Thursday, April 18, 2013

Korea: sungai @ Naraegyo... and the end

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
18-04-2013


MasyaAllah, belum habis lagi cerita si Azie nih??

Ok..ok ini entri penghujung lawatan. Petang hari selepas kami memborong sutera dan berjalan balik ke Guest House. Balik awal sebab taknak letih, lagipun nak packed barang dah.


Menyusur jalan di tengah bandar Seoul mengikut laluan tepi sungai — Cheongye Stream. Sungai ini suatu ketika dulu kotor (zaman Dinati Jaushon) kemudian dibersih dan dipercantikkan sejak 2008 menjadi laluan dan sebahagian tempat rekreasi. Menjadi laluan ramai penduduk Seoul untuk ke beberapa tempat.


Harus menuruni tangga untuk melalui jalan di sepanjang sungai sepanjang 8.5km ini.


Pemandangan waktu petang di bandar Seoul dari bawah laluan ini sangat cantik. Cuma bila angin bertiup sekali sekala, aduhai... sejuknya pipi.


Memang usaha membersih dan mencantikkan sungai ini benar-benar mengagumkan. Kebetulan sepanjang hari cuaca baik tidak hujan, air sungai kelihatan sangat jernih. Ada beberapa ekor itik berenang sambil bermesra dengan merpati. Ahhh... sejuk mata.


Kami melintasi sungai dengan meniti batu-batu besar yang sengaja disusun di situ. Sedikit gementar takut tergelincir (maklum kalu benar-benar jatuh, makcik tergolek you...!)




Curi-curi snap mamat Korea yang hensem bergaya kot ni sedang duduk lepak borak-borak di tepi sungai. Lihat batu yang disusun di tengah sungai itu, selain sebagai tempat menyeberang, juga cantik menjadi hiasan.




Lepak-lepak sementara menanti Rahir membelikan kami dinner.


Kami tak masuk pun ke dalam kawasan Pyounghwa Clothing Market ni. Kalu masuk jugak, mau penuh la tangan maklum situ pusat jualan pakaian. Uishhhh.

Flight keesokan paginya seawal jam 9, tetapi teksi sudah dibooking seawal jam 5.00am (waktu Korea). Dan memang Korean sangat punctual. Pemandu teksi tiba depan Guest House sebelum jam 5.00 pagi lagi. Waktu Subuh di Korea adalah jam 4.30am (3.30am waktu Malaysia).





Terimakasih sudi membaca bebelan saya dan coretan yang tak sepertinya ini. Cewahhhh!!


*Hebahan kecil: Pesta Buku PWTC, saya duty cuma 2 hari. Nanti saya bagitahu selanjutnya. Ada yang dah sms ajak dating... yeayyyy!!





 ~...apalah ertinya sebuah persabahatan jika tidak berani menyebut pengorbanan itu sesuatu yang biasa tetapi lebih unggul bila kita saling memahami bahawa sahabat itu bukan sahaja menjadi tempat mengadu meminjam bahu juga tempat mengadu rindu, tak gitu SYAM?...~




23 comments:

  1. bestnya..dah selamat sampai malaysia pun..pengalaman yg jadi kenangan seumur hidup..

    ReplyDelete
  2. Kakak dapat agak Azie pergi satu beg tapi balik beg dan beranak-cucu-cicit sebab memborong habis di sana.

    ReplyDelete
  3. Azie...
    Part sungai tu yg akak nanti2kan...memang kagum dengan kebersihannya....
    andaikata sungai kelang boleh tukar jadi begitu... indahnya... tiap2 petang pergi duduk tepi sungai...

    ReplyDelete
  4. Azie...
    Part sungai tu yg akak nanti2kan...memang kagum dengan kebersihannya....
    andaikata sungai kelang boleh tukar jadi begitu... indahnya... tiap2 petang pergi duduk tepi sungai...

    ReplyDelete
  5. Kak Azie,

    Teringat pulak drama Korea sebab kadang-kadang ada scene kat airport ni. Bestnya dapat pi Korea. Bila la dapat pegi ni...

    ReplyDelete
  6. drama Korea dan sungai x dapat dipisahkan
    kalau tengok drama korea kalau hero/heroin metajuk mesti duduk tepi sungai Han :)

    ReplyDelete
  7. Subhanallah...bestnya sungai tu.....

    ReplyDelete
  8. Jernihnya air sungai depa...mesti best lepak santai tepi sungai tu.

    ReplyDelete
  9. takpe kak.. citer je selagi mampu.. boleh buat rujukan nanti..manatau kot ada rezeki kita ke sana ke.. hehe..
    tapi kan.. sangat terpelihara je nampak sungai mereka tu kan.. cantik... =)

    ReplyDelete
  10. sekarang dah ramai orang ke Koreakan.. penangan drama korea.. dulu jarang2ler...

    ReplyDelete
  11. wah... tenangnya every petang duduk bersantai di tepi sungai yg indah tu kan.. kalau kat sungai mesia gitu, kan best.. muwahahaa

    ReplyDelete
  12. AA memang pandai bercerita.. seronok baca.. yg bestnya sebab sekarang jarang berblog (kurang kelapangan) makchaq dapat baca beberapa episod sekali gus.. puas.. best sangat.. tapi sedih la dah habis..

    Seronok tengok orang berjalan....

    ReplyDelete
  13. Macam laporan wartawanlah AA.
    Tkasih sgt bagi mama faham pasal korea ni.
    hehe cerita korea mesti tgk punya...

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum kak azie,

    patutlah sunyi aje KKA...ropanya akak bercuti ..bestnya

    jiran ati pun baru blk dari sana...dpt juga fm dari situ :)

    ReplyDelete
  15. membayangkan sungai2 di lembah klang secantik itu.. ;)

    ReplyDelete
  16. cntik dan bersih sungai kat sana...kalau lah ada d malaysia...

    ReplyDelete
  17. Cantik nya sungai....nyaman nmpk..pastu rasa mcm nk terjun main air....org korea ni tak main air ke......klau i...hemmm i mmg tak blh tgk sungai....hahaaa

    ReplyDelete
  18. kak azie...jgn kena 5hb udah lerrr

    ReplyDelete
  19. Susah dapat sungai sebersih itu ditempat kita.

    Azie banyak borong kain sutera dan brooch ke?

    ReplyDelete
  20. bestnya. jeles akak pergi tempat2 drama..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum ... seronok baca macam saya lak yg ada kat sana ... thanks sharing .

    ReplyDelete
  22. wah cantiknya sungai...sangat clean and clear.....sure seronok jalan2 tepi sungai tuh kan!
    tgh compare ngan sungai kat melaka yang derang layan cruise kat situ, baunya perghhhhhh

    ReplyDelete
  23. bestnyerrr
    bila la madam dpt smpi gamaknyer!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails