Monday, August 5, 2013

Ramadan 27: BerAbuk jugak tahun ni, ingat dah tak berAbuk dah...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
05-08-2013


Sejak 4,5 tahun kebelakangan ni, tiap kali Ramadan memang saya akan pastikan buat Kuih Abuk-Abuk ni. Sekali dalam sebulan tu. Tak banyak, sikit pun memang nak buat. Semua orang suka makan. Buat pun tak susah.

Yang penting kena ada sagu dan daun pisang.

Saya bukan blogger chef or blog resipi. Jadi saya boh gambar la, so that korang boleh faham kot cara nak buat. Kuih ni saya belajar masa Tingkatan 3, kelas Sains RumahTangga. Skang mana ada lagi dah subjek tuh, kan?

Terimakasih pada cikgu SRT saya masa tu. Cik Zarina yang garang tegas, tapi lawo!


Sagu dicampur dengan kelapa parut. (kalu boleh kelapa yang putih saja, saya beli belasah jer, sebab nak cepat). Sagu tu saya rendam kira-kira 5 minit dalam air untuk buang kanjinya. Sebab kalu tak rendam camtu, nanti bila masak kanjinya banyak dan kita akan makan ‘gam’ pulak.

Tos sagu, gaul bersama kelapa parut + garam.



Buat kelonsong daun pisang (jangan lupa layur daun pisang, senang nak bentuk). Masukkan sesudu sagu, then isikan gula merah or gula melaka. Kemudian tutup dengan sagu semula. (ada 3 lapisan sekarang).


Kecik besor, kecik besor. Belasah jer lah Zie...!

Dapat satu kukusan.



Hasilnya. Rupa memang tak lawo, macam Puan yang buat jugak (sebab saya rasa macam kelapa parut tu tak cukup jer), tapi rasa.. woooo sedap habaq hang!

Alhamdulilah, berjaya juga saya buat meneruskan tradisi buat Kuih Abuk-Abuk setiap kali bulan Ramadan.






 ~...melihat HISYAM yang tersengih dan tersenyum bagai dipaksa ketika melayan sembang borak-rancak dengan anak dara Pak Imam, SERI BULAN hanya mampu mengintai di sebalik kain tutup tingkap sambil Mak Utih menggeleng dari jenang pintu dapur, lalu Pak Utih melintas ingin sekali dia bertanya apa cerita tetapi Pak Utih terlebih dahulu mengangkat tangan beramaran jangan ditanya apa-apa kerana ada hati sedang kerasan...~




60 comments:

  1. Kuih ni mmg sdap kak...klau bnyk kelapanya...fuhhh..! Lgi lmak gitu...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika kelapa parutnya banyak lagi, sagu tu kurang sticky, ia akan sedikit berderai dan yup... lebih lemak.

      Delete
  2. Sedapnya...rasanya dah lama tak makan kuih ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih orang lama. Takda jual kat kedai pun sebenarnya. Tapi sedap. Ianya lembut lemak. Tak perlu nak kunyah.

      Delete
  3. Replies
    1. Amboii... awak dah manis, nak manis lagi? hehehe!

      Delete
  4. boleh try buat ni tapi lepas rayalah jawabnya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisah la, janji ada niat nak buat. Sebab Kak Azie tak sanggup nak pi hantar. Hehehehe!

      Delete
  5. Aduhai..kalo dekat nak ngecek jugak ni kak azie!
    Saya suka kuih ni, tapi skrg dah susah jumpa. Buat pun tak penah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu susah nak jumpa, kena la gigih buat sendiri. Haaa.. kalu nak, meh pindah sini. Kita berjiran.. hehehe

      Delete
  6. Sedapnye.... lama dah tak makan kuih ni.

    ReplyDelete
  7. Kak Azie abuk2 org Pelris lain tau. Kuih yang buat dengan tepung pulut inti kacang/kelapa rebus golek dalam kacang hijau kisar.

    ReplyDelete
  8. sedap habaq hang...terliuq la makcik tengok.
    masa sekolah belajar juga SRT sampai form 2.Tapi tak pula cikgu bawa masuk dapuq..rugi.Asyik dok belajaq tetaih baju ...pandai dak jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe pandai dak jugak. Sama ler saya pun. Tak pandai, tapi dah tua tua nih, tingin plak nak asah balik bakat yang tak seberapa. hehehe

      Delete
  9. nampak macam senang nak buat..boleh cuba ni:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila cuba. Then tayang kat blog. Bagitau saya yer, nak tengok gak percubaan tuh. Hehehe

      Delete
  10. Kak, Sains Rumah Tangga ada belajar buat ni? Form 3? Aik, kita ni lain negara ke kak? Ada dalam silibus ke? Awat saya tak pernah tahu pun pasal buat kuih ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak lahir tahun berapa. Kak Azie ni lahir tahun 60-an sayangggg.. SRT tu masa tahun 1980-an jer ada. Pastu mana ada lagi. hehehe buat lawak pulak dia.

      Delete
    2. Ooh ek? Patut pun. Tapi masa form 3 kitorang buat puding dengan nasi ayam aje. Tak mencabar langsung. Setiap hari di kantin pun makan nasi ayam. Senang aje.

      Delete
  11. Azie
    Suami akak suka sgt abuk2..
    30x tgk resepi mcm payah sangat
    Resepi azie memudahkan..
    Akak teringin jugak nak buat
    Terima kaseh azie..
    Bg mudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mudah sangat kak. Sagu setakat RM2 pun dah jenoh penuh satu pengukus. Boleh dapat sampai 15-20 ketul Kak. Akak cuba buat dalam RM1 sagu + 1 biji kelapa parut. Cuba jangan tak cuba, Kak!

      Delete
  12. Saya belum pernah lagi makan kuih abuk2 yang sedap dan lemak macam yang Kak Azie describe. Mungkin sebab tu lah saya tak berapa minat kuih nie. Tapi, kalau buat sendiri baru tahu rasa orinya macam mana kot kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lemak lemak masin, then manis dek Gula Melaka tuh. Aroma daun pisang tu lebih membuatkan ianya wangi dan enak.

      Delete
  13. Salam Ramadhan Azie

    kuih ni tak nampak lagi orang jual...
    kalau nak rasa kena pergi rumah Azie la nampaknya

    ReplyDelete
  14. salam aidilfitri utk akak sekeluarga. tq kak atas kata2 nasihat dari akak. sy ni mmg sowang yg penakut. bila dpt tahu ada lump tu mmg memula tu menangis gak la, tapi bila pakar radiologi bagitau itu tak bahaya. rasa dah kurang ckit takut tu tapi still takut sampai sekrg. terus berdoa ajela harap tak ada yg bahaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Positif. Positif. Positif. Jangan stress. Hadapi dengan tenang. Ingat, ada orang lain yang lebih teruk lagi keadaannya. Macam yg Kak Azie tulis, ikut nasihat doktor dan ceriakan diri supaya tak tertekan langsung.

      Delete
  15. kaka azie, selamat hari raya maaf zahir batin...tgk kuih tu memang selalu nampak kat perak ja..mak mentua dok buat tp lama dah, duk panggei kui sagu ja...tatau plk nama dia abuk-abuk. ..kalau manis sangat tak berapa gemar nk makan.~ takdak darah kelantan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu takmo manis sangat, boh sikit jer gula melaka. Tapi kalu saya Gula Melaka biar lebih sebab nak seimbang dgn sago yang tawar dan kelapa yg lemak masin.

      Delete
  16. Bukan semua tangan berseni nak buat ini Azie...

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lagi la tak berseni Kakak. Tapi sebab dah suka makan, belasah jer lah.

      Delete
  17. kuih ini memang sedap tapi baru ini beli dekat bazar ramadhan kecewa sangat sebab keras ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keras tu sebab kelapa sikit sangat kot. Mungkin sagonya terlalu banyak kanji dan bila sejuk memang dia jadi keras. Cuba la buat sendiri.

      Delete
  18. suka makan kuih ni, tapi kalau buat sendiri di rumah, rasanya saya sorang je yg akan makan... huhuhu

    ReplyDelete
  19. 1st time saya tgk kuih ni kak azie...1st time dengar...
    Masa mula2 baca tadi, ingatkan kak azie nak buat kuih batang buruk! ( sebab berhabuk)....hahahaha

    selamat hari raya ye buat kak azie sefamily..
    Maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya ramai sungguh yang tak pernah tengok apalagi makan kuih ni, kan? Ini kuih orang kampung. Orang bandar mana nak jumpa kuih ni.

      Thanks Faizie. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin juga dari Kak Azie sekeluarga.

      Delete
  20. Replies
    1. Bagi peminat kuih kuih tradisional, memang sedap lah. Lembut lemak.

      Delete
  21. nmpk men'liur'kan.. hehe

    akak.. sy boleh jew jahitkan manik baju akak.. tp skrg dah tak sempat arr.. lepas raya la kalu betul2 nak.. kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm nanti Kak Azie email Yana. Kalu boleh jahitkan, Kak Azie poskan la baju tu nanti. Kak Azie bersungguh nih...

      Delete
  22. azie, terliur sudah! kuih pebret kak rose ni, tp malas lak nak buat sbb sorang je yg makan...jemaah rumah ni x layan kuih cam ni... nnti balik kg nak buat jugaklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu ramai rakyat yang suka elok gak ler gigih buat. Macam saya ni. Kalu setakat kita jer yang nak layan, baik la beli. Ye dak?

      Delete
  23. bunda suka, sedappp..dah lama tak buat..anak2 tak suke pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok la dibeli saja jika teringin. Nak buat, kalu takda ramai yang layan tak berbaloi pula.

      Delete
  24. tak pernah makan lg..nampak sedap

    ReplyDelete
  25. Laaa.... yg ni ka kuih abok abok?... baru rini tau... bukan abok abok hat guna tepung pulut inti dia nyoq dan digolek ataih serbuk kacang ijau ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eja, tak tau la versi mana. Dulu Kak Azie pun dok keliru gak bab nama nih. emang Kuih Abuk-Abuk hat tu, kita panggey Tepung Gomak.

      Kak Azie tak ingat dari mana mai nya nama Kuih Abuk-Abuk ni. Lupa dah. Lebih kurang macam versi Kuih Onde-Onde dgn Buah Melaka. Nama lain, benda sama.

      Delete
  26. Salam kak azie,
    Wah, sedapnya! Kuih abuk-abuk turun temurun tu.
    Saya follo jugak. :)

    ReplyDelete
  27. Salam kak Azie,
    Rasa macam pernah makan kot, tapi tak tau nama sebenar dia apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih ni jarang jumpa sebab tu mudah jer orang lupa, dan jarang disebut orang.

      Delete
  28. saya tau makan jer tapi tak pernah buat . selalu jumpa kat kenduri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu di kampung kampung, memang masih ada orang dok buat. Di KL ni susah nak jumpa orang jual kuih ni.

      Delete
  29. Kakazie,selamat menyambut hari raya yg bakal tiba tidak lama lagi...
    Minta ampun dan maaf ye jika ada salah dan silap,halalkan makan minum,
    Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita Ain. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin juga.

      Nanti lepas raya kita gather gather yaaa..!

      Delete
  30. selamat hari raya sis..

    maaf zahir batin.. saya beraya di tmn kencana..
    :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails