Tuesday, February 21, 2012

Hilang mood: “Jangan risau Azie...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin, malam
20-02-20212



Hilang mood.

Lately ada banyak sangat benda masuk dalam kepala. Bukan patut fikir pun, tapi ntah kenapa tak hilang dari batu jemala (yang kadang-kadang ada batu besar jugak duduk!) aku nih.

Lately, jumpa ramai orang, buat banyak benda, dengar banyak cerita, pendedahan banyak kisah belakang tabir — buat aku suspens, takut tak pasal-pasal dan dalam masa yang sama, meluat cemuih dan menyampah!

Ada waktunya kita berlaku adil pada semua, berbuat sebaik mungkin mengikut arahan, tapi tetap ada anasir sedaramara virus menjadi racun parasit dalam komuniti. Kita bimbang kita tersilap langkah, kemudian menjadi mangsa tanpa rela.

Arrrhhh...! aku hilang mood nak menulis juga mengomen. Sori Berlori.

Ada satu sms yang sungguh menyentuh perasaan. Mujor aku tak tertomoih masa nak turun lunch siang tadi;

“I selalu berada di belakang U. Jangan risau.” Statement sokongan yang sangat aku perlukan. Right time.

Good nite everyone!


Header untuk bulan Mac dah siap.




~...terimakasih banyak, HISYAM, surat bawah tempurung selamat diterima dengan jaya dan masih kekal bau bedak Amaminya...~






Monday, February 20, 2012

“Keresahan Depa Semakin Memuncak...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin, petang
20-02-2012


Suasana di tempat kerja agak kelam-kabut. Kerja menjadi berganda untuk aku kerana semua rakan lain di Lantai yang sama dengan aku, tidak tetap kuar masuknya.

Ada harinya, sebelah pagi aku berteman sorang, kemudian petang tinggal sorang. Ada ketikanya, berdua. Kadang-kadang sehari suntuk aku cuma sensorang buat kerja yang menimbun. Depa kuar masuk cari kerja dan attend interbiu. Aku jer yang tak ke mana. Depa pun cuak. Mujur juga aku pernah sebut, yang aku akan start cari kerja baru selepas selesai cuti sekolah (sebab sepanjang cuti sekolah aku nak cuti lama sebab ada kenduri). Dan kemudian, tiba-tiba ada rezeki pula aku terus mendapat tawaran dan boleh mula sebaik sahaja Mac nanti.

Tapi tiada sorang pun yang tahu aku sudah ada kerja baru (kecuali depa dapat cari blog aku ini). Sebab aku memang tak citer pun. Ada banyak isu nanti. So tutup mulut lebih baik.

Jadi kerana aku yang tak nampak macam kalut nak cari keja, hantar resume sana-sini or pegi interbiu merata, akulah yang duduk di ofis handle banyak lagi kerja yang tinggal. Nasib badan. Tapi sabar dan gigih saja lah.

Sebenarnya aku kesian kat depa. Susah juga nak cari kerja lain. Leceh. Nak kena mula dari bawah semula. Tentulah ada banyak perkara dan rutin terpaksa diubah. Tapi kalu dah terpaksa, redah jugak lah.

Sekarang ni muka masing-masing nampak tegang dan tension semacam. Hari tu aku gurau usik, “Bila kita nak buat farewell?”

Jawapan: “Nak buat apa buat farewell?”

Aduhai... tak berani aku nak usik lagi. Sebab aku sendiri tak berapa suka bab farewell nih.

Apapun aku harap depa akan dapat kerja yang baik, or jauh lebih baik dan terus suksess.

Perubahan dan penghijrahan itu ada ketika sangat perlu dan harus dilakukan demi sesuatu yang positif.

******

Lama gak aku tunggu nak kumpul dapat syiling baru nih.


Dua Kupang. Lebih kecil dari yang lama. Warna emas.


Lima det (5 sen). Nampak lebih besar dari yang lama. Warna tak ubah. Perak juga.


Lima Kupang. Warna emas, kecil dari yang lama. Ada lekuk macam kelopak bunga raya.

Kesemua syiling baru kali ini, lebih ringan dan bunyinya pun tak sama dulu. Bunyi ringan macam token main game kat Jusco. Dan khabarnya, tak leh digunakan untuk (or belum boleh lagi kot) untuk telefon awam dan juga mesin parking keta. Cemana tuh?

Gigih kan, aku? Kumpul syiling baru tu setiap nilai kena 2 keping. Sebab nak snap depan dan belakang. Cuma aku tak dapat-dapat pun coin 10 sen sampai sekarang. Ker memang tak ada?





~...kerana inginkan perubahan yang positiflah, HISYAM berani mati mengajak SERI BULAN menjadi pengiring, pembantu setia untuk setiap usaha, penyimpan mohor rahsia terbesar merangkap teman SEHATI SEJIWA lagi sekepala, sepanjang menjadi ahli pasukan yang cemerlang di Kampung Separuh Desa...~







Sup UK + Ekor ÷ Tulang = RM95.00 : Air Kosong Free...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
20-02-2012


Dah Senin. Dah duapuluh haribulan. Time flies, huh? Kata orang, “Time flies so fast when you’re having fun.”

Ramai yang faham maksud itu.

Semalam petang, selesai sahaja Majlis Hi-Tea, DesaVilla di Sg Buah, Dengkil, kami satu pasukan berpakat hendak pegi makan-makan. Cadangan asal, memang nak makan Cendol kat simpang Banting-Dengkil tuh bersama Laksa Redup Rimbun. Mungkin ramai yang tahu tentang Cendol dan Laksa kat tepi jalan tuh, kan? — Jalan lama Bangi menuju Dengkil-Banting.

Tapi our BigBoss mencadangkan Laksa Teluk Kecai (laksa Perlis) yang sedap di area Bangi (Seksyen 7). Lalu bergegaslah anak-anak burung ni, berdedai-dedai macam konvoi kebuluran. Hehehehe.

Dukacita lagi. Kedai Laksa Teluk Kecai ditotop! Frust.

Pusing balik. Akhirnya kami singgah makan — nak kata lunch, dah kul 4 lebih dah — di sebuah restoren: Restoren Sup UK @ Urat Ketin. (bahasa baku “keting”)


Alamat, terlupa nak cari. Tapi memang di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.


Psssttttt blogger AKAK RAHMAH, harus gak tahu tempat ni kot?


Periuk besar terang-terang depan kaunter. Layan diri. Request jer sup apa mahu.

Menu pilihan antaranya: Sup Urat Ketin (ori). Sup UK + Ekor. Sup UK + Tulang. dll. Lain campur, lain harganya. Yang I sempat pandang tadi, kalu tak silap, Sup UK saja RM5. Jika campur tulang = RM7. Campur ekor = RM9.


My choice, Sup UK + Ekor. Yang putih putih jernih tu la “urat ketingnya”.



Kerana dah kelewatan, lauk pun dah tak banyak yang tinggal. Pari Bakar sudah sejuk kejung keras. Tapi Sambal Belacan dan Ulam tetap menambat selera.


As usual, Tembikai Laici.



Memang aku simpan hasrat nak snap gak kedai Laksa Teluk Kecai tu dari awal. Time balik, baru sempat. Itupun dari dalam keta jer.





~...dalam duka ada sukanya, dalam sedih ada kekek-tawanya dan dalam angan-Jenin ada citanya, begitulah juga akur-janji terkini antara SERI BULAN dan HISYAM sejak lelaki itu terkujat-terperanjat kerana tali kelambu terputus di tengah malam disergah kucing miang yang sesat tiba-tiba. Cehhh...!~







Sunday, February 19, 2012

Trip percutian...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
19-02-2012


Hari tu AA ada sebut pasal trip pegi Kelantan, kan? Untuk makluman, trip ditangguh ke tarikh 06-04-2012. Masih sempat kalu nak join, dan simpan duit untuk shopping sakan-sakan.

Dah nak masuk Mac. Dah boleh start fikir tentang trip percutian untuk tahun ini. Dah ramai yang mula plan. Semalam sorang kawan offer trip ke Vietnam untuk Oktober nanti, sebab AA (AirAsia) tengah promote sakan-sakan. Alaaa... aku berat hati nak join. Taktau pasaipa. Instinct aku macam tak sokong jer.

Berbeza dengan trip ke Bandung Julai nanti. Pertama kali kawan aku sms ajak join, aku terus buka web AirAsia tempah tiket! Settle.

Trip domestic tak perlu rancang kalut sangat. Boleh slow and steady. Esok nak pegi, hari ni cari tiket pun boleh.

Terkini plan dok draf dalam kepala: awal cuti sekolah nanti kami sekeluarga insyaAllah balik kampung.

Aku masih simpan hasrat hendak ke Johor tahun ini. Jap nak cari tarikh dan cuti yang baik dulu...

Tayang-tayang lunch:

Hokkien-Omelet Fried Rice.

Hari apa ntah. Aku pun tak sangka si tukang masak tu boh sos cenggitu. Padahal dia bukan kenal aku pun. Sekali pandang nampak macam “AA” kan? ohhh I like...!


*pagi ini Ahad, sesiapa yang berada di sekitar Sg Buah, Dengkil (dekat Bukit Unggul Golf), AA akan berada di situ sepanjang hari ini untuk Majlis Hi-Tea DesaVilla (tanah lot banglo). Jika sempat, mai la join...!




~...kerana SERI BULAN masih nampak duka-laranya, masih terkesan duka-citanya, masih terserlah sedih-sedannya, HISYAM berat hati hendak pulang meninggalkan si buah hati lalu berhasrat untuk bermalam di Teratak Nyatuh tetapi Pak Utih meletak syarat harus berani bersejuk-beku di lantai serambi, walaupun kelambu tali empat menjadi peneman penghalau nyamuk...~










Saturday, February 18, 2012

Nangis ~ Makan Sakan-Sakan ~ Sambung Nangis...~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
18-02-2012


Lately, aku dah macam tak “mesra alam” dah kan? Aku semakin tak sempat nak BW. Sedangkan, day by day, sentiasa ada jer pengomen baru dalam beberapa entri > ayat perasan tapi itulah sebenarnya. Terimakasih banyak wpun memang aku tak sempat nak jengah pun sekian banyak blog yang menjadi teman maya.

Sepanjang hari ini, hujan kan? Dan aku sendiri hujan di dalam hati sepanjang petang sehingga membawa ke malam hari. Ada beberapa perkara yang buat kita boleh bersedih sedangkan isunya kecil sahaja. Antara sedar tak sedar, kita akan rasa kecewa walaupun kemudian nanti, setiap itu akan selesai dengan mudah sahaja.

Jom kita citer pasal makan-makan. Terapi paling best menghilangkan kedukaan sementara. Am I right?

Petang tadi, kami singgah lagi di Restoren Lontong King, Taman Lagenda Suria, Ulu Langat. Plan asal nak ke sekitar Nanding cari nasi best, tapi jalan jem teruk sebab ada lori accident. Takda pilihan, ke tempat ini lagi lah untuk kali ke-dua.


I’m the biggest? Ohhh bangga!
hahahahaha!~



Dah bertahun aku tak tengok lontong asli sebegini. Dulu masa zaman anak dara selalu la jugak makan di Kg Baru.


Yang segitiga tu kami sangkakan Kuih Chang. Excited nak makan. Rupanya Kuih Lopes.


Lopes ni tak asli la, sebab pulut tu warna coklat (gula merah kot).

Satu gugus ada 5 pcs. (mungkin lebih, juga lupa tengok harga kat bil tadi). So kami berlima, mana cukup sorang seketul, ya tak? Ambik lagi segugus, so pembuka menu kami makan Lopes dulu sorang 2 ketul.


Aku nakkan Tembikai Laici macam biasa. Tapi no tembikai. Akhirnya belasah Fresh Orange Laici! Menu reka sendiri, sampai pelayan tu blur sekejap.


Sizzling Beef.



Lunch kami lewat kerana meeting sampai 4 jam (kebas punggung). Dah tak lalu nak menu nasi campur. Western!

Sebenarnya Restoren Lontong King, Ulu Langat ni tak leh nampak dari tepi jalan besar. Ia terletak belakang Petronas Ulu Langat (the only one stesen minyak di sini). Taman Lagenda Suria.

Menu lain boleh tahan. Cuma dengar khabar, lontongnya tidak lah sedap sangat. Ntah aku lum pernah rasa. One day harus cuba untuk mengesahkannya.

*okeh, nak sambung nangis!





~...walau hujan bagai mengerti rasa hati, bertakung di laman seperti banjir di dalam dada SERI BULAN, HISYAM tidak pernah cuba memahami mungkin sengaja tidak bereaksi, sedang Mak Utih bimbang bukan kepalang sehingga ralit membiar nasi hangus di atang dan ikan rentung di rinjing...!









Fenomena Hindustan berulang lagi kah?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
18-02-2012



Sepatutnya hari ni aku duduk rumah. Plan nak tengok filem Hindustan, or lepak-lepak layan mata. Dah la Sabtu lepas kena keja luar. Missed Kuch Kuch Hota Hai. Minggu ni filem Hindi yang kurang popular, kata AMOI. Tapi minggu depan Sabtu, filem SANGAM! Wahhhh... dia mesti tunggu tuh.

Dan aku kena juga kuar kerana komitment keja luar lagi.

Tambah lak, kat TV3 ada iklan/promo tentang filem-filem Hindi setiap Sabtu, yang sangat cute. Iklan tu lagu Melayu (tajuk apa ntah, lupa tapi lagu tu popular gak laarr...), tapi “ad-lips” diambil dari beberapa scene nyanyi filem Hindustan. Comel sangat! Sapa pernah tengok? Shah Rukh Khan konon nyanyi lagu Melayu, sama dengan si Raj Kapoor (Sangam). Sweet kan?

Layan suasana indah ini:


Matahari terbit. Dari balkoni rumah CIKINTO. Ahad lalu.





~...sejak musim hujan kembali menjadi musim bualan ramai warga Kampung Separuh Desa, HISYAM mula mencipta hobi baru menjadi penanam anggur di serambi Teratak Nyatuh kerana Pak Utih sendiri pencen sementara sebagai penoreh getah dan SERI BULAN kecewa kerana belum sekali pun berpeluang memegang pisau toreh menadah getah...~







Friday, February 17, 2012

Musim bulan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt, malam
17-02-2012




Kehadiran di tempat kerja semakin merosot. Bukan kerana prestasi, tapi kerana semangat nak gigih kerja semakin menurun di kalangan ramai staf, juga kerana masing-masing nak pegi interview kerja baru.

Dan, sebenarnya kesibukan I, kesibukan yang berisiko. Take over kerja orang tanpa diketahui oleh orang yang asal. Sekadar menurut perintah, walaupun nampak sangat mengikut mentah-mentah tanpa bantah.

Tapi makan tetap tak menjadi susah dan payah. Langsung tak rasa renyah.

Hokkien Mee, kah? Ntah.


Malas fikir.

Renung bulan SERI BULAN lagi baik.

Snap dari ketinggian tingkat 17, apartment CIKINTO. Balkoni yang best buat tempat lepak. Boleh tengok bulan dan matahari naik...




~...HISYAM semakin cemburu yang cemberut macam tikus sakit perut. Apakah?...~

TANGLING lagi: Port lama orang lama...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam JumAAt
17-02-2012



Sekadar cerita kosong. Nothing special.

Stalker, hari ini hari JumAAt. Doakan saya yang baik-baik ya.

Tayang-tayang lunch:


TANGLING, port lama orang lama. Teringat-ingat muka masam muncung panjang boleh buat sangkut baju kelawar. Sebab ada orang duduk di kepala hidang tapi tak ramai yang pandang.


Sotong ada telur. Sotong jantan kata PAK DIN.


Layan diri sekarang.

Kengkawan lain, sori berlori tak ajak. I bawa client.



~...HISYAM terasa hendak benam kepala sendiri di Sungai Menghijau Lumut kerana kalah berebut buaian tali reput dengan SERI BULAN...~
























Wednesday, February 15, 2012

WW: “Pendamkanlah rahsia hatiku ini di hatimu...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
15-02-2012








Tayangan bulan lepas, tengok time, kul 12.34 tengah malam.


*Dilwale Dulhania Le Jayenge (English: The Big Hearted Will Take the Bride). Inilah part paling I suka tentang filem ini. Part “pertunangan” yang sangat sweet...~






~...bukan setakat memendam rahsia hati ke dalam hati, juga berhasrat merendam kepala ke dalam sungai, juga membenam duka di lubuk tempayan serta menanam pilu di tanah sebelah baruh agar semua rasa dan Anganan-Jenin HISYAM dan SERI BULAN hanya mereka berdua yang bernama manusia, yang tahu...~








AMARAN: “Bukan semua entri sesuai untuk disensasikan...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
14-02-2012



Luka lama masih teringat, jangan ditambah dengan duka baru dengan menitis limau di atas calar.

Bukan semua entri sesuai untuk disensasikan. Dan lebih khusus lagi, blog aku tiada apa pun yang hendak disensasikan pun. (read: nothing special)

Jika membuat kerja yang baik untuk kemudahan semua orang, dan membuat kerja yang lebih dari yang sepatutnya untuk kebaikan semua pihak, itu dipanggil “bodoh”, aku tak kisah.

Ular yang sentiasa menyusur akar itu, sebenarnya ekornya masih boleh membelit, tau.

Stalker @ gergaji dua mata: jika leka meneropong orang, jangan lupa diri anda pun diperhatikan.


*****

Tayang-tayang lunch orang malas (read: aku):


Salad Macaroni + Green Epal + Crab Stick.




~...SERI BULAN terus merajuk, HISYAM belum jemu mengajuk tetapi kenapa Mak Utih yang tetiba mengidam jeruk?...~







Tuesday, February 14, 2012

Cerita Santai & Cerita Nak Melawat Kelantan....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
14-02-2012



Sabtu lalu, aku bawak CHAK ikut MyKAK YANG tido umah CIKINTO di Bukit Jalil.

Kami tiba awal petang. So sempat lah bermandi manda, mengasah lagi skill swimming di kolam renang di apartment dia. Letih...



Kolam renang yang berpagar sekeliling. Privacy.

Malam itu kami menguruskan penghantaran kad jemputan walimatulurus di Kajang.



Balik dari Kajang, CHAK tido dalam keta. So nak ajak makan pun dah layu.


Amin...


KFC 24 jam. Taman Equine.


********


Di entri sebelum, menjawab soalan tentang trip ke Kelantan pada 3 Mac nanti: Trip ini lebih kepada acara membeli-belah. Biasanya tempat dituju adalah sekitar Kota Bharu, Wakaf Che Yeh, Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang. Bayaran RM150 adalah termasuk pengangkutan pergi-balik dan penginapan.

Pengalaman AA bersama trip kakak ini memang sentiasa menyeronokkan. AA dah ikut trip dia beberapa kali dah, sejak 2001 lagi. Kelantan-Terengganu dah 4 kali, Johor 2 kali, Langkawi 3 kali. Kadang-kadang sampai 2 bas sekali gerak, dan hampir kebanyakan trip itu AA bertindak sebagai pembantu khas dia @ tukang riuh.

Sapa nak join email me, or inbox me di FB. Jika ada no hp saya, text me. Kita berjimba jommm...!




~...mundar-mandir di Laman Teratak Nyatuh sambil menjeling ke arah tingkap yang separa terbuka, hanya kain tutup tingkap yang kusam itu berkibar macam bendera tengah Dataran Merdeka tetapi kelibat SERI BULAN susah sekali ternampak kerana dia merajuk sebab kena ajuk dek HISYAM...~







Pasembor Spesel: Port Lama Tempat Baru...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin, petang
13-02-2012




Rasanya dah banyak kali aku menulis tentang makan Pasembor Spesel di Restoren Pasembor Utara di Kg Baru (Jln Raja Uda) tu. Restoren Kerusi Kuning, aku panggey.

Setelah beberapa bulan kami (aku dan geng tu) stop ke sana kerana restoren tu berpindah, kali ini selera tidak dapat ditahan lagi. Kena cari! Kena cari!

Google, tapi jumpa lokasi yang lama saja. No fon pun takda dalam Google. Adehh...! Lalu ramailah yang aku sms menjelang tengahari tadi. Termasuk beberapa orang blogger. Hehehehe...!

Dalam ramai tu, ada sorang yang memberikan jawapan yang kami mahu. Yang lain tu, terimakasih banyak kerana memberikan kerjasama.

Restoren Kerusi Kuning kegemaran kami ini rupanya berpindah tidak jauh pun dari tempat lama. Kawasan lebih luas, selesa. Tak perlu lagi nak parking di tepi tepi jalan menghalang laluan macam dulu.


Nah... laman luas untuk pelanggan parking keta. Seberang jalan pun parking keta yang luas juga.


Kali ini 24 jam youuuuu....!
2 kali ganda lebih luas dari kedai lama.



Kini pelbagai menu ditambah. Tidak terhad kepada Mee Rojak dan Pasembor sahaja.


Takda beza kan?


Zoom dekat. Aku order Mee Rebus Spesel kali ini.



Kerusi kuning tu masih ada, tapi ada kerusi tambahan. Kaler oren terang. I like!


Tembikai Laici, sudah tentu!


Ntah apa yang sebenarnya kami raikan, tapi lunch kami tetap ceria dan penuh kegumbirAAn. Terimakasih untuk masa yang diluangkan, telinga yang dipinjamkan untuk mendengar dan semoga terus murah rezeki.





~...HISYAM pernah menakal-cekal semasa belum mengenali SERI BULAN, tetapi semenjak mereka declare sebagai Sehati dan SEJIWA, ternyata nakalnya berganda namun SERI BULAN paling mengerti kenakalan itu sebenarnya bukti kejantanan...!~






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails