Harian tu kasi ceknya!.

    Akhbar payah amat nak keluar; puisi abg tak sedap tentunya. Kat majalah pula tak tahu di mana nak hantar!. Kalau Dik Azah ada e-mel majalah tu kasilah abg!.

    ReplyDelete
  7. Salam Kak AA ... tahniah, pasti terlambat kan ucapan ni, sebab karya dah lama tersiar. Hmmm...apa kata akak siarkan lintas langsung karya akak kat sini, nak jugak baca ;)

    ReplyDelete
  8. bakat yang di hargai....yang penting kepuasan diri.

    ReplyDelete
  9. Kak Azie berbakatlah dlm penulisan rupanya..

    Nak jugak baca ..uploadlah dlm blog(boleh baca2..)he3

    ReplyDelete
  10. tahniah kak azie...penulis rupa nya. kita pernah sealiran. tp sy sekerat jalan saja...masa di kolej semakin kurang aktif, krn sibuk dgn assignment.lama kelamaan, terus 'bersara'. Bukan RM sangat yg dikejar, tp kepuasan bila tgk karya kita published.:-) tp klu dapat RM...lagi alhmdulillah..sekali jer tulisan sy published dlm majalah, walhal byk kali gak hantar.

    ReplyDelete
  11. TUYA > menjawab pertanyaan, memang jenoh nak polish usaha tulis novel. Memanjang tak habis. Draf ada, tapi nak kembangkan plot asik tak menjadi.. Kembangkan badan jerrrrr pandai.. hahahaha!

    KAK CIK > Sajak Kak Cik pun semua best-best. I like..

    ReplyDelete
  12. ANYSS > MokYang sentiasa kagum dengan ANYSS. Tulisan ANYSS pun tak kurang hebat. Kalu tidak tak mungkin ada novel yang diterbitkan.

    Bang IDAN > Saya sentiasa kagum dengan Abang. Penyair yang serba boleh. Nanti bila-bila sudi ler ajarkan saya yer..

    ReplyDelete
  13. ACIK > Tiada yang terlewat. Terimakasih. ACIK pun tahu Kak Azie cemana. Dengan gelak kuat, mesti orang tak caya Kak Azie leh buat sajak, kan? hehehehe...

    EELOBOR > Setuju. Kepuasan diri.

    ReplyDelete
  14. ZUREEN > bleh janji... jangan gelak?

    SITI MURNI > wajar dipanaskan semula bakat tu. Kepuasan diri tu yang lebih penting...

    ReplyDelete
  15. ACU > tidak sayanggg... Sajak jerrr.

    ReplyDelete
  16. pssstttt kak azie... bley laaa blanje dakni berpoya poya kat pavi... muahahahaaaa

    ReplyDelete
  17. caya laa kak azie.. tak sangka sungguh kak azie ada bakat 'menulis'.. walaupun akak menaip sebenarnya... ahaks!!!

    ciayok2!!

    ReplyDelete
  18. ICE > ada berani ka? mai ler area sini... email me. I give my number. Then kita dating.. heheheh.

    EJA > thanks!

    ReplyDelete
  19. muahahahaaaa mau dating ka? i'll give u my number soon

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails