Monday, August 29, 2011

Ramadhan 28th: Menjelang Syawal...

Assalamualaikum,
Ahad
Ramadhan 28th



SELAMAT HARI RAYA


MAAF ZAHIR BATIN

Yang balik kampung, atau bercuti di luar kawasan, hati-hati ok.
Semoga selamat pergi dan selamat kembali.


Semoga Lebaran kali ini lebih menggembira dan menceriakan kalian semua!


~...“HISYAM, selamat berhari raya di samping keluarga di tanah leluhurmu, kembali semula nanti SERI BULAN menagih janji untuk lepak tanpa kepak di tempat biasa!”...~










Saturday, August 27, 2011

Ramadhan 26th: Mood Kerja Merudum Teruk...

Assalamualaikum
JumAAt
Ramadhan 26th


Dah hujung-hujung ni, sedang mood Raya sudah menyelubungi studio dari tangga ke atas, dari dinding ke lelangit, dari angin yang menderu keluar dari aircond yang sikit lagi nak sampai paras beku....

Tetiba boleh banyak keja plakkk.. adeh. Terpaksa lah AA bawak balik kerja ke rumah untuk disiapkan sebelum bercuti sepanjang minggu depan. Memulun kerja macam esok nak dapat bonus..! hehehehe

Yang benornya, insyaAllah tradisi bagi hamper dari bos (bukan Melayu) setiap tahun, akan dapat esok (hari terakhir kerja sebelum Raya):

Esok sebelum balik, semua staf tak kira yang Raya atau tidak, akan ambil ini sorang satu.


Dolu-dolu, AA pernah kerja dengan bos Melayu, katakan bonus, hamper pun tak kelih! Malah sampai rini, AA tak bleh lupa The Bini Bos pernah cakap, “Kalu tak makcik ni yang bagi korang kerja, ada orang nak bagi korang RM150 tiap bulan?” Yeahhh.. gaji AA masa itu (zaman naif) ialah RM150 sebulan dengan potongan EPF hanya RM24!

Bila “lari” ke tempat lain, rezeki melimpah pula masa tu mata pun terbuka dan pengalaman pahit berboskan “makcik” menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Belum lagi masuk bab suka menggossip, meracun dan kepoci hal rumahtangga orang lain. Lemas dan rimas! The best way ialah, blah dari situ! Pastu baru sedar yang RM150 tu hanya elaun seminggu budak sekolah menengah saja!


*******

Menu pilihan entri kali ini:

Nasi Goreng Sendiri untuk sahur. Telur sedikit garing, tapi tetap boleh goyang!



~...sebaik kaki memijak lagi tanah leluhur di Darul Salam, HISYAM diterpa rasa curiga kerana sambutan bagai menyambut pengantin baru sedangkan sejak dulu, dalam anganannya pengantin perempuannya hanyalah SERI BULAN nan seorang...~







Friday, August 26, 2011

Ramadhan 26th: “Bang Berahim, tolong Bang Berahim!”

Assamualaikum
JumAAt
Ramadhan 26th



Sejak sehari dua ni, masing-masing di tempat kerja, tak sabar dah nak cuti. Kerja pun macam orang tak kerja. Mengira masa, menghitung hari. Count down bila nak start cuti. Hehehehe... termasuk ko ker Azie? Ahaks!

Dah hujung-hujung ni, sana sini orang menulis tentang mengejar ibadah bulan mulia. Terimakasih berpesan-pesan. Semoga LailatulQadar yang dinanti akan tiba walau kita tidak pernah tahu bila saatnya...

Dan,
bila dah hujung-hujung ni, mood nak masak pun dah menurun. Idea nak masak pun tinggal 5% saja. Mengong dah nak masak apa nihh..

Sorang kawan sampai sms; “Apa nak berbuka rini pun tak tau dah.” Berbuka dengan kuih raya jer... Kan selalu ada kuih raya tak jadi, terlebih hangus dek kerana terlebih api bakarnya? Okey apa...(^_^)

Itu jer nak tulis. Stucked!


Menu pilihan entri kali ini:

Nak cuba pes pakcik ni...

Kata Annie Jasmin, “Tolong Bang Berahim. Bang Berahim, tolong Bang Berahim!”

Lalu Bang Berahim pun terjun dari frame gambar, dan selamatkan si buah hati comelnya Annie Jasmine. Cobaaaaaaaann....!



Sebenarnya susah gak nak cari Pari yang baik (pada aku yang tak pandai mancing nih... pancing orang pandai lah jugak). Sebab pernah terkena, Pari kurang segar yang mudah “basi” dan berbau. Tapi kali ini alhamdulillah, Pari ini sungguh segar dan enak. Cuma resepi kalu bukan ori dari diri sendiri, kurang kena di tekak.



Omputeh ler sangat! Salad Epal Fuji (sepatutnya Epal Hijau) + Vegeroni + Crab Stick + Thousand Island. Memang paberet si tukang masak sorang saja. Orang lain langsung tak heran nak makan, tapi heran orang kampung macam Mak Tarzan boleh makan satu tepawer sensorang!



Dak AMOI dapat ini, masa majlis berbuka puasa khas untuk meraikan para Intern di tempat latihannya.





~...setiap kali melihat HISYAM menempah Baju Melayu dan Samping bercorak pucuk rebung, SERI BULAN sering mengintai warna untuk dipadan dengan kurung rayanya agar anak dara Pak Imam melihat merasa cuak tercabar lalu sering pula gadis itu mencuba terompah berkilat dengan harapan mata lelaki pujaannya akan bersilau...~








Thursday, August 25, 2011

Ramadhan 24th: “BULLeh tak aku nak jadi budak-budak balik?”

Assalamualaikum
Rabu
Ramadhan 24th



Secara tradisinya, dalam keluarga kami, sesiapa yang dah bekerja dah tak boleh dapat Duit Raya. Yang masih belajar tak kira dah besar bagak mana pun, tetap diberi Duit Raya.

Seronok kan jadi budak-budak?

Kumpul duit raya dari rumah ke rumah, padahal tak kenal pun kecuali makpak jer yang saling mengenal.

MYBONDA dulu, bila bebudak datang beraya pepagi kat rumah, dia selalu tanya, “Hang ni anak sapa?” Maklum, dia tak kenal sangat...

Biasanya budak-budak ni dia kasi 2 kupang saja (20 sen). Dia isi banyak-banyak duit syiling dalam gelas comel (cawan Mekah kami panggil, sebab dia beli kat Mekah).

Bila keluarga berkembang ramai cucu-cucu, maka bila Raya jer semua berbaris depan TOKWAN (My arwah AYAH), salam tadah tangan dapat Duit Raya. Masa tu suasana memang riuh rendah dan meriah sungguh! — perasaan kehilangan momen sebegini sangat sakit!

Sekarang semua Duit Raya takda syiling dah, kan? Kalu ada pun, mungkin kat kampung-kampung jer kot. Tu pun jarang. Semuanya guna sampul raya dan paling koman pun singgit!


My BOSS (walaupun bukan Melayu) yang uruskan. Kami hanya tukar saja, tak perlu pegi ke bank pun!



Sampul pun dari bank yang sama. Untuk anak-anak buah di kampung sebelah AA dulu. Semua siap sticker nama masing-masing, saja nak bagi depa happy. CIKINTO, nama mu teratas!

Untuk anak-anak buah sebelah MyTOKLAKI, tunggu sampul raya lain. Dah takda sampul dah. Tunggu bank mana plak nak kasi free. Yang design sendiri ritu, tak sempat nak edit so lupakan saja.

Untuk MyBONDA, kakak-kakak dan adik-adik kena tunggu sampul hat spesel skit. Baru syiok layan...

Seronok tengok bebudak bila berkumpul, masing-masing kira Duit Raya yang depa dapat. Amboiii berlawan sapa dapat banyak.

Jangan beli mercun atau bunga api tau! Sapa ada akaun bank, masuk jer dalam bank. Sosak-sosak OMAK bleh guna. hahahahahahaha....!





~...Kata HISYAM suatu waktu dulu selepas lama terpisah dek cuti Raya, “Rindu la,” lalu dijawab SERI BULAN dalam kenaifan yang disengajakan, “Rindukan apa?” lantas si HISYAM terkedu kerana terperangkap dengan soalan manja itu...~









Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan 24th: Entri Tentang Rumah Biru yang Buat Aku Terharu...

Assalamualaikum
Rabu
Ramadhan 24th



Aku membaca satu entri yang menyentuh hati semalam.

Entri yang ditulis oleh My Anak Menakan. Dia pun blogger tegar gak. Dalam famili, kami berdua saja yang aktif berblogging.

Entri terkini dia semalam, buatkan aku menangis, sebak dan teringat-ingat sampai ke dalam tidor. Apa yang dia tulis sebagai luahan hati itu, sebenarnya mengimbas kenangan... yang terlalu banyak. Tetapi semua itu berlalu sudah lama, tapi tidak mungkin terlupakan.

Aku copy & paste semuanya di sini tanpa mengubah sedikit pun. Juga boleh baca terus di blog dia DI SINI.


24 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum :)

Bersempena dengan cuti raya akan datang yang telah diluluskan sebanyak 8 hari, harini aku nak cerita pasal tempat yang selalu aku rindui waktu raya masa kecik-kecik dulu. Tempat dimana aku dilahirkan - Sungai Baru. Sungai Baru ni kat mana? Ok, Sungai Baru ni terletak di antara Tanjung Piandang & Kuala Kurau. Tak pernah dengar jugak? Hurm, korang try la Google map :p

Dah lama sangat aku tak balik sini. Sebab selalunya bila balik PB, aku mesti sibuk kat rumah MAKABAH or kt umah PIL. So, bersempena pertunangan si HUDA aritu, aku ngan AUNTIE AA saja pi melawat kawasan.

Jom layan gambar dan ceritera;


Disinilah tempat tumpah darah MAK masa melahirkan AKU & ALONG. MAK pun dilahirkan disini jugak. Maklumlah zaman dulu kan, pakai bidan kampung je. Adik-adik aku yang lain semua dilahirkan di hospital.



Kebetulan jugak TOK request nak balik tengok rumah dia. Rumah ni dah ada gelaran - TERATAK BIRU. Tapi sebab dah lama sangat tak ada orang duduk, teratak ni bukan saja biru, malah haru-biru. Dulu ARWAH TOKWAN & TOK duk sini. Mereka tinggal berdua je bila anak-anak semua dah ada keluarga sendiri. Lepas ARWAH TOKWAN meninggal, TOK pun dah tak duduk sini. Sekejap rumah anak ini, sekejap rumah anak di sinun.



Apa yang TOK jenguk tuh? Hah ni dia. Uish semak giler. Dah jadi macam stor dah. Dulu tempat ni penuh dengan pokok. Siap ada pokok pelam lagi. Tapi tak lama lepas tu TOKWAN decide utk buat ala-ala ‘open hall’ nih. Guess what, semua ni dibina sendiri oleh ARWAH TOKWAN, ABAH & PAKUDA. Inilah pengalaman pertama aku cucuk kayu bakau. Masa tu bulan Ramadhan. Memang penat giler. ABAH memang pandai bab-bab tukang nih. Kalau tgkkan alat tukang dia, dari A-Z serba-serbi lengkap. Maklumlah, dulu dia cikgu KHB.



Maka 3 generasilah kami balik haritu. AUNTIE AA yang tengah gagah nak menyeberang parit kecil utk ke rumah jiran. Jiran sebelah tu kami panggil PAKLONG WAHAB & MAKLONG MALIAH. Hidup di kawasan kampung ni, jiran sangat memainkan peranan yang penting. Seolah-olah rumahmu, rumahku jua. ACIK aku dulu, kalau mengemas bilik kat atas, siap boleh bersembang ikut tingkap je dengan anak PAKLONG ni. Rindunya saat-saat itu :(


Inilah dia titi yang perlu diseberangi. Siap ada daun pegaga tuh. Mana nak cari kat Kolompo nih. Kat Taman Botani ada kot. Hee :p


Inilah dia PAKLONG & MAKLONG. Alhamdulillah, sihat lagi mereka. Jiran yang kami dah anggap macam saudara sendiri. Yang baju pink tu adik MAK. Makcik aku la kan, tengah sibuk beramah-mesra macam wartawan. MAKLONG ingat kami wartawan nak mai temu-ramah. Mana taknya, sorang bawak beg silang, sorang lagi bawak kamera silang :))


Ni kawasan belakang rumah MAKLONG. Tersusun indah dan penuh dengan unsur alam & kehijauan. Dah nama pun kawasan kampung kan, jamban di luar ni dah mmg jadi kemestian. Ala, macam cerita Hantu Kak Limah tuh. Aku kalau balik kampung dan rasa nak terbuang air besar, mmg tunggu besok je la jawabnya. Dak pun, paksa semua orang teman sampai 2-3 orang.


Ni pulak kawasan depan. Siap ada buaian. Tengok aja gelagat Si Puteri tuh :p


Dan juga ini yang kami panggil Kubota. Ya ka camtu sebut dia? Ok berbalik kepada TERATAK BIRU.


Ni kawasan depan rumah yang selalu dijadikan parkir bila semua berkumpul pulang ke kampung halaman. Kawasan ni dulu semuanya simen, tapi sekarang dah mula ditumbuhi rumput. Aku ingat lagi pernah main air kat sini sebab masa tu rumah ni banjir. Berenang macam anak buaya, bila berdiri air paras buku lali je pun. Haha. Jakun.


Ni pulak kawasan tepi. Bersempadan parit dengan rumah MAKLANG ANA & PAKLANG AQ. Kalau baru lepas shopping barang-barang nak buat kenduri, terus je masuk tepi ni, unload barang bawak masuk dapur. Sekarang dah ada pokok kelapa sawit dah. Ok jalan terus sampai lepas pokok kelapa sawit tu then toleh kiri, akan jumpa kawasan ni;



Kat sini dulu ada pondok berbumbung zink utk simpan kayu api. Bawah pondok tu jugaklah, aku merasa mengacau dodol buat kali yang pertama seumur hidup aku. Lebih daripada 10 tahun lepas. Bukan saja kacau dodol, siap bakar lemang tuh. Aku pun dah lupa raya tahun bila, yang pastinya aku masih kanak-kanak ribena. Ok, tadi toleh kiri, sekarang toleh kanan pulak;



Kolam buatan sendiri yang menjadi tempat tadahan air hujan. Orang dulu-dulu mmg manfaatkan air hujan. ARWAH TOKWAN selalu basuh kaki kat sini sebelum masuk rumah. Boleh jugak buat basuh motor dan basuh najis-najis ayam yang dibela.



Bilik air yang ditambah lepas renovate. Dulu kat dalam ni ada bilik mandi aja. Nak buang air besar kena keluar rumah. Bila dah renovate, toilet semua dah ada kat dalam. Tak perlu nak keluar lagi. Tapi tengok aja lah rumah ni, kosong.


Ni pulak kawasan dapur. Tempat ni memang paling banyak kenangan. Macam-macam benda aku belajar kat sini.. Daripada basuh pinggan sampai la ke proses nak buat kuih lopes. Proses je yer, resipi aku dah tak ingat. Haha. Tapi itulah, TOK mmg jenis yang mementingkan kerja dapur. Cucu-cucu mmg akan dikerah masuk dapur. Anak-anak dia tak payah cerita la. Semuanya pernah guna dapur kayu arang utk masak nasi. Part tu aku tak pernah. Sbb time aku dah ada dapur gas. Hihi :)


Ni pemandangan dari tingkap depan. Memang kosong. Sepi. Lepas rumah ni kosong, PAKTAM balik duk sini. Dia lah yang cat rumah ni dengan warna yang ‘ceria’ nih. Tapi akhirnya, bila dia kahwin, dia terus pindah Penang and tak ada siapa lagi yang duk sini.


Inilah dia rumahnya. Luas, tapi sayang tak ada siapa pun yang duk sini. Dari tempat ni, kalau pandang kiri ada ni;



Parit. Dulu-dulu parit ni jernih. Masa kecik-kecik, seronok giler dapat mandi dalam tuh atau dalam bahasa kampungnya ‘berkubang’. Kat sini jugak la aku belajar macam mana nak memancing dan tahan bubu. Alamak...rindunya :[


Aku ingat lagi dulu, kitorang tgh duk jakun nak tengok TOK memancing, aku tertolak ALONG sampai jatuh dalam parit nih. Dia dah la tak reti berenang. Huhu. Seb baik TOK cekap. Basah lencun ALONG. Ampun.

Aku rindu sangat dengan kenangan dekat rumah nih. Kalau bukak puasa beramai-ramai tuh, penuh rumah kadang-kadang sampai 5-6 hidang. Paling best, bahagian atas ni kayu, itu yang lagi seronok kami sepupu-sepapat berlari-lari. Bila TOK bising dari bawah, semua senyap sekejap. Lepas tu sambung balik. Haha.

Rasanya, dah tak ada peluang lagi nak beraya kat sini. Tambah pulak sekarang ni perjumpaan selalunya buat dekat rumah MAK. Hopefully satu hari nanti, kami dapat memeriahkan balik rumah ni walaupun ianya takkan pernah sama dengan yang dulu.

* * * *


‘Toys’ masa kecik-kecik. Aku syak ni CIKTON punya. Dulu-dulu berebut nak pakai, siap ngan pakai lipstick lagi. Pehtu set rambut, cari kasut tinggi then berjalan ala-ala model. Urgh. Zaman hingusan. Haha :))



~...setiap kali berbicara dengan HISYAM di telefon genggam, SERI BULAN gemar ketawa tanpa sebab tetapi air mata yang mengalir adalah kerana keharuan bila lelaki berwajah tenang itu sangat memahami ketawa itu sebenarnya adalah untuk menggembirakan dirinya semata...~







Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan 23rd: Design Kad Raya 1432 H/2011 M...

Assalamualaikum
Thalatha
Ramadhan 23rd


Testing kad raya buatan sendiri, lagi.



Tahun ini sempat buat 1 design saja. Takda masa. Sepanjang minggu ni ada kerja urgent lak, walaupun mood raya dah meresap dari kiri kanan depan belakang.

Kerana dalam studio ni ramai designers, so AA cilok saja mana-mana template, ubahsuai ikut selera dan warna kegemaran termasuk buat sendiri sampul raya ini:


Belum siap sepenuhnya. Nampak “kosong”.

Nanti nak edit lagi, baru print dan gam sendiri. Duit pun kena sendiri jugak la. Semalam banyak bank belum release duit not baru. Hari ini baru bleh dapat. Kami memang tempah awal-awal dari bank pilihan.


Menu pilihan entri kali ini *bukan menu masak sendiri:

Si Omak minat kaler, si anak minat rasa.


Ni pun dia punya jugak.



~...HISYAM sudah berada dalam “burung besi” untuk pulang ke wilayah Darul Salam yang serba mewah sedang SERI BULAN masih berkayuh lesu menghilir mudik tidak ketentuan dalam kolek kayu mampung, merenung air tenang mencari wajah kesayangan...~










Ramadhan 22nd: Kisah Seorang Ejen Tart Nenas...

Assalamualaikum
Monday
Ramadhan 22nd


Selepas citer Sabtuday kisah orang pulun sakan buat Pulut Panggang, skang citer pasal Ahad plak.

Delivery bermula.

Semua stok diambil serentak, termasuk 2 pek Snow Almond.


Nampak tak, ada beberapa pieces yang tunggang terbalik, sebab bergoyang dalam bonet.


Tapi lazimnya, AA memang order stok lebih dari permintaan atas sebab-sebab “kemalangan” macam tu. Mana-mana yang senget benget (walaupun rasanya tidak langsung terjejas), AA pastikan gantikan dengan pek yang lebih elok dan sempurna.


Mana-mana yang senget, sedikit pecah akan menjadi habuan rakyat seisi rumah.


Customer di Kota Damansara dah dapat (tak kenal pun, tapi dia order secara email saja), di Selayang pun sudah, Ampang pun dah dapat (wpun order last minit, dia dapat pek standby). Malamnya pula ke 2 rumah customer di BTHO. Kawan pejabat pun dah dapat. Esok kena hantar ke Shangri-La Hotel. Lusa di sekolah CHAK dan ofis jiran di Imbi dulu.

Hari terakhir adalah Sabtu. Dalam kepala lum ada plan apa nak beli dengan duit hasil jualan. Kawan ofis citer emas 916 naik mendadak 3 kali dalam sebulan. Terkini RM200 per gram! phiewwww........!! Baik aku beli Seliper Jepun baru!

Selesai semua ni nanti, lega lah sangat. Bleh fikir pasal nak balik kampung lak. Tak sabar dah ni..!



Semoga semua yang menerima akan berpuas hati.

Wahhhhhhh... lagu raya dah bergema di sana sini ya... Aku rindu suasana kampung!

*Berita tadi: seorang pelajar Tingkatan 6 di Tumpat, melahirkan anak lelaki dalam tandas sekolah.
Jauhilah anak-anak kita dari perkara mungkar — antara doa yang tak pernah missed di hujung solat seorang aku.



~...bersalam dengan Mak Utih dan Pak Utih di muka pintu untuk pulang ke kampung sendiri yang sebenarnya adalah kota Metropolitan Darul Salam yang serba indah lagi mewah, mata HISYAM bergenang mengenang orang di belakang dan SERI BULAN menahan sebak di balik pintu dapur agar airmata tidak berhambur...~










Monday, August 22, 2011

Ramadhan 21st: Membalut Pulut Bersalut Sayang...

Assalamualaikum
Sunday
Ramadhan 21st



Bila seseorang itu merasa yakin, insyaAllah banyak perkara akan menjadi mudah saja.

Aku sembang dengan rakan sekerja di lantai bawah, tentang banyak daun pisang berlebih lepas buat Kuih Abuk-Abuk ritu. Dia cadangkan buatlah Pulut Panggang.

Aku cakap, sejak kahwin aku tak pernah buat Pulut Panggang. Makan selalu. Sebab beli. Dia kata, cuba. Mana tahu, lama-lama mesti pandai. Dia seorang yang sangat berkeyakinan tinggi, hidup berdikari — single sehingga hari ini, tapi ada rumah 2 biji, ada keta pun 2 biji. Tidak kaya tapi selesa. Tidak mewah tapi mampu makan mewah bila rasa teragak. Aku selalu kagum dengan dia. Sederhana pada penampilan tapi di sebalik tabir dia begitu sempurna mengatur hidup walaupun tidak berkeluarga itu dilihat sebagai tidak lengkap.

Aku pun seorang yang berkeyakinan tinggi juga, tetapi ada beberapa perkara tetap juga merasa bimbang dan risau tidak keruan.

Bab masak biasanya memang aku yakin. Atas keyakinan itu — sambil cuba mengingat balik cemana MyBONDA buat masa kami masih tinggal bersama — aku tahu dan rasa boleh jer nak buat.

Operasi bermula buat Serunding dulu. Serunding Udang Kering paling popular dan enak.



Warna mungkin berbeza mengikut cara seseorang.

Masa aku bagitau MyTOKLAKI, aku nak buat Pulut Panggang, he said,

“Pandai ker U buat Pulut Panggang? Tak pernah pun U buat sebelum ni?” Soalan mencabar tuh.

Kalu orang meniaga, pulut tanak mesti tak boh santan, kan? Aku bubuh santan pekat banyak, biar enak lemak dan lazat.



Alhamdulillah, yakin jer aku buat.

Lepas berbuka, MyTOKLAKI cepat jer tanya, “Mana Pulut Panggangnya? Mai nak rasa dulu.”

Then,

“Ok, bagus. Jadi. Tapi inti tawar skit. Kurang garam.”

Betul. Inti sedap, lemak berperisa tapi sedikit tawar.



Kalu orang meniaga, halus kurus jer. Tapi aku buat gomuk-gomuk. Baru puas makan. Bayangkan pulut 1.5 kg, berapa banyak aku bleh dapat. Dekat 30 pcs besar-besar. Petang itu sebelum berbuka, aku singgah rumah sorang kawan. Bagi dia yang “mentah” belum berpanggang buat rasa-rasa. Lupa nak tanya komen dia...

Kerana aku buat banyak, separuh simpan dalam bekas bertutup, petang tadi panggang lagi. Makan panas-panas baru best.

Inti serunding pun ada banyak lagi, sebab aku buat 2 biji kelapa parut. Harus kena buat Kuih Cubadak Tanpa Badak plak pasni. Cemana eh nak buat? > garu dagu...


~...mengutus Kad Raya dalam sampul berbunga lalu diletak di bawah tempurung tepi tiang ampaian, sebenarnya memberikan satu nostalgia indah antara SERI BULAN dan HISYAM sehingga mereka bertekad suatu saat lain yang lebih indah, mereka akan saling kutuk-mengutuk mencari siapa antara mereka yang memulakan idea sebegitu...~










LinkWithin

Related Posts with Thumbnails