Saturday, March 23, 2013

Saya keras hati? Memang saya keras hati...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
23-03-2013


Hari ini my offday.

Kira-kira 24 tahun dulu. Selesai kenduri kahwin di sebuah kampung. Yang meriah sebab hampir seisi kampung dijemput. Ada khemah kain terpan. Ada balai bertiang dan berlantai kayu yang licin teguh. Cuma takda lembu tumbang.

Pengantin tidak bersanding tapi kena paksa duduk berganding ditayang di tengah laman bersimen yang panas terik.

Kemudian pengantin bersiap untuk balik semula ke KL. Dan sebaris pesanan dari si ayah buat si suami,

“Jaga *** (nama pengantin) ni. Dia ni keras hati.”

Uik...!

****

Malam tadi saya acah-acah MyToklaki: “Kalu takda, saya tak jadi masak lah.!”

“Alaaa... masaklaa. Jangan la keras hati sangat. Cer lembutkan sikit hati tu.” Saya tersengih dalam gelap (sebab dapat idea nak menulis di blog). Hahahaha...!

Punca: ada barang dia terlupa beli untuk saya nak masak Nasi Lemak pagi ini. Tapi pagi ini, tengok-tengok barang tu dah ada kat dapur.

Okehhh... saya nak masak Nasi Lemak Masak Sendiri...!!



Tayang balik gambar lama. Lebih kurang gini jer.




 ~...bila jemputan sudah dibuat, bangsal sudah didirikan dan lembu sudah mula gelisah di tambatan, SERI BULAN pula gembira dalam gementar kerana diajak menjadi pengiring mengkhatam Quran kerana anak dara Pak Imam bagai setuju tidak rela menjadi teman seiringan dan sudah tentu kelak HISYAM tidak tahu siapa yang hendak dijeling siapa yang patut dikerling...~




40 comments:

  1. Salam pn...

    Selamat Ulang Tahun Perkahwinan, semoga kehidupan kalian sentiasa bahagia dan ceria-ceria selalu.

    ReplyDelete
  2. Salam Nani.
    Terimakasih doa.

    Sebenarnya, bukan ulangtahun perkahwinan. Pernikahan saya bulan June. Hehehehe.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..malam tadi knah mkan nasi lemak, bukan buat tp beli..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kadang-kadasng beli juga. Masak ni bila time cuti dan anak-anak penuh dalam rumah.

      Delete
  4. Esok nk blk kg.. kenduri kahwin adik sepupu.. tak sabar nk jd photographer baru nak naik.. wakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuaaa best tuh. Ambik gambar lawa-lawa tau. All the best!

      Delete
  5. apa barang tu, adalah timun yang di maksudkan hihihi

    ReplyDelete
  6. Yang keras hati tu baik hati juga kan?

    ReplyDelete
  7. kejamnya gambar. appear di saat2 kelaparan.
    dah terlupa tapi dah cover..ok la tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena la cover, kalu tidak ada orang majuk terus tak dapat makan. Hahahaha!

      Delete
  8. hati yg keras bisa dilembutkan.kalau kena cara memujuknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...dan hanya orang tertentu jer yang pandai pujuk. Ha ha ha

      Delete
  9. selamat ulang tahun perkahwinan semoga kekal jodohnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih. Tapi pembetulan. Ulangtahun perkahwinan Kak Azie bulan June. Hehehe

      Delete
  10. Replies
    1. Terimakasih. Tapi pembetulan. Ulangtahun perkahwinan Kak Azie bulan June. Hehehe

      Delete
  11. SAlam ..selamat ulangtahun kak semoga jodoh berkekalan ke syurga jannah.

    Erkkk...baru semalam makan nasik lomak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih. Tapi pembetulan. Ulangtahun perkahwinan Kak Azie bulan June. Hehehe

      Delete
  12. Replies
    1. Dalam banyak keadaan, saya memang keras hati pun.

      Delete
  13. maknanya, TokLaki keluar utk beli bahan2 buat nasik lemak? Kalau saya dah keluar pagi pagi tu, saya terus aja beli nasik lemak kat kedai..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana dia berani buat camtu. Kang... sapa yang sebenarnya keras hati?

      Delete
  14. AsSalam AA,

    Bukan keras hati kot, tak makan dek pujuk..
    Ehhhh..samalah tu kan? hik3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang la tu. Tapi biasanya orang yang keras hati ni jarang nak merajuk, dia suka buat sendiri jer...

      Delete
  15. Sedapnya nasi lemak tu. hari ni x leh masak sbb ada xtvt komuniti melayu kat sini. Esok je la masak nasi lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh kalu ada program, dah tentu la makan sakan-sakan tu.

      Delete
  16. Kdg2 hati tu mmg kena keras...tp hati i liat...hihii...
    Ni mula2 entry ingat anniversary u...ropa nya nk cerita merajuk tak mau masak.nasi lemak..ooo...sambal hati ke tu....sedappp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal Bilis jer Saniah. Macam biasa. Set lengkap, jarang ada menu tambahan. Kadang-kadang jer buat Paru Goreng Berempah.

      Delete
  17. saya dulu keras kepala..hati kurang keras..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh keras kepala lagi bahaya tu banding keras hati. hehehe

      Delete
  18. hhhhmmm.. sy rasa sy lembut hati tp maybe bg toklakiku ku adalah keras hati.. kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang perempuan ni memang kadang-kadang susah nak difahami even oleh pasangan kita sendiri pun...

      Delete
  19. ada idea gak apa nak masak esok.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak nasi lemak paling senang, kan? Puas makan...

      Delete
  20. hati masak kicap kak..sedapnya lah aaaiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, hati lembu masak kicap. Atau hati ayam pun sedap. Boh halia dan lada hitam. Perhhh!

      Delete
  21. rindunya nak mengomen kat sini. Selalu jadi silent reader je,busy sangat nak ngomen pun tak dan. Saya ni keras kepala,degil. Lagi orang larang,lagi saya nak buat tapi tengok situasi jugakla. Cuma saya ni jenis lembut hati Kak Azie. Jenis tak sampai hati punya orang. Nak keras hati pon,tak tergamak rasa. Kadang-kadang saya rasa diri saya diperalatkan orang. Saya cuba jadi kejam,tapi tetap tak boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Nurul. Sentiasa ada masa untuk masuk ke sini.

      Berdegil dan berkeras hati ni, ada ketika memang sangat berguna dan perlu. Bergantung keadaan yang macamana.
      Dan biasanya kita berlembut hati bila orang lembut hati juga dengan kita. Berpada-pada meletak diri dan hati.

      Jadi kejam? Mungkin ada ketika boleh jer... cuma selagi boleh elak, elok dielakkan.

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails