Showing posts with label chenta. Show all posts
Showing posts with label chenta. Show all posts

Saturday, February 2, 2013

Isu Sharnaaz–ND Lala: kecalaran ini akan menggugat kebahagiaan hari esok...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
02-02-2013



Ramai orang sudah tahu isu yang berlaku. Ramai juga sudah baca. Lihat di blog hiburan terutama Oh Bulan, RotiKaya... dan seumpamanya.

Kisah ketidakpuasan hati seorang ayah seorang artis muda, seorang anak gadis. Kekasih anak kelihatan begitu berani ‘daring’ membuat pelbagai kenyataan yang mengguris hatinya sebagai seorang tua.

Belum ada hubungan, belum ada sebarang ikatan, Sharnaaz mengesahkan dia bakal suami Shila Amzah. Saya melihat kata-kata mulut mengaku ini sebagai kata-kata orang yang sedang asyik masyuk dilambung chenta, sekaligus selaku orang selebriti yang sentiasa perlukan perhatian (dan publisiti).

Tetapi jika banyak kata-kata yang yakin tidak bertempat, mengenepikan perasaan orang lain yang terlibat amatlah dikesali.

Berbalas-balas statement pun sudah saya lihat sebagai “BIADAP!”

Selaku orang muda, apa salahnya mengalah. Ambillah pendekatan mendiamkan diri. Pergi berjumpa berdepan secara baik — kalau betul dia kata dia lelaki seperti yang dicabarnya kepada ND LALA. Dakwanya ND Lala mengelak, tetapi selaku lelaki yang bersungguh, tunjuklah komitmen dan kegigihan ‘mengalah’. Pergi rumah terus dan minta maaf secara berhemah. Rugi tak?

Bukan cari media bercakap itu ini macam dia betul semua (suratkhabar memang akan laku jual berita camni). Kalu pun orang tua ada tersilap, media bukanlah tempat sesuai untuk mendedahkan kesilapan bakal mertua. Kenapa tidak melihat ini masalah keluarga yang perlu dijaga privacy nya? Kenapa tidak menerima apa jua kesilapan itu sebagai kelemahan seorang manusia biasa dan juga kerana keprihatinan seorang ayah terhadap masa depan dan kebahagiaan anak gadisnya?

Saya anggap Sharnaaz silap besar. Awak nak kahwin dengan seorang gadis yang ada keluarga, ada ibubapa yang SELAMA ini menjaga gadis itu penuh displin, sopan santun dan dihormati.

Kalu setakat baru jadi kekasih sudah berani cabar-mencabar, dah jadi suami orang tu nanti? Harap-harap kita sama-sama belajar dari kes mereka ini.

Selaku orang Melayu yang ada adab, amatlah kesal melihat, membaca seorang anak muda memperlakukan seorang tua yang dihormati sebegitu.

Kalu ada jodoh tidak ke mana, tetapi usaha dengan cara sebegini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan pun.



Bukan selamanya kita kuat, boleh berlaku macam handal dan betul sentiasa. Suatu masa, kita akan perlukan juga pendapat dan nasihat orang tua, waima bapa mertua.

Dalam hal ini, yang jadi mangsa dan terdera perasaan ialah Shila Amzah.

Nak hasut boleh??

“Shila, awak cari la orang lain yang jauh lebih baik, lebih hormat awak dan keluarga awak, lebih beradap dan boleh menerima keluarga awak sebagai restu...!”


*Entri peringatan, terutama buat mereka yang belum berkahwin.




 ~...anak dara Pak Imam ternyata lebih dulu melihat HISYAM memang teruna idaman yang tidak boleh dilepaskan kerana segala ciri terpuji sering menjadi bualan si ayahnya sendiri, tetapi SERI BULAN menjadi orang pertama yang melihat dengan mata hati sehingga nampak secebis keburukan pun dia cepat dapat menutupnya....~




Sunday, November 4, 2012

Nak jadi baik sangat mudah, nak jadi jahat pun tak susah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
04-11-2012


Sejak semalam, hujan on-off. Berenti sekejap, then ujan lagi...

Hari ini pun sama. Kami pegi kenduri tadi pun makan bawah khemah sambil layan ujan turun. Memang kesian bila ada kenduri di musim ujan. Kesian tuan rumah. takpa la, niat yang baik biasanya akan berakhir dengan baik.

Saya sempat tengok ulangan siri baru di 104, Primadona. Pernah dengar promosi di Sinar.FM hari tu, di mana Puan Hajjah Ziela Jalil diundang bercakap tentang program ini.


Rupanya siri bual bicara, 4 wanita yang terkenal, bukan saja cantik bergaya tapi juga popular (cuma part tang Che Ita tu Saya dok fikir, dia ni kalu bercakap serupa sembang kat rumah jer.... jadi host??). Tengok tadi pun lompat-lompat. Interbiu dengan Dato’ Jalal dan Lisdawati pun tak tengok semua. Yang jelas, topik adalah curang.
*pengacara dah ramai, macam berebut nak cakap. Nampak macam Raja Azura jer macam nak kontrol dialog? Over-shadowed?

Isu curang. Panjang kalu nak ulas pun. Sebab isu curang ni boleh jadi pada sesiapa saja, tak kira lelaki pompuan, dah kahwin atau belum.

Cuma rata-rata kita tak boleh terima bila yang curang itu ada suami/isteri. Kemudian mula cari sebab dan alasan untuk menyalahkan pasangan bagi menutup kecurangan.

Ada satu kes: Seorang wanita yang Saya pernah kenal, sudah kahwin ada anak ramai juga. Kemudian diuji dengan jatuh chenta dengan seorang lelaki yang muda dari umurnya. Lalu keraplah Saya dok dengar dia mengutuk dan mengumpat suami dia. Kesimpulan yang Saya lihat sebagai menjadi sebab untuk menutup kecurangan dia di luar rumah.

Saya selalu kata, beruntung lah dia kerana umur dah 4 siri pun masih ada lelaki muda yang mahu, masih boleh berchenta-chenta sedangkan anak-anak sudah remaja, masih kuat hati untuk melalui ranjau ini... tapi sebaliknya pengakhiran kisah sebegini jarang berakhir dengan baik pun.

Jangan menyesal sudah. Jangan menyesal sudah.

Takut nanti, yang dikejar berciciran yang ditinggal dah tak boleh nak kejar lagi. Jangan sampai bekas suami gelak sambil tepuk tangan.





~...dalam banyak hal dan urusan, HISYAM pernah tersilap kata menuduh SERI BULAN tak boleh diharap dan bila ada muka sentap ada ayat tak sedap dan pujian sudah tidak boleh diserap, HISYAM tahu kesilapannya itu bukan lagi seperti air batu dalam Sirap Selasih, tetapi macam kulit kerang direbus berjam, langsung tak empuk...!~




 




Wednesday, September 5, 2012

Syawal Day 18: Novel pula: Demimu Nazwa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
05-09-2012



Sudah lama tak menulis sesuatu tentang novel yang ada dalam koleksi. Ada yang sudah lama habis dibaca (sampai 2,3 kali pun ada) tapi tidak tertulis sebab banyak entri pasal Puasa dan Raya.

Novel tulisan Kamsiah Abu – Demimu Nazwa ni terbitan 2012 dan aku beli semasa Pesta Buku PWTC 2012 dulu. Besar hasrat aku ketika itu untuk mendapatkan tandatangan novelis ini (sebab sebelum itu aku dah ada novel karya beliau) tetapi jodoh takda.

Walaupun nampak nama dia di meja penulis, tapi masa yang tidak sesuai, kami tidak berjumpa langsung. Aku sudah pernah menulis tentang satu lagi karya beliau ‘Menggamit Syurga Firdaus’ yang best itu. Membandingkan (kenapa nak banding Azie?), ternyata aku lebih suka novel Firdaus itu. Aku juga dah pernah tulis pasal novel tu di tajuk ini: Menggamit Syurga Firdaus: “Ada ker orang seromantis Michael Tan tu?”  Selain itu aku juga ada novel karya beliau Hanya Kau Yang Tahu tapi belum sempat nak mengulas lagi.

Apapun Demimu Nazwa tetap best juga, sebab tu aku baca 2 kali!


Nazwa sudah berkahwin dengan Ahmad Saifulrizwan Al-Khusyairy (RIZ) semasa mereka sama-sama belajar di London, tanpa pengetahuan keluarga masing-masing. Riz sangat menjaga kepentingan keluarga dan tidak mahu ibubapanya yang merupakan jutawan dan korporat terkenal kecewa, lalu pernikahan harus dirahsiakan dulu. Malangnya, mereka berpisah kerana Riz marah dan kecewa apabila Nazwa keguguran anak pertama mereka.

Saling salah menyalahkan, lalu Nazwa merajuk lalu pulang ke Malaysia tanpa pesan, tanpa berita. Perpisahan berlangsung sehingga empat tahun yang sebenarnya sangat menyeksakan bagi kedua mereka, kerana masih menyayangi dan mencintai.

Tanpa diketahui Nazwa, Riz berusaha mencari isterinya dan bagi memujuk serta ingin memulihkan kembali hubungan mereka, dia mengambil alih syarikat tempat Nazwa bekerja. Dalam kata lain, Nazwa akhirnya terpaksa menerima hakikat dia kini menjadi pekerja di bawah Riz. Mereka sedaya upaya merahsiakan hubungan mereka dengan alasan masing-masing. Nazwa masih dengan rajuk dan ragunya, dan Riz kerana harus menjaga reputasi dan nama baik keluarganya yang terkenal dan dihormati.
*susah ker kalu jodoh dengan orang berada dan terkenal nih?

Dalam masa yang sama Nazwa menjalin hubungan yang rapat dengan Edham walaupun di hatinya masih kukuh terhadap suaminya. Edham yang tidak pernah tahu bahawa ikatan suami-isteri Nazwa belum terputus, menyangka perpisahan mereka adalah sah dan Nazwa sudah janda.

Konflik mereka menjadi rumit lagi bila keluarga Riz berura-ura untuk mengahwinkannya dengan Norwati, seorang anak kenalan keluarga yang banyak bekerjasama dalam bisnes. Orang korporat lah katakan... (naik menyampah pulak bila ada watak cenggini).

Macam biasa, tentulah kita mengharapkan yang baik-baik dan happy sahaja yang menjadi ending cerita. Rasanya tidak ramai yang mahu pengakhiran sedih dan airmata pada novel yang dibaca. Walaupun Nazwa mengambil keputusan untuk meminta suaminya menceraikannya secara sah untuk memberikan peluang menjalani hidup masing-masing, tetapi perceraian itu tidak pernah terjadi.

Demimu Nazwa, memaparkan satu lagi plot menarik di penghujung cerita yang membabitkan Edham. Kena baca...!

Benar, bagi orang yang baru setahun dua berumahtangga, bila ada rasa marah atau salah faham jangan cepat ambil keputusan melulu. Buruk padahnya. Banyak hati yang terluka. Ramai yang menjadi susah. Ramai juga yang terkena tempiasnya. Lebih parah lagi, ada keadaan yang sukar diselamatkan sehingga menjadi penyesalan pula.

Harap-harap di tahun hadapan Pesta Buku, dapat juga aku bertemu dengan penulis novel ini. Buat masa ini, kami sering bertemu di FB sahaja.






~...HISYAM: “some say, enemies know you better than friends do” – SERI BULAN: “I do love you, very very much”...~


 








Friday, July 27, 2012

Ramadhan Day 7: “dejà vu”: bukan sekadar perasaan biasa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
27-07-2012


Ramai yang tonton drama petang-petang di TV3, Dejavu di Kinabalu. Anak-anak aku tanya, apa itu dejavu. Cemana nak explain, eh?

*dejà vu – a feeling of having already experienced the present situation.
Ianya tentang perasaan, bila kita melakukan or merasakan sesuatu sedangkan perkara/perasaan itu kita dah rasa sebelum itu. Ianya sama dan tidak berbeza. Pernah rasa?

Sekali fikir, macam tak logik pun ada. Tapi drama arahan Eirma Fatima ni best jugak. Best pada aku sebab ada AQASHA. Hehehehe… (aku sering melihat dia ni watak sesuai untuk HISYAM).

Minggu depan drama ni akan berakhir. Siap ada undian plak untuk pilih lelaki mana yang menjadi pilihan Nadira. Huhh.. semua tu duit. Sedangkan, drama tu dah siap dan mestilah dah set siap-siap siapa yang akan menjadi pilihan. Atau memang depa prepare 2 plot berbeza mengikut keputusan undian sms? Tak mungkin la plak, kan.

Dan bagi aku, apa yang aku tonton semalam sebenarnya aku nak sebut, “Padan la muka si Nadira. Itulah balasannya kepada orang yang curang.”

Memang la dia kata, perasaan dia berubah arah tu bukan kehendak dia, tapi berlaku selepas dia menerima jantung baru.

Tapi bukankah dia berakal untuk mengawal keadaan? Adakah dia sudah tidak boleh menimbang tara sehingga tergamak menghancurkan hati tunang sendiri? Yang kaya, kacak tampan bergaya dan dilihat sempurna di mata wanita-wanita lain? Hmmmm tapi AQASHA pun nampak perfect jugak. Adehhh..!

Part yang best lagi, lagu latar drama ini. Lagu lama, tapi baru kini popular.

Butterfly — Melly Goeslow ft. Andika Pratama
Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah
Bisa ku rasa getar jantungmu

Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
That previous messed up false me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua
Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu.


Ini kek yang aku beli sempena besday CHAK semalam.
Cukuplah, itu pun waktu sahur baru habis.





~…SERI BULAN mula memeram rasa geram bila HISYAM selamba ramba berjalan diiringi anak dara Pak Imam yang konon cerita bertembung di kedai Pak Seman, sedangkan Pak Utih sendiri berkata itu semua taktik lama yang dia pernah juga buat di zaman pendek akalnya dulu…~

 

Monday, March 26, 2012

“Kalaulah aku boleh beritahu nama penulisnya...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
25-03-2012




Kita ni, bila dah kahwin tak kisah sangat kawan ramai setakat kenal biasa. Takda keperluan, tak jumpa. Jika perlu, kita bawa suami sekali, or at least pasangan kita tahu urusan tersebut. Dunia sekarang, walaupun ramai berfikiran terbuka, bab status dan kahwin kena jelas. Jangan bereaksi seolah-olah solo atau boleh memberikan kekeliruan kepada kawan tentang status kita.

Tapi, dalam pada itu ada juga yang sengaja lupa — dalam kes ini kita boleh sebut sebagai dugaan.

Beberapa tahun dulu, seseorang bernama kawan pernah menulis pada aku tentang perasaan dia. Kenal 2,3 tahun, masing-masing tahu diri dan status. Walaupun dia tahu aku dah kahwin, dia masih nak luah perasaan. Kesian dia. Kesian sungguh. Sebab macam dah tak ada pompuan lain untuk dicurah ayat begitu. Buat bazir saja. Kesian.




Buat aku terfikir, terlalai part mana? Sampai boleh buat orang berperasaan gitu terhadap aku? Kami jumpa 2,3 kali dan 2,3 kali itu semua MyTOKLAKI ada sama.

Jangan ingat aku nak perasan plak. Kisah ni dah lama. Aku hampir lupa pun. Memang tak pot sangat masa tu. Tak penting, tapi kesannya? Aku memang tak contact dia langsung walau apapun sebab. Nak cari nahas? Ada juga 2,3 sms dia macam merayu, tapi rayuan tu macam rayuan iblis jer...!


Kesian...

Berhati-hati.

Bagi kaum lelaki pula, jangan bazirkan masa dan idea bila yakin kawan perempuan anda tu memang sudah bertitle isteri orang. Berkawan sambil menghormati kawan adalah lebih baik dari menyeksa diri sendiri. Jangan jadi bodoh okeh...! Kita orang Melayu yang teguh agama dan adat bangsa, bukan kaum yang jenis bawak lari bini orang ke luar negara!




~...SERI BULAN sudah berikrar akan terus setia menjadi kawan kepada HISYAM selagi HISYAM menghormati prinsip mereka yang pernah terukir di hati dan di bintang, saling menyayangi seperti bulan dan cahaya matahari yang mana bayangannya boleh menerangi seluruh alam...~







Wednesday, February 15, 2012

WW: “Pendamkanlah rahsia hatiku ini di hatimu...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
15-02-2012








Tayangan bulan lepas, tengok time, kul 12.34 tengah malam.


*Dilwale Dulhania Le Jayenge (English: The Big Hearted Will Take the Bride). Inilah part paling I suka tentang filem ini. Part “pertunangan” yang sangat sweet...~






~...bukan setakat memendam rahsia hati ke dalam hati, juga berhasrat merendam kepala ke dalam sungai, juga membenam duka di lubuk tempayan serta menanam pilu di tanah sebelah baruh agar semua rasa dan Anganan-Jenin HISYAM dan SERI BULAN hanya mereka berdua yang bernama manusia, yang tahu...~








Friday, January 20, 2012

ASST lagi: Aku mengaku memang teringat-ingat akan HILMAN YONG itu...

Assalamualaikum
Salam JumAAt
20-01-2012


Sebenarnya dalam sebulan, 3,4 kali aku akan meronda masuk kedai MPH dlm kompleks yang sepelaung dari tempat kerja. Time lunch. Bila ada tajuk yang berkenan memang sambar. Samada memang sudah plan atau tidak langsung membeli.

Sini suka aku nak sebut, novel yang menjadi “entri yang paling banyak diklik” iaitu Awak Suka Saya Tak? (ASST) itu aku beli tanpa merujuk mana-mana atau siapa-siapa. Sebab memang belum terbaca di mana-mana web pun masa tu. Ianya terjadi secara spontan. Instinct kata orang. Aku melihat tajuk itu terus berkenan! Sungguh...!


*pic snap sendiri, tak cilok orang punya


Jarang aku buat begitu atau rasa begitu terhadap novel. Biasanya aku beli samada kerana orang rekmen, baca di web, nampak orang baca... etc. Jarang beli secara spontan. Tapi ASST ni, memang pelik. Spontan jer nampak terus suka tanpa fikir 2,3 kali.

Kenapa ya? Adakah ada sesuatu yang begitu penting untuk aku sebagai pembaca novel? Adakah ALLAH nak tunjukkan sesuatu kepada aku? Ntah... tak terjangkau akalku.

Dan sesungguhnya aku sangat bersyukur, sangat gembira dapat membaca suatu hasil karya yang best (pada pendapat aku). Untuk mengatakan hebat, tiada kayu pengukur atau perbandingan pula hendak dibuat, dan tentulah tidak adil begitu, kan?

Sebab itu sebaik sahaja habis baca, terus buat entri dan siap tanya siapa penulis bernama Melur Jelita tu? Kemudian ada beberapa orang pembaca, memberikan info tentang Melur Jelita seorang blogger, yang menghantar karya di web “mypenulisan.com”. Ohhh.. aku baru tahu.

Kini aku ingin menulis sesuatu lagi tentang ASST. Kenapa? Sebab aku mula membacanya untuk kali kedua. (Khatam Quran tak ndak pula 2,3 kali yek?)

Sebab sejak aku baca kali pertama, ada beberapa plot dan dialog yang sangat susah dilupa. Asyik teringat-ingat saja. Macam terbayang-bayang suatu situasi tentang Puteri Intan Zulaikha menempuh kehidupan dan mengawal dirinya akibat kehilangan seorang insan yang disayangi bernama Hilman. Bagaimana mereka berdua melalui kehidupan dengan penuh yakin bahawa cinta itu paling utama sekali adalah kepada Allah kemudian barulah merasai cinta sesama insan.

Banyak plot yang bila dibaca, sekali sekala akan terasa mata jadi panas, dada berombak dan nafas sesak. Urut dada, bangun jalan sekejap or lari bilik air sebelum air mata terhambur keluar! Malu wehh...

Bila tiba part yang mengharukan, rasa macam sendat dada tak leh lepaskan perasaan terbuku. Part Hilman mengaji dengan suara bergetar di I-Phone, atas permintaan Intan Zulaikha. Kerana semasa Intan sakit kuat tak sedar diri, suara mengaji itulah yang dia dengar. Bagaikan bermimpi. Sebak okeh?

Hilman seorang lelaki berdarah campur — Cina, Amerika, Korea diberi gambaran seorang lelaki yang sempurna dalam kelasnya yang tersendiri. Kaya, hebat, berkarisma. Idaman ramai tetapi jatuh cinta pandang pertama kepada Intan semasa Intan masih menanti result SPM.

Jodoh itu menjadi rahsia ALLAH. DIA menentukan begitu banyak cabaran yang mereka terpaksa tempuhi sehingga betapa berdebarnya bila membaca plot Hilman jatuh kuda dan hilang ingatan sehingga disangka sudah murtad.


page 293.
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya


Cinta mereka berdua, adalah ikhlas kerana ALLAH. Ada banyak ayat dan kata tauladan yang sungguh menusuk di jiwa. Dan ada ketikanya aku merasa, betapa hidup kita ini harus menghargai, mensyukuri dan redha walaupun mungkin orang yang kita sayangi selama ini tidaklah sempurna mana... atau tidak hebat seperti orang lain di luar sana. But... itulah jodoh yang ditentukan kepada kita.

Hilman begitu tulus menjaga wanita yang diyakini itulah jodohnya. Melindungi, menyayangi, menjadi pendengar dan pendorong yang begitu setia. Intan sendiri, walaupun pernah melalui saat getir dan pedih kerana berpisah selama 2 tahun dengan Hilman (sebab “ditolak” Hilman ketika majlis akad nikah Hilman dan Balqis), tidak pernah meruntuhkan semangat sendiri. Dia terus menyambung pelajaran sehingga PhD. Melakukan sesuatu yang tidak pernah dia duga demi mencipta suatu kenangan yang sukar dibuang. Dia tahu ALLAH mendengar kata hatinya, doanya dan permintaannya.

“I will love her forever and ever. I wil love you, Puteri Intan Zulaikha. Love you more than your parents do, love you more than your brother does, and will love you more than you love yourself. And I swear this is true. Please... terima peminangan saya ini.”

Bagi sesiapa yang melihat cinta itu kejam, anda silap. Cinta itu pelbagai rasa dan pelbagai kesan. Mengawal diri dalam dunia cinta dengan bijak akan memberikan hasil yang tidak terduga.

Kita mungkin tidak akan menemui lelaki seperti Muhammad Hilman Yong bin Abdullah ini di mana-mana, tetapi membaca ketaatan dan kejujurannya menjadi Muslim membuatkan kita turut terharu.

Entri ini kelihatan seperti memuji, membodek atau menyokong. Tapi jujur, aku tidak pernah kenal siapa novelis Melur Jelita — malah belum pernah masuk lagi blog dia — tetapi dia pernah memberikan respons (penghargaan mungkin) di entri ASST sebelum ini. Jadi kritikan atau pujian adalah tidak kerana apa atau siapa. Tapi kerana aku merasa sesuatu harus ditulis atau diperkatakan tentang ASST ini...!

Walau apapun yang orang lain bakal kata, bagi seorang aku, ASST sudah menjadi fenomena yang tersendiri kepada aku...! Tak reti nak hurai cemana, biarlah aku saja yang faham!





~...setiap kali merasa rindu sendat di dada terhadap begitu ramai kenalan lain semasa mereka di tempat asal, SERI BULAN sering berkias bahawa mereka patut sekali-sekala kembali berdayung pulang menjengah kenangan lama, tetapi HISYAM sentiasa yakin dan kuat mendorong bahawa walaupun mereka tidak berkongsi bumbung, tetapi perasaan itu sangat difahami kerana hanya mereka mengerti apa itu SB dan pengertiannya...~








Tuesday, January 17, 2012

Bila Hati Kata Sayang...

Assalamualaikum
Thalatha
17-01-2012


Take me to your heart
For it’s there that I belong
And we’ll never part.
— Elvis Presley


Keegoan sering menjadi pembatas untuk lafaz kata dari seorang (terutama lelaki) menyebut...

...tidak kurang seorang insan lain bernama wanita yang masih kaya sopan santun, pemalu dan pingitan.


Novel yang dibaca dua kali, sebab best juga.
*pic snap sendiri, tak cilok orang punya



~...bukan kerana malu atau kerana ego bentuk Lego yang menghalang kata kasih atau tutur cinta dari HISYAM kepada SERI BULAN, tetapi dia berharap setiap pernyataan akan dibawa oleh kapal yang singgah di jeti, datang dan pergi walau tiada satu pun sudi menumpangkannya...~










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails