Monday, March 19, 2012

Skulah...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
19-03-2012


Semester kedua skulah bermula sudah. CHAK tetap bersemangat. Dia ikut perangai AMOI masa zaman skulah rendah dan menengah dulu. Sentiasa semangat dan awal. Mudah bangun pagi dan cepat jer bersiap (banding adik beradik lain). CHAK & AMOI banyak persamaan, sentiasa tak mau kalah.

Aku semak schedule, cuti penggal akan datang jatuh pada bulan Mei pula. Hmmm... sapa plak nak kahwin nanti.

AMOI tak balik sejak masuk skulah semula 2 minggu lepas. Weekend jer ada kuiz. IKA dah balik skulah dia Sabtu lepas. Cuti study week, dok rumah 6 hari saja. Memang tak belajar pun. Layan citer Korea jer pagi petang siang malam. “Anak dara orang lain tu” belajar bagai nak rak, siap belajar masak, belajar kemas rumah dan segala macam pandai — sampai mak dia boleh citer kat blog. Hehehehe. Untungnya dia. Aku tabik spring!

Esok lusa result SPM akan kuar. Sesapa yang terlibat haruslah dug-dag dug-dag. Sabar, dan redha. Jika result cemerlang, syukur. Jika kurang cemerlang, syukur juga. Itu bukan pengakhiran sebuah kehidupan.

Selamat kembali ke skulah para murid dan juga teman blogger yang bergelar guru...!


Selingan:

Sarapan pagi ini:


Nasi Lemak Zul namanya. Gerai dekat tempat kerja lama di Jalan Imbi dulu. Sepelaung dari Sakura Restoren, dekat simpang empat Jalan Walter Grenier. Bagi aku yang sedap dan enak adalah Sambal Sotong Kering dan Kari Kentangnya!





~...pengalaman menjadi guru sementara di bangunan berdinding bertam, dengan papan nipis tidak berketam sebagai bangku-meja, memberikan perasaan terharu lagi tersentuh kerana kegigihan belajar dan mengajar menjadi suatu himpunan rasa yang sukar digugat dan terus kukuh menjadi pemangkin di hati SERI BULAN di mana HISYAM menjadi pendokong watak utama...~









11 comments:

  1. berminyak nyer sarapan.....hehehe

    ReplyDelete
  2. Kakcik akan rasa debaran menanti keputusan peperiksaan hujung tahun ini nanti, InsyaAllah. Bukan kakcik yang ambil peperiksaan, tapi bangcik.

    ReplyDelete
  3. anak dara siapalah tu yg pandai masak dan kemas rumah sampai mak dia boleh citer kat blog?

    Ika samalah mcm anak saya si Haizam tu. Siang malam asyik layan Korea aje. Gara2 dia tengok rancangan Korea sampai lewat malam tadi, pagi ni dia bangun lambat .... huhuhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    tiap orang ada cara belajar yang berbeza ----> entah2 dia dah lama khatam dah, balik untuk stabilkan minda dan emosi layan citer korea

    ReplyDelete
  5. makin tamboh lapo tengok menu sarapan akak nih!!! nak kuar pi makan dah ni.... =)

    ReplyDelete
  6. legaa dah start skolah... lega sebab anak2 memasing dah kena gi skolah, kurang sikit gaduh adik beradik.. peninggg..

    ReplyDelete
  7. Mcm sy ms sekolah dulu la...klu nak msk thn baru je, mst semangat kemain. Pastu terus jdk hampeh. Wahahaha!

    Nasi lemak tu betul2 mencengkam jiwa!

    ReplyDelete
  8. Laaa...nasi lemak ka...chek dok nampak macam nasi kandaq la....adehh...

    tapi nampak menyelerakan...jus oren kat sebelah eh...huih...gulp..telan ayaq liuq aje lah..

    ReplyDelete
  9. Sy dulu pun gitu.. kalu cuti mmg cuti la segalanya.. hehehe.. adakah sy akan naik myk bila anak sy pun akan mengikut karenah maknya nnt.. hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails