Monday, August 4, 2014

Beraya di Kampung Saya #02: laman leluhur, bukan di Johor....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
04-08-2014


Hari ini seperti yang kita semua jangka, semua tempat semua keadaan, akan kembali meriah seperti dulu. Ada ker yang masih menyambung cuti atau baru nak amik cuti?

Tempat kija saya, hari ini merupakan hari ‘wajib’ semua staf kena masuk kija kerana cuti hanya diberi limit sehingga Ahad semalam sahaja — sama macam cuti sekolah. Selamat bergawian lah kita semua.

Cerita Raya? Ada banyak. Bagi saya tidaklah sepenuhnya untuk tatapan or bacaan semua orang, tetapi saya lebih cenderung untuk menyimpan beberapa kenangan dan foto sebagai rekod peribadi. Lain orang lain cara, lain tempat lain padang. Tapi saya yakin semuanya menjadi kenangan dan catatan best bagi setiap orang. Dengan cara tersendiri, kan?

Pemandangan keliling rumah. Sebenarnya usaha baikpulih oleh kakak saya suami isteri sudah bermula sejak awal tahun ketika mereka pindah masuk semula ke rumah ini serta bersama MyBonda. Usaha baikpulih terus berlangsung dan juga beberapa usaha meningkatkan beberapa bahagian rumah sebenanya sangat menggembirakan hati kami semua.



Bahagian tepi rumah ini dulu adalah parit memanjang sehingga ke bendang di belakang sana, juga bersambung dengan parit di tepi jalan besar. Dulu parit ini (kami panggil telaga) menjadi tempat mandi kami masa kecil ketika air paip belum masuk. Di tepi telaga ini dulu, ada sebatang pokok cermai yang besar (satu-satunya pokok cermai yang kami ada), yang ketika lebat berbuah sangat meriah malah saya sendiri pernah beberapa kali jadi ‘terer’ juga memanjat.



Beberapa longgok tanah merah (1 longgok = 1 lori) dan pasir serta batu untuk memulihkan semula laman rumah yang luas tetapi telah rosak. Dulu laman luas kami menjadi gelanggang kami main badminton, galah panjang dan bola rounders.



Kakak saya yang sorang ni  memang ‘tangan sejuk’. Minat dan pandai tanam bunga. Nak harap saya, tengok bunga pandai lah.



Pada hari Raya ke-2, traktor (jentolak) ni tiba untuk meratakan tanah merah.




Selepas. Kini lapang sehingga boleh nampak sawah dan kebun kelapa sawit di belakang sinun.


Menurut kakak saya, dia plan nak buat reban ayam, reban arnab dan kebun sayur di bahagian belakang sana. Serta wakaf untuk kami berlepak bila adik beradik berkumpul. Boleh lah tahun depan ber-BBQ pula.


Uncle pemandu jentolak ni suka pulak bila saya asyik amik gambar dia. Sporting betul. Kenapa saya kata dia sporting?


Sebab dia bagi saya naik atas jentolak ni dan cuba eksyen nak tolak tanah tu sendiri. Hahahaha!





 ~...oh bulan mana bintang, oh bintang mana HISYAM...~




13 comments:

  1. Keseronokan di kampung yang rasanya tak dapat kakcik alami lagi...

    ReplyDelete
  2. heheh!!!!! tudia….mmg sporting abis la uncle tu. jgn sodok abis rumah dah. cantikla rumah kampung akak. klau dah baik pulih sure gempak raya tahun depan…..selamat hari raya k.azie

    ReplyDelete
  3. Makkkkkk aiiii!!! Gambaq las tu...ahahahhaaaa...

    ReplyDelete
  4. amboi tu dia bergambar kat situ.. kitapun takdaer gambar cam gitu...
    seronoknyer nanti rumah kampung dah dibaik pulih... balik kampung selalulerlkan...

    ReplyDelete
  5. hahahaha..posing atas jentolak tu yg paling mahal!

    ReplyDelete
  6. Azie yg serba boleh....... pemandu tracktor yg vouge. Rare tu.

    ReplyDelete
  7. hahahaha...best gambaq last tu....

    ReplyDelete
  8. besaq nya laman..boleh buat gelanggang takraw..

    ReplyDelete
  9. gambar bawah sekali, paling comel..ngiii...:)

    ReplyDelete
  10. bestnyaaa, akhirnya rumah kg tu kembali ceria...
    baguslah..

    ReplyDelete
  11. wahhh...terbaiklah kak
    best tak naik jentolak? cam nak buat juga ler
    boleh suh uncle tu datang sini tak? hehe

    ReplyDelete
  12. blh lagi menerai jentolak ... rumah kg mmg tiada tandingan .

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails