Monday, December 31, 2012

Selamat tinggal...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
31-12-2012


Ucapan selamat tinggal itu, tidak tahu untuk siapa. Tapi, hari terakhir ini tidaklah banyak beza pun. Kerja masih ada yang perlu di“finalise”kan. Masih sedikit kalut juga.

Perasaan, tidaklah beza langsung. Mungkin Senin hari permulaan, lalu soal untuk menjadi penganggur bermula esok tidaklah terasa.

Selamat tinggal kerusi meja dan pintu tingkap. Tidak banyak sangat kenangan pun yang hendak diingat. Juga tiada apa yang hendak didendamkan. Segalanya smooth dan biasa-biasa sahaja; dalam keadaan yang tidak terlalu indah juga tidak terlalu bosan.

Yang pasti, hidup harus diteruskan.

Saya tetap berterimakasih kepada seluruh warga tempat kerja untuk segala ilmu, peluang dan pengalaman, serta persahabatan yang terjalin.



~...bye...!~










Phiew... akhirnya air masuk, kalu tidak pegi keja tak payah mandi...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
31-12-2012
Hari terakhir, untuk segalanya di tahun ini.

Semalam, setelah kira-kira 2 hari setengah berkering tiada bekalan air di seluruh taman (konon dikhabarkan hampir seluruh Ampang, Gombak), barulah air masuk semula sekitar jam 12.30 malam tadi.

Phiewwww! Air takdak lebih seksa dari takda bekalan elektrik.



~...berendam di Sungai Menghijau Lumut lebih enak dari berenang menunjuk gaya kuak lentang di kolam sendiri di rumah bertingkat separa tiga milik HISYAM yang pernah menjadi saksi SERI BULAN hampir tidak mahu timbul kerana malu kalah berlumba..~








Friday, December 28, 2012

Program Mencendol & Pasembor...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
28-12-2012


Esok ada small gathering, dengan beberapa orang teman blogger.

Jom, sesiapa yang sudi dan ada kesempatan masa, join la kitaorang.

Program: Mencendol & Pasembor
Depan Hitachi, Bandar Baru Bangi
(gerai Pak Kudus katanya, depan nurseri bunga juga)
Tarikh ESOK 29 Disember, bermula, jam 2 petang







Semua gambar di atas: pertama kali saya cuba, 10 November lalu. Ohh terbaek lah!



~...sudah jemu memujuk lalu elok saja merajuk, jika mujur HISYAM rajin memujuk, huh!..~








Rakan serumah kena sihir, Dak AMOI lari balik rumah jam 2 pagi...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
28-12-2012


Hari Ahad Dak Amoi balik semula ke rumah sewa dia, seperti biasa sebab Senin dia kerja. Tidak berhajat untuk balik semula walaupun Thalatha tu cuti Krismas. Dia ada urusan lain pada hari cuti tu, sambil sambil nak cari barang untuk laptop Ika.

Bila dia nak balik malam itu (Thalatha malam Rabu), 2 orang rakan serumah sms dan pesan ‘jangan balik rumah dulu’. Lalu mereka (dengan ditemani dua orang kawan lelaki yang dipanggil menemani), berjumpa di kafe luar rumah.

Cerita bermula (diceritakan semula oleh Amoi, tapi aku macam lupa banyak part):
  • Sehari sebelum Krismas, seorang rakan serumah (lets sebut as Dara) yang tinggal seorang dalam bilik, sms kawan di bilik lain: “Ada dengar tak bunyi perempuan menangis?” Kawan yang lain tak dengar.
  • Pada hari cuti Krismas tu Dara yang kerja, balik petang dan senyap dalam bilik. Part ini aku terlupa cemana 2 kawan bilik lain pergi ke bilik Dara dan Dara dah ‘lain macam’.
  • Kawan Dara call kakak dia ‘yang boleh menengok’, lalu ditanya kepada Dara “ada sesiapa sukakan awak?” Tiada. “Ada sesiapa bencikan awak?” Dara kata, ada seorang rakan sekerja tak sukakan dia.
  • “Ada terima apa-apa barang dari orang?” Dara kata, dia ada terima gula-gula dari orang dan terus makan. Kakak tu kata, Dara kena sihir.
  • Kakak itu minta mereka baca beberapa surah yang disebut, kemudian memberitahu “BENDA” tu ada dalam plastik tepi almari baju dalam bilik Dara tu. *Memang di tepi lemari tu ada plastik pun (walaupun kakak tu cakap dalam hp saja kerana dia tinggal di Sabah).
  • Kakak tu tanya, “Dara ada pakai tangkal?” Memang ada (gelang di tangan), tapi tangkal tu sudah disimpan, Dara lupa mana letak.
  • Menurut kakak tu, SIHIR tu ikut tangkal tu, dan plastik serta tangkal mesti dibuang segera.
  • Dara dah lain macam. Baca surah pun mahu-tak-mahu saja sedangkan dia memang seorang yang tak tinggal solat. Mata dah juling juling besar lihat kiri-kanan-atas-bawah. Masa tu time maghrib plak tu.
  • Abang Dara dipanggil untuk bawa Dara balik rumah keluarga. Mujur keluarganya orang KL juga.
  • Dua orang kawan yang tinggal, kemudian mengemas rumah (kerana Dak Amoi dan 2 rakan sebilik lain tiada di rumah). Mengemas segala sampah, kotoran (termasuk sampah di dapur bimbang ada sisa darah ikan/ayam). Darah kotor adalah makanan ‘benda’ tu.
  • Dua orang kawan lelaki kemudian singgah, solat Isyak dan ‘melihat’. Masa tu kata depa “dah takda apa-apa dah...”
Tapi Dak Amoi cuak juga sebab 2 rakan sebilik masih cuti. Lalu jam 1.24 am, dia call saya “nak balik rumah”. Saya terkejut ingatkan apa yang dah berlaku. Itulah ceritanya.

Sebab kerja, Dak Amoi balik juga ke rumah sewanya. InsyaAllah, hujung minggu ni depa nak buat majlis baca Yassin dan seorang Ustaz akan dipanggil.

Sehingga semalam, Dara masih belum balik ke rumah sewa itu.

Pesanan: orang perempuan jangan tinggalkan bekas pad dalam bilik air atau dalam tong sampah. Kena basuh bersih dan terus buang. Toilet adalah tempat kotor dan di situ syaitan banyak.

Semoga kita semua dilindungi dari perkara syirik dan mungkar dan semoga mereka yang pernah terjebak dengan perkara sebegitu akan segera bertaubat.



~…ketika hampir semua warga Kampung Separuh Desa percaya ada benda pelik yang jatuh menimpa lalu merasuk Tok Ujang sehingga dia pengsan beberapa jam, tetapi SERI BULAN yakin orang tua itu pengsan kerana tidak tahan panas terik menimpa ubun kepala malangnya apabila HISYAM mengenyit mata memberi isyarat jangan bercakap banyak macam orang pandai, andaian itu hanya disimpan di poket seluar sahaja…~



 




Thursday, December 27, 2012

Kerjaya: Membina begitu payah, memusnah sangat mudah...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
27-12-2012


Suasana di tempat kija saya pada minggu terakhir ini adalah sangat tenang, santai dan relax. Tidak pernah terasa begitu santai. 

Kerana 2,3 minggu sebelum hampir kesemua client sudah dimaklumkan tentang penutupan syarikat, jadi tiada projek baru dihantar dan diterima. Walaupun email-email tentang jemputan sebutharga/tender tidak pernah putus, tetapi tiada siapa yang membuka-baca apalagi hendak memberi respons. 

Suasana adalah, menanti waktu berakhir setiap hari, dan masa diisi dengan mengemas dan membuang mana-mana ‘sampah’ yang tidak diperlukan. Kerana tempat kija saya banyak berurusan dengan buku dan kertas, hampir 4,5 almari buku-buku (termasuk journals, sample books, etc..), kad, brochures dan seumpamanya, dikumpul dan dimasukkan ke dalam mesin pemotong sebelum dijual kelak. Pendekata, usaha memusnahkan segala usaha dan hasil kerja selama 25 tahun syarikat beroperasi, adalah sangat mudah dan cepat! 

Bilik MyManager sudah 90% kosong dan berubah terus dari sebelumnya yang penuh 2 almarinya dengan buku dan lain-kain. Kini semua meja kami ‘kosong’ kecuali beberapa alat tulis sahaja. Mana-mana barang/buku yang dilihat berfaedah dan boleh digunapakai, sudah dimasuk ke dalam kotak dan beg, dan telah diangkut pulang. 

Saya terus melihat sebuah usaha yang dihenti dan sebuah kejayaan yang sudah tidak dibangga lagi. Secara peribadi, saya meletak diri sebagai seorang yang berhenti di sebuah tempat menambah ilmu dan pengalaman, sebelum saya ‘singgah’ di hentian lain pula untuk tujuan yang sama. 

Antara cenderamata yang pernah diterima, lalu masih ingin disimpan. Sharpener pelbagai bentuk, yang tidak pernah digunakan langsung.





~...pernah sekali SERI BULAN bertanya tentang jujur-ikhlasnya HISYAM mengajaknya ke Kampung Separuh Desa, tapi apabila tiada jawapan bersuara yang didengari, tiada tulisan ayat untuk difahami lalu segera sahaja dia mengerti dengan perbuatan dan kesediaan HISYAM sendirilah yang menjadi jawapan tentang ketelusan menjadi orang kepercayaan...!




 




Wednesday, December 26, 2012

Membugar Perkahwinan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
26-12-2012


Hari apa ntah, saya menonton program motivasi bersama penceramah Hj Hushim bertajuk Membugar Perkahwinan. Saya juga pernah sebut, kebiasaan kita dengar perkahwinan diuji dengan dugaan besar ketika mencapai 5 tahun perkahwinan, kemudian 10 tahun seterusnya 15 tahun sebelum memasuki zon selesa. 

Tiap pasangan diuji dengan ujian berbeza dan kadang-kadang sama cuma mungkin cara berlainan. Samada salah seorang jatuh sakit, atau salah seorang dibuang kerja lalu kehidupan berubah 360 darjah, atau antara dua orang itu ada orang lain di tengah-tengah. Sebab itu disebut orang ketiga. 

Beberapa cara untuk membugar perkahwinan juga disebut dan lazimnya kita biasa dengar. Perkara utama ialah komunikasi. Then kejujuran. Tiada rahsia. Mengingati kebaikan pasangan lebih banyak dari keburukan yang mungkin cuma 1,2 sahaja. 

Bagi yang baru kahwin, kadang-kadang tak sedar pun depa sedang diuji. Tahu-tahu ada saja yang tak kena, then gaduh, salahfaham, buruk sangka, saling menyalahkan. Bagi saya, lagi lama usia perkahwinan lagi besar ujian dan dugaan. Bukan semua orang sedar pun. 

Zaman saya dulu mana reti bab nak pegi kursus keibubapaan or seminar membugar perkahwinan ni... Kunci utama: sabar, sabar dan sabar kemudian bersedia menerima pasangan seadanya. 

Saya sedih sebab ada kawan saya sudah kahwin berbelas tahun tapi memilih untuk bercerai bila dia ‘terberchenta’ dengan lelaki lain. Dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah di tangan bekas suami, dan saya melihat itu sebagai suatu cara melepas dendam! Sedih...!




Saya kahwin dia sebab dia pernah sebut “takkan kahwin jika bukan dengan saya”. Lebih baik terima orang yang sayang kita lebih dari kita sayang dia.

Yang pasti, setiap kita tidak pernah tahu sepanjang mana jodoh kita...






~...berbulan madu tak semestinya pergi kilang madu, bermadu tak semestinya kena minum madu, dimadu tak semestinya bakar sarang lebah madu, tapi memadukan diri sendiri, ibarat KUMBANG yang tamak BUNGA, sedut madu sampai tak nampak sengat sendiri, SERI BULAN rasa nak gelak biar tiada yang sedari...~



 




WW: Air Tiga Rasa, minggu lepas punya...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
26-12-2012




*lokasi: Velodrom, Cheras
Terimakasih kepada mereka yang terlibat dalam ini cerita...




~...bukan angin tidak membawa khabar, bukan mulut tidak ada yang riuh bercerita, bukan juga tiada kerusi meja yang ada telinga tetapi sengaja SERI BULAN tidak mahu percaya sepenuhnya, malam semalam HISYAM ada berjumpa dengan anak dara lain dari anak dara Pak Imam...~



 




Tuesday, December 25, 2012

Cuti Krismas: yang tua ni segan nak berebut beli tiket wayang...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
25-12-2012


Cuti Hari Krismas.

Saya plan nak pegi menonton berdua-duaan dengan MyToklaki. Dia ntah sudah berapa puluh tahun tak masuk panggung. So saya cadang nak ajak dia.

Cadangan: samada filem Hobbit tu atau filem Les Misérables tu. Kalu pegi area KL kompom la ramai orang. Orang muda plak. Segan la pulak kita yang dah tua pun nak berhimpit sama beratur beli tiket.. Hehehehe.

So saya cadang nak pegi area Ampang. Galaxy Ampang sepelaung saja, pun ada miniplex.



Selamat bercuti kengkawan...!




~...bagi SERI BULAN, walau jauh mana pun akan diheret pergi selagi dia masih boleh melihat jambul di dahi jendul HISYAM, dan masih boleh mendengar sajak dari suara sumbangnya dan masih mampu mempamer senyum tak berapa sumbing kambing, dia sanggup tanpa ikrar janji pun untuk mengekor bayang...~



 




Monday, December 24, 2012

Cuti skulah berakhir tak makna Tukang Masak hilang kerja...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
24-12-2012


Cuti la puas-puas budak-budak oiii... Tinggal tak berapa hari saja lagi, skulah dah nak mula. Tahun depan, semua anak-anak saya yang berskulah (tinggal 3 orang saja) semuanya kena sama sessi. Pagi semua. Senang juga, sebab serentak keluar dan yang pompuan berdua tu MyToklaki boleh hantar ke skulah serentak.

Cuti skulah ni apa agenda yang best? Dalam rumah kami, selain layan Astro dan citer Korea, siri Korea, filem Korea, lagu Korea, game reality Korea... dan Korea, dan Korea segala toknenek Korea,

acara makan-makan juga menjadi acara penting. Si Tukang Masak cuma seorang. Mujurlah dia ada ‘dapur magic’. Hahahaha!

Anak-anak saya selalu tanya, “Mak masak apa?”
Saya akan jawab: “Tak masak apa pun.”

Tapi bila ada menu keluar dari dapur, saya selalu sebut, “Mak ada dapur magic!”

Minggu lepas ada mesorat keluarga di rumah arwah mertua saya. Adik beradik sebelah MyToklaki berkumpul lalu kami ipar-duai-biras-lamai ni potluck la apa nak bawak.

Saya buat Popia Goreng. Buat cuma 50 pcs, mana cukup untuk rakyat dalam rumah sendiri. So Sabtu lepas saya buat lagi sebab kebetulan Dak Amoi memang balik every week-end.

Kali ini saya buat extra. 80 pcs (beli kulit popia yang 40 keping dalam 1 pack, saya beli 2 packs). Mix vege tu 1 kg, Chicken Ball Vege (frozen, jenama apa lupa tapi packet kaler hijau), campur udang kering.


Tumis dengan bawang besar dan bawang putih. Jika suka lada sulah, boh la tapi saya tak boh sebab Chicken Ball Vege tu dah ada rasa pedas lada sulah.


Saya buat cukup-cukup inti tu untuk 80 keping popia. Gulung semua simpan dalam bekas kedap. Goreng sebanyak mana yang perlu saja. Bertahanlah sampai pagi ini untuk IKA bawak bekal ke tempat praktikal.



~...HISYAM sudah semakin berani bercerita tentang ulam raja, tentang kerdas dan buah kedondong sejak pulang dari memburu di hutan dara, tetapi bila ditanya mana rotan, mana manau dia keliru melilau sehingga SERI BULAN panik dia mungkin tergoda anak dara bunian...~



 




Kerjaya: saya tidak pernah sedih...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
24-12-2012


Chrismas Eve, kan? Ramai yang mengambil peluang bercuti, sejak Sabtu sehingga esok. Juga ada yang lajak sampai tahun baru.

MyManager pun bercuti hari ini. Seorang kawan sekerja di Lantai Bawah pula akan cuti bermula esok sampai minggu depan untuk ke selatan dan terus masuk Singapore. Saya tidak bercuti pun. Bukan pasal takda cuti, tapi memberi peluang kepada MyManager.

Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk dia. Saya sehingga Senin depan, 31hb untuk berada di premis ini. Syarikat tempat cari makan kami akhirnya memutuskan untuk tidak lagi beroperasi. Walaupun setahun lalu sudah ada cadangan ini, tetapi masing-masing cuba bertahan. Ketika itu, 2 orang staf diarah berhenti.

Kali ini, sudah tiada jalan lagi bagi MyBoss. Dengan usia menginjak 72 tahun ini, pernah major operation jantung, tidak berwaris (tiada anak), dia tidak upaya lagi untuk menerima tekanan bidang kerja sebegini. Lalu hanya bahagian factory sahaja yang akan beroperasi (itupun ntah sampai tahun bila). Syarikat ini telah beroperasi kira-kira 25 tahun dan hampir tiada hutang langsung, jadi tiada masalah lagi untuk menutup selamanya. Aset yang sedia ada lebih dari mencukupi baginya.

Buat masa ini, saya belum membuat sebarang keputusan pun. Ramai client memberikan tawaran menarik untuk saya meneruskan projek-projek kami sebelum ini, secara freelance. Malah sebuah organisasi latihan juga menawarkan saya menjadi tenaga pengajar untuk saya melatih dalam bidang "software" ini. Saya masih menimbangkannya.

Plan sekarang, nak lepaskan bebudak masuk skulah dulu, then baru start cari, or start pegi interview. Lebih mudah sebab walk-in interview di mana-mana dan jika sesuai dah boleh start immediately.


Memang saya tiada sijil bergulung untuk ditunjuk orang atau untuk bersaing dengan designer di luar sana yang lahir dari uni terkenal dan disegani. Tetapi saya sentiasa yakin pengalaman dan skill saya selama lebih 20 tahun juga tidak kurang hebatnya. Hanya mengharap tempat yang sesuai, yang sudi mengiktiraf dan menghargai. Keserasian boleh dibina kemudian.

Syukur juga, sepanjang 3 tahun bersama company ini, saya tidak pernah menghadapi sebarang masalah. Malah saya tak pernah ada rekod komplen dari mana-mana client, tidak pernah kena mengadap bos utk sebarang tunjuk sebab atau kes, tiada pernah hutang dengan syarikat (sebab MyBoss juga bagi peluang staf ambil loan peribadi utk apa-apa keperluan), tiada pernah clash dengan mana-mana rakan sekerja... dan saya berharap masing-masing dapat melangkah keluar dengan rekod dan nama yang baik.



~...hajat hati ingin mengadu kepada si kawan sejati, tetapi HISYAM lebih senang menyendiri, ntah merajuk tak dapat pergi bercuti atau tak sempat menyapa sinar mentari lalu SERI BULAN lebih rela menyanyi lagi yang tak ketahwuan mana korus mana coral...~



 




Friday, December 21, 2012

Nasi Kerabu: Bila saya melihat makan-makan itu sesuatu yang menyeronokkan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
21-12-2012



Sebagaimana orang lain melihat makan-makan sebagai suatu acara yang boleh memberikan rasa gembira dan bahagia...

saya juga melihat acara makan-makan sebagai suatu bahagian menyeronokkan. Selain suka mencuba pelbagai menu dari pelbagai tempat bila bercuti ke mana-mana, saya melihat makan-makan sebagai suatu kelegaan dan kenikmatan.

Cuma, saya tak pandai nak mencuba pelbagai resepi seperti setengah orang yang pandai memasak. Saya memasak sekadar untuk ‘makan sendiri’ yang saya selalu sebut sebagai “menu dari dapur ajaib saya”.


Dah lama saya tak makan Nasi Kerabu. Saya jumpa juga, penjual yang menjual di depan rumah saya. Set lengkap RM4.50 tapi bila saya tambah ikan goreng harganya jadi RM6.00.


Saya beli waktu pagi konon nak makan time sarapan, tapi kerana setnya yang lengkap begini ‘terlalu banyak’, saya simpan untuk lunch. Lalu, keropok itu sudah lembut lemau, tapi saya makan habis juga sebab sedap dan rindu budu!



Sebagai pelengkap menu dan kesan lebih dramatik (cewahhhh....!) ABC sedap menjadi penyeri.





~...SERI BULAN sering rindukan tempat-tempat makan yang bukan sedap mana, tapi seronok bergelak dengan kawan-kawan seiring dan sejalan sehingga HISYAM sendiri jadi penasaran lalu dia sedar mata wanita itu sering menjelingnya yang berdiri tegak di sebalik tiang seri kerana cemburu gagal memburu...~

 




Thursday, December 20, 2012

Makan lagi: farewell kami-kami...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
20-12-2012 *tarikh lawa!


Sori Berlori, lately memang saya hilang mood untuk menulis panjang, lalu BW tidak dilakukan dengan bersungguh.

Cerita makan-makan lagi. Saya dan 2 orang kawan sekerja, konon meraikan perpisahan. (untuk pengetahuan, tempat kerja saya akan ditutup selamanya [kecuali bahagian factory] pada hujung bulan ini)

Sepanjang 3 tahun lebih saya di area sini, belum pernah sekali pun saya masuk Black Canyon ni, walaupun lintas lalu lalang hampir setiap hari.

Yang PURPLE tu saya punya; Blueberry Delight. Yang lain tu Capucinno.


Fettucini Green Curry. Sedap juga. I like!

Berasap!

Saya sukakan Golden Purse tu. Garing masa panas. Dalamnya ada daging.

pesanan: *Beb, kerana awak selalu tak ada masa untuk join saya ke Black Canyon, lalu saya makan dulu yaaa...!





~...bukan sekali SERI BULAN berfikir sehingga terganggu perasaannya, bagaimana harus pula mengakui sebuah perasaan halus lagi aneh yang semakin subur terhadap HISYAM sedang dalam masa yang sama anak dara Pak Imam terus menjadi jerubu kecurigaan sehingga SERI BULAN seringkali merasa dirinya bagai terbuang...~



 




Wednesday, December 19, 2012

WW: Saya bukan kaki shopping, cuma seorang pandai makan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
19-12-2012





Semua mild.





~...HISYAM, tiada senjata lagi untuk melawan awak: SERI BULAN...~

 




“Sebuah Piala Seekor Kambing ” — tahniah Balang Rimbun…!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
18-12-2012

“Sebuah Piala Seekor Kambing ” – saya tidak pasti samada yang saya tonton semalam itu sudah disiar sebelum ini atau belum. Melihat ‘teaser’nya, sangat menarik, kerana saya sendiri sangat suka dengan Kelantan dan budayanya, tentu ternanti-nanti drama ini. Disiar ASTRO PRIMA 105.


Telemovie ini 100% dalam dialek Kelate. Kisah beberapa orang anak muda dari dua buah kampung; Kampung Bendang Kweng dan Pantai Cherang Nipah yang tidak berbaik-baik. Tiap kali berjumpa ada saja pasal untuk dijadikan bahan ‘bergocoh’. Pantang silap sikit.

Anak gadis Ketua Kampung Bendang Kweng bernama Shima sangat disukai oleh pemuda dari kampung Pantai Cherang Nipah bernama Jani (lakunan Syed Aiman). Kes ini juga menjadi bahan tidak puas hati kerana Jani dari kampung yang bermusuh dengan kampung Shima. Sepupu Shima, iaitu si Dollah Jin lah yang sangat marah akan hal itu.

Lalu seorang Penggawa yang menjaga kampung-kampung tersebut mencari jalan untuk menyatupadukan penduduk dua buah kampung tersebut terutama golongan muda. Cadangan untuk berlawan bola sepak dianggap cadangan yang paling baik. Sukan dilihat mampu menyatukan golongan yang berpecah.


Sebuah piala dan seekor kambing ditaja oleh Penggawa dan ideanya mendapat sokongan dari Ketua Kampung kedua kampung terbabit (Kamarol Yusof dan Sabri Yunus). Anak-anak muda dari kedua kampung pun mula berlatih untuk merebut piala nan sebutir dan kambing nan seekor tajaan Penggawa itu.


Dalam pada itu, pelbagai usaha untuk menggagalkan lawan telah dibuat termasuk sabotaj pemain, bomoh dan mendajalkan padang. Malangnya, apa yang diharapkan Penggawa dan Ketua Kampung kedua kampung tersebut tidak menjadi kerana sepanjang perlawanan bola sepak 7 sebelah itu, pergaduhan tetap juga berlaku.

Sejak dari awal, saya sudah mengagak perkahwinan Shima dan Jani lah yang akan menjadi kunci utama untuk menyatupadukan kedua kampung tersebut.

Apa yang best pada saya ialah dialek Kelantan itu sendiri. Seronok bila dengar mereka bersembang dan kerap pula diselang seli dengan lagu-lagu Kelantan, dikir barat yang memberikan semangat kepada pasukan bola sepak Kelantan. Bestnya dengar!

Setinggi tahniah kepada Sabri Yunus yang menulis dan mengarah drama ini. Saya melihat beliau seorang pejuang budaya dan sangat cintakan negerinya.

Setiap kali ada drama Kelantan juga, saya paling minat dengan seorang pelakun Kelantan yang bernama Khusairy Chua ini (dalam drama ini dia berlakun sebagai Dollah Jin). Banyak drama Kelantan, mesti ada wajah dia. Sapa pernah tonton filem Bunohan, pasti akan ingat dia ini. Dalam drama “Sorok Bau Budu” dia berlakun bersama Zulhuzaimy.

Lain-lain pelakun: Isey Fazliham (penyanyi lagu Legasi Mat Che Su – Dikir Warrior), Syed Aiman , Roy Kapilla, Mat Yie dan Sabri Yunus sendiri.

Kalu ada ulangan, saya pasti nak tengok lagi….!




~...SERI BULAN vs HISYAM, tidak pernah berakhir dalam seminggu...~



 




Friday, December 14, 2012

Pulut kuningnya sentiasa menjadi kenangan...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
14-12-2012


Dalam banyak hal, dalam banyak kejayaan saya dalam hal dapur dan memasak, saya banyak belajar dari dia. Arwah ibunda mertua saya.

Paling berkesan adalah, saya masak Pulut Kuning sampai menjadi pujian MyToklaki hasil belajar dari dia. Dulu masa mula buat, jenoh berendam airmata sebab asyik kena komplen. Skang ni alhamdulillah, boleh laa...

Ini kali terakhir saya bersama dia buat Pulut Kuning. Itu tangan dia.

Hasilnya. Saya memang teragak nak ambil gambar masa ini.

Ini antara beberapa kali saya buat untuk Gathering Blogger. Hampir sama dengan hasil tangan arwah.

Kali akhir, masa Gathering Blogger di Musollah Ehsan.

Selain itu, saya juga belajar masak Rendang dengan dia, masak Sambal Tumis pun dengan dia... banyak lagi.

Cuma, saya tak belajar buat kuih tradisional yang dia sangat handal. Dia handal buat Kasui, Koci, Serimuka dan banyak lagi kuih lama. Saya tak sempat belajar.





~...anak dara Pak Imam begitu bersungguh hendak merapatkan diri dengan Mak Utih apabila dia begitu yakin HISYAM suka makan lauk kampung, suka nasi beras kampung dan suka menjadi anak kampung sedangkan SERI BULAN terus dengan yakinnya bahawa suatu hari nanti mereka akan bersama-sama melangkah pergi dari Kampung Separuh Desa yang indah ini...~



 




Semi-final kedua: Rimau Malaya jangan kalah okeh!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis malam JemAAt
13-12-2012



Saya sudah masuk kija hari ini. Tapi punya la mengantuk dan letih. Maklum 3 hari berturut majlis tahlil tak guna catering. Masak sendiri adik beradik. Termasuklah tugasan beli bahan mentah di Pasar Pudu adalah tugasan saya laki bini. Dan, membasuh lebih 10 ekor ayam sensorang adalah sangat letih...

Bila blog sudah mula terbiar, dan mood menulis tinggal hujung-hujung... hmmm payah nyer nak mulakan balik atau nak merancakkan diri. Lalu soal nak BW memang tak ‘peraya’ ler buat masa ni.

Now — team Harimau Malaya sedang menentang Thailand di negara gajah putih itu untuk semi-final kedua bagi menempatkan diri ke Final Piala Suzuki menentang Singapura.

Dan kompomlah remote tidak akan menjadi milik saya. Masuk tidur awal, adalah peluang terbaik yang sudah dirancang sebaik sahaja kaki kuar dari tempat kija tadi.


Jujur, saya tak pernah tengok wajah budak umur 21 tahun ini. Tapi kerap dok dengaq namanya disebut sampaikan ramai remaja-anak dara-makcik-makcik minat kan dia. Ohhh.. hensem rupanya budak nih!

Tapi sayang, Wan Zack Haikal tarak main ini malam...!





~...apabila musim kering mula menghampiri separa-kemarau setiap padang kering memang penuh oleh penyepak amatur lalu HISYAM terpaksa menahan geram terpaksa bermain bola sepak bersama anak muda warga Kampung Separuh Desa di sawah bendang yang merekah lalu dia terasa pula seperti hendak menunjuk handal sebagai pemain rugbi...~




 




Thursday, December 13, 2012

Orang mulut riuh, biasanya hatinya baik, setuju?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
13-12-2012


Orang yang mulut bising dan riuh @ terlebih peramah, biasanya baik hati, kan?

Juga biasanya tidak mudah terasa hati.

Dan, biasanya juga cepat melupakan sesuatu perkara atau kata-kata yang sangat remeh.

Serta mudah memaafkan orang.

Setuju?




~...HISYAM tidak pernah menjadi peramah tetapi berbanding SERI BULAN yang boleh tahan baik hati, lelaki itu tetap juga terus menjadi buah hati ramai warga Kampung Separuh Desa atas sebab-sebab yang SERI BULAN rasa menyampah hendak memikirkannya...~



 




Wednesday, December 12, 2012

12-12-12: Bernikahlah anda bila jodoh anda sudah sampai...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
12-12-2012

Berapa ramai yang bernikah hari ini? Memilih tarikh cantik. Diharapkan jodoh berkekalan, rukun aman damai dan sejahtera selalu.

Memilih tarikh yang baik (selain cantik) bukan keutamaan tetapi ada perkara lain yang lebih penting dari itu, untuk sebuah rumahtangga.

Bila sudah serasi, memahami (dalam ertikata menerima seadanya), harus diingat apabila 2 orang dari kelompok akar umbi yang berbeza dipertemukan, bukan hanya melibatkan 2 hati tetapi juga seluruh ahli keluarga jika pun tidak semuanya.

Bagi orang yang sudah lama kahwin, sudah melihat pelbagai karenah dan bertemu ragam dengan lain-lain ahli keluarga di sebelah sana akan memahami apa yang saya maksudkan.

Hubungan baik dengan keluarga sebelah bukan cukup dengan senyum mesra atau tahu nama tetapi melibatkan diri dan penglibatan di bawah nama insitusi keluarga tanpa melebihi had > itu juga penting.

Maksud saya, bukan semua orang sebelah sana akan suka kita, dan bukan semua karakter orang di sana akan disukai oleh kita.

Bersabar dan pandai-pandailah membawa diri.

*saya masih bercuti dan sibuk dengan urusan kenduri tahlil di rumah arwah mertua.



~...sudah sering HISYAM menyebut walaupun dia tidak berapa suka dengan beberapa insiden terutama kes mengendap bilik tidur SERI BULAN tetapi kerana pernah berjanji untuk terus SB dan SB, mereka harus terus berganding sepertimana kali pertama menjejak jeti ke Kampung Separuh Desa...~



 




Monday, December 10, 2012

Ibunda mertua saya meninggal dunia....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
10-12-2012


Hari ini, 10-12-2012, jam 9.15 am, ibunda mertua saya, yang dimasukkan ke Hospital Besar KL pada sehari sebelumnya, telah meninggal dunia kerana komplikasi jantung dan jangkitan kuman di paru-paru.

Selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari dan segalanya selesai sebelum jam 3.00 petang tadi.



Semoga dicucuri rahmat ke atas roh ibunda mertua saya. Saya sangat sedih dan terasa kehilangannya. Saya yang membawa beliau ke hospital semalam dan menunggu sehingga ke lewat petang. Saya rasa saya sudah cuba melakukan yang terbaik untuk beliau sepanjang saya menjadi menantu beliau.

Al-Fatihah.



 




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails