Saturday, February 18, 2012

Nangis ~ Makan Sakan-Sakan ~ Sambung Nangis...~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
18-02-2012


Lately, aku dah macam tak “mesra alam” dah kan? Aku semakin tak sempat nak BW. Sedangkan, day by day, sentiasa ada jer pengomen baru dalam beberapa entri > ayat perasan tapi itulah sebenarnya. Terimakasih banyak wpun memang aku tak sempat nak jengah pun sekian banyak blog yang menjadi teman maya.

Sepanjang hari ini, hujan kan? Dan aku sendiri hujan di dalam hati sepanjang petang sehingga membawa ke malam hari. Ada beberapa perkara yang buat kita boleh bersedih sedangkan isunya kecil sahaja. Antara sedar tak sedar, kita akan rasa kecewa walaupun kemudian nanti, setiap itu akan selesai dengan mudah sahaja.

Jom kita citer pasal makan-makan. Terapi paling best menghilangkan kedukaan sementara. Am I right?

Petang tadi, kami singgah lagi di Restoren Lontong King, Taman Lagenda Suria, Ulu Langat. Plan asal nak ke sekitar Nanding cari nasi best, tapi jalan jem teruk sebab ada lori accident. Takda pilihan, ke tempat ini lagi lah untuk kali ke-dua.


I’m the biggest? Ohhh bangga!
hahahahaha!~



Dah bertahun aku tak tengok lontong asli sebegini. Dulu masa zaman anak dara selalu la jugak makan di Kg Baru.


Yang segitiga tu kami sangkakan Kuih Chang. Excited nak makan. Rupanya Kuih Lopes.


Lopes ni tak asli la, sebab pulut tu warna coklat (gula merah kot).

Satu gugus ada 5 pcs. (mungkin lebih, juga lupa tengok harga kat bil tadi). So kami berlima, mana cukup sorang seketul, ya tak? Ambik lagi segugus, so pembuka menu kami makan Lopes dulu sorang 2 ketul.


Aku nakkan Tembikai Laici macam biasa. Tapi no tembikai. Akhirnya belasah Fresh Orange Laici! Menu reka sendiri, sampai pelayan tu blur sekejap.


Sizzling Beef.



Lunch kami lewat kerana meeting sampai 4 jam (kebas punggung). Dah tak lalu nak menu nasi campur. Western!

Sebenarnya Restoren Lontong King, Ulu Langat ni tak leh nampak dari tepi jalan besar. Ia terletak belakang Petronas Ulu Langat (the only one stesen minyak di sini). Taman Lagenda Suria.

Menu lain boleh tahan. Cuma dengar khabar, lontongnya tidak lah sedap sangat. Ntah aku lum pernah rasa. One day harus cuba untuk mengesahkannya.

*okeh, nak sambung nangis!





~...walau hujan bagai mengerti rasa hati, bertakung di laman seperti banjir di dalam dada SERI BULAN, HISYAM tidak pernah cuba memahami mungkin sengaja tidak bereaksi, sedang Mak Utih bimbang bukan kepalang sehingga ralit membiar nasi hangus di atang dan ikan rentung di rinjing...!









9 comments:

Citarasa Rinduan said...

beberapa hari nie ayu pun tak ada selera nak makan nasi. agaknya sebab banyak sangat kenduri y ayu attend...

kak..tamo nangis2....
tak cantik tau..
ceria2 selalu ya

klcitizen cikgunormah said...

jangan sedih2 azie...

azieazah said...

AYU:
Kak Azie ni, tak nangis pun memang dah tak cantik. Jadi takda beza pun AYU. hehehehe




CIKGU NORMAH:
Saja nak cuci mata.

♥MAMASYAZA♥ said...

tetiba teringin nak makan lopes

Serunai said...

Assalamualaikum.. kuatkan semangat. tabahkan hati.. sedikit perkongsian.. Keindahan dalam Ujian

azieazah said...

MAMASYAZA:
Saya pun dah lama tak buat Lopes. Anak-anak suka, tapi kita asyik tak sempat memanjang.



SERUNAI:
Terimakasih. Saya memang perlukan kata-kata semangat itu.

Karukord Jagau's said...

uuiii nmpk sedaaapp....huhuhuuu

Dinas Aldi said...

Laa awat dok nangesh ni, takmo sedih2 ok. Di sini ada bahu yg boleh tumpang letak kepala kalau tak bleh tahan & nak nanges lagi..

-gedek! said...

lontong queens makan kat lontong king

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails