Thursday, December 31, 2009

Gerhana yang indah...

Aku tak ingat bila kali aku melihat gerhana. Seingat aku, melihat gerhana matahari semasa aku kecil dulu. Kecil tak kecil, besar tak besar ler kot. Dah sekolah, hmmm Darjah 5 kot.. Gerhana matahari yang berlaku di waktu tengahari. Berebut-rebut nak tengok. Tunggu kat tengah laman dengan kakak-kakak aku, tengok guna filem yang gelap (negatif). Tak tau mana dapat. Ada gak yang pakai spek gelap. Udah macam pesta masa tu. Seingat aku, nampak matahari kelam jer... tak faham makna gerhana masa tu.

Tapi kerana gerhana bukan berlaku setiap tahun (tak dan dah nak survey kat Google gerhana berlaku berapa ribuan tahun sekali..), maka aku tidak ler begitu teruja lagi. Means, kalu ianya dijangka berlaku sekalipun aku tidak teruja nak tunggu atau nak pi panjat bukit kat belakang rumah or panjat gunung kat belakang rumah kawan aku, semata-mata nak tunggu gerhana. Kalu gerhana bulan? Sah-sah kene panjat gunung tengah malam plak nanti... Hmmm tak koserrr...!

Malam ini kira-kira jam 1.18 pagi nanti, gerhana bulan dijangka berlaku lagi. Means sejam selepas sambutan Tahun Baru malam nanti, pasti golongan yang rajin terkinja sambil polish balik bakat melompat dan menjerit Tahun Baru setahun sekali tu, akan terus pula menyambung pesta gerhana bulan, kan? Wahhh berganda pesta-pestaan tuhhh... Bertuah badan... hmmmm... another "tak koserrr...!"

Aku cuti siang tadi. Tak plan, but menghormati undangan sahabat lama yang balik bercuti dari Sarawak (tercampak sana 3 tahun dek kerana tugas), kami berhimpun lagi, di port lama lagi, dengan geng lama lagi..

Group lama yang sudah serasi dengan port bawah pokok sejak 2003 lagi.. sejak beruk-beruk di atas pagar batu yg memisahkan meja panjang yang kami sambung dengan laman sekolah MGS, itu masih muda remaja hingga beruk-beruk tu tidak lagi kelihatan, sejak bibik yang melayan kami order dari satu jenis air, dari sejuk ke teh tarik buat teh perambat, hingga dah beranak 2,3 dah bibik tu, sejak duluuu...

Akhirnya gathering kami tengahari tadi menjadi acara penutup 2009. Tak rancang pun, sebab plan asal adalah pada esok Jumaat, tetapi port ditutup, dan siang tadi rencana seminggu terlaksana juga. Dengan kira-kira 20 orang muka lama dan baru... kemeriahan lama berulang lagi. Dengan gelak tawa macam takda masalah, dengan gurau yang kadang-kadang tak bertapis hati dan perasaan, sebab masing-masing dah imun.... Belum lagi kira yang selamba badak jer mengutuk hingga ke tahap kutukan dewata.. Hakhakhak!


Terimakasih kawan, sahabat, geng, kenalan, kerabat, handai taulan...

Selamat menyambut Tahun Baru 2010. Semoga beroleh keberkatan lagi di tahun mendatang, dan terus suksess... Bagi yang merajuk, pujuk ler hati sendiri sebab zaman serba canggih ni, orang tak ada banyak masa untuk melayan segala emosi rajuk atau dendam kesumat yang boleh buat muka jadi kelam. Belajarlah menjadi insan yang positif dan kuat berjuang. Bagi yang ingin berumahtangga, teruskan niat murni anda. Percayalah institusi perkahwinan dan kekeluargaan adalah suatu institusi yang murni dan indah...


~...seperti biasa, aku tiada azam yang tetap, tetapi aku sentiasa cuba, sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ini dan semalam, sentiasa berdoa untuk kesejahteraan semua insan-insan yang aku sayangi...~



Wednesday, December 30, 2009

Lelong Paling Hebat Hujung Tahun...!!

Horreyyy...!! Horreyyy...!! Horreyyy...!!

Aku free hari ini. Hari ini jerrrrr. Ada harapan ler mengganas sana sini. Ahaaa..!

Esok last day of 2009. Hmmm.. Seronok kan? Syukur kita melepasi 365 hari lagi. Tahun depan pasti ada yang berubah, pasti ada yang berpindah. Samada rela atau terpaksa, sesuatu perlu dilakukan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Selamat menunaikan azam bagi yang berazam sakan-sakan. Tapi bak kata pakar motivasi Dr Hj Mohd Fadzillah Kamsah, 90% orang yang berazam akan melupakan azamnya selepas 21 hari... So..?

Apa agenda untuk menutup tirai tahun 2009? Kenapa sambutan tahun Masihi sangat hebat dan sangat meriah berbanding menyambut tahun Hijrah?

Selamat Tahun Baru buat semua pembaca. Maaf Zahir Batin sekiranya coretan AZIE AZAH ada yang tidak suka, tidak senang atau terasa hati.

Jom bergumbira sket..
Sebelum tahun baru, aku berusaha untuk menolong kawan aku yang seorang ni. Dia sangat berhajat nak LELONG suar pendek dia. Sebagai tanda sokongan, aku akan meLELONG di blog aku. Hehehehe...

Sila bida. Harga bidaan pertama adalah RM1...
Cepat...! Sapa dapat dia dapat...!

Promosi yang tidak harus dilepaskan, Beli Satu, Dapat 1 Getah Cerut PERCUMA...!

Pembida:
1. Azieazah > RM100
2. Azie > RM101
3.
4.
5.

Aku harap harga akan naik... setinggi yang mungkin. So bila kita ada majelih (majlis) kita leh dapat tajaan sistem audio yang canggih dari dia secara FREEEEEE...! bleh gitu EPOI..? Ahaks!

“Tak kira..! Tak kira..! Tak kira..! I nak jugak suar tu... wuaaaaa..!”
“Alaa yang... I dah cuba letak harga tinggi yanggg.. Tapi dah ada orang lain yang dapat. Nanti I belikan yang baru yerrrr...”


~...aku harap aku tidak akan menukar kaler paberet aku di tahun depan. Biarlah kekal dengan PURPLE....~




Monday, December 28, 2009

Buzy buat-buat...?

Minggu ni macam sibuk ler pulak. Seharian tadi tak sempat pun nak meronda mana-mana blog apalagi nak meronda ke shopping complex, lagipun aku bukan gemar sangat masuk complex.

Kerja tetiba jer menimbun. Mana aci, 3 project sekali masuk dengan dateline yang dekat-dekat. Pastu minggu depan aku nak cuti lak. Biasa aaarrr... aku pun nak “Masuk Skulah” gak. Ni memang agenda tiap awal tahun. So, job dalam tangan kene pulun sakanlah, biar pun peluh bercucuran meleleh menitis ke lantai.. >
bombastik nyer ayat.

So, tak sempat nak merapu banyak-banyak. Sian aku. Sebab aku cuma boleh merapu dalam siber dan kat luar ofis jer. Dalam ofis aku tak rajin nak merapu, sebab.. sebab aku tak suka lah. Memang takda idea, mood merapu jadi beku di ofis sejak bertahun lamanya. Itu yang bila dapat merapu tu, kadang-kadang macam kene sawan. Hahaha..


Hmmmm... aku tetap suka gambar yang ini. Powerrrr...!
Lihat budak kecik lelaki yang follow 2 minah saleh yang seksi tuu.. hehehehhe... 

Additional: Lagi gambar2 menarik bloggers gathering boleh dilihat di blog ini:-
4- KAK CIK SEROJA : http://kakcikseroja.blogspot.com/2009/12/nak-tengok-gambar-tak.html

*~...sapa masih ingat tentang kisah seluar pendek tido yang dijadikan kain lap kaki depan pintu? Di dajal dek kawan bujang serumah, tuan empunya seluar pun tak sedar dah lap kaki sama, tapi masih merayau merata cari seluar nak buat tido.. hahahaha... Lainkali nak tido malam pakai kain pelikat jerrrr...~



Sunday, December 27, 2009

Gathering Blogger: Edisi Penuh...

Mungkin aku orang terakhir yang bercerita tentang Gathering Blogger Lembah Klang, di FRIM Sabtu lalu. Tapi tak apalah kan? Aku memang mengambil masa untuk upload gambar. Hmmm berkebetulan pula mungkin aku berpeluang mengulas sedikit berpandukan beberapa komen dan beberapa entri blogger lain yang bercerita lebih awal.





BRO MAZIDUL sendiri buat sampai 3 entri. Dan aku ciluk sebahagian gambar di sana untuk diulang tayang di sini. Juga sedikit dari blog AZRUL HISHAM, dan juga dari blog DJ EPOI. Nak cilok dari blog SHAHROLL lum ada peluang, sbb dia lum upload semua. Terimakasih ek korang. Rasanya aku dah bagitahu haritu, yang aku memang akan copy jer beberapa gambar sbb aku memang takda kamera, nak harapkan Hanpon Kamera Cap Itik aku tu, setakat muka aku, bleh ler lepas. Sian lak korang, dah lawa-lawa nanti jadi blur lakkk.....


Hampir keseluruhan program sudah diceritakan oleh para blogger yang hadir pada pagi itu. Aku buat siaran ulangan jer lah.


Pagi itu memang aku dan Kak CIK SEROJA serta suaminya yang sporting lagi peramah, Abg MUSTAFA (Kak Cik kata dia mulut terlebih insurans, tapi aku sukaaa...) paling awal tiba kira-kira jam 9.45pm. Mengagak sendiri sahaja di mana sebenarnya lokasi yang dimaksudkan Bro MAZ. Hmmm nak call, sapa pun takda no fon dia. Hanya aku yang ada simpan no hp AZRUL. Ok, call. On the way. Sedang kami menunggu AZRUL, sebuah kereta yang kelihatan satu keluarga, masuk kawasan parking. Samada mereka pandai meneka atau memang instinct selalu betul, ketua keluarga bertanya kami yang masih dalam kereta tak kuar-kuar. (Abg Mus saja yang keluar ke toilet). "Agaknya datang dengan tujuan yang sama agaknya." Setelah memberi salam. Yaaa... tujuan yang sama. Itulah keluarga En Rahman Selamat (blognya MORASE). Anak-anaknya blogger. Wahhh satu family sporting dan peramah. Bawa makanan banyak betul...


Pic dari kamera AZRUL. Sementara tunggu Kepala Gathering (boleh juga dibaca sebagai Kepala Catering). Mana leh tunjuk muka boring... hahahaha...

AZRUL datang bersama AYU dan IZZATY. Bro MAZ bersama isteri terchenta dan adiknya AZMIL. Lokasi dicari oleh AZRUL. Barangan diangkut, tikar dibentang. Barangan disusun atur. Apalagi kalu bukan makanan. And secara tak sengaja lak aku jadi food tester. Hmmm cemana leh jadi gitu ek? Sebab aku pandai makan dan suka makan. Dah memang antara tujuan adalah makan, so...?


Tak larat nak citer pasal makanan. Tengok gambar jer dah terlior, kan? AYU masak spagheti...konpom! lulus dah bleh kahwin.. hahahaha.. Yang lain? Makk aaaiii.. aku tak tau nak makan mana dulu. Semuanya cedap-cedap belaka. Tak sia-sia kosongkan perut. Memang dah pakat dengan KAKCIK, kita brunch jer di FRIM. Apa lagi pulunnn... MAZIDUL sendiri menaja kira-kira 30 bungkus nasi lemak, mee goreng dan kuey teow goreng. (Berbaki, dapat ler aku bawak balik beberapa bungkus. Sedap wehhh...)



Aku cuma bawa Puding Jeli Perasa Mangga dan Anggur.


Kalu korang semua nak tahu, makanan tu semua ada “penjaga”nya...


Teko putih tu adalah Teh O Panas yang dibawa dari rumah oleh wife MAZIDUL. (Sori Berlori, lupa nama...)


Blogger semakin ramai.. datang secara berperingkat-peringkat. Semuanya memang kali pertama bersua bagi aku. V.I.C. DIANA datang bersama ibuayah dan anak buahnya yang comel tapi tak meragam langsung.


KAKCIK marah Azie blocking makanan ekkk? Alaaa sori berlori lerrr..


Makan banyak-banyak KAKCIK. Bukan kene bayor punnn...

Tak rasa masa berjalan bila setiap orang ada saja topik perbualan. En RAHMAN yang berpengalaman dalam bidang motivasi dll, RAHMAT yang aku panggil pengejar hantu, DJ EPOI yang handal dalam hal sistem audio, AZIZAH ALING yang petah berkata-kata, maklumlah Majistret, YUZ, ACU SAYANG yang bercerita pengalaman luas suka melancung, dan baru saja balik dari Turki (jeles akuuu...), Kak IZAN, MAZIDUL sendiri, dan ramai lagi yang begitu mesra bercerita.


Apa dia goreng ko, DIANA?

Tak boleh lupa, RAHMAT bercerita hal dia dikejar hantu hingga speed 3km. Hahahaha... aku ingat ko terror sampai hantu takut engkau...


Sian Abg MUSTAFA, sampai kene bongkok.. mesti best citer tu, kan?

Hingga ke cerita yang tidak akan keluar di mana-mana web, blog atau siaran tv. Cerita-cerita panas hal politik yang memang best dapat sembang terbuka tapi tak leh tulis secara terbuka. Yang buat best tu, sbb cerita-cerita serius itu dibawakan secara gurau siap dengan gaya macam Penglipur Lara, oleh Bro MAZIDUL. Tak sangka lak dia pandai buat lawak.


"Ok tu bang. Belasah jer. Kalu salah, nanti saya betulkan."

Tentu ramai masih nak tergelak bila ingat kisah penagih dadah heran lagi kagum bila ada orang guna teknik baru suntik heroin kat perut... hahahaha aku guling-guling membayangkan betapa jakunnyer si penagih dadah tu, kan? (Aku ulang balik citer kat anak dara aku di rumah, apalagi, ulang balik gelak...)

The Hot Topic tentulah kisah kereta tinted. Dari kisah perbincangan secara serius boleh menjadi cerita lawak yang kalu aku ulas kat sini, gerenti kene ban punya lah blog aku nih... Hakhakhakhak..! So, yang tak join haritu mesti jeles kan? Apa agaknya kisah-kisah lucu yang depa dok bergebang sepagi hingga tengahari haritu? Hmmm... tak larat dah nak ulas kat sini. Yang pasti, lepas gelak jer rasa lapar.. dan makan lagiiii...


Puding yang ada buah peach di dalamnya ni, kalu tak silap dibawa oleh ACU SAYANG. Mangkuknya berjalan dari satu tangan ke satu tangan. Licinn...


Pic ni cilok dari blog DJ EPOI. Oren (bancuhan instant) dalam paket, laku sebab si pembelinya suka benor minum oren. Dibawa khas oleh keluarga YUZ.



Memang geram tengok air sungai dan air terjun kecil kat belakang tempat kami lepak. Tapi ohhh tidakkk... Mana bleh mandi. Kan sama-sama setuju, tiada yang dibenarkan berbikini? Takkan aku nak buat sejarah kot... Tapi ralit borak, sampai aku lupa nak celup kaki. Hmmm....

Walaupun sekejap mendung, sekejap panas, rintik sekejap, panas balik, masing-masing teruskan juga makan dan borak. Hmmm memang terror tul lah Bomoh Hujan yang datang tuh..hehehehe.. Lain kali kene panggil dia lagi..


“Bomoh Hujan”


Menjelang tengahari, sorang demi seorang beransur pulang. Makanan yang berbaki, dibahagi-bahagi. Maklum, semua ada anak-anak. Paling best, lelong Roti Gardenia (Kek Pisang comel sebenarnya), tajaan KAKCIK SEROJA dan suami. Pendekata semua dapat bawa balik. Kalu yang tak dapat tu, very the sori laaarr...

Aku mengikut KAKCIK balik kira-kira 2.15pm sebab harus singgah di suatu majlis kahwin di dewan berhampiran, kenalan KAKCIK. Mujur pun, ketika kami sampai di situ, sudah renyai. Kami tak makan pun, sebab dah terlajak kenyang (aku ler.. KAKCIK aku tak tau, sama jugak ler kot..) lalu kami minum sirap saja. Selepas 15 minit kami bergerak balik dan belum pun kuar dari kawasan FRIM, hujan turun dengan lebat. Tak tahu lah cemana depa yang masih lepak tadi. Sempat lari ker tidak..heheheh.. (sapa yang lukus hari tu, angkat tangan...!)

**Aku tak leh ingat semua nama.. jika sebut balik pun aku tak ingat nama itu yg mana orangnya. Sebab bukan semua orang pakai name taq hari tu... Heee tak patut betul korang. Aku jer yang pakai name tag sampai time balik, mujur masuk dewan kahwin tu terperasan. Cepat-cepat tarik simpan.


Terimakasih tidak terhingga kepada semua.. semua yang sudi hadir, sudi meluangkan masa, yang begitu peramah lagi mesra. Dengan makanan yang enak lazat hingga menjilat jari. Yang rajin bawak macam-macam, sampai tong air pun bawa, siap bancuh oren lak kat situ, yang berkongsi pengalaman dan cerita-cerita. Semoga perkenalan kekal dan silaturrahim berpanjangan dalam suasana yang indah dan saling menghormati.


Gandingan serasi dan seJIWA. Adakah mungkin juga SEJAWA?


Aku bukan tidak biasa tentang soal gathering dengan kenalan dari siber. Beberapa kali juga. Malah dengan pelbagai cara di pelbagai tempat. Setiapnya memang sungguh menyeronokkan dan yang terkini ini juga tetap mempunyai keistimewaannya yang tersendiri..

BRO MAZIDUL berazam menjadikan gathering blogger berterusan hingga mungkin ke kali yang ke 10. So, jangan risau bagi yang belum berkesempatan, masih ada banyak kali lagi nak buat nihhh. Harap-harap pasni, ada banner yang dapat dijadikan penyeri majlis. Baru nampak class, tak macam keta tinted yang takda class...hahahaha... U know what I mean...!



Kenapa dalam tv dia nampak besar, tapi bila kat luar, aku lak yang nampak lagi besar? Ini tidak adil...!

So, di sini aku mengambil kesempatan memohon maaf dari korang yang hadir seandainya ada gurauan Kak AZIE agak melampau atau menyakiti hati korang. Semuanya secara spontan dan tidak langsung dengan niat, ok...

Jangan lak korang serik nak ajak Kak AZIE join lagi ekk.. Maklum ler.. asyik-asyik jer aku yang nak makan dulu. Ada ker yang risau takut aku habiskan puding peach yang sedap tuh? Aku tak mungkin kasi habis punyaaa...malu beb!

Punya seronok sampai lupa nak balas dendam kat AZRUL. Sapa datang lambat, kene campak sungai. Tak sempat nak campak, dia dah terjun sendiri...!


~...setinggi tahniah kepada yang mencetuskan idea dan berusaha menjadikannya realiti...~


Saturday, December 26, 2009

Gathering Blogger: Edisi Awal...

Gathering Blogger Lembah Klang, 26 Dis, 2009. FRIM, Kepong.

Edisi awal ini semua pic dari Hanpon Cap Itik aku. Tak banyak pun aku snap. Aku masukkan ini sahaja sebagai permulaan. Gambar-gambar lain yang pasti lebih havoc dan meriah, kena lah tunggu blogger lain upload.

Tak banyak yang hendak ku sebutkan di sini, tetapi memang meriah, memang seronok dan sungguh gumbiraaaa...!

Layan jer gambar-gambar yang ada...



Terimakasih kepada semua yang hadir tadi, especially to Ketua Urusetia Sdr MAZIDUL dan pembantu khasnya Sdr AZRUL HISHAM...







*~...bila ramai dah upload gambar nanti, aku akan kutip dan masukkan dalam my full entri. hehehe.. masa tu baru best bercerita, mengomen dan sambil tu mestilah boleh mengutuk, kan? Ahaks!...~

Thursday, December 24, 2009

Aku jadi cikgu?...

3,4 hari lepas, TOKLAKI ada bagitau yang sorang kawan dia mintak tolong buatkan email dan web. Hah? buat email? Aku memang selalu dengar nama kawan dia ni disebut. Pada aku, biasa sajalah. Aku pun selalu gak sebut nama sekian sekian orang bila bercerita wpun ramai tu bukan kawan rapat, malah ada yang tak pernah jumpa pun lagi.

Oklah. Aku bolehlah tolong buatkan (sign up jer, create account). Memang tak susah mana pun (cewahhh ni riak orang konon terer nihh). Kebetulan minggu ni memang free ler sangat. Buat jer kat ofis, laju wehhh. Kalu buat kat rumah, tak pasal-pasal lak aku tumbuh janggut. Huhh!

So, aku create account email orang ni berpandukan pada namecard yang dibawa balik dek TOKLAKI. Juga create blog untuk dia. So aku ler yang reka nick dia, password dia dan juga tajuk blog dia. Aku siap lak bleh sms kawan aku, tanya berapa nak charge orang nih? Dia leh tanya, berapa lama masa nak buat tuh? Aku jawab, “for email 5 mins, for blog 10 mins.” Hahahaha... cadangan price tu aku setuju sangat wehhhh...

Menurut TOKLAKI (bohong dia, aku pun jadi pembohong gak lerrr), kawan dia ni ada gelaran DR. (di namecard dia pun memang ada Drs. H...). Uik? Mula-mula aku tanya, takkan ler doktor tak pandai IT? Takdak email? Umur pun lebih tua banyak dari aku nih. (macam ler aku ni muda sangat?). Rupanya dia dapat gelaran tu dari Kerajaan Malaysia. Hrrrmmm? Kerajaan Malaysia?

Lalu semalam, aku ditemani TOKLAKI (mestilah kena teman, kalu tak, confirmlah bunyinya “lalu semalam aku pun berdating ler dengan Drs. H.. tuhhh”). Kat sebuah bistro depan umah aku yang selalu penuh dengan orang bila time ada bola, dan bila takda bola lak, penuh dengan anak-anak muda dgn their lappy sbb Bistro tu ada wifi free. Tapi itu merupakan kali pertama bagi aku masuk bistro tu.


Mula-mula ajar dia cemana nak on laptop @ PC kalu dia nanti beli. Katanya, anak-anaknya semua ada, dan dia berhajat nak beli untuk kemudahan berurusan dan urusan bisnes. Aku ragu gak bisnes apa ni, sebab kat namecard dia ada servis Pengikhtiar Batin, Pasak Politik dll yang sejenis dengannya. Aku berurusan dengan bomoh moden ker nih? Seram wehhhh...

Pastu aku explain kat dia (aku siap bawa pen dan buku nota lak lagi tu) apa itu account setting, apa itu sent, apa itu draft dengan mengambil contoh guna hp. Cemana kita guna sms, draft, sent dsb gitulah lebihkurang email. (Betoi ker ni kengkawan? Kang aku ajar ajaran sesat lak ni.. Mampuih Drs tu bomohkan aku plakkk...)

Sedikit sebanyak, sambil belajar sambil tunggu “loading” yang slow, kami pun borak-borak ler. Maklum lah, sesi berkenalan ni kira penting gak kan? TOKLAKI ada kat tepi ler jadi pemantau. Memang Drs ni (kami panggil dia Pak IDRUS) adalah warga seberang tetapi sudah bermastautan di sini sejak 1995 lagi dan sudah ada PR. Merupakan bekas pensyarah di Universitas Islam Bandung. (Bab ni aku memang cuak masa baca kat namecard ada tulis “Pensyarah Terbaik Indonesia 1990”, siap aku cari kat Google dulu sebelum tu. Saja nak buat survey. Memang betul pulak tu. Ishhh tak baik aku buruk sangka, kan?)

Tetapi bersara awal dari bidang perguruan itu, merantau ke sini atas beberapa sebab (yang hampir sama dgn rakyat mereka yang lain). Rezeki di sini memang lumayan yer, Pak? Selepas berulang alik, bermula dengan pelawaan dari seorang “orang besar” dari Jelebu, Linggi dan beberapa tempat (masa kempen pilihanraya) lalu kebolehannya berjalan dari mulut ke mulut dan diyakini pula hingga ke merata tempat. (Dia top masa pilihanraya, dan jujur, setiap ahli politik yg “ditolong”nya memang menang beb!)

Ok, itu mungkin urusan bisnesnya. Takda kena mengena dengan aku or sesiapa di sini. Kemudian beliau merasakan di sinilah tempat sesuai untuk bermastautin dan ahli keluarga dibawa sama. Dalam pada itu beliau juga boleh mengubat “pengikhtiar” dan juga seorang pengkaji sejarah yang aku bleh kata cekap.

Back to belajar> setelah aku explain, aku soh plak dia try buat sendiri. Sign in, try taip email, sent to somebody (email TOKLAKI jadi mangsa), dan belajar to sign out. Simple jer, tapi aku ni kan cikgu yang baik. Lepas teory, mesti soh anak murid buat praktikal, kan? Nampaknya beliau berpuas hati dengan pembelajaran malam tu. 2 jam jer pun. Untuk blog, aku tangguhkan dulu, sebab aku taknak nanti dia “jammed”. Mahirkan dengan email dulu, sehari dua lagi, aku ajar cara bermain dengan blog plak.. Hehehehe...

Kemudian kami berbual sambil makan. Aku lapar wehhh.. anak murid yang “lumayan” nih kena belanja lah. Mestilah borak dulu, takkan nak terus cabut plak (wpun aku terpaksa lupakan hajat nak lepak dgn anak-anak makan kacang kuda rebus yang aku dah rendam overnight sebelum tu.. lum rebus lagi nih... uishhhh). Samada dilihat bodek atau penyedap cerita, aku pun sebut yang aku pernah sampai ke Bandung sekali dulu. Suka gak ler dia, yang aku pernah ke sana. Tapi bila aku komplen yang Jakarta tu jem (macet) paling dahsyat aku pernah jumpa, terpaksa ler dia mengaku kebenarannya.

Aku order Mee Goreng Basah. Bapak tu punya nak jaga hati cikgu dia ni, 2 kali tanya, sedap tak. Aku terpaksa cakap ok, padahal tak berapa sedapppp... (bil on him, kan?)

Kenapa dia perlu semua itu? Kerana memudahkan urusan dan komunikasi. Sebelum ni semua melalui hp dan sms jer mana tahan. (Aku tengok hp dia sampai 4.. hahahaha). Aku pun beritahu dia kelebihan teknologi, dan betapa perlunya dia memahirkan diri dengan asas, bukan perlu belajar semua, tetapi asas pun sudah memadai. Blog pula perlu untuk dia bercerita tentang kemahiran dan kelebihan yang dia ada. Berkongsi pengalaman dan bagi menjawab banyak persoalan orang tentang apa yang dia tahu. Jika ada yang bertanya, dia hanya perlu beritahu url blog dia... segalanya akan terjawab. Dulu dia malas belajar sebab kesedaran tentang teknologi tu kurang difahami, agaknya, tetapi kini dia tahu betapa pentingnya teknologi tu. Berkali-kali dia kata dia malu sebab terpaksa belajar ini semua, tapi aku ni dengan baik hatinya memberi motivasi, “Tiada yang terlambat untuk belajar. Tak salah untuk belajar.” (macam aku ni banyak benor belajar nyerrrr....)

Buat masa sekarang, dia sedang dalam proses menyudahkan rakaman 30 episod utk siri Epose Mistik (Astro) di bawah terbitan Datin Tiara Jaquelina. Wowww... Lumayan ini bapak....

Aku tengok artikel dia setebal 3,4 inci, semuanya bertulis tangan. Mak datukkkk jenuh tu dia nak masukkan dalam blog dia nanti. Gambar2 pun banyak, tapi semua dia fotostet jer. Manual semua. Kesiann.. Nanti kalu dia masih perlukan khidmat aku, aku rela jadi typist dia.. tapi bayor mesti lumayan jugak yer Pakkkkk... (Elehhh dia mana tau pasal blog aku, so dia tak mungkin baca entri nihhh...)

Balik rumah dah jam 10 lebih. Lupakan jer pasal nak rebus kacang kuda tu semua..., anak-anak pun dah ada yang tido. So, tapis dan simpan. Pagi ni soh depa rebus kediri. Dan aku mesti melepas lah nak lepak makan sama....Wuaaaaa....!


~...Ada sesiapa nak masuk pilihanraya tak? Jadi calun? Aku leh rekmen ini bapakkk....hehehehe...~
*SORI BERLORI, entri kali ni banyak monolog plak...



Wednesday, December 23, 2009

Cerita makan lagi...

Boleh tak bercerita Nasi Lemak lagi? Nanti AKAK tu terliur lagi. Sian dia.

Tapi pagi tadi, agak awal TOKLAKIku berbunyi, “Lapar lak perut ni..” Uik? Malam tadi elok jer makan nasi berlaukkan Sambal Kerang yang aku masak. Bleh lapar awal?

So dalam perjalanan pi kerja aku tanya, nak sarapan sama ker? Sebab, jarang kami bersarapan sama. Aku sarapan sendiri, either makan di foodcourt or tapau makan di pantry ofis. Ok. TOKLAKI nak makan roti canai. Aku bagi cadangan try roti canai kat gerai sorang BRO depan Pudu Plaza. Lama tul tak pi makan kat gerai BRO yang sorang ni. Sampai terlupa dah. Dan aku pun terlupa nak kisahkan Nasi Lemak BRO ni haritu.

Aku kenal BRO ni dah lama, sejak 1996 lagi. Masa tu ofis aku dekat situ jer. Nasi Lemak BRO ni sedap kerana sambalnya. Dan jujur, aku belajar buat sambal nasi lemak dari dia. No bad lah tapi sedap sambal dia lagi... Dia berniaga dari pagi mula kul 8 pagi hingga tengahari. So masa kerja di situ, kami kadang-kadang lunch dengan nasi lemak or roti canai. BRO ni hanya jual dua menu tu saja. Petang dia off (and Friday as well). Dari BRO tu masih bujang sampai anak dah ada 2 orang aku masih sekali sekala pi makan di situ, sometimes balik dari marketing di Pasar Pudu, singgah tapau untuk anak-anak. Pekerja dia 2 orang pompuan Indonesia pun setia dgn dia, dan masih kenal aku.

Aku dah berangan, nak makan nasi lemak dengan ayam goreng BRO ni yang sangat sedap. Tapi kerana kami agak awal (7.45 am), ayam pun lum goreng. Si buat roti canai pun lum turun (tapi bahan-bahan dah ready), so tak dapatlah TOKLAKIku nak makan roti canai dia. Last, kami order Nescafe kecik kongsi 2 orang dan aku tapau nasi lemak biasa (jangan tidak, kata orang).

Sayang sekali, kali ini aku rasa sambalnya sangat lain. Tak sesedap dulu. So, aku taknak rekmen pada sesapa yang suka nasi lemak. Kesian. Tapi, mungkin selera aku tak sama.

Well, ini ler gerainya. Betul-betul berhadapan dengan pintu masuk utama Pudu Plaza (area Pudu berhampiran Majestic). Aku selamber badak jer pegi snap tadi.

Lunch time? Aku tak plan nak makan sebab nasi lemak elok jer kenyang dan bleh tahan sampai petang. Tapi dek kerana bosan tahap GABAN, aku turun gak pegi tapau Kuew Teow Cantonese. And macam biasa, tapau makan sensorang kat pantry sambil layan Harian Metro.


~...Sapa punya kerja gamaknya yang jerut dan bunuh budak pompuan yang dijumpai dalam takungan banjir tuh... Sungguh biadap, kurang ajar dan lahanat...!~



Tuesday, December 22, 2009

Perkongsian Dari Bloggers...

Hari ini free lagi. So selain layan mana-mana blog yang ada update, aku juga ambil masa untuk baca blog kawan-kawan baru dari entri pertama mereka. Yang sempat aku baca dari awal adalah blog FA (aku tak tau sapa lagi tua, aku ker dia, tapi aku andaikan yang dia hampir sebaya aku) dan aku terjumpa sepotong ayat ni dalam entrinya yang bertajuk “Botak”..

Last time, we didnt know yang botak is actually forbidden to muslimat (kalau dengan sengaja le).

Aku pun pernah botakkan kepala dulu. Bukan sekali, tapi 3 kali. Memang best, coollll.. Rasa selesa dan seronok. Balik kampung juga, BONDA bising juga. Masuk kali ke 2, TOKLAKI dah tolak nak tolong cukur. Well, aku trim sendiri. Pastu kali ke 3, buat senyap-senyap. Pastu TOKLAKI tak izinkan lagi dah, dengan alasan nanti takda rambut nak buat sanggul (sometimes aku suka pakai tudung ikat belakang, kalu takdak rambut, tak cantik pakai tudung style gitu dengan kepala leper...)


TYRA BANKS botak. Model, buat cemana pun lawa...

Bila baca ayat tu, baru aku tahu. Sesungguhnya aku memang tidak tahu sebelum ini. Terimakasih. Memang banyak yang kita akan tahu bila membaca info yg dikongsi dari teman-teman blogger.

Sekarang aku sedang cuba habiskan baca blog SITI MURNI yang dok di Penang. Baru separuh. Balik nanti sambung kalu rajin, kalu tak sambung esok ler...

Bukan untuk mencari silap atau kekurangan sesiapa, tapi aku suka nak mengenali lebih dekat teman-teman blogger (yang entah bila dapat bersua muka, ntah-ntah langsung tak jumpa...). Dengan membaca dari mula, aku akan faham serba sedikit apa yang mereka catatkan. Kadang-kadang senyum sendiri..

Blog Kak CIK SEROJA dah abih baca dah semua (sebab tu aku tahu pasal ayah yang sakit), blog VIC DIANA pun dah abih, blog ECHAH pun dah, blog AZRUL HISHAM pun dah, ROSNANIE pun dah, AYU IDRIS (orang KL yang mengajar di Kelantan tu...).. banyak ler...

Masih ada yang belum dibaca habis.. ikut giliran lerr...

~...aku teringin sangat nak makan Sate... kenapa ek? ~


Gossiping...

O you who believe! Avoid much suspicions; indeed some suspicions are sins. And spy not, neither backbite one another. Would one of you like to eat the flesh of his dead brother? You would hate it (so hate backbiting). And fear Allah. Verily, Allah is the One Who forgives and accepts repentance, Most Merciful. Quran 49:12


And Never Forget....
Who Backbites With You Today....
Will Backbite about You Tomorrow....
STOP BACKBITING!!!

********************

My questions are :-

1) What would happen if the truth were never told whether the rumors spread were true or not?

2) And what if no one cared to bother about the truth because they believe in what they choose to believe?

3) And what if the rumors told were true?

4) Would the end result be the same? or maybe not?


Aku menerima sebahagian text di atas dalam email pagi ini (yang disebut diforward dari littlemosque.blogspot). Bergossip, bercerita, buat rumors, khabar angin, tokok nasi (lemak) tambah, lebih sudu, dan seumpamanya.. whatever!

Sapa boleh mengelak? Dulu sering dikaitkan dengan bangsa kita sahaja. Mesyuarat tingkap, or berlonggok atas pangkin bawah pokok depan laman atau sekadar di tepi pagar sementara tunggu anak balik sekolah, or depan pintu sementara tunggu laki balik kerja. Dulu...

Sekarang. Kat mana-mana bleh gossip. Dalam ofis staf gossip bila bos lalu, pakai lain macam or tiba-tiba ada perempuan lawa ikut belakang jalan terkedek-kedek goyang lebih, angkat hidung. Atau kawan sekerja hari ini muka muram, ada bengkak mata asyik menung-menung... or waktu sedang makan di foodcourt terpandang orang ofis sebelah sedang makan dengan lelaki kacak yang kita kenal bukan laki dia... ahaaa.. gossip best nihh..

or dalam pelbagai saluran chat yg canggih lagi hebat di zaman teknologi ini. Pilih saja nak borak lagu mana. Nak sebar bagaimana. Nak kabor citer gaya cemana...

Kesannya? Kena batang hidung sendiri, baru tahu agaknya.

Percaya tak? Bangsa lain pun pandai bergossip pasal bangsa kita especially kalu kita tersilap sekali, lupa habis kepandaian dan kelebihan kita sepanjang tahun.. Huh!

Secara umumnya, gossip sangat merimaskan, meloyakan, tapi boleh menjadi sesuatu yang “addicted”. Hmmm.. kalu dapat tanya isi hati orang yang kerja wartawan gossip, kan best?


~...Aku rindukan rakan blogger ECHAH_SYED yang balik kampung bercuti. Yang buat aku frust, dia balik kampung dia yang cuma 30 minit jer dari rumah BONDA akuuuu... wuaaaaa....!~



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails