Sunday, February 19, 2012

Trip percutian...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
19-02-2012


Hari tu AA ada sebut pasal trip pegi Kelantan, kan? Untuk makluman, trip ditangguh ke tarikh 06-04-2012. Masih sempat kalu nak join, dan simpan duit untuk shopping sakan-sakan.

Dah nak masuk Mac. Dah boleh start fikir tentang trip percutian untuk tahun ini. Dah ramai yang mula plan. Semalam sorang kawan offer trip ke Vietnam untuk Oktober nanti, sebab AA (AirAsia) tengah promote sakan-sakan. Alaaa... aku berat hati nak join. Taktau pasaipa. Instinct aku macam tak sokong jer.

Berbeza dengan trip ke Bandung Julai nanti. Pertama kali kawan aku sms ajak join, aku terus buka web AirAsia tempah tiket! Settle.

Trip domestic tak perlu rancang kalut sangat. Boleh slow and steady. Esok nak pegi, hari ni cari tiket pun boleh.

Terkini plan dok draf dalam kepala: awal cuti sekolah nanti kami sekeluarga insyaAllah balik kampung.

Aku masih simpan hasrat hendak ke Johor tahun ini. Jap nak cari tarikh dan cuti yang baik dulu...

Tayang-tayang lunch:

Hokkien-Omelet Fried Rice.

Hari apa ntah. Aku pun tak sangka si tukang masak tu boh sos cenggitu. Padahal dia bukan kenal aku pun. Sekali pandang nampak macam “AA” kan? ohhh I like...!


*pagi ini Ahad, sesiapa yang berada di sekitar Sg Buah, Dengkil (dekat Bukit Unggul Golf), AA akan berada di situ sepanjang hari ini untuk Majlis Hi-Tea DesaVilla (tanah lot banglo). Jika sempat, mai la join...!




~...kerana SERI BULAN masih nampak duka-laranya, masih terkesan duka-citanya, masih terserlah sedih-sedannya, HISYAM berat hati hendak pulang meninggalkan si buah hati lalu berhasrat untuk bermalam di Teratak Nyatuh tetapi Pak Utih meletak syarat harus berani bersejuk-beku di lantai serambi, walaupun kelambu tali empat menjadi peneman penghalau nyamuk...~










8 comments:

  1. aah plan2 lah cuti .. nak2 cuti sekolah ada bulan mac nie kan ;)

    ReplyDelete
  2. bile Kak Azie nak bercuti-cutian ke Kuantan lak?

    ReplyDelete
  3. taun ni dah full dgn trips. Kena sampai bulan 6 je.. Anak2 peksa.

    ReplyDelete
  4. kak Azie,

    balik kampung mana satu? kalau hat satu kat utara tu koling2 laa ye.. mana tau bleh lepak sesama...


    ** boleh tempah tat tersohor?

    ReplyDelete
  5. EJA:
    Kak Azie balik Parit Buntaq. Ada kenduri anak menakan pada 10/3. Dewan Merdeka.

    Nanti I call. Kita dating tau!
    Nak tart berapa pek?

    ReplyDelete
  6. nasi bertuah heheh
    sekali pandang memang mcm AA ;p

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails