Monday, October 31, 2011

Salam rindu...

Assalamualaikum
Senin, petang
31-10-2011


Sibuk, tapi makan tetap makan!




hahahaha!


Ayam Kampung paberet, port TPCA, Kg Baru.




~...HISYAM, rindu itu bukan hanya milik kita...~









Thursday, October 27, 2011

Warna-warni Diwali...

Assalamualaikum
Senin, malam
26-10-2011


Selamat bercuti umum, sempena satu lagi perayaan yang berlangsung di negara kita. Perayaan Deepavali atau Pesta Cahaya yang dirayakan oleh penganut Hindu. Sebagai negara majmuk, tidak salah untuk kata meraikan bersama dengan cara sederhana.


“kolam” ini wajib ada di setiap pintu masuk...





Aku cuma ada sepasang saja baju sebegini...hadiah dari kawan kerja dulu






Kerana rondaan pada hari Deepavali, kurang meriah kawasan ini berbanding malam sebelum yang lebih “grand” dengan acara shopping!

Aku sebenarnya teringin nak snap gambar baju sari yang mewah dengan sulaman dan corak serta gelang-gelang tangan yang berwarna-warni itu!



Kuih Vadai yang menjadi paberet aku. Auntie yang meniaga kuih ni di pasar malam pun kenal dah sebab aku selalu beli. Dah lama tak buat, baru kini sempat buat sendiri.


~...SERI BULAN pernah bertanya kepada HISYAM, “adakah kita akan terus berkawan begini sampai ke tua, walaupun we’re not meant to be together?” lalu HISYAM merenung ke dalam matanya sambil membisik; “Nothing gonna change my love for you...”~

Wednesday, October 26, 2011

Selamat Bercuti

Selamat bercuti.

Ada komen yg tertangguh. Tunggu penjelasan nanti. Ada mesorat kena hadir malam ini. Sekian.

SERI BULAN menanti bulan dalam rawan....








Tuesday, October 25, 2011

Gathering Blogger: Mau kasi habis semua gambar...

Assalamualaikum
Thalatha
25-10-2011



Jika entri sebelum ini memuatkan hanya gambar-gambar makanan di hari gathering, entri kali ini, nak tunjuk plak antara bloggers yang hadir memeriahkan gathering. Sekali lagi terimakasih yaaaa...!

Anda semua memang baik hati, tanpa anda siapalah blogger, kan? Siapa lagi nak sokong blogger, jika bukan blogger juga?

AA nak kasi abis kuarkan semua gambar yang ada dalam kamera. Selagi ada gambar, selagi tu nak kasi upload. Biarpun mungkin ada yang menyampah nanti.


Antara blogger yang awal sampai. Duduk dalam rumah dulu, sejukkan badan!


Potong jangan tak potong!



Tokey Spagheti!



“Nanti saya tulis resipinya dalam blog yer kakkk....”



“Phiewww! mujur gathering ni menjadi (wpun kuah kicap aku tumpah selori)...!”
Berpeloh dahi dia!

*Nampak spagheti yang menimbun tuh?



Abang MUS dah excited menyambut Dato’ LF dan Datin.
Kakcik SEROJA
bawak lari apa sampai sekotak? hahahahaha!




Aku terharu bila AUNTIE MARINA MONROE kata, “Nama Auntie glamer bukan main, tapi orangnya goyang-goyang!”
Kuat semangat Auntie nih!


Aku sengaja snapkan sekali si ICE kat sebelah tu. Pemalu sangat konon....!





“Heyyy budak comel! Cari apa tuh? Kanggaro eh? Nak kene cium lagi tak?”



Memang tak sangka! Katanya kami berkongsi poskod. Anak lelakinya tuh sama sekolah dgn anak aku. Kelas sebelah menyelah plak tuh. Rupanya taman kami berjiran.



~...SERI BULAN memang kecewa bila HISYAM buat selamba pada acara ramah-mesra sedang dia begitu teruja hendak menayang pada khalayak lelaki berwajah tenang itu adalah miliknya pada masa kini...~Align Center









Gathering Blogger: Tahu tak, ada blogger bawa pistol...!

Assalamualaikum
Senin, petang
24-10-2011


Layan gambar makanan dulu, yang sempat disnap.

SORI BERLORI jika makanan yang anda bawa tidak termasuk dalam kamera AA, sebab ada ketikanya tak sempat... sebab... sebab apa ntah?

Entri ini kategori Syok Sendiri, lalu caption nya akan membuatkan anda rasa sedikit mual atau loya.

Tapi tengok makanan, akan buat anda terlior tahap Gaban!

Amikkkkkk.....!


Rendang Ayam KAKCIK SEROJA yang sangat sedap! Sebelum korang semua sampai, kami dah rasa dulu. Hahahahahaha! Itulah untungnya jadi tetamu paling awal!


Air Limau Asam Boi — penghilang dahaga sebenar, kan? Idea asal dari Makcik Apron Merah tuh! Jangan komplen ya. Majlis dah selesai pun. hahahahaha!
Bila 1 tong selesai, Air Oren pula yang refill.


Pizza Roti Daging (betul kah nama menu nih?) Hasil karya HANIS. (tak sempat lagi nak cari link dia) Aduhaiii... dah lah makan sedap, orangnya pun cantik cun...!


Pulut Kuning + Sambal Bilis hasil karya Makcik Apron Merah. Kata BUJAL, sambal ala Banjar. Aku baru tahuuuu...! Yeahhh kalu dah Banjarian, kan?


Aku berkenan bakul tu. Macam bakul Bidan di kampung aku dulu! hahahaha


Isi kandungannya, Bubur/Pengat Keledek/Keladi (macam Bubur Caca) — hasil karya Dr HANIE. Betul, kan?


Kuih Bakar yang gebu lazat. Frozen dari ANAA. Mujur rumah KAKCIK ada microwave. Kalu rumah aku? Jenoh nak jerang air nak mengukus. hahahaha!



Kek Coklat mabeles from AZIAN yang mai dari Jengka Pahang. Aku dapat setengah tapau bawak balik! Ohhhh... mengigau la aku!


Puding Jagung hasil karya Kakchik@ELLA. Ohh aku makan banyak . Tuannya, sampai tertinggal tepawer dia. Tu laaa... seronok sangat sampai lupa semua! hahahaha.
Mana ko dapat acuan cenggituh?



Kek Batik hasil karya GADISBUNGA. Buah anggur sebakul tu dari AIN NORAINI. Bakul tu terus dia hadiahkan pada aku. Sebab aku jahat mulut acah-acah nak bakul. So dia terpaksa bagi. Hahahaha jahat tak aku? Dan anggur tu rasanya, aku makan paling banyak! 10x lalu lalang, 10x capai!


Puding Karamel (terlindung dek air gulanya), sapa bawak eh? Tak ingat. Dan tak sempat rasa, udah habis! Sampai hati korang.
Puding tu rasanya tajaan Dato’ LF. Ohhh.. sempat rasa yang merah. Yummy!



Kek comel berkrim tu hasil karya sapa? Lupa... ATI MASRIF punya kan? Kek tu sapa punya? Kuah yang dah selesai tu Kuah Spagheti BUJAL. Ohhh cemana aku leh lupa snap?


Aku tak tahu dan tak faham, apa motif blogger ni bawak “pistol” dan bom tangan datang gathering? Nak ajak perang kah? Elehhh setakat pistol air!
Kacang Robus @ Kacang Kuda tu hasil karya BRO GEDEK! Mujur sempat rebus ya? hahahahaha!


Kesal pula kerana tak sempat/terlupa nak snap Nasi Ayam Hainan hasil karya DADDY ZIYYAD, Nasi Lemak dan Sambal Daging hasil karya Auntie MARINA MONROE, Mee Rebus by IDALARA, Macaroni Goreng, Kueyteow Goreng, Meehoon Singapore by CIKINTO, Donat Comel berkrim tajaan siapa ntah, lupa..., Puding Jagung, Buahan tembikai, pisang, kudapan, kuih raya... Sampai tak muat meja panjang, lalu Kakcik SEROJA terpaksa keluarkan meja kopi dari dalam rumah.


~...usah bertanya kenapa mereka tidak muncul semalam, kerana SERI BULAN terlalu akur akan amaran perintah berkurung lewat surat dari HISYAM, lalu dia menyimpan dendam demi sebuah pendedahan eksklusif...~











Sunday, October 23, 2011

Gathering Blogger 23 Oktober: Terimakasih semua untuk semuanya...!

Assalamualaikum
Ahad, malam
23-10-2011



Terimakasih kepada semua yang sudi hadir (macam ler aku tuan rumah!).




Juga kerana sudi beramah mesra, sudi bawa makanan yang sedap lagi enak lazat, yang sudi menegur sapa berpeluk manja mengada... hahahaha!


Tuan rumah terselit di belakang. Alahai...



Dia kata, “Tak tau cemana nak habaq perasaan. Speechless!”
(kerana apa tu? adakah kerana bertemu saya?) hahahahaha


Lagi gambar akan dimasuk jika ada masa.
Cerita juga akan dibebelkan bila ada waktu nanti.

Apapun, sila komen jika ada yang tidak berpuas hati terutama kepada Makcik Apron Merah itu!




~...HISYAM mengirim amaran lewat surat di bawah ampaian supaya SERI BULAN tidak ke mana-mana apalagi menunjuk muka di khalayak ketika dia tiada menemani kerana terlalu sibuk melayan karenah anak dara Pak Imam yang lebih kededek mencari pucuk cemperai di baruh barat...~









Gathering Blogger 23 Oktober: Khemah kuning ya kengkawan...!

Assalamualaikum
Ahad
23-10-2011


Malam tadi AA singgah di rumah KAKCIK SEROJA.

Khemah putih Kuning ya kengkawan!


*lebihkurang begini. *pic Google


**si pencerita ini sedang kukus Pulut Kuning.












LinkWithin

Related Posts with Thumbnails