Berita di hari Ahad lalu, dikaburkan wajah di kaca tv (mungkin baru disyaki) tapi tidak susah untuk mengenal siapa empunya wajah apatah lagi imej rambutnya mudah dikenali. SAIFUL Apek, 41, ditangkap bersama 5 rakan disyaki dadah. Nak syak apa lagi, ujian air kencing, positif. (Harian Metro hari ini sebut "berpesta dadah").
Apapun istilah diberi, sayang sekali bilamana reputasi dijatuh dengan begitu mudah, begitu cepat. Untuk menjadi terkenal, popular (seiring dgn pendapatan banyak) tidak susah sangat jika berbakat besar, gigih tetapi untuk jatuh merudum, paling mudah sebenarnya. Samada sendiri punya salah, atau disabotaj, jatuh tetap jatuh. Kesian anak-anak dia...
Itu suatu contoh. Ada banyak lagi kes artis terlibat najis dadah. Banyak. Tiap tahun ada. Tak sayang diri, tak sayang duit. Penat-penat kerja, berlakun sana sini sampai pagi, menyanyi melalak, berjuang pasal bayaran, tapi duit beli dadah. Bodoh punya orang...!
Kalu nak jawab aku, mesti bagi alasan macam-macam, kan? Tekanan lah, stress lah itu lah... ini lah. Abih, tak jadi artis takda tekanan tak stress? Pengedar pun bijak gak, mesti nak cari artis. Depa tau artis banyak duit, sentiasa tertekan so offer ler ubat itu pil ini. (Btw, betul ker artis banyak duit? hehehehehe)
Orang biasa macam kita pun, sebenarnya boleh jer nak jadi popular terkenal. Tapi dalam dunia kita, cara kita. Dan kemungkinan untuk jatuh juga ada, antaranya kena sabotaj. Secara peribadi, aku bukan orang popular, jauh sekali glamer tetapi setiap kita dikenali dalam dunia dan cara kita yang tersendiri. Dikenali oleh beberapa sebab samada dalam perkara kecil juga perkara yang besar.
Aku, tidak pernah merasa popular kerana aku masih bebas jer nak makan tepi jalan, gerai mana pun, bebas jer naik bas turun bas ke mana-mana pun. Sekadar dikenali oleh orang yang mengenali tidak sama keadaannya dengan orang yang dikenali ramai tidak kira samada kita kenal atau tak kenal. Dikenali di alam maya jauh lebih baik dari terkenal di mana-mana... dan juga sangat jauh lebih baik dari langsung tidak dikenali kerana menggunakan nick yang ntah apa-apa, menyamar jadi ntah apa-apa, berlakun menjadi ntah apa-apa... malah berpura-pura dan lebih malang lagi, langsung tidak mahu dikenali kerana takut dengan persepsi. Bagi aku, orang itu adalah pengecut!
Mendedahkan diri sendiri walaupun bukan untuk dipampang muka, walaupun bukan memaparkan seluruh privacy, tidak langsung bersalahan selagi pandai membeza apa yang penting orang ketahui, dan tahu meletak batasan di mana dan perkara apa yang orang luar tidak patut ketahui tentang diri kita.
Salah satu cara aku mengelak stress atau tekanan, adalah melayan diri sendiri dengan menu kegemaran, samada Alone or Not Alone... *Aku terlalu letih minda. Minggu ini penuh dengan mesyuarat, brainstorming, kertas kerja, laporan, susulan etc...etc.
~...kita tidak perlu mengubah hari ini menjadi kurang atau lebih dari semalam, kerana itu bukan jaminan kita akan merasa lebih bahagia...~