Wednesday, January 12, 2011

MacPro meragam...

Sebenarnya agak sulit nak berblogging hari ni, sedangkan hasrat agak meluap berwap, kerana agak free dan lapang hari ni. My Lady Bos kelihatan sudah 2,3 hari sibuk kuar masuk membawa CINDY LAUPER uruskan beberapa urusan rasmi kerana mereka akan pergi bercuti ke China sepanjang Chinese New Year nanti. (Beruntung CL — ayat orang dengki...!)

Kemudian salah sorang Manager pegi berkursus, so anak-anak tikus yang tak pernah takut kucing ni, agak relax ler nak mentenet. Tapi tak jugokkkk...

Isnin lalu, MacPro aku meragam, seharian langsung kelam padam gelemat! (Biasanya ini adalah kerana graphic card problem)

Selasa semalam, baik ler pulok. Ok jerr.

Rabu, hari merapu. Dia buat balikkkk... Langsung tak berdetik. Totally gelap. Memang mengong! Jangan berjangkit pada aku dah ler, sbb gaya kerek tu memang dah ada dahhhh...

Memang mengada betul. MacPro, harapkan besar gedabak, tapi.... (pic tahun lepas)


So, sementara waktu aku guna ler G4 ni, alahai ada banyak yang dia tak support laa. Balik rumah nanti, aku kenalah edit balik entri ini — aku kan suka kemaskan text ni, suka boh kaler segala bagai. Macamler cantik sangat. Ehhh.. memang cantik aperrr... kan? kan? > sengih perasannnn... (Haaa tengok, text tu pun aku takleh nak highlightkan hijo...! update: dah bleh dahhh....)

Dan beberapa blog yang aku masuk, tidak dapat dikomen kerana ruangan komen tidak dapat dipapar (Safari tak support ler tuh..) Jangan risau, itu bukan salah anda semua, tapi memang masalah dalaman. Jangan betulkan TV anda..!


Contoh-contoh masalah AA hari ini.


~...HISYAM, petang nanti langit dan siling rumah SERI BULAN akan pasti diwarnakan biru, walau itu bukan warna minatan dia, tetapi tetap juga dia tidak peduli, selagi stok cat masih bertindan di bawah atang...~



25 comments:

  1. wowwww guna epal....hihihii..

    saya agak fobia nak guna, sebab ramai org kata byk masalah lah..dah tak biasa dgn sistem pengoperasiannya..

    tapi apple punya produk mmg cantik...sebab saya suka color putih..

    ReplyDelete
  2. DADDY:
    Bidang kerja saya memang kena guna Apple Mac la. Saya pengguna Mac sejak 1990 lagi (tapi kat umah guna E-Mac jerrr..)
    Kelebihannya, dia tidak mudah diserang virus, sebab dia akan protect sendiri.

    Lagipun lajuuuuu....!

    ReplyDelete
  3. saya ada epal yang belum di ngap dalam beg ni. ala2 diet model2 gitu kan...kikiki~

    ReplyDelete
  4. Love Apple! sebab Apple more suit for designer2 yang buat kerja2 editing gamba ke video ke, mmg nice =D

    But, saya pakai Tingkap je (Windows) lom mampu g.. heheheh~

    ReplyDelete
  5. Janji boleh berblog walaupun tanpa warna.. :)

    ReplyDelete
  6. GB:
    KAk Azie suka Epal Hijau, campur dgn macaroni + Thousand Island. Salad yang menyihatkan...!


    SHAHRUL:
    Setuju...!


    KAKCIK:
    Hari ni pura-pura ler rabun warna.

    ReplyDelete
  7. bila lah nak dapat apple yg tak lut di gigit ni.. asyik dapat apple yang boleh dimakan je.. :)

    salam singgah sini ... :)

    ReplyDelete
  8. beli netbook @ blackberry la makcik~leceh la berblogging secara setempat~~

    saya taip komen ni dari jamban tahu!

    punyalah saya canggih~~

    haha~~

    ReplyDelete
  9. menarik la watermark kat gambar tu...nak satu leh? ngeeeeee

    ReplyDelete
  10. KELLA:
    Salam kenal. Terimakasih masuk bertandang.
    Kak Azie pun numpang tuah tempat kerja jerrrr... Yang kat rumah tu pun beli yg 2nd hand jerrrr.


    BUJAL:
    Makcik memang tak secanggih kamu.
    Sebab tu sehari ni Makcik belum ke jamban lagi. Asyikk ler melangut kat jambatan jerrr.

    ReplyDelete
  11. ANA:
    Itu watermark lama tu. Kak Azie beli dari teman blogger. Tak ingat dah nama dia apa. JIYA kot. Dah lama tak gunakan watermark.
    Shopping online jer. 1 set watermark (ada 3,4 design) cuma RM7 jer.

    ReplyDelete
  12. salam

    teknologi ni kadang kadang menyusahkan juga..

    comelnya wm dia...

    ReplyDelete
  13. wah da repair ke macpro tuh... memang graphic ek problem?








    Jasa Ibu Bapa Dilupakan, Jasa Orang Lain Disanjung

    ReplyDelete
  14. SISSYIRA:
    Memang betul. Tiada yang sempurna selagi dibuat oleh kita bernama manusia.
    Watermark tu yg lama punya tu. Sekarang dah beli watermark baru.
    tapi dah jarang guna sbb E-Mac ni OS 09, so tak support utk download Photoscape. Tu pun contoh teknologi tak semua menyenangkan.

    ReplyDelete
  15. tenangsudey:
    Salam. Sila masuk, terimakasih.
    Belum lah. Kena tunggu approval dari management.

    ReplyDelete
  16. Aslkm

    Ada2 saja azie ni. Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  17. salam

    kak....apple ker limau ker, semua ayu sapu...huhuhuh..
    (agak kuno bab perisian komputer or apa2 peralatan komputer...waka..waka...)

    ReplyDelete
  18. Salam MAMA JU:
    Cuma tidak berada jerrr...:)


    AYU:
    Bukan kuno. Tapi ada bahagian yg kita tidak ambil tahu kerana tiada kaitan dgn kerja kita atau kehidupan kita. Kak Azie pun bukan technician, sekadar tahu luaran saja.

    ReplyDelete
  19. epal ni lom mampu milik lagi, stakat epal hijau dan merah je..

    memang berhajat nak satu

    ReplyDelete
  20. Excuse me... MacPro...???

    ReplyDelete
  21. pergh canggih gila...nanti Mac Book Air pulak ekk. nipis jek...

    ReplyDelete
  22. IBUINTAN:
    Pernah makan Epal PURPLE? :)


    KHAYALKHAYAL:
    Itu suatu nama Perisian jerrrr..

    ReplyDelete
  23. ERI-CHAN:
    Laaagi ler tak mampu tuuu.

    ReplyDelete
  24. kalau kena mcm ni boleh tension
    sepanjang harikan..

    takpe kak AA janji dapat gak masuk

    senyum sokmo ^_^

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails