Sunday, March 28, 2010

Bila semangat merudum, pada siapa harus mengadu?

Aku masih lagi bertugas di CESB, Dewan Tun Razak 2 untuk 3 hari terakhir. Syukur, kemasukan pengunjung semakin memberangsangkan dan boleh menceriakan muka-muka penguasaha @ tokey buku.

Masa awal minggu dulu, di hari kedua, semangat aku jatuh merudum kerana beberapa sebab termasuklah lengangnya dewan kerana beberapa faktor lain yang aku malas nak ulas.

Kini menyambung kembali dengan harapan boleh memberikan yang terbaik yang tertinggi dan usaha maksimum (di level seorang aku yang tidak ada ijazah), besar juga harapan aku agar apa saja harapan majikan sementara aku ini tidak menjadi sia-sia. Hasil jualan harus boleh menggembirakan semua orang.

Tetapi semalam, pagi-pagi semangat merudum, jatuh ke lantai karpet dewan yang berwarna kelabu, sesamar hati dan sisa semangat yang tinggal. Ehhh... aku kan pandai berlakun? Kenalah sorok segala rasa jauh di hujung lipatan stoking kan?

Nanti kalu aku sempat, aku bercerita lagi tentang pengalaman menjadi promoter sementara di Pesta Buku. Ada rasa manis macam madu, lebih manis dari itu pun ada, ada rasa masin kelat dan pahit, tapi best. Gambar ada banyak, tak sempat upload lagi.

Pelakun FARID KAMIL dan novelis Ahadiat Akashah di booth pada Jumaat lalu, mempromosikan filem baru Lagenda Budak Setan (dari novel keluaran CESB dengan tajuk yang sama).

Yang pasti, aku sentiasa memegang keyakinan yang tinggi bahawa sesiapa sahaja boleh belajar melalui pemerhatian, melalui pendengaran apalagi jika rajin membaca. Ku ulangkan selalu kepada semua pengunjung, "Orang yang hebat adalah orang yang membaca buku, dan untuk menjadi hebat kita harus membaca." Sila sangkal saya, jika itu tidak benar.



~....SERI BULAN ini terlalu parah, sehingga hampir retak seribu menunggu HISYAM berkata sesuatu...~




21 comments:

  1. hehehe, x berani nak sangkal sbb sya tak suka membaca buku. mmg sya bukan seorang yang hebat pun

    ReplyDelete
  2. Salam Azie..

    semalam, kakcik hampir saja singgah di PWTC .. tapi, banyak yang perlu dibereskan (macam kuat sangat, kan? - padahal berjalan syik memegang belakang pinggang - nasib baik tak perlu bertongkat!)

    ReplyDelete
  3. oleh itu bacalah buku2 cinta kasih sayang supaya daya ketinggian khayalan kita tinggi bersama-sama rencah2 kreatif orang 'ketiga'. Supaya ilham dan idea boleh dipergunakan di Alam nyata.

    ReplyDelete
  4. Salam!
    Hidup ni macam papan pasaran saham kat KL ada yg mencanak dan ada yg merudum! Yg pentingnya Azie, kite buat kerja `routine` kite, soal expectation org datang tu, serahkan pada takdir...

    ReplyDelete
  5. tiap tahun ida tk pernah dpt ke PWTC atau ke mana2 yg ada pesta buku...frust sbb ida mng gile buku..

    adatlah bila pasaran ada turun naik...sabar je lah..

    ReplyDelete
  6. aku pun x de smgt katak2 aku dah hilang ha ha

    ReplyDelete
  7. wahh.... walaupun tuan blog tgh merudum semangatnya tp entri ni ttp memberi semangat pada kita...membaca boleh jadi org yg hebat!

    walaupun baca blog...yeah!

    ReplyDelete
  8. Saya pun tak dapat jejak PWTC tahun ini.

    Chaiyok akak....

    ReplyDelete
  9. hah??(hairan) ada Merudum juga ker??ada jatuh naik ker??

    ReplyDelete
  10. tak dapat di sangkal lagi kenyataan kak azie tu. membaca tu pintu ilmu =)

    ReplyDelete
  11. Apa jugalah pengalaman yang masam, pahit, kelat tu ye... tak sabar nak dengar cerita dari kak Azie

    ReplyDelete
  12. Hi Azieazah, looks like the SYTs semua love that good looking fellow.
    I bet you too, huh? Ha ha.
    Have a great weekend, Lee.

    ReplyDelete
  13. EELOBOR > Sekurang2nya berusaha untuk menjadi hebat, kan?


    Salam KAKCIK > Jangan dipaksa kederat yang belum pulih sepenuhnya..,


    ZEQZEQ > Setuju sangat. Benar sama sekali.

    ReplyDelete
  14. Bang TAJNUR > chaiyok! chaiyok!


    IDALARA > takper tahun depan boleh cuba lagi.


    CALUK > Aku jumpa KATAK OREN siang tadi. yesss! Thanks!

    ReplyDelete
  15. KAK KUJIE > yg penting usaha, kan? Baca blog ambil yang positif, bukan tabur paku, kan? Nanti tayar bocor lagi....


    IRIS > tahun depan cuba lagi, leh jumpa orang lain pulak...


    ZEQZEQ > heran saya, ntah apa yang awak hairankan tu?

    ReplyDelete
  16. EJAA > ya, asal saja tidak membaca dengan maksud yang terbalik.


    NIDA > sabarrrrr...


    UNCLE LEE > yeaaah, U're right. Heheheheh!

    ReplyDelete
  17. Ohhh... manisnya Ena di Pesta Buku...

    ReplyDelete
  18. SU > MokYang masukkan semua pic Pesta Buku dalam FB buat masa ni. Nak masukkan dalam blog, lambat nanti. Su sila semak MokYang punya album di FB yerrrr....

    ReplyDelete
  19. Sebut aje novel Ahadiat Akashah yang mana. Semuanya vic pernah baca. Tak pernah terlepas satu novel dia pun.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails