Sunday, December 27, 2009

Gathering Blogger: Edisi Penuh...

Mungkin aku orang terakhir yang bercerita tentang Gathering Blogger Lembah Klang, di FRIM Sabtu lalu. Tapi tak apalah kan? Aku memang mengambil masa untuk upload gambar. Hmmm berkebetulan pula mungkin aku berpeluang mengulas sedikit berpandukan beberapa komen dan beberapa entri blogger lain yang bercerita lebih awal.





BRO MAZIDUL sendiri buat sampai 3 entri. Dan aku ciluk sebahagian gambar di sana untuk diulang tayang di sini. Juga sedikit dari blog AZRUL HISHAM, dan juga dari blog DJ EPOI. Nak cilok dari blog SHAHROLL lum ada peluang, sbb dia lum upload semua. Terimakasih ek korang. Rasanya aku dah bagitahu haritu, yang aku memang akan copy jer beberapa gambar sbb aku memang takda kamera, nak harapkan Hanpon Kamera Cap Itik aku tu, setakat muka aku, bleh ler lepas. Sian lak korang, dah lawa-lawa nanti jadi blur lakkk.....


Hampir keseluruhan program sudah diceritakan oleh para blogger yang hadir pada pagi itu. Aku buat siaran ulangan jer lah.


Pagi itu memang aku dan Kak CIK SEROJA serta suaminya yang sporting lagi peramah, Abg MUSTAFA (Kak Cik kata dia mulut terlebih insurans, tapi aku sukaaa...) paling awal tiba kira-kira jam 9.45pm. Mengagak sendiri sahaja di mana sebenarnya lokasi yang dimaksudkan Bro MAZ. Hmmm nak call, sapa pun takda no fon dia. Hanya aku yang ada simpan no hp AZRUL. Ok, call. On the way. Sedang kami menunggu AZRUL, sebuah kereta yang kelihatan satu keluarga, masuk kawasan parking. Samada mereka pandai meneka atau memang instinct selalu betul, ketua keluarga bertanya kami yang masih dalam kereta tak kuar-kuar. (Abg Mus saja yang keluar ke toilet). "Agaknya datang dengan tujuan yang sama agaknya." Setelah memberi salam. Yaaa... tujuan yang sama. Itulah keluarga En Rahman Selamat (blognya MORASE). Anak-anaknya blogger. Wahhh satu family sporting dan peramah. Bawa makanan banyak betul...


Pic dari kamera AZRUL. Sementara tunggu Kepala Gathering (boleh juga dibaca sebagai Kepala Catering). Mana leh tunjuk muka boring... hahahaha...

AZRUL datang bersama AYU dan IZZATY. Bro MAZ bersama isteri terchenta dan adiknya AZMIL. Lokasi dicari oleh AZRUL. Barangan diangkut, tikar dibentang. Barangan disusun atur. Apalagi kalu bukan makanan. And secara tak sengaja lak aku jadi food tester. Hmmm cemana leh jadi gitu ek? Sebab aku pandai makan dan suka makan. Dah memang antara tujuan adalah makan, so...?


Tak larat nak citer pasal makanan. Tengok gambar jer dah terlior, kan? AYU masak spagheti...konpom! lulus dah bleh kahwin.. hahahaha.. Yang lain? Makk aaaiii.. aku tak tau nak makan mana dulu. Semuanya cedap-cedap belaka. Tak sia-sia kosongkan perut. Memang dah pakat dengan KAKCIK, kita brunch jer di FRIM. Apa lagi pulunnn... MAZIDUL sendiri menaja kira-kira 30 bungkus nasi lemak, mee goreng dan kuey teow goreng. (Berbaki, dapat ler aku bawak balik beberapa bungkus. Sedap wehhh...)



Aku cuma bawa Puding Jeli Perasa Mangga dan Anggur.


Kalu korang semua nak tahu, makanan tu semua ada “penjaga”nya...


Teko putih tu adalah Teh O Panas yang dibawa dari rumah oleh wife MAZIDUL. (Sori Berlori, lupa nama...)


Blogger semakin ramai.. datang secara berperingkat-peringkat. Semuanya memang kali pertama bersua bagi aku. V.I.C. DIANA datang bersama ibuayah dan anak buahnya yang comel tapi tak meragam langsung.


KAKCIK marah Azie blocking makanan ekkk? Alaaa sori berlori lerrr..


Makan banyak-banyak KAKCIK. Bukan kene bayor punnn...

Tak rasa masa berjalan bila setiap orang ada saja topik perbualan. En RAHMAN yang berpengalaman dalam bidang motivasi dll, RAHMAT yang aku panggil pengejar hantu, DJ EPOI yang handal dalam hal sistem audio, AZIZAH ALING yang petah berkata-kata, maklumlah Majistret, YUZ, ACU SAYANG yang bercerita pengalaman luas suka melancung, dan baru saja balik dari Turki (jeles akuuu...), Kak IZAN, MAZIDUL sendiri, dan ramai lagi yang begitu mesra bercerita.


Apa dia goreng ko, DIANA?

Tak boleh lupa, RAHMAT bercerita hal dia dikejar hantu hingga speed 3km. Hahahaha... aku ingat ko terror sampai hantu takut engkau...


Sian Abg MUSTAFA, sampai kene bongkok.. mesti best citer tu, kan?

Hingga ke cerita yang tidak akan keluar di mana-mana web, blog atau siaran tv. Cerita-cerita panas hal politik yang memang best dapat sembang terbuka tapi tak leh tulis secara terbuka. Yang buat best tu, sbb cerita-cerita serius itu dibawakan secara gurau siap dengan gaya macam Penglipur Lara, oleh Bro MAZIDUL. Tak sangka lak dia pandai buat lawak.


"Ok tu bang. Belasah jer. Kalu salah, nanti saya betulkan."

Tentu ramai masih nak tergelak bila ingat kisah penagih dadah heran lagi kagum bila ada orang guna teknik baru suntik heroin kat perut... hahahaha aku guling-guling membayangkan betapa jakunnyer si penagih dadah tu, kan? (Aku ulang balik citer kat anak dara aku di rumah, apalagi, ulang balik gelak...)

The Hot Topic tentulah kisah kereta tinted. Dari kisah perbincangan secara serius boleh menjadi cerita lawak yang kalu aku ulas kat sini, gerenti kene ban punya lah blog aku nih... Hakhakhakhak..! So, yang tak join haritu mesti jeles kan? Apa agaknya kisah-kisah lucu yang depa dok bergebang sepagi hingga tengahari haritu? Hmmm... tak larat dah nak ulas kat sini. Yang pasti, lepas gelak jer rasa lapar.. dan makan lagiiii...


Puding yang ada buah peach di dalamnya ni, kalu tak silap dibawa oleh ACU SAYANG. Mangkuknya berjalan dari satu tangan ke satu tangan. Licinn...


Pic ni cilok dari blog DJ EPOI. Oren (bancuhan instant) dalam paket, laku sebab si pembelinya suka benor minum oren. Dibawa khas oleh keluarga YUZ.



Memang geram tengok air sungai dan air terjun kecil kat belakang tempat kami lepak. Tapi ohhh tidakkk... Mana bleh mandi. Kan sama-sama setuju, tiada yang dibenarkan berbikini? Takkan aku nak buat sejarah kot... Tapi ralit borak, sampai aku lupa nak celup kaki. Hmmm....

Walaupun sekejap mendung, sekejap panas, rintik sekejap, panas balik, masing-masing teruskan juga makan dan borak. Hmmm memang terror tul lah Bomoh Hujan yang datang tuh..hehehehe.. Lain kali kene panggil dia lagi..


“Bomoh Hujan”


Menjelang tengahari, sorang demi seorang beransur pulang. Makanan yang berbaki, dibahagi-bahagi. Maklum, semua ada anak-anak. Paling best, lelong Roti Gardenia (Kek Pisang comel sebenarnya), tajaan KAKCIK SEROJA dan suami. Pendekata semua dapat bawa balik. Kalu yang tak dapat tu, very the sori laaarr...

Aku mengikut KAKCIK balik kira-kira 2.15pm sebab harus singgah di suatu majlis kahwin di dewan berhampiran, kenalan KAKCIK. Mujur pun, ketika kami sampai di situ, sudah renyai. Kami tak makan pun, sebab dah terlajak kenyang (aku ler.. KAKCIK aku tak tau, sama jugak ler kot..) lalu kami minum sirap saja. Selepas 15 minit kami bergerak balik dan belum pun kuar dari kawasan FRIM, hujan turun dengan lebat. Tak tahu lah cemana depa yang masih lepak tadi. Sempat lari ker tidak..heheheh.. (sapa yang lukus hari tu, angkat tangan...!)

**Aku tak leh ingat semua nama.. jika sebut balik pun aku tak ingat nama itu yg mana orangnya. Sebab bukan semua orang pakai name taq hari tu... Heee tak patut betul korang. Aku jer yang pakai name tag sampai time balik, mujur masuk dewan kahwin tu terperasan. Cepat-cepat tarik simpan.


Terimakasih tidak terhingga kepada semua.. semua yang sudi hadir, sudi meluangkan masa, yang begitu peramah lagi mesra. Dengan makanan yang enak lazat hingga menjilat jari. Yang rajin bawak macam-macam, sampai tong air pun bawa, siap bancuh oren lak kat situ, yang berkongsi pengalaman dan cerita-cerita. Semoga perkenalan kekal dan silaturrahim berpanjangan dalam suasana yang indah dan saling menghormati.


Gandingan serasi dan seJIWA. Adakah mungkin juga SEJAWA?


Aku bukan tidak biasa tentang soal gathering dengan kenalan dari siber. Beberapa kali juga. Malah dengan pelbagai cara di pelbagai tempat. Setiapnya memang sungguh menyeronokkan dan yang terkini ini juga tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri..

BRO MAZIDUL berazam menjadikan gathering blogger berterusan hingga mungkin ke kali yang ke 10. So, jangan risau bagi yang belum berkesempatan, masih ada banyak kali lagi nak buat nihhh. Harap-harap pasni, ada banner yang dapat dijadikan penyeri majlis. Baru nampak class, tak macam keta tinted yang takda class...hahahaha... U know what I mean...!



Kenapa dalam tv dia nampak besar, tapi bila kat luar, aku lak yang nampak lagi besar? Ini tidak adil...!

So, di sini aku mengambil kesempatan memohon maaf dari korang yang hadir seandainya ada gurauan Kak AZIE agak melampau atau menyakiti hati korang. Semuanya secara spontan dan tidak langsung dengan niat, ok...

Jangan lak korang serik nak ajak Kak AZIE join lagi ekk.. Maklum ler.. asyik-asyik jer aku yang nak makan dulu. Ada ker yang risau takut aku habiskan puding peach yang sedap tuh? Aku tak mungkin kasi habis punyaaa...malu beb!

Punya seronok sampai lupa nak balas dendam kat AZRUL. Sapa datang lambat, kene campak sungai. Tak sempat nak campak, dia dah terjun sendiri...!


~...setinggi tahniah kepada yang mencetuskan idea dan berusaha menjadikannya realiti...~


33 comments:

  1. Azie,
    akak memang jelezzz.... lainkali memang nak join...

    ReplyDelete
  2. seronok bila berkumpul ramai²....

    ReplyDelete
  3. IBU RAHMAH > Jangan le jelez KAK.. Apapun Akak memang kene join di lain kali.. Kena ler buat Apam Gula Merah tu kan? kan?

    EELOBOR > Memang seronok. Yang pasti memang tiada pun scene tepuk tampar laki orang or bini orang.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Hahahaha, tak tahan statement "Apa dia goreng ko, Diana?" Sian Bro Mazidul, dalam 360 dia asyik tembak orang je... dalam gath dia plak kena tembak kak azie...

    Ganaih kak azie pakai mesin gun... bro mazidul pakai pistol biasa je...

    Tak leh lupa ayat bro, "bila secawan teh cina belum habis minum, tempat tu dah kosong, ini adalah satu penghinaan kepada saya"
    SKEMA habis!

    ReplyDelete
  5. salam
    baca kt dalam blog pn boleh senyum sensorang, kalau kat sana mesti sakit perut gelak, mesti berair2 mata

    ReplyDelete
  6. salam kak,
    erk..acu yang terakhir kot kak yg cite psl nie
    acu belum tulis lagi dalam blog acu..hehehee
    semalam melepak je keja nye..badan rasa tak sedap..kepala pusing...mungkin sebab kena hujan kot...

    best dapat kenal akak & kawan2 yang lain.harap silaturahim nie berpanjangan selama nye..

    ReplyDelete
  7. " Bang, jarum suntik baru aaa..?"

    wakakak, mat petz pon kagom giler ngan bro mazidul hueheuheu... LOL~

    ReplyDelete
  8. DIANA > tak kenal maka tak chenta... so kena kenal dulu baru leh tau. Yang pasti ritu memang ada yang kene tembak. Tapi dia mesti ler contol cool. Hero kalah duluu... Next time, mesti dia simpan peluru nak tembak Kak Azie plakk...

    Kak Azie suka, bila dia citer satu Apek ajak dia masuk urut...Itu Amoi urut aarrr, umur sudah 74 tahun...!! kahkahkah! Guling sebab dia ajuk cakap Apek tuuu... wehhhhhh golekkk!

    ReplyDelete
  9. ROSNANIE > harap coretan yang sedikit tu dapat memberikan gambaran suasana gathering.. Next time, kita buat kasi havoc sampai banjir dengan air mata orang gelak...hahaha...

    ACU > Agaknya korang yg last balik kot... kene ujan ek? Mujur kami sempat kuar. Hehehhe...

    ReplyDelete
  10. SHAHRUL > ko sempat gak dengar kisah yg jarum mcm pen tu kan? Alamakkk.. takleh tahan aku nak gelak balik. Jangan buat main weyyy.. suntik perut tuhhh... Kira paling handal ler diaa.. wakakaka...! > join SHAHRUL gelak...

    ReplyDelete
  11. huwaaaa....jeles seh... apesal la saya tak join mokyang aritu... huhuhu... lenkali nak join...nak join...

    ReplyDelete
  12. DINA > kan malam tu MokYang ada sebut... memang dah ajak, kan? Next time MokYang pelawa lagi, kita join ramai-ramai tau..

    *Bloggers lain mesti dok heran, pesal ler korang ni dok panggey aku MOKYANG...hahahaha jangan ditanya...!

    ReplyDelete
  13. Salam Azie...

    terherot2 bibir kakcik senyum sensorang baca catatan Azie ni tau... Macam kita dah kenal lama kan, padahal kali pertama bersua di alam nyata. Hem.. jangan jeles.. kakcik sempat basuh tangan kat sungai tu tau! :)

    ReplyDelete
  14. Kak Azie, kalau boleh memang nak gelak guling-guling kat situ jugak, tapi maluuuu... he he..

    ReplyDelete
  15. Salam KAKCIK SEROJA.. Begitulah, kalu dah peramah. First time jumpa pun dah macam berkawan lama..

    Uik? Sempat basuh tangan? Alaaa.. Azie makan dengan sudu, tu yg takda sebab nak basuh tangan... Hahahahah...

    ReplyDelete
  16. NOR AZIZAH > Kak Azie kagum ler masa awak bercerita pengalaman jatuhkan hukuman di court... Wahhh mesti diaorang takut kan? Awak yang cun cute mute, leh bagi hukuman sebab 4 rotan.. woooo... Akak kagum dik...

    Psssttt... kalu ko nak guling, jangan lupa ajak Kak Azie sama... Tengok sama dulu terhumban dalam sungai..

    ReplyDelete
  17. hoho...best kak mandi sungai.....sejuk giler.... hehe

    ReplyDelete
  18. seronoknya.... len kali nak join leh...hehe

    ReplyDelete
  19. Begitulah selalunya bila agenda berlaku secara spontan tetapi semuanya memahami tujuan, dtg dgn minda dan perasaan terbuka, disana dengar celoteh jenaka suka dan pulang dgn pengalaman dan imbauan semua muka...

    ReplyDelete
  20. memang pun kak..
    kitaorang yg last balik..
    memula hujan rintik pastu jadi lebat
    time kami tengah makan...
    terpaksa le tunggu sampai hujan berenti

    tapi apa2 pun enjoy sangat dapat jumpa akak & kawan2 yg lain aritu...

    ReplyDelete
  21. Seronoknya..lain kali nak join gak..Boleh jumpa Kak Azie..

    ReplyDelete
  22. AZRUL > ko terjun dalam sungai tu senyap-senyap jer ek? Kak Azie segan nak terjun, sbb takut air sungai tu melimpah ke darat... hahahaha..

    HEZRIN > memmang dok tunggu gak kot RIN pun muncul...

    ReplyDelete
  23. MORASE > Abg Rahman. Seronok dapat berkenalan dengan Abg sekeluarga. Best dengar pengalaman luas Abang Rahman tentang pendatang asing...

    ACU > weyyyy one day harus Kak Azie ikut ko pegi round the world.. Heeee jeles aarrr dengar ko dah sampai Turki, Ostolia, Kerabi dll.. wow..!

    ReplyDelete
  24. ZUREEN > uishh takkan ler nak jumpa Kak AZIE sorang jerr... kalu ko dapat jumpa yg lain-lain tu, lagi besttt..

    FADZIL > len kali kalu orang dok ajak, jangan dok joi mehai...

    ReplyDelete
  25. Kak AA - hmmmmm jelez giler acik, dah terbakar dah nih. Tidak tidak tidak ... ada siaran ulangan tak Gathering tu?

    ReplyDelete
  26. assalammualaikum azie

    best nya ya...
    lain kali kalau ada peluang nak join juga...

    ReplyDelete
  27. ACIK > jelez ler lagii.. heheheh.. siaran ulangan takdak. Tapi siaran langsung yang baru akan ada. Sedang diusahakan. 6 bulan lagi dari sekarang.. hahahaha...

    KL CITIZEN > Salam Cikgu NORMAH. Memang peluang dibuka kepada semua dan pada bila-bila masaaaa...

    ReplyDelete
  28. Naper I tak bleh komen kat entry terbaru kat atas tu?? Isyyy ada hantu raya ka pa??

    Wahh happening nampaknya gathering bloggers dalam hutan, lenkali wat la kat tempat yg takder hutan2 simpan, yg ada makanan je dah le, ai alergic sket ..maklumlah teringat kampung kat Hutan Amzon nun, sedey...

    ReplyDelete
  29. ROSE > memang kekadang ada yang tak bleh komen kat certain entries.. tak tau pasai apa.. dok pelik jugak laa.. Nak kata hantu, jenoh dah jampi..

    Kena tanya BRO MAZ... next gathering nak buat tang mana, bila.. hehehe.. tapi memang best gilosssss...

    ReplyDelete
  30. sungguh gambar dengan artis,

    salamm,

    ReplyDelete
  31. TUN... rasanya tiada artis.. Celebriti pun cuma MAZIDUL sorang, dia orang TV3..

    Salam..

    ReplyDelete
  32. best nya.....next time mcm nk join je...=)..blh jumpe akak2 dan abg2 senior yg dh lama berblog...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails