Monday, March 18, 2013

Sampai bila nak macam ni jer, kan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
18-03-2013


Selalu gak tertanya-tanya, sampai bila nak tulis blog? Ada ketika macam hilang mood bila letih.

Seorang kenalan lama yang dah 2,3 tahun tak berhubung, tetiba sms pagi tadi (saya memang guna no henpon yang sama dah lebih 10 tahun). Tapi saya malas nak reply. Sebab saya pernah sentap dan tersinggung kerana beberapa cakap lepasnya. Dah selalu kena. Asyik la saya jer nak jaga hati dia. Sampai bila nak macam ni jer, kan?

Seorang kawan lelaki, yang saya anggap lengkap segalanya, masih memilih untuk membujang sehingga hari ini. Sejak saya kenal dia since 2003, begitulah. Sampai bila nak macam ni jer, kan? (saya harap dia faham maksud saya, sebab dia pembaca bog saya juga)

Saya sendiri naik bosan dengan tatarias (cewahhh....) blog saya sendiri. Sampai bila nak macam ni jer, kan? Tapi dalam kepala ni yang batu besar jugak ada duduk, asyik dok ingat kasut PURPLE jer. Macam takda benda lain dijadikan header. Sampai bila nak macam ni jer, kan? alahaiii....




Melihat situasi yang lebih  luas, ada banyak perkara yang kita boleh persoalkan dengan soalan yang sama “Sampai bila nak macam ni jer, kan?”. Contoh: seorang kawan saya, sampai sekarang masih keras hati tidak mahu balik ke rumah, setelah keluar beberapa bulan lalu. Meninggalkan anak-anak yang ramai dijaga bekas suami. Saya mesti berlinang airmata bila kenangkan kisah dia.

Sebab IKA yang dah age 21 pun saya masih siapkan bekal dia. CHAK yang dah 11 tahun pun saya masih siapkan sarapan, bekal dan botol air ke sekolah, inikan pula anak dia yang masih sekolah tadika? Kalu saya, memang tak sampai hati nak biar anak-anak berdikari sebelum masanya.  Ruginya melepaskan saat-saat macam tu. Itukan tanggungjawab kita? Sedih nyaaaa...






 ~...semasa makan malam di Teratak Nyatuh semalam, Mak Utih terhenti suapan bila tiba-tiba sahaja HISYAM terlatah menyebut hendak mencari tempat bermastautin baru mengikut arahan dari pihak atasan lalu SERI BULAN sudah pasti akan diheret sama, sedangkan masanya belum tiba untuk memijak laman baru dan Pak Utih hanya sekadar melepaskan keluhan kesal dalm rela...~




48 comments:

  1. Yalah Azie, sampai bila....kan?

    ReplyDelete
  2. terkedu ngan citer yg akhir tu.......
    mungkin dia ada sebab tersendiri tp sebagai seorg emak ngan anak2 masih kecik, sampainya ati diaa...............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak tetap anak. Dalam apa keadaan pun, mereka tetap perlukan emak.

      Delete
  3. Tapi mujur jugak bekas suaminya nk jaga..walau tak tahu bagaimana cara jagaannya...

    ReplyDelete
  4. entah lah kak, sampai...sampai masanya kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai masa, banyak keadaan pasti akan berubah dengan sendirinya.

      Delete
  5. AsSalam AA,

    Itu semua ujian kehidupan individu atas ketetapanNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita manusia biasa, pasti akan melalui banyak fasa-fasa ujian dari NYA.

      Delete
  6. saya nak tanya balik soalan yang sama kat diri sendiri...hihihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali fikir, elok juga tanya pada diri sendiri. Mungkin ada beberapa perubahan positif yang perlu dilakukan. Sapa tahu, ye dak...?

      Delete
  7. makcik pun dok tanya soalan sama:
    SMPAI BILA?
    Dah tak larat dah....( ala ala kata Dr.M)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaa.. Tun Dr. M kata “dah lama dahhh...” hehehe

      Delete
  8. perenggan akhir.. sampai hati taknak jaga anak2..
    macam mana susah sekalipun, biarlah anak2 dengan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin didorong oleh perasaan marah dan geram dengan bekas suami agaknya...

      Delete
  9. Balik kerja benda pertama buat cari anak2...cium... Macam mana rasanya tinggal anak2 cam gitu ek. Tapi Aina anak tinggalkan mak kerana seronok duduk kampung...SEDIH gila!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada spesis pompuan yang kering hatinya, sanggup jer dia tinggal anak kerana lelaki lain.

      Delete
  10. kak, kasut tu sy x beli lagi.... sila biarkan dia di situ...
    kang kalau akak guna pic lain, x jd pulak sy nk pakai kasut pepel....

    kisah akhir tu, dia saja y tahu hati dia.... mana kita tau kot2 tiap mlm berendam air mata....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh peminat kasut Purple jugak? Ya... ya sila lah ambil nanti. Kak Azie gantung terus jer kat header tu.

      Delete
    2. bkn peminat kak.. cuma teringin gak nak ada.... pepel is not really a color i like

      Delete
    3. Kak Azie pernah juga ada kasut purple dulu. Masa muda muda dulu. Sekarang ni, dah segan nak beli yang betul betul purple penuh.

      Delete
  11. perenggan akhir tu..pnh blaku dpn mata sy.kuar rumah tinggalkan suami ngan anak2 umur 8,7,4 dan paling kecik 3bulan. bygkan, baru lps pantang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spesis pompuan hati kering ni, kadang-kadang buat kita pulak yang sedih. Tak boleh terima yang depa sanggup buat macam tu, kan?

      Delete
  12. Assalamualaikum Azie

    yg bermula ada akhirnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita harap pengakhirannya yang baik-baik sahaja, hendaknya.

      Delete
  13. Saya ada banyak soalan itu untuk diri saya sendiri, tapi saya ada jawapannya. Disaat yang saya tak ada jawapan, saya akan serahkan pada Allah kerana usaha telah dijalankan. Itulah yang sepatutnya kita semua lakukakn. Usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik, kalau masih begitu, doa dan tawakal. Simple concept, tapi implementasinya tak semudah itu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Untuk implementation tu, kadang-kadang kita ‘ter’pilih jalan yang salah pula, kan? Sebab itu usaha juga perlukan bimbingan dan panduan dari orang lain.

      Delete
  14. betul la sampai bila kan...(untuk benda2 yang boleh pergi lebih jauhla...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kita kena tahu, perkara apa yang perlukan suatu perubahan supaya tidaklah begitu saja sekian lama...

      Delete
  15. sebak jap.....kekadang demi menjaga hati orang lain kita akan terfikir sampai bila nak macam nie je...fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga hati pun biarlah hati orang yang sepatutnya. Bukan jaga hati orang yang tiada kena mengena dengan kehidupan kita.

      Delete
  16. Assalamualaikum,
    Jom kita lakukan perubahan ----> sampai bila nak lagu ni je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika sudah sampai masanya, dan ada keberanian itu, teruskan saja niat ke arah perubahah tu.

      Delete
  17. Elok juga jiko boh stokin sebelah..atau pakaian belah atas sikit,,hikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alang-alang nak pakai belah, biar belah banyak bukan sikit-sikit. Dan pakai stokin dah jadi kurang sesuai.

      Delete
  18. yerlah kak..smpai bila nk macam tu kan? ermmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada benda yang kita tak mampu ubah pun, sekadar boleh tengok dan dengar.
      Apa lagi jika keadaan itu di luar bidang kuasa kita.

      Delete
  19. salam kak azie..

    tumpang ralat dgn kisah kawan kak azie tu sbb sedih dgn nasib anak2nya..

    terpikat betul dgn kasut purple kak azie kali ni.. mengancam sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasut yang mengancam tu hanya sesuai untuk orang yang kurus langsing dan bergaya glamer jer. KakAzie tumpang glamer letak kat header, boleh lah. Hehehe

      Delete
  20. Assalam, Azieazah
    Sampai bila nak macam ni jer? Untuk sesetengah perkara, memang wajar kita kata, biarlah begitu untuk selama-lamanya.

    Yang mengusik perasaan, cerita anak-anak ditinggalkan ibu tu. Ditinggalkan dan mungkin terbiar. Yang terlibat sajalah yang lebih tahu kompleksiti masalahnya. Semoga masalahnya, paling lama, sampai hujung minggu ni saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejauh pengetahuan saya, perkara tu dah bermula tahun lepas lagi hingga hari ini. Saya tidak pasti sejauh mana susah atau mudahnya dia mengendalikan situasi itu. Saya hanya terfikirkan keadaan anak-anak dia saja.

      Delete
  21. "sampai bila nak macam ni jer" saya pun selalu tanya soalan ni pada diri sendiri. dan setiap kali tanya jawapan nya tetap..

    "sampai bila-bila..." biaq je la masa dan keadaan yang tentukan. ada sesetengah perkara tak perlu kita pening-peningkan kepala fikir. Lalui apa yang ada hari ni..untuk esok..bila datang, baru kita fikirkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut aliran, kata orang. Go with the flow. Bila tiba masanya, pandai-pandailah kita nak handle nanti.

      Delete
  22. soalan tu...diri sendiri je yg boleh jawab...sape lagi yang nak ubah kalau bukan diri sendiri...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails