Tuesday, November 16, 2010

Aidil Adha & Ulangtahun & Tawaran yang Menjadi Hadiah...

Hari ini walaupun semakin dekat menjelang Aidil Adha, aku tetap juga bekerja penuh sehingga petang. Apa nak buat, dah nama pun kuli. Redha... redha.

Lunch tengahari tadi:

Taugeh jer yang banyakk...! Tetap tak leh menyamai Kuey Teow Goreng + Kerang yang pernah aku makan di bandar Taiping dulu.

Masih teringinkan kerang:


Makan malam kami, aku masak Kari Kerang + Kentang. (Betul tak gandingannya? Aku taktau nak buh apa, nampak kentang banyak di dapur, so campak saja.) Macam biasa, rakyat serumah yang rata-rata tak pandai masak, selain dari pandai makan, mesti memuji melambung setinggi langit sebab MAK masak Kari Kerang yang enak. Yeahhhh...whatever!

Yang benarnya, aku memang tak tau nak tulis tentang apa sebenarnya. Pun kering idea -- walaupun ketika seorang blogger dari Johor sms sebab dia takda idea nak tulis, leh plak aku bagi cadangan -- tapi aku pun sebenarnya kering idea gak.

Selamat menyambut Aidil Adha pada esok hari, 17 November. Semoga Aidil Adha kali ini lebih bermakna buat semua umat Islam. Yang melakukan korban pada tahun ini, semoga korban dan niat anda diberkati dan diterima.

Kebetulan pula Aidil Adha tahun ini jatuh pada 17 November, dan my 2nd daughter IKA juga menyambut Ulangtahun Kelahiran pada tarikh sama. She will 18 years, esok.

Sebentar tadi, dia menyemak secara online keputusan UiTM (interview course itu sudah berlangsung 15 Oct lalu), dan syukur. Akhirnya kursus idaman hati yang terlalu, terlalu sangat dia inginkan sejak mula, ditawarkan juga. Bakal mendaftarkan diri pada 27 Disember akan datang di cawangan Sri Iskandar, Perak. Nampaknya tawaran itu umpama hadiah ulangtahun kelahirannya.

Legalah, selepas hampir setahun menanti. Dah tak larat dah nak buka macam-macam sampul surat tawaran dari merata kolej dan uni yang dok mai ke rumah, dok offer macam-macam tapi semua tak dipandang. Dok tunggu jugak kursus idaman hati (Interior Design) yang sangat diminati sejak Form 4 lagi. Huhhh kali ini kalu tak belajor gak pandai-pandai, siap lah dia...!

Perancangan Aidil Adha esok, seperti tradisinya bila berhari raya di KL, dan tidak bercuti panjang, merayakannya dengan keluarga Mertua yang tinggal sepelaung, sementara rakyat lelaki dalam rumah sibuk dengan agenda lapah melapah lembu.



Selamat menyambut Aidil Adha buat semua...

Ramai juga kawan-kawan saudara-mara, rakan taulan aku yang rupanya pulang berhariraya di kampung.

BEB, sudah 2 hari berada di Kelantan. Seperti tahun-tahun terdahulu, dia memang sentiasa pulang awal untuk menyambut Aidil Adha yang sentiasa meriah di sebelah sana.



~...setelah berhari-hari berjauhan dari HISYAM kerana tanah leluhurnya sejak azali tidak pernah dekat dengan SERI BULAN, mengeluh pun tak bermakna, kerana memang tiada posmen yang bekerja menjelang hari raya untuk mengirim khabar berita; tentulah tidak wajar seorang gadis berdayung sendiri meninjau kampung orang...~



13 comments:

  1. hak hak hak hak hak

    hik hik

    sembilankak pernah cakap kepada sayaaa
    selamat menunaikan haji :):):) opssss

    selamat hari raya haji :D:D:D


    terkenaaaaa larikkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  2. azie...
    selamat menyambut hari raya aidil adha...
    tahniah buat ika dan happy birthday buat ika juga....

    ReplyDelete
  3. salam azie..tahniah makcik ucapkan kepada Ika kerana telah mendapat tawran kursus idaman ke UITM..
    makcik pun kekeringan idea ..tu sebab pasl kasut pun nak tulis..hehe..

    ReplyDelete
  4. Ika jangan lupa contact kelurga sentiasa.

    Selepas tu contact abang kat sini jugak tau... Risau ni tau... ehem...

    ReplyDelete
  5. AMIN > Be good, ok.


    AKAK > Terimakasih. Selamat Hari Raya Aidil Adha jua buat AKAK sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. MAKCIK MERIAM > Terimakasih.
    Bila kekeringan idea, paksa diri tulis, tu yg selalu kuar citer merapu tuh.. hehehe


    KHAYAKHAYAL > BRO, setakat contact jer tak leh gak. Kalu risau, selalu selalulah pegi jengok...hehehehe

    ReplyDelete
  7. HUH HUH HUH HUH HUH

    one of my questions?
    I become evil?

    ReplyDelete
  8. Salam Azie...

    Selamat Hari Raya aidiladha utk Azie seisi keluarga...moga sehat dan happy2..
    tahniah buat Ika, belajar rajin2
    tak kalu mak suruh kawen..
    heh heh.

    ReplyDelete
  9. Salam Aidil Adha Kak Q:
    Terimakasihhh..
    Hmmm... kalu tak lulus soh kahwin? alahai anak omak.

    ReplyDelete
  10. tahniah buat Ika!


    untung orang jual koey teau tu..togeh letak banyak..koey teau sikittt je..

    ReplyDelete
  11. Tahniah Ika ...auntie tumpang bangga dan gembira. Belajar molek-molek deh, nanti dah lulus cemerlang auntie carik Ika dan designkan interior rumah auntie nih. Boleh kan ? ... Kak AA tolong sampaikan kat Ika yer ;)

    ReplyDelete
  12. DrSINGA > Terimakasihhh.


    ACIK MLMW > Terimakasih.
    Nanti Kak Azie bagitau dia...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails