Tuesday, January 12, 2010

Rindu Pertemuan...

Sekadar memenuhi permintaan beberapa orang teman blogger, aku masukkan sajak “Rindu Pertemuan” di sini. Tiada niat menunjuk atau perasan bagus, tapi aku merasa dihargai.

Rindu Pertemuan

Saat mengenang
bayangan yang bakal berdiri jelas
tidak lagi mengekori
lantaran aku tidak lagi berlari

Gema keliling terasa sunyi, sepi
seperti menghormati
atau kami yang tuli
tidak ingin mengerti apa yang kelak terjadi
di kanan dan kiri
terasa basah di hujung mata
jelas ku rasa pipi merah menyala
pernyataan tidak ketara
kata-kata tidak lagi tersusun irama

Pertemuan, terjadi jua
antara rela dan terpaksa
atau desakan getaran dada
melonjak, mendesak

Penghujung cerita bersulam tawa
tafsirannya hanya di mata
suka duka ingin dikongsi rata
cuma mendamba suasana berbeza

Kasihnya, sayangnya, sejati lelaki
mengharap cinta akibatnya tak terperi
lalu terus menanti
agar bayang terus mengekori
mengiringi, menyiul bunyi menghakis sepi hati
yang tidak ingin bersemadi di sanubari
moga terus hakiki
menjadi milikku abadi.

Sajak ini aku tulis pada 10 January 2006, semasa menghayati kisah seorang lelaki yang hidup dalam kesunyian. Kawan aku juga.

Terimakasih atas ucapan dan dorongan. Sangat ingin aku belajar lagi dari insan-insan penyair hebat di luar sana. Rumah PENA pun sudah 2,3 bulan tidak dijengah kerana terlalu sibuk. Rutin bulanan yang semakin tercicir dari diari. Aduhhh...



14 comments:

  1. aku bersajak bagai masa tgh bercinta jek ha ha ha :D

    gelak setan si alid :p

    ReplyDelete
  2. Teruskan berkarya Azie..

    bagi kakcik, berpuisi bagaikan terapi kala hati di gayut sepi, kala perasaan terawang-awang...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Azie..

    Perpisahan yang terjadi, adalah hasil pertemuan yang tercipta... :-)

    ReplyDelete
  4. ECHAH > Aku lum pandai bersajak masa bercinta. Mungkin tak sempat nak belajar pun, sebb dok asik masyuk kot... hahaha!

    KAKCIK > Betul tu... Rasa seronok dan rasa ilang tekanan.

    ReplyDelete
  5. NIDA > Wahh.. pandai NIDA yer. Jom buat sajak..:D

    ReplyDelete
  6. kak azie.. wah... patut ler menang, memang lah kak azie ni berbakat terpendam bukan terendam macam saya... hehehe...

    ReplyDelete
  7. Hello Azieazah, chantek gambar atas tu.
    Ahhh, ada rindu?

    Angin menderu menolak awan,
    Awan berarak hingga ke senja.
    Mula berkenal lalu berkawan,
    Berputik pula rasa cinta.

    Tudung saji bawa menari,
    Menari rancak hingga ke pagi.
    Kalau sudi katakan sudi,
    Tidak saya ternanti-nanti.

    You stay young, stay beautiful and keep a song in your heart, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  8. EELOBORO > thanks

    ROZ NANIE > Bukan menang, tapi tersiar. Sebab itu bukan pertandingan. Tapi untuk pengetahuan, dulu pernah masuk Pertandingan Puisi Merdeka, sampai ke peringkat akhir (sajak kene buat sendiri). Wpun begitu, pengalaman sangat manis sekaliii...

    ReplyDelete
  9. ACIK > terimakasih..

    UNCLE LEE > ahhhh memang rindu. :D wow! saya suka dengan pantun UNCLE tu. Nice. I like..

    ReplyDelete
  10. Hi Azieazah, ha ha, old days I learned from my pakcik friends as I was dating Malay girls, ahemmm.
    And of course I had to compete with the handsome Malay Romeos....
    so I had to armed myself...with pantuns.
    But sometime ada la tembak salah, wrong ones, ha ha.

    Or to get invited for makciks home cooking, saya lepas handbrake with a couple of pantuns, get dinner incitation, ha ha. Lee.

    ReplyDelete
  11. Wahhh UNCLE sangat pandai bodek cara dulu-dulu... memang kene pandai berpantun berbudi bahasa...
    Ohhh I missed pantun dulu-dulu..

    DIANA > lagi besh kalu deklamasi sesama.. jommm

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails