Monday, February 20, 2012

“Keresahan Depa Semakin Memuncak...”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin, petang
20-02-2012


Suasana di tempat kerja agak kelam-kabut. Kerja menjadi berganda untuk aku kerana semua rakan lain di Lantai yang sama dengan aku, tidak tetap kuar masuknya.

Ada harinya, sebelah pagi aku berteman sorang, kemudian petang tinggal sorang. Ada ketikanya, berdua. Kadang-kadang sehari suntuk aku cuma sensorang buat kerja yang menimbun. Depa kuar masuk cari kerja dan attend interbiu. Aku jer yang tak ke mana. Depa pun cuak. Mujur juga aku pernah sebut, yang aku akan start cari kerja baru selepas selesai cuti sekolah (sebab sepanjang cuti sekolah aku nak cuti lama sebab ada kenduri). Dan kemudian, tiba-tiba ada rezeki pula aku terus mendapat tawaran dan boleh mula sebaik sahaja Mac nanti.

Tapi tiada sorang pun yang tahu aku sudah ada kerja baru (kecuali depa dapat cari blog aku ini). Sebab aku memang tak citer pun. Ada banyak isu nanti. So tutup mulut lebih baik.

Jadi kerana aku yang tak nampak macam kalut nak cari keja, hantar resume sana-sini or pegi interbiu merata, akulah yang duduk di ofis handle banyak lagi kerja yang tinggal. Nasib badan. Tapi sabar dan gigih saja lah.

Sebenarnya aku kesian kat depa. Susah juga nak cari kerja lain. Leceh. Nak kena mula dari bawah semula. Tentulah ada banyak perkara dan rutin terpaksa diubah. Tapi kalu dah terpaksa, redah jugak lah.

Sekarang ni muka masing-masing nampak tegang dan tension semacam. Hari tu aku gurau usik, “Bila kita nak buat farewell?”

Jawapan: “Nak buat apa buat farewell?”

Aduhai... tak berani aku nak usik lagi. Sebab aku sendiri tak berapa suka bab farewell nih.

Apapun aku harap depa akan dapat kerja yang baik, or jauh lebih baik dan terus suksess.

Perubahan dan penghijrahan itu ada ketika sangat perlu dan harus dilakukan demi sesuatu yang positif.

******

Lama gak aku tunggu nak kumpul dapat syiling baru nih.


Dua Kupang. Lebih kecil dari yang lama. Warna emas.


Lima det (5 sen). Nampak lebih besar dari yang lama. Warna tak ubah. Perak juga.


Lima Kupang. Warna emas, kecil dari yang lama. Ada lekuk macam kelopak bunga raya.

Kesemua syiling baru kali ini, lebih ringan dan bunyinya pun tak sama dulu. Bunyi ringan macam token main game kat Jusco. Dan khabarnya, tak leh digunakan untuk (or belum boleh lagi kot) untuk telefon awam dan juga mesin parking keta. Cemana tuh?

Gigih kan, aku? Kumpul syiling baru tu setiap nilai kena 2 keping. Sebab nak snap depan dan belakang. Cuma aku tak dapat-dapat pun coin 10 sen sampai sekarang. Ker memang tak ada?





~...kerana inginkan perubahan yang positiflah, HISYAM berani mati mengajak SERI BULAN menjadi pengiring, pembantu setia untuk setiap usaha, penyimpan mohor rahsia terbesar merangkap teman SEHATI SEJIWA lagi sekepala, sepanjang menjadi ahli pasukan yang cemerlang di Kampung Separuh Desa...~







18 comments:

  1. salam... dekat sekolah saya seposen senang nak dapat... Mungkin dekat sekolah saya tu ada anak pegawai bank... huhu( andaian sahaja)...

    ReplyDelete
  2. saya dah dapat. tapi dah bagi kat mamak masa beli pasembor. kihkihkih!

    ReplyDelete
  3. saya banyak syiling seposen dan 5 sen, serta 20 sen..cuma 50 sen x ade lagi..hehehe

    ReplyDelete
  4. tak berpeluang jmpa dan pegang lagi azie.. :)

    ReplyDelete
  5. ZAINAB BANIZA (sweet name boleh baca dari belakang):
    Salam. Sila masuk.
    U cikgu ya? Agaknya budak-budak sekolah punya la tu. Depa berbelanja kat kantin tu guna syiling.



    GADISBUNGA:
    Amboiii.. nak bagitau syiling atau nak bagitau pasembor?

    ReplyDelete
  6. TEH dan KOPI:
    Banyak syiling? Berniaga Teh dan Kopi kah? hehehe



    CIKGU NORMAH:
    Tak lama lagi jenoh la jumpa merata-rata, Cikgu.

    ReplyDelete
  7. saya baru dapat yang lima posen :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...
    Syukur Alhamdulillah...
    Inilah Penhijrahan Azie ketempat baru agaknya dan Alhamdulillah Azie mudah memperoleh kerja dan tidak perlu mencari2....
    Semuga di tempat baru Azie lebih berjaya... :)

    ReplyDelete
  9. memang susah cari kerja sekarang kan? macamana lah nasib anak2 kita nanti kan..lagi 4 tahun kalut la diaorg pulak cari kerja

    tahniah u dah dpt kerja baru...:)

    ReplyDelete
  10. KARUKORD JAGAUs:
    Tak lama lagi jenoh la. Merata bleh dapat.



    AKAK:
    InsyaAllah. Amin.
    Nanti saya cerita lagi pasal tempat baru.

    ReplyDelete
  11. SANIAH:
    Thanks.
    Zaman akan datang, generasi kita akan buat kerja dgn cara yang baru pula. Cara dan sistem pun semakin canggih.
    Sapa rajin dia dapat. Sapa buat lebih dia dapat lebih.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum AA...

    Anak2 saya pun sibuk nak kumpul syiling baru.......tapi maknya tak berminat..heheheh

    ReplyDelete
  13. MULUT PAYAU:
    Salam.
    Bagus. Nanti dah penuh tabung, pakat-pakat la makan sakan-sakan kat PizzaJahattt.. hehehehe

    ReplyDelete
  14. alhamdullilah.. moga sahabat sekerja kak azie dapat kerja yang lebih elok...

    asal dpt kerja lagi elok dr tak dapat langsung kan

    PS: baru dapat seposen.. mmg kecil

    ReplyDelete
  15. Azie

    Tahniah dapat keja baru dengan semangat yang baru...

    Syiling tu satu pun tak dapat lagi.

    ReplyDelete
  16. AYU:
    Begitulah. Sama-sama mengharapkan kejayaan buat kawan2 seperjuangan.



    FARID:
    Terimakasih. I appreciated it.
    InsyaAllah, semangat baru tu sebab kena gigih lagi la.

    ReplyDelete
  17. Kepada mereka yang ada kerja tu banyak2kan bersyukur kepada-Nya sebab memang susah nak dapat kerja sekarang ni.

    ReplyDelete
  18. KAK SAM:
    Thanks. Betul tu. Rezeki ditentukan NYA memang wajar disyukuri. Jadi pekerja yang baik dn sentiasa perbaiki.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails