Monday, July 4, 2011

KL Gangster: ulasan dan pandangan seorang bekas Kaki Wayang...

Salam
03-07-2011
...kalu dah ulas filem, mesti entri ni jadi panjang (orang lain dah jemu, AA baru nak ulas?).


Plan untuk menonton KL Gangster sebenarnya dah lama, sejak hari ketiga tayangan lagi. Tapi kami tak dapat tiket. Tangguh dari satu minggu ke satu minggu.

Minggu lepas AMOI buat plan dan Sabtuday booking tiket. Yesterday IKA pun balik, dan agenda menonton KL Gangster juga sebahagian dari acara nak selebrate besday si Mak Tarzan, kononnya. Selain dari makan-makan dan jalan-jalan.


Melaram dengan beg baru hadiah besday dari Bos! Cewahhhh....
*GSC, Pavilion.


Dah lama tak menjadi pengikut filem tempatan. Bukan tak ikuti, tapi minat sudah tidak semarak zaman umur 20-an dulu. Dulu selalu menonton, setiap bulan. Sekarang bukan lagi menjadi agenda walaupun ada masa lapang. Kecuali bila anak-anak ajak, dan ada yang sesuai.


Filem KL Gangster ini wajar aku berikan 8/10 bintang. Bukan sahaja bagus dari segi lakunan, pengarahan tetapi ianya suatu filem yang padat. Cepat, nampak macam ringkas tetapi ianya adalah penceritaan semula seorang bekas banduan bernama Malik (lakunan AARON). Dia menceritakan semula kisah hidupnya.

Sebenarnya, tiada orang tahu, AA memang sudah lama berhasrat untuk melihat AARON dan ADI PUTRA berlakun berganding sama dalam satu drama or satu filem. Akhirnya! Aku mula kenal mereka berdua, dan minat lakunan mereka sejak Aaron dalam siri Emil-Emilda dan Adi Putra dalam drama apa ntah, lupa dah. Pastu dalam drama CHINTA, dia terus menjadi sebutan ramai.

Rasanya kedua-dua pelakun dari Singapura ini muncul hampir serentak, popular sama, dan sedang meniti zaman gemilang pun hampir setara. Sukar menentukan siapa yang terbaik di antara mereka berdua ini.

Bila ramai para remaja dan peminat filem yang meminati mereka, aku sering berkata, “Hai Aaron, hai Adi, mujur korang berdua dah kahwin.” hehehehe

Watak Aaron sebagai banduan yang “cuci tangan” tidak lagi mahu melakukan kerja samseng atau “jaga kawasan” yang dulu disebut sebagai gangster besar di KL sebelum kena perangkap oleh anak tiri bosnya bernama Shark (lakunan Syamsul). Bos mereka lakunan Ridzuan Hashim sebagai King pun sesuai sekali.

Tidak mudah seorang banduan untuk menikmati hidup bersih dan selesa tanpa dendam dari bekas kumpulan dan tentu dari musuh seperjuangan. Gangster dendam kumpulan gangster lain.

Adi Putra sebagai JAI, adik kepada Malik juga gangster dan begitu berhasrat untuk menjadi gangster besar dan gilakan duit. Dia sanggup buat apa saja, demi duit. Baginya siapa kumpulan yang sanggup bayar dia lebih, dia akan “kerja” untuk itu. Walaupun akan bunuh darah daging sendiri.

Jai: “Gua tak takut mati, tapi gua tak mau mati.”

Dalam tegas garang dan bengis, tapi penuh sarcastik, dia suka sebut ayat nih: “Seram nihhh...” Pura-pura takut konon!

Lakunan Adi Putra memang hebat, ada gaya dan berbeza dari biasa kita tengok. Wpun renungan matanya seperti dalam drama-drama cinta (romantiskah maksudmu, duhai Azie?), kali ini dia bergaya gangster yang jalan menunduk tapi sukar ditundukkan.



Jai: “Abang tak abang, sapa kacau, gua chao!”

Mereka berdua ada ibu yang uzur dan bersedih kerana Malik jadi gangster, dan setelah Malik tertangkap dan dihukum 5 tahun dalam penjara, Jai tidak memperdulikan ibu mereka. Adik mereka, ZATI (lakunan Sheera), liar dan rosak akibat kurang bimbingan dari abang-abang. Dia menyalahkan Malik kerana punca dia menjadi begitu. Betul juga, antara dendam dan berontak juga marah, Zati menjadi ejen jual pil dalam disko! What U call that? Pusher?

Zati: “Aku benci ada abang macam kau!” Bukan salah dia.

Malik sedaya upaya tidak lagi mahu terlibat dengan mana-mana gangster, tetapi apabila keluarganya diganggu dia cuba mencari jalan agar bekas geng lama tidak mengganggu. Dulu dia kerja dengan King yang ada masalah dengan Shark kerana Shark pun ada dendam sebagai anak tirinya.

Malik: “Aku tak boleh diam bila dia sentuh keluarga aku!”
Kata-kata semasa dia bercakap dengan rakan baik yang mengekor dia ke hulu ke hilir. Fadil lakunan ZIZAN yang adakala sangat bengong, kekadang bijak, baik hati, berlagak tak bertempat, perasan berani dan kuat tapi yang banyaknya, lawak!



ZIZAN memang boleh berlakun! Cuma aku tak gemar dia banyak berdialog “sial! sial!” dan meludah. Yeahh... watak rempit kot.

Kesabaran Malik tiba kemuncak, bila Fadil mati ditikam Shark yang cuba membantu ibu Malek yang diganggu/dipukul Shark.

Dalam banyak-banyak pelakun dan lakunan, aku TABIK SPRING! pada Syamsul bin Dato’ Yusof Haslam, yang berlakun sebagai SHARK! Amboiii namaaaa.... sesuai untuk seorang gangster yang kejam, hati kering tapi hensem tak hengat!

Sekarang memang trend, crook atau samseng tak boh muka zalim or bengis or pakai tutup mata sebelah macam Jack Sparrow lagi. Sekarang samseng semua hensem-hensem belaka!

Betullah, Syamsul kurang kena untuk berlakun jadi Mat Bunga dalam filem cinta. Dia menonjol untuk watak berkarakter seperti Shark ini.






Kita tengok rasa benci, rasa takut tapi dalam masa yang sama, mata tak berkelip tengok budak Syamsul nih. Adehhh...!



“Ko ingat ko bertatu kat leher aku takut?” > sapa sebut dialog nih, lupa plak.

Bila Fadil mati, Malik tiada pilihan lain selain dari masuk semula ke dalam geng lama bersama King walaupun Shark sebagai orang kanan dan anak tiri King tak suka. Mereka berseteru dan berlawan juga akhirnya.

Shark mati di tangan Malik. Yeahh... samseng besar @ ex-taiko KL, sapa bleh lawan? Akhir sekali tentulah akan berdepan dengan adik sendiri, si Jai yang degil hati kering. Mujur Malik tak terus bunuh dia.

Malik: “Duit punya pasal, kau sanggup lawan aku Jai?”
Jai: “Musuh dia musuh aku.”

Malik: “Kalau kau nak mati sangat, bukan di tangan aku Jai.”
“Kau adik aku. Aku abang kau. Aku sayang kau. Kau darah daging aku, bodoh!” > nilai kasih sayang dari Malik terserlah dari riak wajah dan mata yang sering bergenang bila memandang ibunya. Ohhh... aku tak bleh tengok lelaki kacak yang sangat prihatin pada ibunya. Tersentuh youuuuu!

Dan itulah dialog terakhir dan filem itu tamat. Tiba-tiba jer baru sedar, citer dah tamat. Hah? Dah abih? Sangat cepat!

Kesimpulan/pengakhiran cerita disebut secara monolog oleh Malik. Mereka ditangkap polis.

Dalam filem ini, tiada langsung watak polis (kecuali kereta peronda polis sahaja dipaparkan). Bagi sesiapa yang kurang biasa dengan apa yang disebut gangster or samseng, harus bersedia kerana dialog hampir keseluruhan bahasa samseng. Selang seli dengan pelat Kantonis dan istilah-istilah yang kasar. Tapi ada ker samseng cakap baik-baik lagi sopan? Tiada, kan? So tahan telinga dengan ayat “sial, bangsat, bangkai, langsi, mampuih...etc. etc.”

Dialog lain yang menyentuh mana-mana NGO/pertubuhan tak banyak pun, 2,3 kali jer. So no komen, kerana ianya tidak mengganggu telinga pun. Dan tak terkejut pun, filem KL Gangster ini dapat kutip lebih dari RM11 juta!

AA: tak puas pulak tonton SHARK tuh. Kalu ada orang nak belanja lagi, aku rela nak pegi tonton lagi sekali!

~...JALAL yang berangan hendak menjadi samseng kampung hanya begitu megah dengan Silat Pulut Tanak Tak Masak, tetapi bila diterajang SERI BULAN, terpelanting di anjung, mujur HISYAM tidak tambah dengan Kungfu Panda....!~








29 comments:

  1. peeh..
    betul2 kak azie menghayati hingga ayu tak mau langkah walau satu ayat,
    kak....
    ramai kata tak best filem nie.
    tapi sebab review dari kak..

    ingat2 ayu nak pujuk en zalie langgan astro first bila astro dah dapat beli ganster...

    PS: antara shamsul, aaron dan adi putra..
    semuanya ayu minat.. selain hensem tak ingat, depa badan ketak2...
    heheheheh (bukan gatal, tapi suka lelaki gitu... )

    ReplyDelete
  2. AA : hamboooooooooi boss bagi hbang...ko kim salam kat boss boleh? (gatalnya haku...hahhaa)...kot2 dia leh bagi hbag gak...hahahah

    ReplyDelete
  3. AYU:
    Tiada orang sama selera, pasti ada bahagian2 tertentu yang berbeza, kan?
    Kak Azie suka, kerana ianya sebuah filem yang tidak meleret, tidak membosankan dan padat!
    Sedikit kekurangan, abaikan saja.

    Suka lelaki ketak? Adehhhh...!

    Abang Rambut Ketak, minat tak? hahahahaha lariiiiiiiiii1

    ReplyDelete
  4. CT:
    My Bos yang bagi handbag tu, bos pompuan sayangggggg... hehehe

    ReplyDelete
  5. nmpknye sy aje lah yang tak tengok2 lagi..hehe

    ReplyDelete
  6. huish, lengkap sinopsis kak AA ni, hehe...semangat betul!!

    memang berniat nak gi tengok citer ni, tp tak dapek nak gi , bila terkenangkan, sape nak jaga anak? hehe..


    tunggu VCD ajelah ;)

    ReplyDelete
  7. Minat Shamsul Yusoff ek...? Hmmm...

    ReplyDelete
  8. MUN:
    Jika tak tengok pun tak la rugi. Cuma jika berpeluang tengok, memang tak rugi duit gak. :)



    NAJWA:
    Boleh tengok masa dalam pantang nanti. :) Itupun kalu MAK tak marah. hehehe



    KHAYALKHAYAL:
    BRO.. tak minat sangat. Tapi suka lakunan dia yang hebat tuh. Ahaks!

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya - apa makna LANGSI tu, ya? :)

    ReplyDelete
  10. fooohh.. termongah den baco ulasan ni. anak-anak dah pegi tengok. bundo tunggu jelah keluar kat astro setahun nanti hehe..
    apa-apa pun tahniah kat budak syamsul tu sebab jadi jutawan. Bakat macam bapa dia. hensem pun sebab bapa dia hensem..

    ReplyDelete
  11. AA
    Best jugak sekali sekala tengok filem aksi movie sementelah hero2 kita minat, auwww...

    Psst.. Zizan kena rodok kat perut, diorang dah censored scene tu ke?? Atau you dah asyik maksyuk tengok Shark sampai terlefas fandang? Jai dlm pada hati kering, basah gak hati dia bila dia beri 50 ringgit kat budak tidor tepi kaki 5 tu..

    ReplyDelete
  12. lu sengaja bikin hati gua panas laa... apasal lu tak ajak gua sekali tengok wayang... tak dapat gua nak dok sebelah AMOI sambey makan choki2... Hahahaa apa pun tak bley..!!

    ReplyDelete
  13. mcm best jer cter nih owh
    overall mmg ramai yg bgi 4 star out of 5 ^^

    ReplyDelete
  14. Citer emel-emelda tu memang best. Sangat layan .Masa tu senyum2 tengok. Tak puas sambung layan kat you tube sampai tak tido malam. Bila dengar lagu Imran Ajmain tu terus teringat citer tu.. hehehe (mak orang ke hapa nih ?)


    Kena tunggu kat astrolah jawabnya kak tapi anak-anak adalah pulak. haishhh..

    ReplyDelete
  15. saya tunggu raya puasa ni aja kat TV...~ekekeke

    ReplyDelete
  16. baru tengok cerita KONGSI semalam. Sewa DVD. Not bad...quite entertaining!

    ReplyDelete
  17. wah...bc review ni terus rasa nak tgk tau!

    ReplyDelete
  18. KAKCIK:
    Saya pun tak berapa pasti, tapi lebih kurang macam makna poyo mengada kot...



    IBUNDO:
    Sampai termongah Kak Pah? Siann... hehehehe
    Saya rasa Syamsul dididik mengikut acuan kegigihan ayahnya.



    SOM:
    Scene kena tikam tu memang ada. Cuma I jer yang tak pasti samada dia betul mati atau koma. Sebab tiada dialog pun doktor tu. Cuma riak muka Malik jer yg jawab. Itupun kurang meyakinkan I... Maklum orang tua nih, kena bagitau terang terangggg....:)

    ReplyDelete
  19. ICE:
    Weyyy apa hal plak lu mau panas-panas nih? Pegi mandi air sejuk sana.
    Gua lupa mau ajak lu la bro! AMOI belanja Mak tauuuu...hahahaha
    bolehhhhh!


    RAJI & YEEN:
    Setuju!



    AZRINA:
    Layan gak eh? Citer tu best, kan? Suami isteri kena paksa kahwin tapi dalam diam rupanya suka sesama sendiri. Ohhh AARON nampak sangat naif masa tuh.

    ReplyDelete
  20. DADDY ZIYYAD:
    Kalu ada ditayang, saya pun mesti nak layan lagi!



    UNCLE:
    Yeah, filem tu pun dengarnya best. Saya lum peluang lagi nak tengok. CD ada kat rumah pun tak tertengok.



    ANA:
    Tak rugi jika tak pegi, tapi kalu dah pegi tengok, tak la rasa rugi duit beli tiket.

    ReplyDelete
  21. Ulasan AA begitu mantap mengimbau kenangan kakak 2 minggu lalu, telah menonton filem ini setelah rekod 16 tahun tak masuk panggung wayang....

    p/s: manalah tak naik rate dia bila yg tak selalu masuk panggung pun telah menonton filem ini kan AA...kaya anak Yusof Haslam...

    ReplyDelete
  22. KAK ZAKIE:
    Lebih kurang sama jer kita. Dulu2 saya memang kaki wayang juga, sebelum kahwin. Itu saja hiburan yang saya minat. Konsert tak minat.

    Tapi selera dan minat pupus selaras dgn peningkatan usia... hehehe

    Sekali sekala, layan la bila dah macam nak lepas gian nih. hahahah



    ANIES:
    Paper mana nak publish nih? Dapat bayaran ker? Dato Yusof nak sedekah tak...hahahaha

    ReplyDelete
  23. entahlah...kenapa jiwa saya tak berapa nak secocok dengan gaya pengarahan nie. memang tak berminat nak tengok langsung....

    lain orang lain pandangan....

    ReplyDelete
  24. adeyh2!
    tak tgk lagi la cite nieyh!

    ReplyDelete
  25. Ramai yang kata KL gangster memang best.

    Dulu kak Zai pun kaki wayang juga tapi sekarang hanya tengok mana yang sesuai aje itu pun kalau anak2 mendesak.

    ReplyDelete
  26. EELOBOR:
    Setuju. Tidak semua orang minat pada kesukaan orang lain pula. Berbeza itu perkara biasa.



    LELAKi INI:
    Tak tengok pun tak rugi, tapi kalu dah beli tiket untuk tengok pun tak rugi duit juga.


    Kak ZAITUN:
    Sama ler. Saya pernah beberapa tahun dulu jadi kaki wayang. Pastu dengan sendirinya, minat itu menyusut dan sekarang dah tak heran sangat...

    ReplyDelete
  27. saya tggu astro first aje kak..

    tingin nk tgk tapi kekangan anak4..hehe..masa tgk kung fu panda pom..bole tahan gak..huhu..

    saya suka aaron aziz..eecceecce..lakonan dia la..pis!!!

    ReplyDelete
  28. MEK SARAH:
    Harap2 tak lama kuar di Astro First. Kak Azie pun nak layan lagi dan lagi...:)
    Ramai betul peminat Aaron kan?

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails