Friday, January 14, 2011

Satu Usul (bukan usus) AL-LAVENDARI yang Wajar Disokong...!

Dari seorang blogger yang tidak asing lagi, Tuan Haji HAMZAH AL-LAVENDARI, tentang menggalakkan para blogger menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Yaa, dengan betul. Selama ini memang guna dah bahasa Melayu, tapi masih ada yang belum betul.

Aku (dan sekian ramai blogger) pun pernah ulas isu ini terutama tentang isu bahasa sms (bahasa rempit kata anak aku) dan bahasa yang terlalu ringkas sehinggakan kita naik rimas...1

Dari entri Tuan Hj HAMZAH:

“Mungkin elok juga di panjangkan penggunaannya kepada blog dengan sedikit pengubahsuaian. Sehubungan dengan itu saya mohon mencadangkan supaya pada setiap 15hb kita jadikan “HARI BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL”. Maknanya kita pastikan tidak membuat entri dengan menggunakan bahasa atau ayat SMS, ejaan Inggeris yang di Melayukan, bahasa ‘pasar’ dan sebagainya pada setiap 15 haribulan.

Contohnya, elakkan mengguna perkataan-perkataan atau ayat seperti ini:

Skang - sekarang
aq - aku
xmo - tak mahu
korg - engkau orang
canih - macam ini
ngh wat pe - tengah buat apa
ekceli - actually
sedenli - suddenly

Usul saya itu nampaknya telah mendapat sokongan dan reaksi yang positif dari semua pemberi komen.

Esok adalah 15hb. Oleh itu marilah kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dalam entri atau komen kita, sekurang-kurangnya pada hari tersebut, agar kita tidak terlupa untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul apabila diperlukan nanti.


Kalau sudi, bolehlah diwar-warkan usul ini kepada rakan-rakan blogger yang lain mengikut kaedah masing-masing yang dirasakan sesuai. Sepanduk di atas bolehlah digunakan, jika perlu dan mahu.


Sekian. Terima kasih.

Saya dengan ini, menyokong usul beliau.

Sapa lagi nak sokong blogger, jika bukan blogger,
tapi kali ini sokongan kita adalah demi bahasa dan negara kita

Bak kata P.Ramlee: “Bahasa menunjukkan bangsa, tau...!”





20 comments:

  1. Gunakanlah Bahasa Kebangsaan kita
    Marilah amalkan ramai ramai
    Bahasalah menyatukan kita semua
    Yakin lah Bahasa Jiwa Bangsa

    Insya ALLAH :)

    ReplyDelete
  2. tak rela duduk dalam rumah blogger budak2 yang guna ayat mcm contoh kak azie tulis tu..

    ayu sokong juga!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. saya sokong. saya cadangkan cadangan ditutup. eh?? hihihi~

    hi akak!!!

    ReplyDelete
  4. ACIK:
    Wahhh masih boleh ingat lagi lagu Kempen Bahasa Kebangsaan tu yerrr..


    AYU:
    Contoh tu dari entri Bang Hamzah.
    Memang kita wajar sekali martabatkan bahasa ibunda kita.

    ReplyDelete
  5. GADISBUNGA:
    Amboiii mana pigi daaaa...

    eh belum 15hb dah nak tutup cadangan? Mana aci niii...

    ReplyDelete
  6. saya sokong sekali!
    tak ada kolotnya kalau berbahasa dengan betul...kan,kan

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan :)

    Hehehe.. saya lah salah seorang yang asyik guna bahasa pasar :P

    ReplyDelete
  8. terima kasih banyak-banyak kerana turut menyokong usul saya. saya pun sudah mula terikut2 menggunakan ejaan yang tak betul. contohnya 'jer' menggantikan 'sahaja'.

    kalau berterusan mungkin boleh lupa terus penggunaan ejaan dan nahu yang betul.

    gadis bunga tu nak cepat pergi mana hingga tak menyempat2 nak tutup cadangan saya.

    yang lucunya madam sooyare tampil mengaku salah. hehe

    ReplyDelete
  9. saya sokong. Alhamdulillah, tersedar awal masa mula berblog dulu. +))

    ReplyDelete
  10. saya menyetujui akan percadangan itu punn..kerana inilah satu cara untuk kita menyelesaiyi masalah permasalahan yang disebutkan itu pun! **oopss**

    ReplyDelete
  11. Salam Azieazah,

    Kakak sebenarnya memang tidak pandai membuat pekataan pendik. Malah kadang-kadang tak faham. Dulu "aq" pun kakak tak tahu. Org kata ketinggalan bila anak-anak beritahu baru faham.

    p/s: kalau takut bahasa rosak kena ada pemantauan dari sekarang.

    ReplyDelete
  12. NAJWA:
    Terimakasih atas sokongan.
    Alangkah malu bila orang berkata kolot tatkala bercakap dengan betul.


    MADAM SOOYAREE;
    Salam kenal.
    Terimakasih kerana mengakuinya. :)

    ReplyDelete
  13. AL-LAVENDARI:
    Salam Bang HAMZAH.
    Selin menggunakan bahasa Melayu dengan betul, nahu pun kena jaga juga kan. bang?

    e.g. huruf besar (initial caps) utk nama khas.


    SI TEDI:
    Terimakasih atas sokongan. Sama-sama kita belajar.

    ReplyDelete
  14. FAA:
    Terimakasih atas sokongan.
    Sedikit sebanyak kita dapat menyumbang ke arah memantapkan bahasa Kebangsaan.


    EELOBOR:
    Terimakasih atas sokongan.


    KAKZAKIE:
    Salam.
    Terimakasih atas sokongan.
    Sama juga, saya dulu pun tak tahu makna “aq” tu, 2,3 kali juga saya buat entri membantah dan kesla dgn cara menulis begitu.

    ReplyDelete
  15. sokong!!

    hidup Bahasa Melayu..



    err.. Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia??


    *garu kepala..

    ReplyDelete
  16. Kakcik juga menyokong sepenuhnya walaupun tidak membuat catatan khusus tentang isu bahasa... :)

    ReplyDelete
  17. EJA:
    Kak Azie pun tak berani nak describe..

    Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Tapi selesa guna Bahasa Melayu.


    KAKCIK:
    Terimakasih. Sama-sama kita belajar lagi dan lagi.

    ReplyDelete
  18. acu ada baca kat blog dia..
    acu pun sokong..sebelum ni acu pun suka guna bahasa pasar atau english yang dimelayukan...tapi sejak beberapa bulan yang lepas acu berusaha untuk menggunakan bahasa melayu yang betul..tapi ada ketika nya terbabas juga..

    ReplyDelete
  19. setelah sekian lama membiarkan diri sendiri terhanyut denganbahasa asing tersebut..orang ni dah pilih jalan untuk melebihkan bahasa sendiri.. ada yang indah di sebalik bahasa kita sendiri sebenarnya..

    hehehe.. over sangat tak??

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails