Monday, February 20, 2012

Sup UK + Ekor ÷ Tulang = RM95.00 : Air Kosong Free...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
20-02-2012


Dah Senin. Dah duapuluh haribulan. Time flies, huh? Kata orang, “Time flies so fast when you’re having fun.”

Ramai yang faham maksud itu.

Semalam petang, selesai sahaja Majlis Hi-Tea, DesaVilla di Sg Buah, Dengkil, kami satu pasukan berpakat hendak pegi makan-makan. Cadangan asal, memang nak makan Cendol kat simpang Banting-Dengkil tuh bersama Laksa Redup Rimbun. Mungkin ramai yang tahu tentang Cendol dan Laksa kat tepi jalan tuh, kan? — Jalan lama Bangi menuju Dengkil-Banting.

Tapi our BigBoss mencadangkan Laksa Teluk Kecai (laksa Perlis) yang sedap di area Bangi (Seksyen 7). Lalu bergegaslah anak-anak burung ni, berdedai-dedai macam konvoi kebuluran. Hehehehe.

Dukacita lagi. Kedai Laksa Teluk Kecai ditotop! Frust.

Pusing balik. Akhirnya kami singgah makan — nak kata lunch, dah kul 4 lebih dah — di sebuah restoren: Restoren Sup UK @ Urat Ketin. (bahasa baku “keting”)


Alamat, terlupa nak cari. Tapi memang di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.


Psssttttt blogger AKAK RAHMAH, harus gak tahu tempat ni kot?


Periuk besar terang-terang depan kaunter. Layan diri. Request jer sup apa mahu.

Menu pilihan antaranya: Sup Urat Ketin (ori). Sup UK + Ekor. Sup UK + Tulang. dll. Lain campur, lain harganya. Yang I sempat pandang tadi, kalu tak silap, Sup UK saja RM5. Jika campur tulang = RM7. Campur ekor = RM9.


My choice, Sup UK + Ekor. Yang putih putih jernih tu la “urat ketingnya”.



Kerana dah kelewatan, lauk pun dah tak banyak yang tinggal. Pari Bakar sudah sejuk kejung keras. Tapi Sambal Belacan dan Ulam tetap menambat selera.


As usual, Tembikai Laici.



Memang aku simpan hasrat nak snap gak kedai Laksa Teluk Kecai tu dari awal. Time balik, baru sempat. Itupun dari dalam keta jer.





~...dalam duka ada sukanya, dalam sedih ada kekek-tawanya dan dalam angan-Jenin ada citanya, begitulah juga akur-janji terkini antara SERI BULAN dan HISYAM sejak lelaki itu terkujat-terperanjat kerana tali kelambu terputus di tengah malam disergah kucing miang yang sesat tiba-tiba. Cehhh...!~







13 comments:

  1. AUNTIE MARINA:
    Sup ni biasanya, orang makan waktu malam. Siang-siang I kurang gemar, sebab panas. Berpeluh sakan nanti.

    ReplyDelete
  2. Laksa Teluk Kechai bukan originally bukan di di Perlis, tapi di Kuala Kedah.

    ReplyDelete
  3. seronoknya kalau keluar makan ramai2... rindu betul nak mkn ramai2 dgn geng CC... :)

    ReplyDelete
  4. Hehehe..
    Rahmah tunku kaharkan pengacara tetap jjcm..
    Tahu SUK sup urat ketin dan laksa telok kecai...
    Hihihi.. Sia2lahguna nama RTK jika tak tahu.... Kan?

    ReplyDelete
  5. salam...
    amboi lama tak dengaq perkataan "ketin"....nanti nak cari la urat ketin buat sup...

    ReplyDelete
  6. la semua nie depan umah je lah... jalan kaki je

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Kak azie, restoren UK tu 5 minit dari rumah LF . Tapi tak pernah makan sup kat sini .. bila ke sana, selalu order satay ... sedap

    ReplyDelete
  8. Salam
    Kak selalu nampak restoran tu tapi tak pernah mkn kat situ. Di kawasan tu terlalu byk restoran , tak tau mana nak cuba..mcm2 ada..

    ReplyDelete
  9. Salam. Ada kawan takut makan sup keting sebab katanya keting sendiri boleh jadi sakit... Hehehe, saya rasa dia memang ada penyakit rheumatism, tak tahan makan sup. Tak mengapa, azieazah boleh ke seksyen 7 BBB lagi bila-bila masa untuk nikmati laksa TK tu.

    ReplyDelete
  10. mlm td my hubbibi masak sup ayam simple. rendam nasik dlm sup & makan panas2.. fuuhhh hingge menjilat periok!
    nnti nk surveylah itu laksa teluk kecai :)

    ReplyDelete
  11. Kak z, gerai laksa teluk kecai tu berdepan dengan rumah acu...rumah acu seberang jalan tu je :)

    ReplyDelete
  12. Ya Allah.. sedapnyer... meleleh dah nih...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails