Saturday, October 31, 2009

Poligami...

Semalam, sorang kawan yang dah lama tak contact, hantar mesej. Yang buat aku jadi rasa sedikit bengang.

Lebihkurang 6 bulan dulu, dia pernah bercerita tentang keseronokan nya yang sedang berada dalam alam percintaan (semula). Dengan awek lama masa sama-sama belajar dulu. Dengan alasan tiada jodoh, mereka memang tidak berkahwin. Masing-masing bertemu dengan orang lain. Dan dengan alasan takdir jugalah, jalinan hubungan yang terputus disambung malah dimekarkan lagi dengan kesungguhan masing-masing.

Dia bercerita dari sudut dia seorang lelaki. (Aku kan memang ramai kawan-kawan lelaki?) Of course ler tak sama pendapat aku dari sudut wanita. Tapi dia ternyata amat senang dengan perbalahan kami, dan hujah-hujah aku diandaikan sebagai hujah yang bakal diterima dari sang isteri andai dia berterus terang. Dan memudahkan dia untuk menyediakan jawapan...

Lalu, mengambil jalan mudah, aku kata, "Kau tentu mahu jawapan yang kau inginkan saja, kan? Jadi samada aku beri pendapat benar atau pendapat jaga hati, tiada beza pun kan?"

Dan memang benar, tiada bezanya. Dia benar-benar mengotakan segala impian mereka yang tidak terlaksana bertahun dulu..

Aku yang mengenali isterinya, sama aku mengenalinya.. dan anak-anak mereka, cuma terkedu dengan mesej itu. Sekadar mesej, tiada lagi kata bual. Sudah tentu pendapat aku tidak lagi diperlukan...

Di mana janji seorang lelaki kepada isteri untuk setia? > Namun aku akui dalam ruang insan samada lelaki atau wanita, tetap ada ruang kecil (yang boleh meluas) yang boleh diisi oleh sesiapa atau apa jua andai terbiar...

Kenapa tergamak memungkiri janji sendiri?

Lain orang, lain rumah, lain poket...

Kerana aku terlalu banyak pergaulan dan mengenali kaum lelaki (kerana ramainya kawan lelaki dari wanita), aku tidak pernah merasa tergugat atau tercabar dengan POLIGAMI...

Mengambil kira sudut lelaki dan fitrahnya mereka sebegitu, aku sedar akan sebab dan alasan mereka untuk berpoligami ada juga yang benar-benar boleh diterima dan wajar diteruskan...


~...melihat sendiri beberapa kes poligami di dalam kelompok keluarga, hanya yang kebal yang mungkin boleh menempuhnya.. Adakala lelaki itu sendiri tewas dengan keputusannya...~


aku suka pic ni.. > bila Merpati tidak lagi hanya makan di tangan, malah sudah berani makan di kaki...

Tuesday, October 27, 2009

Naluri ibu...


Semalam, masuk ofis pagi, kawan cerita tentang tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang, Kampar. Anak-anak sekolah rendah terjatuh ke dalam sungai, di bawa arus sungai yang kuat, di awal pagi.

Memang aku terkejut, dan membayangkan, anak-anak sekecil usia 12 tahun, terjatuh dari jambatan, terkapai-kapai, terjerit-jerit dalam ketakutan... ohhh sedih nyerr...

Naluri ibu memang mudah terasa akan kejadian sebegitu. Tumpang sedih, bila di siang hari pula, satu mayat pelajar perempuan ditemui. Tak terbayang perasaan ibubapa pelajar tersebut. Anak yang selama ini dijaga, ditatang, ilang sekelip mata, kerana kecuaian manusia rakus yang tidak terfikir, ketamakan mereka menggadaikan nyawa rakyat yang tidak tahu apa-apa...

Soal cuai, soal rasuah, soal malang...begitu banyak persoalan yang ntah bila akan terjawab. Cuma kadang-kadang dikesali, kes itu cuma hangat seketika, kemudian mudah pula dilupakan orang (kecuali yang terlibat, yang kadang2 trauma bertahun-tahun).

Ibu mana yang dapat menerima bila anak kesayangan pergi dengan cara sebegitu.

Kemudian, pada hari sama semalam, tonton berita sedih itu, tumpang simpati pada keluarga yang terlibat.

Tapi, dalam berita yang sama juga, kisah seorang ibu muda (di Bacok, Kelantan), dihukum kerana bersalah membunuh anak kandungnya sendiri. Tiada perasaan apa-apa lagikah semasa melakukannya?

Kenapa mesti terjadi? Walau apapun sebab dan alasannya, amat tidak masuk akal langsung seorang ibu tergamak membunuh anak sendiri yang masih kecil. Gila...!

Kemudian dikisahkan, seorang ayah menyimbah asid ke muka isteri kerana masalah rumahtangga, dan asid turut terkena pada si anak lain. Si anak yang kini buta, dan koma dan sudah pasti hampir gelap masa depannya. Anak yang merupakan pelajar terbaik PMR, dan bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Kejamnya ibu bapa zaman sekarang...!

Dulu-dulu, BONDA aku pun garang juga, tapi dia tidak pernah kejam. Dia sentiasa memastikan yang terbaik bagi kami sekeluarga. Masak yang sedap-sedap, nasihat yang baik-baik dan sudah pasti doanya tidak pernah putus untuk kami...

Aku pun agak garang dengan anak-anak, tapi tak pernah pukul. Kenapa mesti pukul sedangkan masih ada banyak pendekatan lain untuk mengajar dan mendidik? Walau marah pun, bila tiba masa makan, anak-anak tetap dapat makan yang sedap, malah kalu nak makan idaman tekak, akan diusahakan juga. ALONG dengan IKA dulu, sampai umur 6 tahun masih makan bersuap. Sekarang CHAK dan kadang-kadangn ALIA pun masih makan bersuap. Kadang-kadang baru lepas majuk, air mata dok basah lagi kat pipi, elok jer nganga mulut.. hehehehe...


~...Raya Haji nanti, dah masuk cuti sekolah penggal akhir. Apa rancangan ekk..?~




Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

Sunday, October 25, 2009

Minatnyerrrr....

Minat seseorang itu memang berbeza, tetapi yang seronok untuk dikongsi di sini adalah minat yang kadang-kadang buat kita kagum, geleng kepala atau turut teruja.

Minat biasanya ramai yang serupa dengan orang lain, sangat normal ler kalu seseorang itu minat membaca, menyanyi, mengarang, memancing... etc.etc...

Aku kenal ramai yang orang yang mempunyai minat yang seronok kita baca dan ikuti perkembangan mereka. ACAI seorang yang sangat minat dalam bidang fotografi, sejak mula kenal dia dan menjadi pengikut setia blog dia, dari mula dia belajar snap gambar, sampai sekarang dah lepasi amatur dan skit lagi nak jadi profesional, sudah banyak projek yang dia dapat, especially majlis kahwin kawan-kawan dan kenalan dia.

LEMONGRASS yang menetap di Australia yang sangat suka memasak, buatkan aku selalu asyik mengadap gambar-gambar menarik masakan dia, wpun hanya sajian sarapan yang simple jer.. tapi blog dia menjadi tatapan berpuluh-puluh lagi blogger yang sentiasa ada berbelas-belas orang masuk mengomen dan beramah mesra.

BOS lama aku KAREN, sangat minat pada seni lukisan yang berasaskan kayu. Tiap kali, travel mesti nak beli lukisan atau ukiran. Dia juga minat warna putih. Dalam seminggu kadang-kadang 1 kali atau langsung tak ada warna lain, putih jerrrr..

Sorang ofis mate aku dulu sangat minat Hindustan dan segala yang ala-ala Bollywood. Sampai pernah sekali dulu pegi tindik hidung. Pakaian dan subang, jangan cakaplah, ada jer yang nak sama dengan gaya Kajol... Skang dia dah resign, duk umah jaga cucu. Taktau ler sapa yang warisi sekian banyak wardrobe Endostan dia tu.. hehehehe.. Anak pompuan dia cuma sorang.

Aku?

Aku minat banyak perkara, banyak benda dan banyak kegiatan. Terlalu banyak sampai tak tau mana satu yang aku sangat fokus, macam setara jer. Ada masa, aku suka join aktiviti seni seperti bersajak, dan aku juga suka mengarang. Aku minat kaler PURPLE, minat tahap GABAN, aku minat travel tengok tempat orang especially yang berunsur kehijauan, spt kampung or sawah or ladang, juga suka ombak, suka hujan (main ujan mesti besttt...), suka juga masak.. and suka makan as well..

wooooooo banyak tul yang aku minat ek...


Puding jeli perasa strawberi yang aku buat malam tadi. Saja buat sebab lama tak buat. Boh dalam peti beku, makan macam makan aiskrim, sedappp....



~....rasa penat bila sibuk, terus rasa nak pegi bercuti....~

Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

Monday, October 19, 2009

Minggu yang sibuk...

~Minggu ni aku sibuk giler...
Dengan keja-keja yang ntah apa-apa (keja ofis lerrrr...)~


Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

Friday, October 16, 2009

Selamat Bercuti...

Esok, 17 Okt, sambutan Deepavali bagi warga penganut Hindu. Ada ker rakan-rakan blog yang menyambutnya? Rakan-rakan India?

Tetap juga aku nak ucapkan Selamat Menyambut Deepavali. Selamat bercuti buat warga Malaysia seluruhnya..

Layan jer lukisan “kolam” ni yang aku snap masa masuk Times Square malam tadi. Lawooo.. sbb ada banyak kaler PURPLE...!






Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

Wednesday, October 14, 2009

Selamat Ulangtahun Kelahiran Hj MANAN...

Aku jarang minat fanatik kepada mana-mana celebriti, or DJs. Tapi DJ yang sorang ni sangat aku homati dan kagumi, sejak dulu hingga kini wpun beliau tidak lagi bertugas di konti sebaliknya di belakang tabir jer..


Tetap rindu dengan suara emas beliau, tetap menyanjung budi baiknya. Walau jarang kami berjumpa kecuali di program-program tertentu, tetapi aku suka jika berpeluang berbual dengan beliau.

Paling tak lupa, sewaktu beliau menjemput aku dan dinda kembarku YUYIN menjadi penyajak jemputan di Pasar Seni sempena Sambutan Merdeka bersama KLfm dulu. Besttttt.... (dapat cek tu yang tak sangka tuhhh...)

Semasa bertugas di konti KLfm dulu, dia sangat rajin layan permintaan kami pendengar yang banyak mengada-ngada. Lagu yg selalu dia pasang selalunya Serai Berbunga, Biar Bulan Bicara dan Soledad..

Kalaulah Haji Manan kembali ke konti....

Selamat Ulangtahun Kelahiran to DJ Haji MANAN SELAMAT. Moga sejahtera selalu, diberi kesihatan yang baik dan murah rezeki....

Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

Monday, October 12, 2009

Tart Tersohor...

Pagi tadi SOUL telefon, bagitau order TART Tersohor akan tiba pagi ini. Ya Allahhh.. aku terlupa betul yang pagi ini order akan sampai.

Kali ini order TART untuk Deepavali ternyata lebih banyak dari musim raya. Jenoh gak ler nak pi ngantar nanti nihh...


So lunch time tadi, selepas tepon GERMAINE, aku pun turun nak pi hantar. Mujur kebetulan ofis mate, S, nak balik rumah. Apalagi, minta tolong dia hantarkan aku dengan bebanan tart ke ofis GERMAINE yang cuma 2 minit jer dari ofis aku. Memang tak jauh, tapi kalu bawa jalan kaki, mau semput gak ler aku..

Dan aku saja-saja jer citer TART Tersohor ni kat web yang aku biasa melompat-lompat. Bukan nak promote giler-giler, tapi tak dinafikan, memang sedap bangat TART niii.. Masa raya dulu, aku order pun tak leh dapat banyak, sbb tak menang tangan si pembekal.

Ramai lak yang order. Memang aku tak kisah, sbb TART ni memang leh dapat sepanjang tahun. Aku sendiri pun bila teringin sangat, lalu ajak kengkawan join order sekali sbb kalu order kurang dari 10 pek, supplier taknak hantar, sbb tak baloi minyak dia masuk KL...


~...tiada orang suka didesak untuk menjawab soalan-soalan, sebab tak semua soalan perlukan jawapan pun... So, kalu ada soalan tergantung tu, abaikan jelah ekkk....~



Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

Friday, October 9, 2009

Kenangan terhimpun di sini...


Decorate Your Photos


mengimbau kenangan lama...
aku teringat rumah pusaka yang semakin jauh ditinggalkan..
Aku berharap suatu hari nanti,
aku dapat tinggal semula di Rumah BONDA ini...
berlari lagi di laman leluhur...
berkaki ayam mengejar ayam...
bertshirt dan suar trek bila ujan turun...
melompat mendongak merasai pedih air rahmat yang turun...

tapi,
bila? bila?
jom doakan sama-sama dengan aku yerrrr...



Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

Thursday, October 8, 2009

Alahai...

Duhai teman...
Jika masih sudi, blog asal aku memang akan bergerak juga dan aku akan update juga dari masa ke semasa. 
Kerana blog yang asal tu lebih “aku” dari yang ini..

So jika masih sudi, leh juga visit di sana. 
InsyaAllah pasti ada citer terkini...


Myspace Text - http://www.glitterwordslive.com

Wanita Kena Tetak...

Dalam Harian Metro Rabu, 7 Oktober lalu ada tajuk “Tetak Isteri Tuntut Fasakh”

KUANTAN: Berang isteri menuntut fasakh, seorang lelaki panas baran berusia 40 tahun sanggup menetak wanita berkenaan dengan senjata tajam dipercayai parang sehingga parah di kedua-dua pinggang dalam kejadian di Lorong Sri Kuantan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi, lelaki dikenali sebagai ‘Ali Mamak’ dari Bukit Sekilau di sini, sanggup mencederakan isterinya, Noor Afzan Janudin, 25, dipercayai akibat tidak puas hati dengan tindakan wanita itu memfailkan permohonan cerai.

Difahamkan, dalam laporan polis sebelum ini, suspek didakwa membawa lari anak perempuannya berusia setahun selepas marah apabila menerima surat guaman memaklumkan permohonan cerai daripada isterinya yang tidak tahan dengan sikapnya yang panas baran dan sering dipukul.

Jika berada bersama insan yang paling hampir pun sudah tidak selamat lagi, di manakah tempat paling selamat?
Berapa ramai lelaki terfikir akan betapa ruginya mereka apabila berlaku kejam terhadap wanita yang melahirkan zuriat mereka? 
Betapa bodohnya mereka mengikut emosi dan egois dalam menjaga kepentingan diri sendiri semata...




Wednesday, October 7, 2009

Aku Budak Minang...

Semalam di RTM2, ada drama baru bertajuk Aku Budak Minang (ABM) yg diadaptasi dari komik karya kartunis UJANG yg sangat popular sejak aku di zaman sekolah rendah lagi...

Kat poster tu macam silap jer... Sebenarnya hari Selasa, bukan Isnin


Drama 13 episod itu menggunakan sebahagian besar latar belakang perkampungan Kampung Kok Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Watak utama UJANG dilakunkan oleh Muhammad Nizamudin Ahmad (Along CHAM). Sungguh hebat bahasa minang mereka yang berlakun drama ni.. Aku memang suka belajar berbagai jenis dialek, dan bahasa Minang bukan asing bagi aku sbb Mak Mertua aku memang orang N9. Cuma bila dengan aku, jarang lak dia nak guna bahasa Minang tuh...



Drama pertama diangkat daripada komik ini diarahkan Zulkifli M Osman. Sungguh unik drama ini kerana jalan ceritanya berlatarbelakangkan cara hidup dan menggunakan sepenuhnya loghat Negeri Sembilan. Tapi sayang la, tak puas tengok sebab cuma setengah jam jerrr....


Apapun aku suka tengok gelagat UJANG ni time dia “menyakitkan hati” omak dia, lakunan Maimunah Ahmad (memang famous Mak Jah nii...). Part paling best, masa UJANG masih kecik (lebihkurang umur 6 tahun) dia dapat adik baru, dan betapa dia sakit hati sbb dia rasa Omak dia tak sayang dia lagi, lalu dia pernah baling botol susu kat kepala adik kecik dia yg tengah tido dlm buaian.. Keletukkk...! Alahaiii... tak cukup tanah dia lari dikejar dek Omak.. Aku masih ingat lukisan dlm komik part dia baling botol susu ni... Masih aku ingat..

Best drama ini kerana dihasilkan hampir seperti kisah dalam komik. Mungkin ada beberapa yang terpaksa diubah tetapi drama tentang kehidupan kampung memang sangat best, kerana telus dan polos.


Tahniah buat UJANG, pengkarya yang sangat berbakat. Tidak sombong, sangat merendah diri (aku pernah beberapa kali jumpa dan borak2, jadi aku tahuu...) dan sentiasa berkarya. Semoga drama ini menjadi pemangkin semangat buat kartunis2 lain juga.


~...minat kartun bukan bermakna low grade.. Statement ni ler yg aku jawab masa berbalah dgn beberapa orang kawan yg perasan genius dulu...~

Tahniah...

Tahniah buat Kak IZAN yang baru menerima cucu pertama, dari anak sulungnya yang selamat melahirkan seorang putera semalam. Cucu yang diberi nama FARIS DANIAL, dilahirkan di klinik yang sama tempat Kak IZAN melahirkan anak sulungnya itu. 

Katanya, “Dua generasi Akak lahir di sini...” Nada ceria seorang nenek. Walaupun kami sering bergurau-gurau menjadi nenek, malah Kak IZAN memang lebih dikenali sebagai OPAH di kalangan para sahabat, tetapi kelahiran cucu darah daging ini pasti memberikan suatu perasaan yang sangat indah buatnya.

Detik bahagia seorang wanita bergelar nenek..

MMS yang dihantar terus ke hp aku oleh Kak IZAN

Semoga dengan kelahiran Faris Danial ini akan lebih menceriakan keluarga, dan semoga menjadi anak yang cemerlang dan membahagiakan ibubapanya..

Aminnnnn.....



Gempa bumi di Padang...

Yang sedang diperkatakan sekarang adalah tragedi gempa bumi di Padang, Indonesia. Gempa yang terjadi pada Rabu, 30 September lalu, kira-kita 7.7 skala richter, memang menggemparkan dunia, walaupun kejadian gempa di Indonesia ini bukanlah yang pertama kali, bukan juga kedua kali...



Dikhabarkan, korban gempa bumi Padang cecah 200 orang, ribuan mangsa masih tertimbus. Semoga apa yang terjadi menjadi iktibar kepada semua, terutama masyarakat Islam seluruh dunia.

Dan berikutan tsunami yang melanda Samoa, Amerika, 118 maut.

Merenung sejenak beberapa peristiwa bencana alam dunia yang berturutan sebegitu, betapa bersyukurnya kita tinggal di bumi bertuah ini...


~..masih banyak undangan openhouse yang diterima, tidak semua dapat dipenuhi. Apapun terimakasih kepada sahabat taulan yang sudi mengundang aku...

Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin...

Untuk perkongsian pertama biarlah aku bermula dengan cerita program bersama parents di SAB, Kuala Lumpur.

Aku copy & paste saja dari yang telah diposted sebelum ini...

Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin Sek. Men. Aminuddin Baki, KL (SAB) berlangsung dengan jayanya pada Jumaat lalu di Dewan Bistari sekolah tersebut. Program untuk solat hajat bersama parents di mana anak-anak yang bakal menghadapi exam PMR, SPM dan STPM. Aku terlibat kerana IKA akan exam SPM.

Walaupun petang Jumaat tu jalan sesak teruk dan aku berkejar-kejar dari ofis kerana kuar ofis dah 6.30 petang, syukur aku sampai tepat pada masa. Masuk pagar IKA dah tunggu dan terus pendaftaran. Masuk bilik air guru, ambil wuduk dan terus azan bergema.


Seperti yang ramai maklum, majlis-majlis sebegini memang biasanya para ibu yang lebih ramai dari para bapa. Seperti biasa juga, aku memang suka duduk di barisan paling depan. Bukan saja senang nak fokus, juga dek kerana rabunnyer aku. Jadi bila ada kesempatan, dapat ler snap gambar sekali dua. Dewan Bistari pun masih berbau cat, baru diubah suai. 2 kali ganda lebih lebar dari sebelumnya...


Selesai jemaah Maghrib terus berlangsung bacaan Yassin, kemudian solat hajat. Seorang penceramah (pakar motivasi) yang dijemput khas memimpin semua acara. Seorang anak muda yang sering terlibat dalam banyak program motivasi SAB, sehinggakan pelajar2 SAB (Tingkatan 3,5 dan 6) sudah kenal rapat dengan beliau dan memanggil beliau dengan pangglilan Abang ALANG (Mohd Nur Naimi, anak kelahiran Muar, Johor, lulusan UM). Sedap betul setiap bacaannya dan sewaktu mengaji surah Yassin, suaranya begitu lunak.

Bukan aku seorang yang merasa sangat sebak dan pilu bila doa panjang dibaca. Bukan aku seorang yang mengesat air mata (termasuk air hidung...:D) berkali-kali. uishhh.. Syahdu betul mendengar segala doa dengan suara yang sungguh lunak sebegitu. Jarang dapat dengar selunak itu.

Selesai berjemaah Isyak, program berlangsung dengan ceramah motivasi yang sangat santai dan penuh cerita lucu. Seperti kata ALANG, parents ramai yang letih, kerana sebahagiannya terus datang dari tempat kerja, tetapi demi anak-anak, semuanya nampak bersemangat. “Letih di badan bukan di mulut...”

Seronok betul bersama-sama terlibat dengan sebegitu ramai parents lain yang bermatlamat sama.

Bila ALANG menyebut, “Siapa pelajar yang paling sayang ibubapa dia, sila bangun berdiri di depan, dalam masa 10 saat.” Ohhh tiada sorang pun yang bangun, masing-masing malu. Aku yang duduk dengan IKA depan sekali, tetapi IKA pun tak bangun. Semua tersipu.

Kemudian, “Siapa ibubapa yang rasa dia sangat sayangkan anak dia, sila ke depan..” Tak sampai 10 saat, berebut-rebut parent bangun nak berdiri di depan, termasuk ler aku. Sampai ALANG terpaksa kata, “Cukup... cukup... Cukup dahh...”

Wakil ibu bapa

Apapun, semua orang yakin, anak-anak tetap sayang parents mereka, cuma untuk menunjukkannya di depan umum menjadi suatu yang sangat pelik. Salah kita kah? Kita hanya peluk cium anak masa kecik saja. Walaupun anak-anak aku semua masih cium kita jika hendak keluar ke mana-mana, tetapi untuk mempamerkan kepada orang, segan lakk.. uishhh...


Bila ALANG ulang sekali lagi, baru ler ada yang berebut nak ke depan.Yang perempuan tu kawan baik IKA. Tengah tu adik dia, tapi besar dari dia. Lawo 2 beradik sebab anak darah campur. Yang bersamping tu, berucap tak habis, sebab menangis tersedu-sedu...

Parents bersama anak masing-masing

Ada banyak pengajaran kepada kedua-dua pihak sepanjang program. Tidak banyak beza dgn program2 sebegitu yang pernah aku lalui dulu. Semasa ALONG Form 3, aku pernah hadiri juga di SAB. Juga di SK PuteriPandan semasa ALONG dan IKA nak hadapi UPSR dulu. Namun pengalaman kali ini tetap menjadi pengalaman manis.

Majlis berakhir dengan jamuan nasi beriani dan kuih muih.

Sebelah IKA adalah kawan baiknya di mana diaorang selalu belajar bersama, kuar pun bersama. Anak seorang Datuk, tapi selalu citer tak happy, sbb ada mak tiri, dan dia tak tinggal dengan mak kandung tapi serumah dengan mak tiri. Dia nak sangat makan malam tu dengan aku, sebab dia kata, nak pujuk aku benarkan IKA pi umah dia minggu depan. Macam ler selama ni aku tak kasi IKA pi lepak umah dia. Selama ini TOKLAKIKU siap hantar lagi tiap kali IKA nak pi umah dia di Wangsa Maju...

Terimakasih kepada IXORA yang sudi menghantar kami balik malam itu. Semoga anaknya LOKMAN HAKIM bakal berjaya dalam PMR yang akan bermula Rabu ini...

Sampai umah dah kul 11 malam, tapi sempat lagi kopek durian yang dibeli malam sebelumnya oleh TOKLAKI. Makan sebiji sensorang (bukan seulas tauu...), lepaskan geram...:D



Yang ingin kukongsi...

Salam buat semua yang sudi menjengah...

seorang sahabat, seorang wanita, seorang insan biasa... tetapi ingin berkongsi begitu banyak perkara, begitu panjang cerita, dan segala-gala yang wajar diperkongsikan..

Terimakasih, atas cadangan sahabat yang sangat ingin aku membuka blog kepada umum.. Dan maaf, blog personal yang sedia ada sekian lama terkunci rapat, hanya beberapa yang berpeluang mengintai...

Kali ini, aku izinkan semua insan yang mengenali, yang baru ingin mengenali, atau tidak mengenali sama sekali, berkongsi apa saja dengan aku..
Aku juga akan masukkan beberapa posting terdahulu untuk dikongsikan bersama...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails