Tuesday, March 9, 2010

Petang yang terganggu...

Hati-hati, ini entri emosi.

Petang tadi. Di ofis. Jam 4.35pm.

Sejam sebelum. Aku format hp sebab masalah virus masih melanda, sampai sakit jiwa yang memang dah tak berapa kuat ni. Kerana penat, dan kerja pun menimbun, aku lupa backup atau copy atau salin contacts. So, bila format, again. Ilang semua contacts yang baru-baru. Yang lama, still ada dalam sim directory. Grrrrrrrrrr...!

Ada call masuk.

"Hello, Syafikah ni sapa?" Mak aiii... sapa ni tanya soklan cenggini. Of course lah, aku tak mudah nak jawab soklan tuh. Gerenti betul pun, tapi bukan dapat hadiah.

"Ha? Syafikah? Nak cakap dengan dia ker?" Sebab kadang-kadang ada gak kawan IKA yg tak dapat dia, akan call Mak dia.

"Bukan, bukan. Saya nak tahu, Syafikah ni sapa?"

"Kenapa?" Aku tambah hairan. Uishhh berdebar dah aku.

Anak puan kah?"

"Ya. Kenapa?"

Puan, saya nak bagi tarikh appointment baru. Untuk jumpa doktor."

Jumpa doktor apa? Untuk apa? Ni dari mana nih?" Tension aku.

Dan aku rasa sepatutnya dialog harus berbunyi begini.

"Hello, assalamualaikum Puan. Boleh saya tahu, Syafikah ni siapa dengan Puan? Adakah anak Puan?" Dan jawapan aku akan setara dengan soalan.

"Saya nak beritahu Puan, berkaitan dengan ujian darah anak Puan dulu, anak Puan sudah ditentukan tarikh temujanji untuk berjumpa dengan doktor pakar, pada 24hb Mac, jam 2 petang, di Klinik Ceras."

Dan begitulah lanjutan perbualan kami. Soal jawab. SEPATUTNYA..

Tetapi...

"Ujian thalassemia. Dia kena buat blood test lagi." Hmmm aku cuba ingat bila IKA pernah buat blood test di situ. Ya.. tahun lalu, beberapa bulan dulu. Masa tu dia demam teruk dan aku suspek denggi, pegi klinik dan dia kena buat ujian darah.

Dah lama sangat, terlupa terus. Baru sekarang?? Lama nya korang buat ujian darah. Baru sekarang nak bagitau result????

"Dia kena thalassemia? Sakit macamana, tu?" Aku tahu thalassemia adalah berkaitan darah, dan selebihnya aku tak tau. So, salahkah aku bertanya?

"Nanti doktor akan bagitau, saya tak leh bagitau."

"Kenapa tak boleh. Itu anak saya. Saya nak tahu. Kesannya? Sakit tu beri kesan apa pada dia? Bagitau lah sikit."

"Tak boleh Puan, saya tak boleh bagitau apa-apa. Doktor nanti bagitau. Okeh ya Puan?"

Macam tu jer ker??

"Heyyy.. kenapa saya tak boleh tahu? Saya berhak tahu kan? We're talking about anak saya ok?"

"Memang tak boleh Puan. Puan relax lah." Relax??

"Cemana saya nak jumpa? Doktor apa? Tingkat berapa? Surat mana?" Salah tak soklan aku ni??

"Aha, Puan nanti pergi kaunter 1. Bagitau, nurse Norliza call soh datang sebab appointment dah buat."

"Thalassemia tu apa? Kalu kena tu dia akan jadi apa? Pengsan ker? Jatuh sakit ker!!?" Tinggi skit dah suara aku. Anggap jer soklan ni soalan dari seorang IBU, ok?

"Tak ada apa Puan. Pasal darah jer. Darah dia bawah 10."

"Apa yang bawah 10?" Ya.. ya, soalan dungu dari seorang ibu.

"Dia sepatutnya lebih dari 10." Aku semakin tidak faham.

"Ok ya Puan. Nanti doktor akan bagitau Puan." Aku terkedu. Tak sempat nak cakap lagi, dah tutt! tutt!.

ADAKAH SEMUA NURSE KLINIK KERAJAAN bercakap begitu dalam telefon dengan orang ramai???

Sapa berani jawab aku? Atau sapa berani betulkan dakwaan aku ini?


~...aku dah apply cuti untuk sama-sama IKA pegi amik result SPM dia hari Khamis nanti...~

20 comments:

  1. ape ke sengalnya nurse tuh..haish geram la pulak teman.bgtau je la in brief pun xpe..ala, musti dia pun xtau tuh.sengal btol.

    ika kena thalesemia ker.huhu.hopefully, xde pape.

    ReplyDelete
  2. Nurse tu terlupa makan ubat, agaknya...!

    ReplyDelete
  3. salam buat azie...
    tak semua misi cam tu....yang tu salah satu misi yang tak der konsep 10 "S"....maap la menjampok cakap orang tengah serius...

    ReplyDelete
  4. salam akak azie, kebanyakkan mmg mempunyai sifat begitu sbb diorg ttp dapat gaji. tp mgkn juga diaorg x ade "kuasa" utk bercakap berkenaan penyakit melainkan doktor yang telah di tauliahkan bg mengelakkan berlakunya salah faham. Alhamdulillah, kak azie telah membuktikan kasih sayang seorang ibu yang sejati.

    ReplyDelete
  5. azie,
    bagi pihak nurse yg call...
    dari pemahaman akak yang dah tua ni...
    okay.. harap azie boleh terima yer...
    untuk seorang nurse nak memandai-mandai bagitau keadaan sesuatu penyakit, memang bukan bidang kuasanya. Andainya nanti, nurse tersebut salah bagi info dan keluarga pesakit tak boleh terima..(worst case senario) boleh menganggu mentaliti keluarga pesakit atau pesakit... Hanya Doktor sahaja yang boleh menyampaikannya...
    Bertenang azie... tunggu sehingga doktor beri penerangan okay... Akak faham akan kerisaun Azie sebagai ibu, tapi nurse memang tak boleh pandai-pandai menyampaikan sesuatu yg bukan dari bidang pengetahuannya. Kadang2 nurse tersebut baru di'postkan' di department itu. Langsunglah dia tak tahu menahu mengenai penyakit tersebut....
    Segala kekasaran bahasa, akak sudahi dengan ucapan minta kemaafan.

    ReplyDelete
  6. Salam EELOBOR, PAKLONG dan AKAK MAH..
    terimakasih..
    Saya ada terfikir tentang soal limit kuasa seseorang nurse untuk bercakap tentang keadaan pesakit...

    Ok saya terima.

    Cuma yang buat saya sedikit bengang dan TERBAWA-BAWA sebab dari mula lagi, intro nurse saja dah buat saya bengang...!

    ReplyDelete
  7. salam azie...

    terlebih dulu minta azie bertenang, perkara penyakit thalesemia ni utk makluman saya sekeluarga adalah pengidap dan insyaallah boleh bercerita mengenainya.. jika dihubungi.. inilah antara kebaikan yg dpt dikongsi dgn progrem rakan blogger..

    ReplyDelete
  8. Salam Abg MORASE... terimakasih banyak-banyak. Saya menghargainya..

    Ya, kalu Abg bercerita, saya sangat ingin nak baca, nak tahu pengalaman Abg sekeluarga.

    Please, tulislah di blog abang yerr...

    ReplyDelete
  9. Nak tulis bimbang tidak tepat ditafsir boleh bagi no tepon..?

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum azie

    selain dapat maklumat dari morase tu,
    saya yang paling penting
    MESTI jumpa doktor berkenaan
    sebab
    maklumat tepat tentang Ika ada pada dia
    apa yang berlaku, atau tindakan seterusnya,
    hanya doktor tersebut yang lebih tahu
    selepas tahu duduk perkara yang sebenar tentang situasi ika,
    kalau masih tak puas hati, cari lah pandanga kedua atau ketiga

    doa saya bersama keluarga azie

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Azie..

    Zureen doakan yang terbaik untuk Ika..Memang sebagai ibu kita akan risau..harap semuanya baik2 sahaja..

    ReplyDelete
  12. Dulu waktu jadi seksatari, being courtesy dalam telefon is very2 important. I pulak bengang bila orang telefon, tanya `ni siapa?' bila kita kata, `you nak cakap dgn siapa?' dia tanya lagi, `ni, siapa ni?' eh eh, awak yang telefon awak pulak tanya...i mean, at least tanya la, sorry boleh tahu ni no. siapa? taklah naik darah kann...

    About this nurse, how dia approach is very important. Eventhough memang dia ada limitnya tersendiri, but she should know HOW to tell things. Kadang2 benda2 ni sebenarnya menyerlahkan samada seseorang tu profesional atau tidak. Bercakap sewaktu bekerja tak sama macam bercakap dgn kawan2. Especially those yang front liner. That's why some companies they trained their receptionist or staffs well enough becoz they represent the company.

    ReplyDelete
  13. Salam Kak Azie...

    Kalau Nida pun sure bengang dengan si nurse tu. Sebelum ke sini, Nida ada juga buat ujian darah.. pun sama result bawah 10.. doktor call tanya Nida ada sejarah family thalassemia tak... setakat Nida tahu takde. so kena buat ujian sekali lagi, dan resultnya Nida kurang darah@anaemia.. bukan thalassemia..

    Andai seseorang itu ada penyakit tersebut atau pembawa penyakit tersebut.. elakkan bkahwin dengan pengidap penyakit bkenaan.. kerana chances utk dapat anak yg berpenyakit sedemikian amat tinggi..

    Thalassemia ada dua jenis major dan minor, yg bahaya major... kena tukar darah di hospital. Penyakit ini berkenaan bentuk sel darah merah.. sepatutnya bulat tapi klu thalassemia bentuknya seperti sel sabit (bulan sabit), jadi tak bolehlah bawa oksigen ke seluruh badan.. itu yg penderita penyakit ini selalunya pucat, lemah dan tak bertenaga.. andai pembawa ia tidak mengapa kerana simptomnya tersembunyi, oleh itu pembawa biasanya normal seperti manusia yg sihat..

    Panjang berjela lak... maklumlah dah lama tak ngajar Biologi kat sekolah..hehe..

    ReplyDelete
  14. Terimakasihhhh...! Terimakasihhhh...! Terimakasihhhh...!

    SEMUA yang berkongsi INFO. Saya hargai semuanya. Sungguh bermakna info2 tersebut buat saya..

    Saya tidaklah risau sangat, cuma gementar.


    Abg MORASE. Email saya: azieazah_07@yahoo.com.

    ReplyDelete
  15. Azie, I faham maksud you. Kalau I yg alamainya, mesti berangin juga.
    Semua orang kena asah bakat berkomunikasi tak kira orang tu siapa lebih2 lagi bila berinteraksi dgn khalayak ramai.

    ReplyDelete
  16. sabar je la kakZ...tak dak skill langsung dalam berkomunikasi dgn org...

    ReplyDelete
  17. erkkkkk no hp dakni pon ilang gak ke? keh3 nanti dakni anta sms yang mental kat kak azie ye

    ReplyDelete
  18. kebanyakkan nye macam tu kak
    susah nak cari yg betul2 bersopan..huhuu

    ReplyDelete
  19. beb..search jer kat tenet pasal bende tu.mudah kan! :)

    apapun semuga semua dipermudah ALLAH swt.amin

    ReplyDelete
  20. Kak AA, semoga Ika tak apa apa.Membaca blog akak ni buat saya turut bengang dengan nurse yang mengong tak ada adab nak cakap dengan orang. Betul kata eelobor...kerja untuk dapat kan gaji, tak fikir tentang etika kerja dan keikhlasan dalam bekerja.Berkerja lah dengan ikhlas, agar gaji yang diterima dapat keberkatan untuk diberi makan dan jadi darah daging pada anak anak. Opppsss .. terlebih sakit ati lak kat blog orang....hehehe

    Baru berpeluang bukak blog akak, sibuk bebenor sejak dua menjak nih :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails