Tuesday, February 14, 2012

Pasembor Spesel: Port Lama Tempat Baru...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin, petang
13-02-2012




Rasanya dah banyak kali aku menulis tentang makan Pasembor Spesel di Restoren Pasembor Utara di Kg Baru (Jln Raja Uda) tu. Restoren Kerusi Kuning, aku panggey.

Setelah beberapa bulan kami (aku dan geng tu) stop ke sana kerana restoren tu berpindah, kali ini selera tidak dapat ditahan lagi. Kena cari! Kena cari!

Google, tapi jumpa lokasi yang lama saja. No fon pun takda dalam Google. Adehh...! Lalu ramailah yang aku sms menjelang tengahari tadi. Termasuk beberapa orang blogger. Hehehehe...!

Dalam ramai tu, ada sorang yang memberikan jawapan yang kami mahu. Yang lain tu, terimakasih banyak kerana memberikan kerjasama.

Restoren Kerusi Kuning kegemaran kami ini rupanya berpindah tidak jauh pun dari tempat lama. Kawasan lebih luas, selesa. Tak perlu lagi nak parking di tepi tepi jalan menghalang laluan macam dulu.


Nah... laman luas untuk pelanggan parking keta. Seberang jalan pun parking keta yang luas juga.


Kali ini 24 jam youuuuu....!
2 kali ganda lebih luas dari kedai lama.



Kini pelbagai menu ditambah. Tidak terhad kepada Mee Rojak dan Pasembor sahaja.


Takda beza kan?


Zoom dekat. Aku order Mee Rebus Spesel kali ini.



Kerusi kuning tu masih ada, tapi ada kerusi tambahan. Kaler oren terang. I like!


Tembikai Laici, sudah tentu!


Ntah apa yang sebenarnya kami raikan, tapi lunch kami tetap ceria dan penuh kegumbirAAn. Terimakasih untuk masa yang diluangkan, telinga yang dipinjamkan untuk mendengar dan semoga terus murah rezeki.





~...HISYAM pernah menakal-cekal semasa belum mengenali SERI BULAN, tetapi semenjak mereka declare sebagai Sehati dan SEJIWA, ternyata nakalnya berganda namun SERI BULAN paling mengerti kenakalan itu sebenarnya bukti kejantanan...!~






23 comments:

Ibu n Abah said...

Akak pun lama mencari lepas gerai ni pindah sebab tapak lama dah dijual tanahnya..
Baru minggu lepas ternampak lokasi baru...
Memang dah bersedia nak menyeranglah ni....
Hehehehe....

Yunus Badawi said...

Apasal tak tanya saya? Kami dah makan di tempat baru tu kira2 sebulan yg lalu.

Lain kali kalau nak ke situ lagi rogerlah saya dulu. Bolehlah tumpang geng2 ceria azie ni ... hehehe

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Tak pernah sampai ke sini ! Kedai mamak ke ini?

Marina Monroe said...

Salam,

Tak pernah cuba, nampak menarik, senang2 auntie nak cuba. Azie bagi landmark dan address please. TQ

azieazah said...

AKAK:
Ohhh dah tahu ya. Silap saya tak sms tanya tadi. Harus bersedia untuk menyerang nanti. hehehe



YUNUS BADAWI:
Macamlah saya tahu plak no hp Abang eh? Saya tak banyak simpan no hp blogger.

azieazah said...

DATO’ LF:
Tidak bang. Tokey Melayu. Orang Penang la kot. Sebab tu nama Restoren Pasembor Utara.
Tapi sekarang pekerjanya ada Indonesia dan Bangla, sebagai pelayan. Yang pasti, bersih dan cepat!



AUNTIE MARINA:
Kat area Kampung Baru Auntie, Jalan Raja Uda, belakang Petronas. Ada no hp di pic tu, bleh call jika tak jumpa.

ummi_khalish said...

tq kak..x payah dah nak gi penang kalo nak makan pasembor....kena terjah bila balik mesia ni..hihihi...

azieazah said...

UMMI KHALISH:
Lambat lagi kot nak balik Msia? apa kata buat sendiri dulu.. hehehe

Silap silap lebih sedap!

eelobor said...

huhuhu...saya termasuk dalam kategori yang memberi kerjasama kan?

~najwa~ said...

tengok rupa kuahnya dah tahu,
utara mali....


mee rebus spesel tu apa bezanya kak?

Kalamhati said...

Nak kena gi try nih..mekasih kak..=)

azieazah said...

EELOBOR:
Yeahhh... sudah tentu! Makan tetap makan. hehehe



NAJWA:
Kak Azie pun taktau apa bezanya, sebab kami tak pernah lagi order yang tak spesel. hehehe Agaknya, sotong kot. Yang spesel ada sotong.

azieazah said...

KALAM HATI:
Silakan... takda masa berkongsi info. Apatah lagi bab makan sedap nih. hehehehe

mama ju, said...

Salam,
Mee rebus memang mama suka.
Apa beza pasembor dgn rojak, apa yang lebih,apa ygkurang apa ?

suri solehah said...

sedapnya mee rebus tu,,taktahan tengok..dah lah lewat malam dah ni huhu..dimanakan dapat kucarinya?

azieazah said...

MAMA JU:
Saya pun taktau apa beza. Pada saya selalu dok sebut Pasembor Rojak. Mungkin jika disebut Rojak saja, orang akan ingat rojak buah. “Pasembor Rojak” adalah rojak yang dalam gambar tu.



SURI SOLEHAH:
Memang dah malam malam very the sorry ler nampaknya. Heheheh kena tunggu siang, van rojak akan lalu depan rumah nanti. hehehe

Mak Wardah said...

Ha3 habislah diet saya

Mak Wardah said...

Ha3 habislah diet saya

Cho Zila said...

ehm tak yah gi penangni... sedap yerk ... akak ketinggalan tak taupun kewujudan kedai ni.. maalumler tak berapa familiar ngan klni...
sedap nampak warnakuahnyer... ni kat kampung baruler yerk...

azieazah said...

MAK WARDAH:
Setakat tengok, belum habis lagi. hehehe



CHO ZILA:
Yup. Ini memang kat Kg Baru. Jln Raja Uda.

Fadzil said...

adoii seksa aku tengokkkk.....
beza pasemboq ngan rojak

Pasemboq: cucog kurang, timun, sengkuang lebih....

Rojak: Cucog melambak...timun & sengkuang hanya sebagai penyeri...ada la sejemput.

Beza spesel ngan biasa .... sotong lebih lerrr..... bayo pon lebeyyyyy

BETUL KERR AZEYZAH ??

azieazah said...

FADZIL:
Lain macam jer orang utara nih? Peminat Pasembor Rojak jugak kah?

Timakasih, info. Saya pun baru tahu beza antara Pasembor dan Rojak.

“AZEYZAH”? Wehhh lain kali eja nama saya betoi betoi skit!

MaryaYusof said...

Aduh, terliurnye... Dah makin besar kedainya, mestilah semakin laris sebab sedap ni... Sampai k.Azie & the geng mengidam2 :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails