Thursday, March 20, 2014

Musim kahwin bermula lagi: jodoh yang kita syukuri...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
20-03-2014


Esok last skulah. Cuti semester pertama. Hari ini result SPM keluar. Ada banyak program kat skulah kan?

Cuti skulah paling meriah adalah majlis kahwin. Kami sendiri ada beberapa siri undangan yang harus dipenuhi. Memandangkan minggu ini minggu off-Sabtuday saya, MyToklaki dah beberapa kali ingatkan, “kita ada 2 majlis Sabtu ni”. Saya harap saya dapat skip Sabtu ni so that saya bleh la pegi makan nasi minyak.

Seorang rakan sekerja pun hujung minggu ini akan menerima menantu. Dah ada beberapa orang kawan sekerja sebenarnya yang dah menerima menantu. Lepas sorang, sorang. Adehh... terasa dah diri ni tua. Our turn? Ntah la. Gaya macam lambatttt jer..!

And, jangan lupa. Dalam kita berusaha nak kahwin, jodoh tu DIA yang tentukan. Baru pagi tadi, saya dan kawan yang sama ke tempat kija borak-borak dalam keta. Beza antara kami, saya kahwin sangat muda, dia kahwin agak lewat (masa umur dia 40 tahun).

Saya imbas kisah saya masa lepas STPM terus kerja di KL dan berchenta sakan dengan seorang lelaki yang juga tinggal di area taman saya tinggal (Pandan Jaya la tu). Berchenta sakan dan saya tak pernah seserius itu (begitu juga dia) dalam soal hubungan. Tetapi berbalik kepada jodoh.

Dia dijodohkan dengan orang sebelah Pantai Timur (oleh keluarganya) lalu kami terpaksa berpisah (wpun hari dia sanding saya selamba jer pegi dan borak dengan pasangan pengantin. Baju songket kuning masa tu, saya ingat lagi). Sejak awal saya redha dan kemudian saya tahu DIA tidak menjodohkan kami atas beberapa sebab. Antaranya, dia mahu isteri yang tidak bekerja tetapi saya jenis pompuan yang ‘tak duduk rumah punya orang’.

Alhamdulillah dia dan saya sama-sama mendapat jodoh yang baik (wpun sampai hari ini, bini dia kalu terjemuh saya di mana-mana, tengok saya macam nak telan...!)

Tayang-tayang:


Goodie bag, seorang rakan sekerja yang menerima menantu awal bulan tadi.



Isi: kek yang disebut depa, Kek Kemboja. Saya pun tak tahu. Tapi memang kek la. Dalam kotak ada map lokasi majlis. (Hmm bukankah kena sampai dulu baru dapat goodie bag nih?)



Perisa strawberri.



Yang ini perisa coklat.





 ~...begitu lama menjadi sebahagian warga Kampung Separuh Desa, HISYAM semakin sebati lalu larut di dalam arus kehidupan dan budaya yang mengalir sehingga setiap kali majlis besar kecik dia tidak pernah rasa terpinggir malahan ramai pula yang mengharap beliau menjadi kepala hidang atau setidak-tidak menjadi kepala penanggah yang cakapnya tak boleh disanggah, mintanya tak boleh dibantah dan SERI BULAN sahaja yang berani melawannya dengan melarang, untuk buat kerja bukan rokok menjadi upah tetapi kata indah menjadi peneman untuk tidor malam nanti...~




17 comments:

  1. Kak azie, jgn lupa nnt nk terima mnntu jemput sy kendurinya... :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput saya jugak. Nak tunggu nasi minyak kami ni lambat sangat, so makan dulu nasi minyak anak akak. Hehe.

      Delete
  2. aar kak. minggu depan minggu kenduri lah yer..nk tergelak palk baca kisah yg istri dia tgk akk mcm nk telan tu..x ilang lg jelesnya tu hihihi

    ReplyDelete
  3. Macam nak kena balik kampung lagi cuti sekolah ni...sepupu kahwin pulak.

    Anak2 dah besar bab jodoh biaq la depa tentukan hala tuju depa. Kita doa yg baik2 ja buat depa.

    ReplyDelete
  4. Singgah sini, jemput singgah blog awksweetgitu.blogspot.com =D

    Support each other =)

    ReplyDelete
  5. Akak, saya pun nak datang kenduri akwen anak2 akak...hahahaha. Eh, betul lah kak. Jodoh kita, Allah dah tetapkan. Baik atau buruk, kita kena terima. Semua tu ada rahmat disebaliknya.

    ReplyDelete
  6. Yelah kan. Jodoh Allah tentukan. Yang terbaik Dia pilihkan

    ReplyDelete
  7. cuti sekolah ni turn pergi makan kat kenduri kahwin jelah lepas penat dalam majlis di rumah MIL sebelum ni.. ;)

    ReplyDelete
  8. jodoh.. semuanya itu ada misteri sendiri kann kak..:)

    ReplyDelete
  9. amboi dah boleh berkira2 nak dapat menantulerni..
    yo jodoh adalah kuasa yang maha Esa...

    ReplyDelete
  10. saya tak de jemputan cuti sekolah ni..jadi kami ambik keputusan untuk pergi bercuti kat tempat yang dekat2 ni je.bermula esok sampai ahad.hehehh..lepas tu suami kerja...keja..kerja..

    ReplyDelete
  11. Tak penah jumpa...org bg goodie beg sebelum majlis. Bagus jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la. Goodie bag tu memang diberi semasa majlis. Cuma yg saya musykil motif map lokasi dlm kotak kek. Bukankah kita kena sampai majlis dan dapat goodie bag baru kita akan nampak map, kan?

      Delete
  12. Rupa mcm baulu kemboja tp kek biasa je tp berbaloi dpt Yg mcm ni dr dpt potpourri tu mkn pun x boleh..huhu..

    ReplyDelete
  13. terasa lapar pula dok tengok kek tu
    dah la posa arini

    emm, betullah kak
    saya setuju tu.cepat ke lambat
    semua tu jodoh yang ditentukan ALLAH
    siapa kita untuk mempertikaikannya

    ReplyDelete
  14. banyak dapat kek kemboja tu....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails