Thursday, April 29, 2010

Sori, jika entri ini dikatakan isu sensitif...

Dah 2 hari aku baca di mana-mana pun, hangat isu polis tembak (tertembak??) budak remaja 15 tahun, arwah Aminulrashid. Banyak pro dan kontra. Banyak sungguh. Sampai naik takut aku.

Klik saja kat blog-blog orang yang pernah terlibat/bertugas dalam kes-kes jenayah seperti Sdr MAZIDUL, Sdr KAMAL FND, HAZREY (klik link-link kat sebelah). Memaparkan isu tersebut dari pelbagai sudut. Memang tiada kecenderungan menyokong mana pun (kerana tidak pihak pun yang dibuktikan salah benarnya lagi) tetapi komen-komen sungguh hebat. Sungguh emosi, sungguh berani dan adakala menakutkan aku yang membaca benda-benda yang tidak terlintas di fikiran dan jauh dari pemikiran aku (sebagai orang awam).

Terkini aku terbaca di blog Sdr Penyair PYANHABIB. Klik SINI.

Ok mari sembang perkara yang sudah basi tapi catatan peribadi. Luahan peribadi aku semata-mata.

Masa aku sekolah dulu, tak ingat, Tingkatan 3 or 4 or 5? ada kes bunuh gadis kilang (nama Salbiah tak silap). Rogol dan bunuh oleh seorang pegawai polis (rasanya kekasih dia juga). Hebat gak kes tu. Masa tu abang ipar aku kerja wartawan di Penang dan dia selalu tulis dan ikuti kes itu. Ada skit2 dia citer tapi aku tak berapa faham sangat.

Yang aku tak leh lupa... hingga bertahun lamanya, masa itu AKU BENCI POLIS.. Benci sangat. Tak suker... Meluat. Rasa nak ludah. Sungguh. Tak tipu!

Ayat aku masa tu, “Polis pun rogol orang..!”

Masa berlalu, dengan kematangan sedikit demi sedikit aku menerima hakikat bahawa POLIS pun manusia biasa. Tersilap, tersalah, cemerlang, gemilang berjasa dan segala macam lagi. Sama juga macam kita, walau apa pun jawatan dan taraf akademik.

Sehinggalah aku ber-BapaMertua-kan seorang Bekas Sarjan. (Hai ABAHHHH...).

MAAFKAN aku yer Abang Abang POLIS...

Merujuk kes Aminulrashid, biarlah mahkamah menentukan. Yang pergi tetap pergi walaupun setinggi kesalan sekalipun. Jangan emosi sangat memberikan pendapat yaa..


Siapa agaknya gadis bertudung PURPLE itu? (Thanks: pic dari SUMBER INI)


~...SERI BULAN kena marah sebab lambat angkat kain lalu Baju Menoreh basah semua dek ujan yang lebat. Tapi bukankah HISYAM dah selalu pegi balik kuar masuk kebun getah dengan Baju Basah?...~



15 comments:

  1. saya setuju biarlah mahkamah je tentukan kes ni.
    tapi di harapkan mahkamah pun telus dalam bagi keputusan kelak.
    kadang2 saya tgk berita dalam akhbar mamaparkan info info yang tak kita ketahui kesahihanya tanpa keterangan darp pegawai polis yang berkaitan yang bertanggung jwab.


    banyak cakap2 orang ramai dalam blog yang saya dah tgk.
    saya rasa, hal yang besar ni mungkin akan jadi lebih besar dengan cmpur angan orang orang yang tak berkenaan.

    ReplyDelete
  2. Undang2 dunia takkan sama dengan undang2 akhirat. Kalau semua polis atau sesiapa saja di Malaysia ni khatam dan faham bab ni baru la aman kot.

    ReplyDelete
  3. Kakcik pun tak berani nak memberikan pandangan. Nanti lain yang kita maksudkan, lain pula pemahaman orang...

    ReplyDelete
  4. Ya.. EJA, FA dan Kak CIK..

    kita belum cukup mahir, apatah lagi bidang kuasa yang terhad..

    Biarlah mereka yang berkenaan buat kerja mereka...

    ReplyDelete
  5. Kak Zai pun macam azie pernah membenci polis tapi kalau cerita mesti ketawa.
    Masa kecik2 mak kak Zai ramai kenalan polis,dia anggap macam keluarga dia.Bila musim buah ramailah kenalan mak kak Zai muncul dan yang menjadi mangsa kami adik beradik terpaksa mengait,mengumpul untuk diagihkan pada mereka.
    penat ooh.. kalau dijual dapat gak duit.hahaha....

    ReplyDelete
  6. Kak ZAI.. sori.. memang nak ketawa... tak pasal-pasal..

    Kata orang tua-tua, jangan benci sangat, nanti tetiba jadi suka dan rindu plak...

    Mujur pun saya tak plak rindu kat mana-mana polis.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. saya setuju.tak yah le emosi sgt nak judge itu ini sebelum terbukti.
    tapi kita yang diluar mingkin fikir begini. tapi sungguh berat dugaan kpd family dia.
    hemm..komplikated kan.

    ReplyDelete
  8. setiap org lain pemikiran & berbeza pendapat. bebas untuk bersuara dalam negara "berdemokrasi". cuma perlu bertanggungjawab di atas setiap pernyataan yg keluar dari mulut atau yg di tulis. ramai yg ambil jalan tengah dengan alasan belum di putuskan siapa bersalah. biar mahkamah tentukan. Ya...kita sependapat. saya juga mempunyai pendapat peribadi tersendiri. tapi itu hanya untuk pemahaman sendiri dari penilaian kaca mata sendiri, bukan utk di perdebatkan atau meluahkan dengan penuh emosi

    ReplyDelete
  9. walaupun dakni selalu dikelilingi oleh anggota polis tapi dakni taktau nak komen apa pasal entry ni...

    ReplyDelete
  10. EELOBOR > semua orang berhak bersuara. Asal bukan menghasut...


    ICE > Ko ni Jutawan Minyak Urat ker? Ramai Polis plak nak keliling ko? hehehehe

    ReplyDelete
  11. Polis memang dah dilatih menggunakan senjata api, menembak bila perlu. Kerja dia orang memang berdepan dengan penjenayah.

    Lagi dia orang mahu bagi pistol pada JPJ keeee...? Isy isy isy...

    ReplyDelete
  12. Azie,
    Bunuh sana sini, tak kira siapa.........adakah ini salah satu tanda akhir zaman?

    ReplyDelete
  13. BRO KHAYAL > Ntah samada tersilap, terlatah panik atau salah guna...


    KAK NORA > mungkin juga itu antara tandanya...

    ReplyDelete
  14. hahahaaa tang jutawan tu cakap slow2 sikit... polis tu sume kawan2 sepermainan laaa kak azie...

    ReplyDelete
  15. ICE > lega skit dengar... kalu idak, risau makkkkkk.... hahahaha

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails