Tuesday, August 12, 2014

Anak nombor enam, sesuai baca...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
12-08-2014


Saya terima pic di bawah di status seorang friend di FB. Saya mohon copy untuk jadi satu bahan di entri. Yeaa saya anak Nombor Enam.

Hmmm... baca untuk santai. Percaya semua, jangan. Walaupun kebetulannya sangat hampir sekali.




  1.  MyArwah Ayah pernah pesan pada MyToklaki (pada hari kahwin kami), “jaga dia, sebab dia ni keras hati.” > hmmm... saya rasa pun memang saya seorang yang sangat keras hati, bukan keras kepala yang kadang-kadang ada batu besar juga duduk!
  2. Saya tak la bajet garang, tapi tak la juga cute pun!
  3. Caring tu saya rasa tepat. Manja tu pada tempat yang betul, kira ok lah kan?
  4. Ohh bab touching ni memang benar sangat lah. Tengok drama sayu pun kita nangis tau!
  5. Sweet? Oh tidak! Pemarah sangat pun tidak. Manja macam kucing? Ahh lawak tu.
  6. Suka bergelak ni, memang saya tak berani nak nafikan langsung.
  7. Pemalu? hak hak hak nampak benar tak tepat tapi bab ‘murai’ tu... huhuhuhu!
  8. Gangster? Hmmm sekali sekala saya memang nampak macam ‘Kak Long Kawasan’!
  9. Tulang belakang tu saya rasa tidak, sebab saya anak nombor 6, jadi abang-abang dan kakak-kakak saya lebih menjadi tunjang keluarga.
  10. Dalam diam? Dulu saya tak pandai nak bereaksi ‘dalam diam’ ni... tapi sejak dah berumur skit ni, saya rasa perlu juga buat rasa dalam diam nih...
  11. Menyusahkan? Saya rasa tidak juga. Saya seorang yang berdikari sejak dara sunti lagi. Seawal umur saya 17 tahun saya dah pandai cari duit dengan kumpul kelapa, kopek (guna ‘chop’) untuk supply kepada nelayan yang berniaga nasi lemak di kampung saya.
  12. Penyayang ker saya ni? Panas baran tu tidak langsung, tapi setiap orang ada perasaan marah, kan?
  13. Kaki ada. Gaduh tak lah!


Korang rasa mana yang paling hampir dengan diri korang?

Tayang-tayang:


Meehoon Sup Daging, tapi suka hati jer campak Crap Stick. Bekal saya, hari apa ntah...







 ~...musim menuai sudah lama usai dan bendang sudah nampak seperti padang, tetapi layang-layang yang ingin ditayang belum lagi nampak bayang, lalu HISYAM mula rasa tidak keruan kerana Pak Utih bagai berdalih, sedangkan SERI BULAN sudah lama ingin menghasut agar acara main layang-layang tahun ini tidak dilibatkan jejakanya, kerana semakin tahun semakin ramai anak dara Kampung Separuh Desa yang bagai tidak silu lagi untuk sama berkunjung datang, hanya semata-mata ingin membuang pandang sambil mencuba nasib agar diri dapat dijeling...~




10 comments:

  1. saya anak sulung, dan satu-satunya anak pompuan..tak best kan, tapi itulah yang ditakdirkan...

    ReplyDelete
  2. Saya anak sulung.. eeemm.. hampir betul tapi tak semualah.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. saya anak no 3
    tapi bihun tu nampak best
    crab stik tu kalau goreng halus2
    boleh jadi kerepek :)

    ReplyDelete
  4. Aian anak no 3 tapi memang jadi tulang belakang keluarga adik beradik ada masalah...kak yang pleaseeee...haihhhhh...

    ReplyDelete
  5. kak.. sy anak yg sulung (no 1).. sikit sebanyak ada benarnya.. lalalalala

    ReplyDelete
  6. sy anak ke3, semua betul kecuali #11 kot. Wallahualam kalau y sekeliling rasa camtu.
    #7 pulak, sy bukan NAMPAK pemalu, tapi biasanya orang kata lebih kepada sombong dan saya MEMANG pemalu.......

    ReplyDelete
  7. saya anak no 3..ada jugak la yang betul..ada yang tak macam tak sama je..hehe

    ReplyDelete
  8. Ada yang berkenaan juga ini rasanya. Ada yang hampir sama.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails