“Siapa yang berani menolak kenangan?”. Terutama kenangan semasa kecil, zaman kanak-kanak, zaman persekolahan, zaman seindah zaman remaja... tak kira pahit manis payau kelat. Kan?
Sejak seminggu dua ni, beberapa orang kawan lama semasa zaman persekolahan menengah mula menjengah ruang kehidupan hari ini. Seronok sungguh rasa di hati, rasa nak melompat tapi confirm ler memang tak leh, dah tak larat...
Yang kelakar, dalam 7,8 orang yang dah dapat dihubung semula tu semuanya lelaki. So, aku tidak pernah berbohong tentang, aku memang miliki lebih ramai kawan lelaki berbanding perempuan, sejak zaman sekolah lagi. Dan mereka itu memang antara kawan-kawan mesra aku semasa kami sekelas beberapa tahun, bermula Form 2 sehingga Form 5.
Teringat pada katabual borak di telefon hari tu:
HASS: “Hang ingat nama, tapi tak ingat aku yang mana?”
AKU: “Hang jahat tak? Hang hensem tak? Sebab aku cuma ingat kawan lelaki cuma kerana 2 perkara tu jer.” (sambil gelak seperti biasanya seorang Kaki Gelak)

Dan pada hari berikutnya pula:
SAA: “Hang ingat aku lagi?”
AKU: (Sambil menjerit-jerit sebut nama dia kuat-kuat!) “Woooiii! mestilah aku ingat, sebab hang yang paling jahat sekali dengan aku!.” (mujur aku tak maki dia, sebab teringat masa sekelas dulu, di mana aku menjadi Ketua Kelas selama beberapa tahun, nama dia ni tersenarai antara budak yang jahat dan nakal dalam kelas. Selalu buat aku naik darah!

Betul tak para cikgu? Selalunya murid yang paling pandai dan murid paling jahat selalu susah nak dilupa, kan?
Salah seorang kawan lelaki aku di zaman sekolah menengah dulu (mujur muka tak kelih..), terjumpa semula di KL masa nak reunion dulu. Juga telah berjaya dengan pangkat yang tinggi di syarikat yang hebat. Dulu pun kami sangat rapat, tapi bila tamat sekolah, kami tidak pernah memanjangkan persahabatan langsung, terus terputus hubungan begitu saja. Sebab dolu-dolu, berkawan di sekolah walaupun dengan lelaki, tidak pernah ada perasaan pun. No cintan cintun...!
Sekarang, yang jahat nakal itu sangat berjaya, amat cemerlang dan aku sungguh bangga mendengar serba sedikit ceritanya hari ini. Ya, sesungguhnya yang dilihat sangat tidak maju suatu ketika dulu, di zaman akal pendeknya dulu, kini menjadi sangat berjaya selari dengan kematangannya hari ini. Syabas!
Dan, fikiran nakal terbit di kata bual juga, “uishhh awat ler aku tak couple dengan hang dari dulu? Ahaks!”
Har..! Har..! Har..! Har..! Har..! Har..!
~...SERI BULAN sudah lali dengan nakalnya lelaki, sepertimana mereka tidak pernah berhenti untuk menakal...~