Thursday, March 21, 2013

PEMBERITAHUAN: Pintu kotak komen akan ditutup...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
21-03-2013


Jika sehingga minggu depan pun, saya masih tidak mampu memberikan ruang waktu untuk BW apalagi nak mengomen, saya akan menutup sementara ruang komen di blog saya. Tidak la mangga terus, mungkin hanya pasang selak sementara saja.

Harap-harap ini lebih adil bagi semua orang. Seimbang dan tidak hanya sehala. Buat masa sekarang ni, saya hanya mampu reply komen di entri saya jer. Itupun beberapa peringkat. Mengikut masa dan kesempatan.

Kita tengok lah minggu depan macamana.

*******

Saya suka drama ni. Terbitan syarikat Rosham Noor (Suhan Movies), hasil karya & arahan Zulhuzaimy. Lagu tema juga dicipta oleh Zulhuzaimy. Saya suka lagu-lagu berirama lembut, mendayu dan penuh lirik ala-ala klasik dalam drama ini. Atuk Baen (lakunan Ruslan Madun) tu banyak berdendang, bergurindam, bersyair dalam drama ni. Saya suka! (selain konsep persahabatan  sejak kecil yang sentiasa memberi makna mendalam buat saya)


Sampaikan Rindu – Izzue Islam & Sharifah Sakinah

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu
Oh sayang di dalam mimpimu

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang di mana dirimu

Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti
Malam ini aku sendiri lagi
Menanti dan terus menanti

Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu nanti
Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu pasti
Pejamkan matamu kasih…

(OST Bunga Merah Punya)


Slot Aurora setiap Khamis, di TV9.

Ada beberapa episod saya tertinggal. Bukan nak tengok sangat, tapi lebih nak dengar lagu gurindam  dan syair si Atuk Baen tu jer.





 ~...bila jalan denai nampak indah bersuluh bulan terang, Mak Utih dan Pak Utih sengaja melengahkan langkah untuk memberi lebih ruang waktu untuk HISYAM berbicara mudah dan sekali sekala dapat mendengar SERI BULAN ketawa rendah diusik sakat oleh kisah lalu yang penuh lucu dan sepanjang jalan pulang dari surau hingga ke laman terus berteman kerana mulut orang lebih lebar dari mulut guri...~




20 comments:

  1. saya pernah buat dulu .. tapi bila tak ada orang komen, rasa macam cakap sensorang pulak .. lepas tu buka balik.

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah tengok pun cerita ni kak...mengadap depan tv 5 mins lepas tu tv mengadap saya pulak.

    ReplyDelete
  3. ada entry yg tak mahu orang komen saya off kan untuk entry tu jelah...

    ReplyDelete
  4. saya tak kisah pun azie tak sempat bw..faham..:)

    ReplyDelete
  5. takpa kak , orang akan memahaminya atas kesibukan yg melanda...*update entri lagak mcm blogger pames..tak perlu reply..tak perlu komen blog org lain..yg penting entri update ikut suka bila masa !

    ReplyDelete
  6. Atuk Baen tu guru besar di sekolah Haikal anak saya.

    Janganlah tutup kotak komen tu. Saya percaya ramai peminat dan pengikut Azie tak kisah kalau Azie tak sempat melawat ke blog kami.

    ReplyDelete
  7. sy tak tgk citer tuh... huhu...

    sy rasa tak perlu la nak tutup... biarkan ajer kak... mungkin kita dikatakan blogger perasan fames tp sejujurnya perlu utk org mengomen atau hanya utk say hi... kiki.. mesti sama2 faham kesibukan kita sebagai bloger separuh masa... :-)

    ReplyDelete
  8. ala tak tutup pun xpe kak..masing2 faham..kitorang pun kadang2 tak mnyempat nak kunjung balas juga:)
    oo xpernah tgk pun cite ni..sbb tv9 kot.jarang bukak

    ReplyDelete
  9. Aina jatuh cinta dengan drama ni sebab segala gurindam dan syair masa depa kecik2 tu. Ohsem! Jiwa rasa tenteram je...

    ReplyDelete
  10. jangan la tutup kak..tak pe buka je komen..tak balas komen pun kami tak kesah..nanti bila2 kalau kak Azie ada masa dapat jugak jenguk2..saya tak bolehla tengok entry tak dak komen..resah gelisah..komen tu menceriakan hari saya..heheh

    ReplyDelete
  11. izu berlakon ke?best ni

    tutup kotak komen?
    emm byk dh blog buat mcm tu ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok pun sebab izzue je..tapi suara atuk dia tu sedap jugak..

      Delete
  12. Ala, tak balas jejak pun x per kak, janji kami dapat berbual mesra di sini.

    ReplyDelete
  13. Azie
    Tak terfollow drama tu tapi pernah sekali dengar lagu dak berdua tu nyanyi...syahdu ek?

    Kendalikan dulu kerja yg lebih mustahak. Blogging nih hanya waktu 'iklan' aje. Salam..

    ReplyDelete
  14. pernah tertengok sekali je..garang betul atok baen tu asyik pegang rotan kan..hihi

    ReplyDelete
  15. Alah, sy tak kesah pun. Kdg, sy pun bz gak. Tak smpt nak jenguk blog kwn. Tak apa....

    ReplyDelete
  16. Ala.. tak payah la tutup.. bila senang2 boleh la baca komen2 semua..

    ReplyDelete
  17. Tk payah tutup lah kak...bukan harap sgt pun akak balas kunjungan, saja suke baca n3 akak ni.

    ReplyDelete
  18. Tututppp elok tutup..kecik hati,,sejak bila nak berlaku Adil hihikk

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails