السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
09-11-2013
Hari ini tetap menjadi hari bekerja saya. Yeahhh Sabtu yang ceria dan meriah. Komitmen saya terhadap kerja adalah sesuatu yang tidak pelik tetapi kalu ada yang tidak faham, saya cuma nak kata kerja saya sentiasa banyak dan perlukan masa dan tumpuan yang bukan sedikit.
Sabtu juga sudah menjadi sebahagian hari untuk saya spend masa untuk diri sendiri bila ada beberapa jam terluang selepas balik dari kerja yang mengambil tiga perempat waktu siang. Yeayyyy hari untuk jalan-jalan...!
Sabtu lepas (cuti Diwali) saya juga singgah di Tokyo Street. Mungkin ramai yang tak pernah tahu lagi pasal street ni (mungkin juga ramai yang dah tahu dan dah tak heran). Dalam Pavilion, tingkat berapa saya tak ingat. IKA yang mahir benar banyak benda dalam Payvie nih.
Tokyo Street ni satu bahagian luas dalam Payvie yang memuatkan banyak lot kedai yang menjual barangan/produk dari negara matahari naik ni.
Street ni memanjang dengan 2 lorong kiri dan kanan. Selain produk kesihatan, ubat, herba, makanan adalah paling banyak terutama sushi. Kami tak singgah makan, sebab masa ni kami baru kuar dari Ben's. Kawasan ni cantik sangat.
IKA ajak masuk satu lot kedai Daiso. (Daiso ni ada di banyak kompleks lain seperti di One U... dan lain kompleks, saya tak ingat). Mungkin juga ramai yang dah sedia tahu pasal Daiso ni. Kedai yang menjual barangan impot dari Jepun tetapi dengan harga standard semuanya RM5.00 sahaja. Dari barangan dapur, berkebun, hiasan rumah, hiasan diri, barangan gajet... dll. Memang gila lah! (macam masuk kedai Dua Ringgit tu laaa...)
Saya lupa nak snap rupa dalam kedai tuh. Orang pun ramai. Pekerjanya ada yang Japanese, juga dari Philippines.
Apa yang saya beli?
Chopstick untuk diri sendiri. Siap ada casing lagi. Senang nak simpan dan juga nak bawa ke mana-mana. Tapi saya guna di opis jer. Dalam department, saya jadi nampak pelik sebab jadi the only Melayu yang pandai makan guna chopstick, dan masa kali pertama guna dulu semua kengkawan pandang heran. Alahai... saya dah bertahun-tahun pandai guna chopstick.
Macam tak biasa. Tayang-tayang la:
Saya peminat Yong Taufu. Crab stick tu saya beli sendiri dan add sebagai pelengkap drama. Cewahhh!
Selamat berhari Sabtu, kengkawan!
~...musim hujan tidak pernah menjadi penghalang kepada HISYAM untuk meredah laman becak asal sahaja dia tetap tiba di Teratak Nyatuh meski kadang-kadang SERI BULAN menarik muka tetapi dia tidak pernah serik untuk mengusik menarik rambut sehingga terasa seperti bergegar lantai ambin tidak berdinding dek suara marah bertingkah suara berdekah dan Mak Utih yang menjengah terkejut terasa pula hendak mencelah...~
pernah gak bergambar kat situ. tapi kami berdua jarang nak pegi kat payvie nie... macam ada perasaan takut semacam jer.... hehehe...
ReplyDeleteSaya jarang2 ke Payvie tu dan kalau pergi pun tak sampai ke Tokyo Street ….. huhu
ReplyDeletesaya pun suka ke daiso...biasanya di JJ sahajalah... boleh rabun siang kat dalam tu kak azie...
ReplyDeletewah. ada tokyo street kat pavi! saya dah bertahun tak gi pavi tuh!
ReplyDeletetak pernah sampai situ .....chopstick, makcik pandai la guna :)
ReplyDeleteohoo.. baru tau ade tokyo strt ne~~ :D
ReplyDeletesaya pun pndai guna chopstick he he.Tokyo street tk prnah smpai.tunggu cuti sekolah ni..he he
ReplyDeleteChopsticks., saya mmng tak reti nak guna..hehe..
ReplyDeletedulu pun saya tak pandai guna chopstick, tapi bila kat sekolah masa rehat makan mi kari atau mi sup auntie, ada choice sudu garpu, tapi saya ambil chopstick. lepas tu terus pandai guna.
ReplyDeletedi penang ada di QBM.
ReplyDeleteklau guna chopstik di sini hanya guna di workstation sdr or kalau bawak mknn n maan di pantry, di cafe x dibenar sebab ia isu rasis. ya, sy kerja di kampeni y penuh dgn cina, team sy sdr, hanya 4 org bukan cina dr 40 org. hehe
Sekarang agak terkial2 kalau saya guna chopstick..
ReplyDeletepsstt: tak pernah walau sekali saya masuk payvie tu.. ;) K.L bukan tempat mainanku..
Sejak wujud Pavi tu memang Aina lalu ja hari2 entah le tak pulak teringin nak singgah mungkin sebab sesetengah org berpandangan Pavi ni hanya untuk orang berduit sahaja kot...ahahhaaaa...
ReplyDelete