Wednesday, February 29, 2012

Bersaing Sihat, Jangan Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
28-02-2012


Nak kata umur budak tadika, tapi hebat bergaya mengalahkan tokey sekolah tadika itu sendiri.

Kalu bebudak tadika tu bergaduh manja berebut mainan atau tolak sampai tertomoih kawan kerana berebut buaian, masih lagi cikgu meleraikan dengan penuh kasih sayang.

Ada ketikanya, bebudak tadika bercakar malah ada yang lebih daring berkasar kerana berebut seorang budak perempuan yang paling cute lagi comel dalam kelas (macam aku, hehehehe).. dan cikgu masih lagi meleraikan dengan tidak berbelah bahagi.

Tapi kalu udah tua bangka beranak-pinak ajak berlawan, bersaing pada sesuatu yang dipanggil menang jadi arang, kalah jadi bilah... rentikanlahhhh!

Tak sesuai okeh. Mak bapak pun belum tentu rajin nak pujuk.

Terimalah hakikat kemenangan memang milik mutlak kau jika itu yang dipasak ke minda selama ini. Takda sapa pun nak rebut. Banyak kerja lain lagi.

Jika merasa lebih hebat, kasut skulah paling putih, pensel paling banyak, gambar katun paling banyak di beg skulah, pensel warna paling banyak, mainan paling canggih, dapat markah A paling banyak, cikgu tanda bintang paling banyak.... dan lain-lain yang paling paling... list la apa saja yang kamu mahu... hahahaha!

Teruskan. Kamu menang besar.

Tiada siapa berminat pun nak bersaing berlawan. Kerana dunia kita tidak pernah sama. Dunia yang berbeza pasti mempunyai tanda aras dan persepsi yang berbeza untuk menyebut tentang cemerlang dan senang hati.

Alhamdulillah, kamu sedang berbahagia. Dan pasti lebih bahagia jika tidak takut dengan bayang-bayang sendiri. Carilah keyakinan sendiri dan percayalah, tiada siapa mahu bersaing dengan kamu pun.

Kerana seorang aku telah lama tahu, jika kamu menang dengan markah 10, ada ramai lagi orang di luar (luar dari dunia kamu), telah lama menang dengan markah beratus-ratus!


Tayang-tayang breakfast:


Sebenarnya CHAK yang minat sangat Mushroom Soup nih. Tapi selaku orang yang membeli lagi membayar serta menyediakannya, aku pun terikut-ikut.







~...biarpun sering dikata sindir oleh mereka yang ingin merebut perhatian HISYAM, SERI BULAN tidak pernah takut dan gentar kerana sejak dahulu pun HISYAM tetap cenderung kepadanya, tetap condong ke arahnya walaupun matahari menyinar tegak di atas kepala dan pelangi melengkung indah di sebelah lembah...~







Tuesday, February 28, 2012

Angelina Jolie dari gua ajaib...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
28-02-2012


Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall. Anak beranak ni baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum ni asyik dok memerap kat kampung saja. Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia.

“Pak, itu amenda pak?”

Bapak menjawab,“Entah lah nak, bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...”

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-gigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut. Lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup. Tidak lama kemudian lif terbuka... TINGGGG!!!!!

Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE... Lantas berkatalah bapak si Bedah kepada Bedah...

Pic: Google


“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KE MARI, KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH...! CEPAT...!


*Sumber: CalukCorner
**Nama BEDAH itu sendiri ada banyak makna kepada aku semasa aku bersekolah dulu, sebab ramai kawan-kawan lelaki yang suka panggey aku dengan nama tuh. Konon manja ler sangat! Menyampah tau tak?





~...HISYAM sendiri ada panggilan manja untuk SERI BULAN selain nama SERI BULAN itu sendiri setelah dia mendapat gelaran lebih manja lagi dari kawannya itu...~







Baju Dayang Senandung ni dah siap!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
28-02-2012


Ada kalendar tanda 9 Mac cuti skulah. Tapi itu hari Jumaat. Atau 10 Mac Sabtu tu start cuti? Para cikgu, sapa boleh sahkan?

Jika Jumaat 9/3 tu dah cuti, boleh lah aku plan cuti untuk balik awal ke kampung.

2 minggu lepas, MyKak Yang datang KL uruskan edar kad kahwin. Langsung bawa kain untuk dibuat baju “sedondon” pihak pengantin perempuan.

Tema depa kali ini — pilihan pengantin pompuan sendiri — Konsep Melayu Lama/Songket. Mesti menarik tuh.


Warna kuning bakal dipadankan dengan selempang songket or something yang similar. Aku belum tengok lagi kain selempangnya.

Mula-mula aku plan nak guna kain batik sarung, letak atas kepala macam dalam filem Melayu dolu-dolu. Itupun menarik gak kan? Tapi agak remeh dan leceh gak jika dalam majlis kita sibuk nak urus itu ini. Kang tak pasal-pasal kain batik sarung asyik terlondeh jer.

Seronok juga eh, sekarang kenuri kahwin sudah ada tema dan konsep segala bagai. Banyak beza dengan kenuri zaman dolu-dolu. Yang dolunya, banyak main belasah jer. Asal pengantin warna sama kaler, dah kira hebat dah tuh.

Cuma aku tengok, sudah kurang pengantin nak pakai songket sedondon penuh. Mungkin fabrik yang panas tuh kurang sesuai jika dibawa bersanding di tengah laman or dewan. Kang tergaru-garu plak kegatalan. Hehehehe


*terkenang: tangan sejuk gigil bila tiba-tiba kena paksa bersanding di tengah laman depan “Geng Kedehog” @ Mentara!. Cisss.....!






~...ntah malang ntah nasib kurang baik, malam berinai teruna-dara di sebelah baruh dimeriahkan juga dengan hujan lebat lengkap kilat menyabung dan guruh berdentum lalu HISYAM terasa hendak bermalam saja di danau menunggu durian, tetapi SERI BULAN segera beramaran: “jangan sampai kisah Taruna, Dara & Aduka dari Kg Semerah Padi” berulang pula di Kampung Separuh Desa...~







Monday, February 27, 2012

Ke Velodrom Lagi: tak berapa kampung sangat...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin, petang
27-02-2012

Menjawab komen di entri sebelum ini sini saja ya...

kakcik said...
Kat Maluri tu ada restoran kari kepala ikan, kan? :)
February 27, 2012 10:59 AM
KAKCIK SEROJA: Saya tak pasti di mana restoren kari kepala ikan itu. Mungkinkah yang dekat dengan Maybank itu ya?

gadisBunga said...
restoren kepala ikan tu pedas la mak! eh? heheh~
*
uish. yg dah keje 10 tahun tu apa agaknya perasaan depa?
*
k azie, makan kat black canyon. wujud lagi ke black canyon tu?
February 27, 2012 11:05 AM
GADISBUNGA: Yes. Black Canyon tu masih wujud dan masih meriah. Sebumbung dengan Jusco. Dari tempat kerja Kak Azie cuma 2 minit berjalan kaki.

munna said...
Kat Maluri office akak dekat dgn JUSCO ke....
February 27, 2012 11:15 AM
MUNNA: Yes. Sangat dekat. Itulah tempat meronda tiap kali lunch pun, jika tiada appointment luar.

ejaescobart said...
penah rasa situasi cenggitu... masing2 sibuk pack barang.. sebab Boss sibuk nak merge company dgn China.. dia seronok2 dgn 'Mem' tak rasmi.. kami yg sedih dok hantar resume merata tempat..
masing2 bawak haluan sendri tanpa ada farewell party pun... :(
February 27, 2012 11:30 AM
EJA: Kak Azie pun tak berapa minat bab farewell party ni.

Daddy Ziyyad said...
saya tak makan kari kepala ikan. kepala ikan bilis aja yg saya makan
February 27, 2012 11:55 AM
DADDY ZIYYAD: Kak Azie suka makan kepala ikan gak wpun Ustaz pernah kata, tak elok.

Azian Elias said...
apa 2 pun perlu perubahan.. baru teruja menghadapi hidup..
February 27, 2012 12:21 PM
AZIAN: Memanglah perlu saangat. Jika tidak berubah, masih ditakuk lama, bos pun menyampah.

zue said...
klu ada apa2 prubahan kat opis selalu hati kzue brdebar2 sbb org lama akan dikira mesin tua takut kena ganti yg baru..
February 27, 2012 12:52 PM
KAK ZUE: Janganlah takut. Ada ketika kita memang perlukan orang lama untuk membantu kita dan mereka lebih produktif macam kita masa muda dulu juga.

CT NoArIzAh ArIs said...
Selamat berhijrah ke tempat yg baru semoga akk succes di sana... mungkin disana lebih baik dari tempat yg lama ni sapa tau rezeki semakin lebih di tempat yg baru..:)
February 27, 2012 1:14 PM
CT NOARIZAH: Terimakasih. Aminnn. Memang sentiasa mengharapkan yang baik-baik sahaja.

NzA said...
sesuatu yg baru trkdg menyeronokan n trkdg mendebarkan...moga segalanya dipermudahkan....
February 27, 2012 2:08 PM
NZA: Bila kita mendapat sesuatu yang baru, kita akan dapat semangat baru kerana situasi baru biasanya memberikan inspirasi.

Yunus Badawi said...
2-3 hari ni ada ke mood nak kerja?

Gaji jalan lagi tau. Kerja kena buat jugak .... hehehe
February 27, 2012 2:54 PM
YUNUS BADAWI: Betul tu. Selagi gaji jalan, selagi bernama pekerja setiap kerja mesti disudahkan juga.

Yunus Badawi said...
Betul ke Daddy Ziyyad makan kepala bilis? Teringat kisah org yg dapat hidayah dari kepala bilis
February 27, 2012 2:54 PM
YB: Hidayah macamana tuh. Cer citer!

AzeedA said...
Kak..
'the only constant in life is change'
-dengor kat estro-

nak oder tat! nnti ai sms yu :)
February 27, 2012 3:44 PM
AZEEDA: Stok Tart baru nak amik petang esok. Sila sms sebab masih ada banyak lagi lebih nih.

Deru Ombak said...
Salam Azie.
Harap semuanya yang baik2 ajer walau Apa pun perubahan yang dilaksanakan nanti.

Makan2 kat mana pun ok kan,, janji sedap...
February 27, 2012 3:47 PM
DERU OMBAK: Betul tu Kak. Makan kat mana pun sedap. Terutama jika free. Hehehehehe


******

Cerita hari ini:

Tujuan asal, adalah kerana urusan rasmi. Harus menyemak beberapa dokumen menyebabkan lunch date dibuat. Antara sebab lain tentulah nak makan ketam yang konon sedap pernah AA sebut dalam entri sebelum ini. My kawan ni pun teringin la sangat kononnya.

Velodrom lagi. Kedai di bawah yang biasa aku pegi dulu, tak beroperasi hari ini. So, no choice. Naik ke port paberet aku jika ke Restoren Hj Hassan Ayam Kampung. Tingkat atas. Sedikit lengang.



Kali ini tak berapa “kampung” sebab amik sudu sampai dua. Dah tak tuang kuah lagi dah. Tembikai Laici macam biasa.



Zoom! dengan niat nak kasi orang terlior. Hahahahahaha!



Dah lama nampak stiker ni, baru kini teragak nak snap. Jika sesapa jumpa stiker ni, akan tahu di situlah port paberet AA bila ke Restoren Haji Hassan, Velodrom Cheras.

Terimakasih kepada mereka yang terlibat dalam ini cerita!





~...HISYAM dan SERI BULAN tergelak guling-guling bila ada cerita membawa isu cemburu dan ego tercabar terhadap mereka berdua kerana tidak upaya menjadi popular walaupun lebih kaya kerana dalam minda orang cemburu buta melihat kekayaan adalah benda utama dipandang orang untuk disukai dan ternyata itu suatu alasan yang terdesak...~








Cerita Tempat Kerja: Menghitung Hari...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
27-02-2012



Menghitung hari.

Lagi 2 hari, perubahan besar akan berlaku di tempat kerja.

29 February — mujur tahun ini ada 29 hari — menjadi hari akhir kami di company ini. Last week, Bos Nomot Dua (Mummy) baru balik dari China (bercuti) dan terus announce beberapa perkara yang perlu diketahui. Surat rasmi laa.. bla blaa..

Bos Nomot Satu juga bercakap tentang perkara-perkara akan datang. Nanti aku dedahkan.

Seorang lagi Bos @ Manager, ada juga tapi langsung tak cakap apa-apa.

Plan untuk farewell rupanya ada juga. Masing-masing nak buat pada 29hb nanti. Adehhh! Nak lari bleh? Depa dah mula pilih-pilih tempat. Masa aku gatai mulut sebut nak makan kat Sg Wang or Bukit Bintang semua terdiam. Why? Rupanya nak makan kat area Maluri ni jer. Alaaaa... Takpa, aku ikut jer macam orang menurut perintah tak berani bantah.

Masing-masing dah packed barang nak angkut. Banyak gak, maklum depa tu ada yang kerja sampai dah 10 tahun dah.

Aku tak banyak barang pun. Simple.

Tengok suasana, sedih pun ada. Tapi perubahan itu perlu. Mungkin perubahan ini akan memberikan kesan baik dan lebih bermakna kepada semua orang.





~...sejak menjadi sebahagian warga Kampung Separuh Desa, HISYAM dan SERI BULAN sendiri merasakan mereka menjadi orang perhatian yang sering meniti di bibir penduduk, samada bercakap tentang ikhlasnya mereka atau mesra bak merpati dua sejoli tetapi yang paling banyak adalah kata gossip-usik menyebut HISYAM sebagai seorang lelaki yang tidak harus dilepaskan: perasan!...~









AZURA 2012 vs AZURA 1984: Macam langit dengan bumi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
26-02-2012


Sabtu Ahad panjang pula dirasakan bila tiada xtvt luar yang dibuat. Aku sengaja mengosongkan hujung minggu. Tangguh semua kerja luar.

Semalam Sabtu, layan filem SANGAM sepetang. Kemudian CHAK merengek nak tengok Bujang Terlajak, lalu aku pun beli thru Astro First. Dia ulang tengok sampai 5,6 kali. Adehhh...!

Ahad, aku sempat layan rancangan khas eksklusif tentang kisah cinta LISA SURIHANI-YUSRI. Seronok tengok luahan orang-orang sekeliling pasangan cute itu.

Sebelah petang aku layan Full Movie AZURA 2012 di YouTube. Cukuplah sekali. Sekadar memenuhi dan mencari keistimewaan. Kerana ini filem “remake”. Arahan Aziz M. Osman yang sudah dirancang bergitu lama.



Filem Azura asal (1984) ditayang ketika Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud berada di puncak kegemilangan. Filem arahan Deddy M. Borhan ini menjadi filem Melayu pertama mencapai box ofiice. Siap ada jual dalam bentuk kaset (dialog saja lah). Masa tu aku Form 5, dan kami memang beli kaset tu, sebab masa tu tiada CD dan memang tidak ke panggung langsung.


Jadi bila selalu pasang, banyak dialog dlm filem Azura ’84 tu memang aku boleh hafal. Sayang, filem itu jarang ditayang masa kini. Cuma pernah sekali dua sahaja.

Dalam Azura 2012, OGY pun ada berlakon (watak ibu Azura) tapi cuma muncul sekali, tanpa dialog pun.


Secara dasarnya, plot Azura 2012 ni, hampir sama jer dengan yang asal. Kisah cinta, kahwin tanpa restu kerana Zack anak jutawan. Hidup susah kerana ayahnya Tan Sri Puteh (dulu Dato’) sekat semua elaun. Kerja stesen minyak. Disuruh berpisah demi masa depan.. Bla bla... Semua masih plot yang sama. Dah remake, kan?




Lakunan, hampir semua biasa saja. Shah Jazle mungkin berlakon dengan baik, tapi reputasinya lately tidak baik, penuh kontroversi lalu mungkin orang berfikir dua kali untuk ke panggung.



Aku tak kenal sapa pelakun baju hijau nih. Watak antagonist. Jadi kakak tiri Zack. (dolu Zack anak tunggal). Sebagai Wanda, hati busuk dan asyik speaking jer dari mula sampai habis. Moden sangatlah konon.

Bagi aku, Azura 2012 tak best. Citer biasa saja. Filem cinta, memang tiada aksi. Dramatik sangat pun tidak. Pendekata tiada yang boleh membuatkan kita teringat kerana tiada scene yang mengesankan. Lagu pun tak best, kecuali lagu AZURA asal itu disegarkan dan digunakan juga kali ini.

Aku google sedikit info tentang AZURA 2012: kutipan filem Azura 2012 sehingga 6 Februari 2012 sekadar mencatatkan angka RM600 ribu. Sungguh mendukacitakan.




~...HISYAM pernah kata, “awak bukan sahaja sahabat baik saya tetapi juga seorang teman sejati dan sejiwa,” malangnya SERI BULAN sering dikelirukan pula oleh perlakuannya yang sering memberi layanan manja pada hampir semua anak dara Kampung Separuh Desa...~








Sunday, February 26, 2012

Entri Merajuk: Jangan Tersilap...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
26-02-2012


Entri yang sangat peribadi...

Entri ini mungkin akan menjadi sangat panjang. Bagi yang tidak faham, abaikan saja.

Aku menulis dengan tujuan beberapa perkara. Pertama, untuk menyimpan kenangan sebuah peristiwa telah berlaku pada bulan Februari ini. Kedua, untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan panduan akan sesuatu kejadian dan mungkin dapat belajar sedikit bahawa dalam kehidupan ini ada benda yang tidak kita duga berlaku tanpa kita rela.

Selebihnya, aku juga berharap pihak-pihak tertentu akan membaca. HARAP juga mereka membaca, dan cuba memahami isi hati aku dan kemudian menilai samada segala anggapan mereka selama ini benar atau terpesong sama sekali.

Jangan tersilap.

Aku berurusan dengan ramai orang. Sejak dulu lagi. Sejak menjadi seorang Sukarelawan lagi. Aku kenal ramai orang sebanyak orang juga kenal aku. Kenal gitu-gitu. Bukan perlu berhubungan berlarutan pun, malah ramai yang aku tak pernah contact pun sebab aku tak berapa minat bab nak simpan no telefon orang. Yang pasti tiada musuh.

Aku berkarakter agak agresif. Suka gelak-gelak. Bila kena rentak, buat lawak tak bijak, merapu... dan akhirnya gelak-gelak lagi. That is me. Kau boleh terima atau tidak, bukan masalah besar aku.

Karakter orang lain pun pelbagai. Aku terima saja. Tak menjadi kepentingan atau kesan buruk pun. Kawan tetap kawan.

Dalam berurusan samada rasmi atau tidak rasmi, soal kerja atau soal peribadi ada ketika kita tidak dapat menduga langsung hati orang. Apatah lagi orang yang kita tidak kenal rapat sama sekali.

Tetapi adilkah kita yang baru jumpa sekali dua, sudah diberi penilaian buruk dengan hanya anda yakin anda benar? Betulkah penilaian dan anggapan itu betul? Hanya semata-mata anda serik dengan kes-kes terdahulu (yang mana aku tak tahu menahu pun), jadi aku dilihat sebagai anasir untuk kes yang sama? What the heck?

We go more specific > bila orang-orang yang aku kenal kerana berurusan soal kerja dan soal rasmi, mereka mempunyai masalah peribadi di luar sana, kenapa mesti dikaitkan dengan orang lain (dalam kes ini: AKU).

Kalu BB tu kawan aku, CC juga kawan aku sedang bermusuhan di luar, korang settle lah sendiri. Apa maknanya nak todoh-todoh AA jadi penghasut. Aku buat kerja aku saja. Luar hal kerja, aku takda masa nak sembang pasal personal korang. Aku tak minat pun nak jadi pelakun tambahan.

Kalu perempuan lain pun boleh disyaki nak himpit laki dia, tak mustahil suatu hari nanti aku plak yang jadi salah seorang dalam SENARAI DISYAKI juga, kan? Hahahahaha... masih ada saham lagikah aku ini? Aku tak minat nak fikir pun. Banyak kerja lain.

Menuduh tanpa bukti sebenarnya sukar diterima. Macam orang teraniaya. Setelah selama ini bertungkus lumus membantu tidak berkira, kenapa soal peribadi yang menjadi isu penting pula?

Jangan tersilap.

Nak cabar orang buat jahat, kah? Sebenarnya nak buat jahat dengan alasan dendam dek teraniaya dan sakit hati, amatlah mudah. Mudah sangat. Banyak cara. Tapi itu bukanlah cara kita, bukan cara aku.

Untuk menganiaya kembali dengan mensabotaj kerja yang ada, juga boleh dan mudah sangat, tapi untuk apa semua itu. Jahat berlawan dengan jahat? Lalu kita jadi apa? Jadi syaitan lawan iblis? Boleh lena tidor pastu?

Aku tak pandai nak nasihatkan orang, sementelah orang-orang itu jauh lebih dewasa dari aku, yang aku pandang tinggi dan hormati. Cuma aku tidak menduga dalam “lurus-bendul”nya aku dalam setiap urusan, tetap juga tersenarai untuk terkena tempias hujan gerimis di tengahari? Oh come on...!

Jangan tersilap.

Jika tidak mengenali seseorang dengan mendalam, jangan paksa diri. Setidak-tidak jangan memberikan andaian buruk sehingga melukakan hati dan mengguris perasaan orang yang pernah berbuat ikhlas dan banyak membantu.

Aku tiada benda apa nak say “Sori Berlori” kali ini. Aku buat kerja aku saja. Yang pasti aku sangat kecewa dan terluka dengan fitnah yang dibawa. Memberikan rasa serik.

Kerana sudah berhari-hari berlalu, aku sudah boleh menerima semua ini sekadar latah suatu pihak. Aku tak berhasrat untuk membalas walau satu perkataan pun. Tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Kerja dan tanggungjawab harus diteruskan. Apa yang telah diusahakan, tidak boleh ditamatkan begitu saja. Perkara yang sudah separuh jalan, harus disudahkan walaupun pernah suatu ketika, semangat merudum ke paras zero!


Sekali lagi, jangan tersilap. Aku hanya nak buat kerja aku saja.





~...setiap kali ada pertembungan di simpang denai yang bagai disengajakan oleh anak dara Pak Imam, HISYAM sedar pasti ada perbualan ringkas yang menjurus hendak menghentam SERI BULAN dengan niat menurunkan markah di matanya, tetapi HISYAM sudah menyimpan sejumlah point tinggi begitu lama kerana hanya dia kenal SERI BULAN itu ibarat sebutir kejora dalam kelompok Seribu Bintang...~







Orang Banting, boleh tolong tak? > Rayuan Dari Seorang “Pandai Makan”...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu, malam
25-02-2012



Dolu, rakan sekerja masa di Imbi selalu jadi tukang beli/stokis untuk Kerepek Pisang yang sangat lazat lagi lemak ini.



Sejak kami berpisah pada tahun 2009, aku tidak lagi mendapat bekalan dari dia. Dia pun sudah tidak bekerja lagi. She is an Indian girl. Sangat baik hati dan tak berkira pun.

Bekalan diambil dari pengusaha industri kecil (IKS) di sekitar Banting. Katanya. Masa tu, sapa pun tak kisah siapa yang supply. Tahu makan saja.

Sekarang, aku teringin. Teringat. Mana nak dapat lagi?

*pic snap sendiri, tak cilok orang punya
Koleksi moblog azieazah_KgMMS, tahun 2009


Pernah la beli dari kedai or pasar malam, tapi tak pernah sama dengan Kerepek Pisang buatan orang Banting nih.

Buat sendiri? Ohhh... pokok pisang saya belum tumbuh daun, bang!

Sapa tahu, mana boleh dapat bekalan? Email me the info. Or text me dalam FB. Terimakasih.




~...pernah suatu hari, SERI BULAN berjaga malam semata-mata hendak belajar menumis sambal nasi lemak buat sarapan esok hari sambil berangan hendak menunjuk lagak kepada HISYAM konon sudah pandai melipat daun pisang tanpa sedar lelaki itu sudah berjanji menyarap diri di kedai simpang menjamah kuih hasil karya anak dara Pak Imam...~







Saturday, February 25, 2012

Bloggers, Jom Lawan Bowling...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
24-02-2012


Sapa berminat nak join bowling? Samada suka-suka atau organise tournament?

Sila cadangkan tarikh, masa dan lokasi.

Jika boleh biarlah perancangan ini dibuat sebulan dua, untuk mendapat tarikh terbaik dan masa sesuai.

Rasanya, gathering blogger pun dah abih edah. Jom kita dating lagi!

Bagilah cadangan. Jika ada info tentang pakej harga, lagi baik.




Memang dah lama tak membowling.

Juara Longkang @ J-Lo belum ada yang boleh lawan aku!

*11 April, sudah diumumkan cuti sempena Pertabalan Agung. Kita boleh pilih tarikh ini, kan?




~...HISYAM mula merancang cuti...~







Entri Penghargaan lagi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
24-02-2012


Persahabatan adalah suatu dunia dalam konteks sosial kehidupan kita. Tanpa sahabat kita tidak akan tahu kita ini kawan yang baik atau sebaliknya. Tanpa sahabat kita tidak dapat membuat perbandingan or pertimbangan sebelum membuat keputusan. Malah perbincangan dengan orang yang bernama sahabat selalunya memberikan kita lebih dari satu keputusan atau idea. Samada melaksanakannya atau tidak, terpulang pada keputusan bijak sendiri.

Pernah dengar “kera sumbang” kan? Orang yang tak suka berkawan tak bercampur masyarakat. Samada disisihkan atau menyisih sendiri, gelaran itu tetap membawa makna yang sama.

Dunia hari ini, bersahabat semakin luas lagi subjektif. Ada orang lebih rela bersahabat dengan komputer dia jer. Kawan maya dia beribu seluruh dunia. Atau berkawan dengan adik beradik dia saja, sebab kurang percaya pada orang luar. Terpulang kita mendefinasikan sahabat. Samada nak rapat serapatnya, atau biasa-biasa saja. Tiada langsung bersalahan.

Ada sahabat bukan semestinya nak kongsi semua benda pun, kan? Dan dengan pasangan kita pun, ada beberapa perkara terpencil yang kita lebih selesa bercerita dengan sahabat kita pula. Ini biasa.

Entri apa ni?

Sekadar penghargaan kerana aku memang ada ramai sekali kawan-kawan di luar sana. Samada rapat atau tak rapat atau dah bertahun tak contact, anda semua memang kawan aku. Samada korang ada buat silap atau “jahat” di mana-mana itu bukan tanda korang tak boleh terus jadi kawan aku. Apa yang menjadi sifat dan tabiat, hak masing-masing. Selagi tidak menjadi susah atau menjatuh maruah kita bersama, teruskan saja persahabatan biasa. Tak susah, kan?

Percanggahan pendapat dan perbezaan taraf dan warna kulit kita, bukan menjamin keselesaan perbualan. Walaupun ada segelintir orang masa time sembang suka pandang atas bawah, belek depan belakang dan topik meleset menjadi “lawa baju U.... cantik gelang U... etc. etc.”

Yang pasti kawan-kawan aku memang baik-baik belaka. Baik dalam kelas dan attitude yang tersendiri. Terimakasih kerana selalu menceriakan hari-hari aku, dan menyokong dalam cara yang tersendiri yang aku sendiri saja tahu dan rasa.

Andai sorang dua yang merasa tidak selesa dan tak mahu lagi berkawan dengan aku, langsung tidak menjadi masalah. Aku hormati pendirian setiap orang.


Suatu hari aku hendak juga menulis tentang “kampung” yang telah lama aku tinggalkan ini...




~...HISYAM: “maafkan saya kerana kali ini tidak dapat meneman pulang, ada urusan di sebelah baruh. Kawan, kawan juga.”
SERI BULAN: “It’s okeh, saya faham. Kerana kawan, kawan jugalah saya tak mahu menyusahkan kawan.”...~








Friday, February 24, 2012

Akukah yang Bersalah...?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
24-02-2012


Alhamdulillah, aku rasa kembali yakin dan normal.

Seorang Manager bersembang dari hati ke hati. Tak plan pun tajuk persembangan kami tadi. Tapi aku tahu dan sedar, dia menyimpan segala kemelut ini sudah terlalu lama. Kesabaran dia sangat aku kagumi.

Team work dia semakin merosot prestasi dan hampir kesemuanya akan digugurkan dari pasukan.

Kata orang, kalu hadap benda yang sama terlalu lama, kita akan: jika tak menyampah pun, mungkin jemu. Lalu kualiti dan prestasi tidak lagi menjadi keutamaan. Komitment menurun dan kualiti sukar dicari.

Dan bila ada beberapa orang hadir memeriahkan suasana, dan pesaing, dilihat sebagai satu anjakan paradigma, mata celik melihat ini sesuatu yang harus dibimbing, pupuk dan dijaga agar menjadi “main power” yang wajar dijadikan aset penting.

Lalu apa jadi pada kumpulan pertama? Singkir dengan cara berhemah dan mengikut lunas undang-undang. Salah siapa jika peluang yang baik tidak diguna dengan baik bagi menambat kepercayaan orang yang membayar gaji?

Lumrah, yang baru dipuja tapi biarlah puja puji tu berlandaskan bukti persembahan baik dan mendatangkan hasil. Aku sokong saja.

Zon selesa yang terlalu lama dijajah. Suatu hari jajahan kita akan ditawan orang lain yang lebih baik dan lebih berdaya saing.

Salah aku kah?

Tayang lunch:



Walaupun masih ada rasa kecewa dan sedikit bengang, aku tahu jika boikot makan, aku akan menyusahkan diri sendiri. Itu tidak bijak, namanya.






~...sepanjang memudik ke hulu walau air deras dan kolek menongkah arus, HISYAM sedaya upaya menunjuk eksyen konon pandai berdayung sedang SERI BULAN sudah lama perasan kolek masih di tengah jalan walau sudah setengah jam terendam...~








Emosi Giler Nih! Jangan silap...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JumAAt
23-02-2012



Siang tadi, ada meeting tentang offer baru kerja baru. Tak penting untuk aku publish the details pun, tapi aku nak tulis, yang aku sangat gembira dengan perkembangan ini.

Gembira hanya setakat siang.

Pastu kesedihan muncul, dan kekecewaan menutup seluruh jiwa raga sehingga menyentap semua semangat aku. Seorang aku jika tiada semangat, akibatnya tidak baik. Aku tak suka begitu.

Aku hanya buat kerja aku. Jika kau tak suka sekalipun, tak perlu lah nak kutuk aku sekeji itu...! Siasat dulu kau berurusan dengan siapa. Jangan silap.

Pernah aku mintak penghargaan selama ni? Pernah? Pernah aku suruh ko puji aku selama ni?

Aku hanya buat kerja aku. Yang kadang-kadang bukan kerja aku pun. Aku buat lebih pun tak bagitau, sebab aku cuba membantu memudahkan seluruh perjalanan kerja.

Bukan suruh balas dengan pujian pun. Tapi janganlah sampai tergamak pula nak tuduh aku gitu gini? Sempitnya fikiran...!

Kalu tak kenal aku siapa, tak perlu nak buat judgment yang merepek camtuh. Nonsense betul semua sangkaan tuh.

Biasanya orang yang suspicious memang suka buat assumption yang merepek lagi nonsense. Tiada keyakinan diri.

Kerana dia tak kenal aku siapa. Aku kenal diri aku sendiri dan aku yakin dengan diri aku.


Aku merepek meroyan sekejap kat FB. Jangan marah aarrr...!
3 kali ulang perkataan “silap”



Aku nak mengubat sedikit kekecewaan aku yang tidak terduga ini, lalu aku melihat tuduhan-tuduhan itu hanya sekadar latah orang yang dulu tak terpilih berlakun drama kat sekolah masa Talentime!

Aku tahu dan yakin, esok semangat aku akan pulih semula dan aku akan kembali menjadi aku yang biasa. Nothing special....!

Jom makan nasik!




~...terimakasih atas sebuah kejujuran walaupun sangatlah pahit Peria Katak digigit mentah kerana Mak Utih lupa membeli garam...~








Thursday, February 23, 2012

Kisah Anak Orang, Bukan Anak Udang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
23-02-2012


Masa AMOI skulah di Taiping dulu, setiap bulan (selain outing) dia akan balik ke rumah (KL). Seorang kawan dia pun selalu balik sama-sama dia. Tak ingat plak aku depa ni dok mana. Ampang kot. Lupa plak dah.

Setiap kali AMOI nak balik semula ke Tepen tuh, budak ni pun balik sesama jugaklah. Lalu kerana aku yang selalunya akan belikan tiket, budak ni pun tumpang juga. IZZI nama budak nih. Nama dia sedap, panjang tapi aku tak ingat nama penuh dia. Adehhh lupa lagik.

Bila dah hantar AMOI di Pudu Sentral (dolu Puduraya), aku akan berjumpalah dengan parents IZZI nih. Kerana IZZI ni anak bongsu, tentulah dia diawasi. Ibunya bernama Puan NORLIA. Sepanjang 2 tahun tuh, keraplah Puan NORLIA ni dan aku calling-calling kerana urusan cuti dan tiket bebudak nih. Lalu kami ni dah jadi fren.

Bila AMOI sambung skulah dia di Puncak Perdana, IZZI ni dapat tawaran belajar ke obersea. Budak pandai cemerlang, peluang mudah jer datang. Lagipun budak MRSM nih, MARA memang “jaga”. Engineering di Australia.

Bulan ni IZZI balik dari Australia. Cuti semester 1 bulan. Memang tiap kali dia balik bercuti pun, AMOI mesti pegi jumpa dia. Lepak n borak-borak kat port faberet depa.

Semalam dia dapat gift ini dari IZZI.

Cantik!


Harga bukan ukuran. Ingatan tu yang buat kita terlambung suka! Aku pun suka gak. Suka snap gambar pastu tayang kat orang. Hahahahaha..!

*Dah lama tak sembang dengan Pn Norlia tuh.





~...bila SERI BULAN terlatah terlepas kata terbuka rahsia HISYAM lulusan dari luar negara, terukir senyum lebar sampai telinga di bibir anak dara Pak Imam kerana sudah lama dia agak sebab sering bingung tidak peham-mender bila SERI BULAN dan HISYAM speaking berdua dan dia terpinga-pinga...!~







Dilema: Kalu lah Badan (yang besar ini) Boleh Dibelah Dua...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
22-02-2012


Sebenarnya aku malas nak tulis tentang dilema ni lagi. Sedih! Serbasalah.

Jadual dan program bertindih-tindih.

Cuti skulah musim kenduri kahwin. Undangan datang lagi. Aku bukanlah kategori menteri or artis yang dapat undangan bertingkat kad. Tapi kenduri di kalangan kengkawan rapat dan sedara-mara wajar/wajib dihadiri, right?

Terhampir, 10hb. Majlis walimatulurus bertindih antara kawan baik keluarga aku dan juga MyAnakMenakan (anak kakak aku). Kawan aku di KL. Kakak aku di kampung. Dan kami decided, balik kampung. Inilah masa untuk kami berkumpul.

Sedikit ralat juga, kerana tidak dapat hadir di majlis kawan aku tu, kerana dia kahwinkan anak sulung (takkan nak soh dia ubah tarikh? hehehe) Lagipun, biasanya jika kenduri di kalangan kengkawan ni, kami selalu ambik kesempatan untuk reunion para sahabat yang jarang jumpa. So di majlis gini, kami akan duduk lepak berjam-jam borak. But kali ini aku takda. Sori Berlori.

Lately, ramai lak kengkawan call sebut pasal kenduri Pakcik PCP & Datin Norma nih. Kesian depa, takda orang kuat makan (read: aku) nak tolong perabis lauk. Hahahahaha...!

Si WAK JAWAMUAR tu, sampai 2 kali call, minta aku peringatkan dia tarikh kenduri PCP ni takut dia salah tarikh lagi. Sebab dulu dia masa kenduri umah MAK JAM TITO di Sepang, dia salah tarikh. Kenduri Sabtu, dia pegi Ahad. Hahahahaha! Jadi dia tak mo la “banana fruit two times!” WAK JM ni memang Tokeh Pisang pun!

17hb Mac, another AnakMenakan (sebelah MyTOKLAKI) pulak menikah. Haruslah pegi ni.

Kemudian trip ke Kelantan yg ditangguh ke tarikh 6 April, dicepatkan pula ke tarikh 23 Mac. Adehhh. Dah jadi bertindih pula dengan tarikh kahwin MyAnak Menakan di Serdang. Kenalah lepaskan trip tuh, sebab MyKakak Ipar ni pun kenduri kahwin sulong juga. Mana bleh tak pegi, ya tak?


Siap tanda dah!

Kesimpulan, keluarga adalah priority, tapi bukan bermakna aku tak menghargai kengkawan. Seboleh mungkin cuba penuhi semua undangan. Tapi apa daya, kan?





~...bila ada kenduri rasmi dan tidak rasmi, HISYAM sudah memasang angan-Jenin mengajak SERI BULAN menjadi pendamping setia untuk sama-sama menongkat tangan menonton wayang pacak di tengah bendang nan kering pada malam berinai selepas berzanji...~








Wednesday, February 22, 2012

SUDIR: Selepas 20 Tahun....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
22-02-2012


Hari ini 22 Februari, sudah 20 tahun beliau pergi meninggalkan kita. Manusia yang baik pasti meninggalkan nama yang baik juga. Untuk kita kenang dan ingati.

Ramai kita membesar dengan lagu-lagunya. Berdendang dan berhibur dengan lagu dari penyanyi 70-0an, 80-an yang seangkatannya.

Aku di sekolah menengah ketika itu. Nama SUDIRMAN Hj ARSHAD sudah menjadi nama besar. Ramai tahu sejauh mana kejayaan beliau. Setinggi mana penghormatan yang beliau terima dan juga begitu banyak penghargaan yang diberikan kepada beliau. Selayaknya.

Yang dikenang dan sentiasa disanjung orang ialah, dia lain dari yang lain. The only one. Dia anak orang kampung. Tapi berjaya menjadi peguam (singing lawyer). Anak jati Pahang. Anak bongsu kan? Menjadi kesayangan seluruh ahli keluarga. Banyak kisahnya semasa kecil ditulis beliau sendiri dalam suatu ruangan khas dlm majalah popular ketika itu URTV. Kadang-kadang sedih baca kisah dia dengan arwah ibunya. Dengan lukisan-lukisan tangan beliau sendiri. Signature berkaca mata hitam dan jambul bentuk “S” tuh.



Beratus lagu beliau pelbagai rentak dan tak pernah terfikir oleh kita untuk dilagukan. Macam sempoi santai tapi itulah yang disiulkan ramai orang, esp. lagu rancak lagi catchy e.g. Balik Kampung, Aku Penganggur, Hidup Sederhana (Basikal Tua), Chow Kit Road...

juga lagu mendayu beliau; Nilai Cinta Mu, Patah Hati, Pelangi Petang, Hujan, Jauh Di Sudut Hati...

dan tidak ketinggalan tentulah lagu-lagu patriotik yang kita warisi bertahun-tahun; Tegakkan Bendera Kita, Warisan...

lagu kasih-sayang: Ayah dan Ibu, yang pernah buat sorang anak menakan aku (masa umur 4,5 tahun dulu) dengar jer mesti menjerit nangis lari cari Mak dia sebab takut hilang Mak.

Aku tahu banyak juga lagu dia. Tapi paling berkesan di hati adalah lagu Jauh Di Sudut Hati dan lagu Patah Hatiku. Aku pernah ada ringtone lagu Patah Hati ini. Tapi dah takda sekarang.

Lirik: Patah Hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan

Patah hati ku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan

Ku harap janjimu
Bahagia selalu
Sayang
Rupanya patah
Rupanya patah di tengah jalan

Hendak diulang... Hendak diulang
Resah menanggung
Sayang
Kenanglah jangan
Kenanglah jangan disebut pun jangan

Hancur hatiku
Di dalam nestapa
Mengenangkan nasib
Mengenang nasib diriku malang

Maksud hatiku
Maksud hatiku
Bahagia bersama
Sayang
Apakan daya
Diriku miskin
Harta tak punya

Ingin ku petik
Bintang yang tinggi
Sayang
Tanganku hangus
Tanganku hangus disambar petir

Rasanya lagu ni asalnya nyanyian Sharifah Aini. Lagu ini sering menjadi lagu latar untuk drama-drama sedih esp. arahan Rashid Sibir dulu. Boleh nangis woooo....!

Alfatihah buat arwah SUDIR, juga mereka yang telah pergi. Termasuk pelakon Latif Ibrahim yang meninggal pada 20hb yang lalu.






~...ramai anak dara Kampung Separuh Desa menyangka, begitu lama membujang sebenarnya kerana HISYAM patah hati, tetapi keputusan itu sesuatu yang pandir buat seorang lelaki hebat sepertinya, dan SERI BULAN tidak upaya menolak anggapan mereka kerana tidak mahu terperangkap dalam soalan tanpa jawapan...~









WW: Sila Komen dengan Berpantun...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
22-02-2012






~...HISYAM:
Terserlah warna si pinang masak,
berbuah lebat bergugus sesak,

SERI BULAN:
Bila diri tak reti memasak,
Duduk di dapur teresak-esak...~










Rama-Rama di Muka Depan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
22-02-2012





*****





Dulu aku pernah gak tulis. Setiap terbitan KakiNovel Publisher, mesti ada RAMA-RAMA. Identiti tersendiri mungkin.

Dua novel di atas, hampir sama tema ceritanya. Kahwin perjanjian (kontrak), tunang pura-pura kemudian jatuh cinta dan menjadi perkahwinan yang rela. Klise.

Aku baca sekali, itupun lambat kerna lengah-lengah. Kalu tanya balik, tak berapa ingat dah nama watak dan jalan cerita. Kurang menyengat yang boleh buat teringat-ingat.

Sori Berlori.

Jika sebut bab novel, dalam kepala hanya melekat kuat adalah kisah dalam sebuah novel hebat (3 siri) karya AL-TAHA (Abdul Talib Hassan) yang aku bawa sejak zaman sekolah hingga hari ini (hingga ke blog) dan juga novel “AWAK SUKA SAYA TAK?” saja. Ohhh... HILMANku....!

Bertahun mengharapkan watak dari novel AL-TAHA yang bernama HISYAM itu menjadi kenyataan, sapa sangka akhirnya aku dah jumpa!

Dan boleh tak kali ini aku mengharapkan watak bernama HILMAN itu juga dapat aku jumpa suatu hari nanti? Ahaks!





~...sudah dua-tiga hari hujan tidak menjadi kawan kepada si katak bawah tempurung itu lagi, tetapi bulan mengambang penuh menjadi teman kepada SERI BULAN dan HISYAM kerap bertanya apa pula yang akan menjadi kawannya lalu mudah saja SERI BULAN menunjuk kepada si burung tukang yang boleh bertukang juga boleh mematuk belakang...~







Tuesday, February 21, 2012

Orang Kampung yang Saangatttt Kampung....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
21-02-2012


Plan lunch mengejut.




Velodrom, Cheras lagi. Hajat berkobar, menunaikan kehendak selera seorang client yang juga minat Ketam. Aku bawa ke port pertama (bawah pokok), tapi no ketam.

So kami naik ke Restoren Ayam Kampung Hj Hassan, di sebelah saja. Memang ada ketam (tapi jujur, Masak Lemak Ketam nya sedikit kurenggg...). Tiada pilihan. Ketam mesti dicari.

Sengaja pilih port di tingkat atas. View cantik sikit. Cewahhh...

Nama pun makan Ayam Kampung. Mesti segalanya “so kampung”, kan?



Nahhhh...! Makan dengan tangan, sudu pun tak amik. Main tuang kuah jer. Konon nak dapatkan kesan “lebih dramatik”!. Hahahaha mengekeh kami gelak dengan aksi sendiri tadi.

Patutnya kami makan duduk bersila kat lantai tadi. Baru kena. Next time harus cuba. Hahahaha!


As usual. Tembikai Laici. Selagi belum jemu.

Terimakasih kepada mereka yang terlibat dalam ini cerita.





~...“SYAMMMM, saya sayang bangat sama kamu,” terpinga HISYAM kenapa kali ini bunyinya so Indon? Lalu bila sedar HISYAM lari kerana rupanya dia sedang bermimpi! hahahahahaha....~







Bebelan Seorang Pengguna...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
21-02-2012


*Kes di atas merujuk kepada Bas RapidKL bernombor U31. Aku naik dari Taman Maluri ke Pandan Jaya, sekitar jam 5.20 petang, 20hb Feb. Tambang RM1. Naik hanya 8 minit. Nak jalan kaki, tak larat. Dah tua...!





~...HISYAM bangun dalam bingung lalu menung di tepi kelambu empat bucu, seperti mamai mimpi main Pok Amai-Amai, lalu SERI BULAN terfikir hendak menyimbah air dari tempayan di tepi tangga ambin Teratak Nyatuh, kejam isn’t it?...~








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails