السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
03-10-2012
Rentetan berita di Buletin Utama tadi.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas:
Pengkid ialah ‘tomboy’ atau lesbian, merupakan gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual.
Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme. Golongan ini menonjolkan identiti gender dan seksualiti yang sering dilaporkan sebagai naluri semulajadi mereka.
Pengetua Pusat Kebahagiaan Remaja dan Wanita (KEWAJA), Yahya Mohd. Yusof, menyatakan bahawa dahulu golongan ini agak tersorok dan berada dalam kelompok sendiri disebabkan tanggapan konservatif dan negatif yang banyak dipaparkan di media massa. Walaubagaimanapun, kegiatan pengkid kini lebih terancang dan berani, terutamanya di kalangan aktivis hak-hak seksualiti dan gender.
Di kawasan taman aku, malah 2 buah rumah jiranan aku, ada pengkid tinggal menyewa. Sungguh, depa ni lawa-lawa. Kulit licin, bersih gebu. Rambut pendek, jeans mahal, kasut (lelaki) pun mahal. Pakaian jenama hebat. Motor sporty lagi ranggi... Dan benar, mereka nampak mewah. Tapi depa tak kacau orang. Depa dengan dunia depa jer. Pi balik keja. Tiap kali keluar sama-sama, mesti pegang tangan.
As MyTOKLAKI pernah kata; “nak marah tak boleh, nak tangkap tak boleh. Dah pompuan sama pompuan.” > Bini dia diam jer, takut nak komen. Sebab sendiri ada anak pompuan 4 orang!
Jangan tak tau, rupanya depa ada kelab sendiri. Pengkid Club (Google sendiri untuk tengok).
Interbiu di tv tadi, sorang Pengkid: “Kalu Pondan dapat sorang suami orang tu dikira hebat, lalu Pengkid yang bleh dapat awek bertudung, dikira Champion!”
Cuba untuk memahami...
Moga anak-cucu generasi kita tidak tergolong, tidak terdorong ke arah kumpulan ini.
~...menjadi dara sunti di Kampung Separuh Desa sudah menjadi suatu kebanggaan kepada ramai warga gadisnya bila seorang teruna tak berapa sunti bernama HISYAM tiba menjadi jejaka pujaan walaupun SERI BULAN pengapit paling rapit selagi lelaki itu murah senyumnya pada semua, dia masih membuka laluan untuk dipikat...~
sedih. sebab ada kawan sendiri jadik pengkid. ada girlfriend.
ReplyDeletecane nak buat?
Ya sedih. Jika mampu, nasihat pelan-pelan.
DeleteMaha bijaksana dan maha mengetahui Allah, mengapa Dia mewujudkan golongan ini.
ReplyDeleteSama-sama la kita mengambil iktibar...
DeleteSemoga mereka boleh berubah ke naluri asal sebagai wanita yang hebat seperti kita kita semua
ReplyDeleteNaluri mereka tetap ada perasaan wanita. Tapi kerana beberapa sebab yang hanya mereka saja yang tahu, depa sengaja ubah nak jadi lelaki pula.
Deleteinilah dunia akhir zaman.
ReplyDeleteBenar. Semoga ada cahaya keinsafan.
DeleteAs salam Kak AA,
ReplyDeleteDoa & doa selalu... ALLAH mengengam hati2 manusia utk berubah... Ramai juga yg dah kembali ke jalan yg benar... Moga cahaya hidayah buat mereka2 ni... :'(
Ya, selain dari usaha memujuk, mengajar, doa juga adalah antara usaha paling berkesan. Semoga mereka mendapat kesedaran.
DeleteOrang muda memang suka ikut rasa dan ikut kata hati..
ReplyDeleteSemoha depa diberi hidayah oleh Allah
Ada juga yang sudah mula merasa perasaan itu sejak usia kecil lagi. Mungkin pengaruh sekeliling.
DeleteSAYA SUKA BACA ENTRY AKAK NIH :) SAYA MENGAKU SY JENIS TOMBOY DAN PENGKID..JADI MCM INI BUKAN DI MINTA DAN PINTA KAK..SAYA CUBA BERUBAH UTK MENCINTAI SEORANG LELAKI TP SY TIDAK MEMPUNYAI HATI KE ARAH ITU..MEMANG GOLONGAN KAMI NIH GOLONGAN SONGSANG TAPI KAK BUKAN SEMUA JENIS PERANGAI MCM DLM TV3 TUNJUK KAK SAYA TERKILAN DAN SEDIH KENAPA TV3 HANYA MEMAPARKAN ISU PENGKID?KENAP TAK MEMAPARKAN ISU LELAKI BAWA PEREMPUAN CHECK IN,ISU GAY,NYAH,DAN LAIN2 DI MANA MEREKA JUGA ADE MINUM ARAK TERANG2AN,BERCIUM DI KHALAYAK DAN MACAM2 TAPI KENAPA GOLONGAN PENKID/TOMBOY SAJA YG TUNJUK?SAYA MENGAKU ADE ORG SEJENIS SAYA PERANAGI TERUK TAK KIRA LAH SIAPA2 BAIK LELAKI KE PEREMPUAN KE NYAH KE GAY KE SEMUA ADE NEGATIF KAK..CUBA LAH SELAMI DUNIA KAMI,ADE GOLONGAN KAMI BERKERJAYA,XMINUM,XMEROKOK DAN LAIN2 BEGITU JUGA BG SI NORMAL LELAKI DAN PEREMPUAN,NYAH,GAY N SO ON..JIKA BETUL LAH KERAJAAN NK BANTERAS GOLONGAN KAMI,KAMI TIADA AMSALAH TP BIAR ADIL..POLIS2,ASKAR,ATLET2 YG MCM KAMI HARUS DI JATUHKAN HUKUMAN YG SAMA BANTERAS MEREKA JUGA JGN PILIH BULU..SAYA MEMANG MALU DGN GOLONGAN TOMBOY/PENKID YANG SUKA MENUNJUK2 DAN TANPA SEGAN SILU BERPELUKAN BERCUMBU TAPI MEREKA NIH GOLONGAN BARU NAK UP KEBANYAKN PENK YG MATANG TAHU BATAS NYA MCM LELAKI DAN PEREMPUAN KALU BARU BERINTA NAK UP CM NIH LAH...SAYA JUGA BUKAN PERFECT TAPI ELOK KE BUKA AIB ORG?SEDANGKAN NT 4 JARI AKAN TUNDING KAT KITA OPEN AIB KITA LAK..SAYA MASIH MENCARI HIDAYAH DAN MASIH BELAJAR ILMU AGAMA UNTUK BERUBAH..INSYAALLAH SUATU MASA SAYA TAHU SAYA HANAY DI MILIKI OLEH LELAKI JUGA..TAPI SELAMI KAMI JANGAN ANTI KAMI.
ReplyDeleteAlhamdulillah... semoga hati adik akan terus teguh untuk berubah ke arah yang lebih baik. Semoga sisi baik itu akan terus kekal dan mengubah persepsi segelintir masyarakat terhadap golongan seperti adik. Terus bersabar dan teguh ya...
Deletejenis penk berlagak ckp champion dpt awek bertudung mereka itu mentah dan bangang..
ReplyDeleteKita juga berharap luahan dan ulasan itu akan adil dan meliputi semua level dalam golongan ini, so orang luar akan lebih memahami dan tidak melihat berat sebelah...
DeleteBerdoa lah dik.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDulu2, kalau ada kawan baik normal je pegang tangan & peluk2...sekarang kalau buat mcm tu, lain maknanya ;)
Golongan ni perlukan kasih sayang kita, bukannya diboikot
Kita perlu mendekati mereka jika mahu memahami mereka, bukan menghukum tanpa tahu apa yang ada di hati mereka.
DeleteNgeri bila membayangkan kemungkinan terjadi pada anak sendiri! :(
ReplyDeleteBerdoa yang baik-baik saja la kita...
Deletesemalam saya jumpa 2 org masa nak g beli barang.
ReplyDeleteyang ke-2 tu siap tunjuk isyarat lucah ke kami. sebab kami lintas jalan masa tu ketawa sakan. ek eleh dia perasan kami ketawa ke dia. kikiki..
Korang pun. Tak baik ketawakan orang tauuuu....
Deletehanya mampu berdoa mudah2an mereka diberi hidayah dan keluarga kita dilindungi...
ReplyDeleteAaminn... moga begitulah.
Deletesama juga mcm kes lelaki "lembut" menjadi pendidik@guru.berbagai pendapat yg kita dgr semua negatif belaka.
ReplyDeletesebenarnya kalau kita berada didlm kelompok ini,baru kita tahu mereka ini sangat proaktif dan berdedikasi.mereka ikhlas berkerja,datang sekolah awal,bertugas tidak berkira,mengambil bahagian dlm semua aktiviti sekolah dgn mudah kata depa ni golongan yg mmg layak menjadi guru.
jika dibanding dgn guru LELAKI [------->tak semua tp mmg ada<-------] mereka ini lebih suka kpd aktiviti bersukan atau aktiviti luar yg mana boleh keluar ^BERAKTIVITI^ :p
jadi kesimpulannya jgn lah pandang negatif kpd golongan mcm mereka ini lesbian,gay,maknyah dsbnya kerana mereka tidak meminta menjadi seperti ini tapi ini mungkin ujian dari ALLAH SWT kpd kita,ibubapa,masyarakat kerana hanya DIA yg tahu.
bersangka baik dan kalau boleh tegur,tegurlah dgn berhemah.
Sebagai manusia biasa, tentulah juga persepsi kita berbeza-beza. Adakala persekitaran sangat mendorong pula kita untuk sama mencemuh. Masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menyokong, membantu atau jika tidak mampu pun, setidak-tidaknya tidak sama mencemuh.
Deletesedih...bonda sendiri pernah di marahi pasal menegur. bagi pulak alasan orang bodoh kat bonda knapa mereka jadik macam tuh. sejak dari itu...malas dah nak campur, depa nih cakap bukan main pandai..sigh!
ReplyDeleteBila ada kes macam tu, ramai juga yg pasti malas nak masuk campur.
DeleteSama-samalah doa yang terbaik buat mereka. Melalui jalan yang benar dalam melawan rasa dan nafsu. Menunding jari dan saling meyalahkan tidak akan menyelesaikan masalah.
ReplyDeleteMencari jalan penyeleesaian bukan hanya menjadi kerja pihak berkuasa atau berwajib sahaja. Masyarakat juga ada peranan untuk membantu.
DeleteAssalamualaikum Azie
ReplyDeleteSubhanallah
moga Allah pelihara mereka dan zuriat kita
Salam.
DeleteAaminnn... moga begitulah hendaknya.
DUNIA AKHIR ZAMAN..DAH TAK PELIK..DALAM AL QURAN PUN DAH SEBUT... SUATU KETIKA GOLONGAN LELAKI SEMAKIN PUPUS.. DAN RAMAI PEREMPUAN BERPAKAIAN SEPERTI LELAKI... MAKANYE .. TANDA KIAMTA BESAR TELAHPUN HAMPIR SEMPURNA ..SUBHANALLAH.... MOGA ALLAH AMPUN KAN KITA SEMUA
ReplyDeleteSama-sama kita menginsafi..
Deletekak ade link video tu tak..sy xberkesempatan nak tgk berita semalam... teringin jgk nak tgk bdk pengkid tu
ReplyDeleteTakda la Nurul. Rasanya malam ini ada bahagian ke-2 kot... buletin utama TV3.
Deletejam bujang2 dulu, housemate pengkid. duk lilit bandage keliling nenen. motip??? awek dia housemate jugak. apa kabar la dirog skrg ni. harap2 sudah insap.
ReplyDeleteMereka cuba menidakkan fitrah seorang perempuan yang dikurniakan kepada mereka.
DeleteSimpati dan worry
ReplyDeleteYa. Kita simpati dan semakin risau. Cabaran sungguh.
Deletekena sentisa doa kan anak2 semoga tidak terjebak dalam hal2 begini... huhuu.. senak perut bila fikir..
ReplyDeletebiar allah yg tentukn..allah yg ciptakn..pasti ad hikmah..jgn bertindak secare melulu..just berikn nasihat..insyaallah..mereka akn berubah..semua org nk khidupan yg sempurna..semoga mereka menemui jalan yg benar..amin..
ReplyDeletebiar allah yg tentukn..allah yg ciptakn..pasti ad hikmah..jgn bertindak secare melulu..just berikn nasihat..insyaallah..mereka akn berubah..semua org nk khidupan yg sempurna..semoga mereka menemui jalan yg benar..amin..
ReplyDeletehai
ReplyDelete