Tuesday, June 30, 2015

Ramadhan ke-13: antara kalut berbuka dan kalut bertutup...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
30-06-2015


Ramadhan hari ke-13.

Saya perasan sesuatu. Bila tiba saja bulan puasa, yang biasa akan berubah jadi luar biasa.

Dari jualan kuih di Pasar Ramadhan paling ketara benda yang kita tak pernah jumpa pun boleh muncul dengan rancaknya.

Malah serancak itu juga pelbagai aktiviti beribadah kita lihat serancak ramai orang berkongsi mengenainya. Samada kita sendiri terlibat atau kita hanya sekadar melihat. Mana mungkin kita dapat mengelak dari tidak membaca sekian banyak status “terawih di sini”...“iftar bersama anak yatim”...“Yang Berhormat serahkan sedekah to sekian sekian“...

Alhamdulillah. Tiada siapa boleh mempertikai perkara mulia sedemikian.

Malah, yang tidak berhijab sebelum ni pun mengambil berkat sempena bulan Ramadhan untuk mula berhijab. Pun kita patut sokong.

Dan perkara-perkara keji dan bercanggah tetap juga berlaku. Nafsu tu sentiasa ada. Baik dari segi nafsu nak makan macam-macam sehingga ke tahap nafsu nak beli baju raya sakan-sakan. (Jangan bandinglah dengan selebriti mcm Che Ta yang anak-beranak ada baju raya 20 pasang seorang).

Kita dipaparkan pula dengan kes dera kanak-kanak umur 5 tahun yang bakal menempuh masa depan yang gelap kerana akan cacat seumur hidup. Perlakuan kejam yang dikecam ini membuatkan kita marah dan urut dada. Di bulan yang mulia, rasa kemanusiaan itu tercabar dahsyat sekali. Kemudian media seosial dunia hiburan seronok bercakap dan bagai berperang kata tentang kes mulut celupar tahap Gaban oleh artis Azwan Ali. Saya sendiri baru tahu semalam. Apa kes sebenar? Tak tersempat pula nak baca di mana-mana. Yang pasti, sama-sama kita mendoakan semoga yang baik-baik akan diberikanNYA kepada insan-insan sebegini. Moga ada perubahan di masa akan datang dan kita tidak lagi mendengar or membaca kes-kes yang menyirap darah, yang menyentap jiwa raga. Cukuplahh... 

Melihat semua ini bagaikan tayangan di layar, sebuah rencah kehidupan yang terpaksa kita terima, terpaksa kita lihat dan mengambil iktibar mana yang perlu.

Dalam konteks yang lebih kecil, wajar kita memandang ke dalam diri kita dan ke dalam rumah kita sendiri.

Peringatan itu perlu selalu.

Tayang-tayang:


Kari Bawal. Untuk iftar hari apa ntah.

Saya bukanlah pandai masak pun, tetapi untuk menu tradisi sebegini, tentulah malu jika nak kata tak reti. Bulan puasa juga boleh dijadikan bulan latihan memasak jika rajin mencuba.



 ~...sekian lama menjadi murid kepada Mak Utih yang rajin mengajar tidak berbayar, SERI BULAN amat yakin air tangannya bakal juga mendapat Kepujian Kelas Pertama kalaupun tidak dari HISYAM setidak-tidaknya Pak Utih makan bertambah, Mak Utih senyum bercambah cuma HISYAM bagai menyimpan senyum kerana tidak mahu si tukang masak perasan sendiri nanti kena masak kediri...~




Monday, June 29, 2015

Ramadhan 12: entri pertama tentang puasa dan iftar...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
29-06-2015


Ramadhan hari ke-12.

Baru kini saya berpeluang ada masa untuk menulis sesuatu tentang Ramadhan kami tahun ini. Secara umumnya memang tidak berbeza pun. Sama seperti orang lain juga. Sama seperti tahun-tahun lalu juga.

Beza besar hanyalah, tempat kija saya memberi pelepasan kami balik awal tanpa OT tahun ini. Secara umumnya begitu. Masa bekerja dicepatkan setengah jam jadi bagi yang boleh masuk kerja seawal 7:30am, boleh balik seawal jam 4:30pm. Tetapi saya memilih untuk masuk jam 8:00am dan balik jam 5:00pm.

Kecuali bagi kes-kes urgent yang melibatkan projek tender. Tiada kompromi. Sesapa yang terlibat sudah pasti akan bertungkus lumus di opis termasuklah berbuka di sini juga akan miss terawih.

Saya seperti tradisinya, memang masak sakan-sakan hanya pada hari cuti, yakni Sabtu dan Ahad. Masa begini, anak-anak paling happy sebab si Omak ni akan masak yang best-best.

Antaranya:


Kuih wajib buat di bulan Ramadhan. Kuih Abuk-Abuk ini. Memang menjadi kegemaran seluruh rakyat dalam rumah. Saya dah buat pada minggu pertama lagi.



Siapa yang dapat menafikan kesedapan kuih simple ini. Tidak susah-payah pun nak buat tetapi sangatlah enak lazat.

Zakat fitrah kekal RM7.00 bagi negeri Selangor. Sudah dibayar semuanya oleh MyToklaki pada hari ke-2 Ramadhan. Takut terlupa.



 ~...semalam lagi ketika Mak Utih bagaikan berleter tentang dinding bilik SERI BULAN bagaikan ada lubang ditebuk orang, HISYAM yang paling awal melompat mencari paku dan mertun sambil dia juga bagaikan ingin meleteri sama orang yang berhajat mengintai mengendap, dan SERI BULAN terus merasakan jantungnya laju menendang, dalam perut bagai ada bunga tulip berkembang dan HISYAM kemudiannya sedar pipi sahabatnya itu merah bagai ada bunga ros mewarnai...~




Friday, June 26, 2015

Memori Bali 09: Pantai Kuta penamat siri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
JumAAt
26-06-2015


Akhirnya tibalah ke penghujung siri Memori Bali saya. Walaupun panjang kali ini, saya mahu menghabiskan semua rakaman gambar dan cerita sepanjang 4 hari 3 malam di Bali.

Selepas melawat Tanah Lot kami balik ke hotel. Dalam perjalanan balik kami cuba singgah di Pantai Kuta. Ingin melihat sendiri keindahan pantai yang sangat terkenal di Bali ini. Kebetulan hotel yang kami menginap memang berada dalam daerah Kuta ini.

Kerana perjalanan balik jalan sesak dan lambat, lalu kami tiba di Pantai Kuta sudah kemalaman, selepas jam 7 malam. Di sini, jam 6 lebih pun sudah gelap (waktu solat awal sejam dari kita). Lalu suasana pantai tidak dapat dinikmati sepenuhnya.


Papan tanda di pintu masuk kawasan pantai ini sangat besar tapi menarik.


Sedikit kelam.

Memikirkan tiada masa lain lagi untuk melawat pantai ini kami bersiar juga seketika di sini. Dalam samar senja masih ada pelancung yang mandi manda tetapi gambar kami sendiri pun tidak dapat dirakam.



Dalam perjalanan balik ke hotel kami singgah di restoren Sunda untuk dinner. Sekitar daerah Kuta ini masih meriah dan hidup. Banyak kompleks mewah dan moden yang menjadi tumpuan pelancung..


Restoren Pawon Pasundan. Dalam bandar Kuta. Tidak jauh dari hotel kami.


Lihatlah Puan Blog yang tak berenti-renti nak posing dengan imej Bali. Sepit rambut berbunga Kemboja. Hahaha...!



Set dinner: Nasi berbungkus dan dikukus dalam daun pisang seperti Lontong Jawa. Ayam Penyet. Ada Ikan Gurame (ikan kaloi, memang top di Indonesia, hampir semua restoren ada ikan ini). Berserta sup simple yang enak di tekak saya. Sambal kicapnya hampir menyamai sambal kicap kita. Tempe goreng tak tinggal. Rasa puas makan. Mungkin juga kerana perut yang sedia lapar.

****

Pagi terakhir di Bali. Sebelum checkout untuk pulang, kami turun membeli belah untuk penghabisan. ‘Last kocek’ kata orang. Di sepanjang jalan tempat hotel kami itu memang banyak kedai-kedai berjualan yang dibuka seawal jam 9.00 pagi. Lalu kami mengambil peluang untuk meninjau sesuatu (lagi) untuk dibawa pulang. Manakala sebahagian ahli rombongan berjalan kaki (10 minit sahaja) ke Pantai Kuta malam tadi untuk melepaskan juga hajat mandi laut.


Kebetulan hari itu, Bali merayakan Hari Saraswati (hari memperingati seorang guru yang menjadi legenda pendidikan di Bali) dan hampir semua rakyat Bali akan meraikannya dengan berpakaian tradisional mereka dan keluar bersembahyang di kuil-kuil. *Lihat sandal Bali kaler paberet saya yang saya beli dengan harga kira-kira RM7.00. “Baaarulah Bali...!”

Saya melihat sesuatu yang tidak pernah saya lihat. Wanita Indonesia yang berwajah seperti serumpun kita (wajah Melayu) tetapi beragama Hindu melakukan beberapa ritual sembahyang di tepi-tepi jalan dan juga di kuil-kuil kecil di tempat mereka berniaga.


Hampir setiap pintu kedai atau premis perniagaan termasuk hotel-hotel di sini pasti akan ada beberapa jenis bunga dan barangan lain yang berkaitan, diletakkan di muka pintu, di tengah lorong atau simpang, di laluan utama juga di tepi-tepi tiang. Seperti yang di dalam dulang di atas.


Anak-anak seluruh Bali bercuti sekolah pada hari itu dan berpakaian tradisi khas untuk dibawa bersembahyang. Peniaga kedai di sini hampir semuanya wanita tempatan, dan kami berpeluang berbual dan bertanya-tanya. Depa memang mesra dan tidak kisah pun bila saya (yang memang jenis jakun bab-bab budaya nih...) sibuk nak snap itu ini malah tak keberatan pun diajak posing sama.


Abaikan pakaian seksinya. Dia sedang melakukan beberapa acara ritual, seperti mengibaskan daun dan mengayun bunga kemboja di atas beberapa ‘barang persembahan juga makanan’.


Di mana-mana pun kita akan lihat beberapa kuil depa dirikan samada untuk public atau untuk keluarga semata. Di celahan deretan kedai di bazaar ini, di tengah-tengah terletak kuil yang agak besar. Tidak hairan juga beberapa acara sembahyang dan pemujaan dilakukan secara beramai-ramai di sini.


Part ini saya berani zoom dari jauh saja. Mana lah tahu, mereka tidak selesa pula jika saya snap pada ketika mereka melakukan acara sembahyang mereka.



Lihat betapa cantiknya wanita-wanita Bali bila depa berpakaian tradisional sebegini. Sporting pulak tu...



Tayang-tayang: Sebahagian barang cenderahati dari Bali yang sempat saya sambar. Agak murah dan berbaloi juga untuk dijadikan buah tangan kepada MyKakak-kakak dan kawan-kawan. Rantai manik berselang cengkerang tu, beli di sana dan pakai di sana saja. Balik KL dah tak reti nak pakai.



Dalam perjalanan menuju airport sempat saya snap monumen kuda yang besar ini.


Gambar kenangan bersama semua ahli rombongan saya (kami cuma bertujuh sahaja), bersama pemandu pelancung Pak Ida Bagus dan juga pemandu van sepanjang kami di sana.


Di lapangan terbang Ngurah Rai. Cantik dan berseni juga airport depa. Masa sampai dulu tak sempat nak jelajah seluruh kawasan pun.

Akhirnya selesai juga siri entri Memori Bali saya. Suatu kenangan yang menyeronokkan. Bali memang cantik dan tidak hairan ramai sekali pelancung suka ke Bali. Pantainya... pasirnya... pulau dan gunungnya. Tasik, hutan, jalan tanah tinggi. Memang sungguh indah. Saya rekmen!

Terimakasih kerana sudi membaca sekian banyak entri tentang Memori Bali saya. Sedangkan ramai lagi blogger yang menulis tentang Bali lebih baik dan lebih indah dari saya. Takpa. Mata saya turun ke hati saya... dan inilah hasilnya.



 ~...sudah setengah purnama berlalu sejak HISYAM terlepas kata hendak menyambut lebaran di tempat lain dan SERI BULAN hanya mampu mengangguk, tetapi Mak Utih merajuk tidak terpujuk, sehingga hari ini belum berani HISYAM mengulang kata yang terlepas itu, malahan sudah mengagak kali ini Pak Utih juga mungkin akan ikut sentap, makan tak pernah rasa sedap...~




Wednesday, June 24, 2015

Memori Bali 08: Tanah Lot, temple di tengah laut...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
24-06-2015


Seperti yang dirancang, saya harus menyudahkan semua siri Memori Bali saya ini. Aduhai...


Kami dibawa makan tengahari di sebuah restoren di atas tanah tinggi dalam kawasan Bedugul. Restoren besar, makan secara bufet. Penuh dengan pelancung. Apapun makan memang sedap dan menyelerakan. Sebab ada pecal. Tapi saya tak snap pun.

Restoren bersebelahan dengan Masjid Besar Al-Hidayah. Terletak di atas kawasan tinggi dan tangga batunya besar-besar. Sayup di atas. Aduhai. Bagi ahli rombongan yang sudah berusia memang tak sanggup nak panjat tangga tu, lalu mereka mencari alternatif lain. Ke surau lain di tepi tepi jalan.


Saya dan beberapa orang gigih memanjat tangga untuk naik ke ruangan masjid besar ini.


Sungguh cantik rupanya Masjid Al-Hidayah ini. Seni ukiran di dinding sebelah luar berwarna kuning keemasan dan begitu indah sekali. Cuaca sekitarnya berangin dan sejuk nyaman.



Di bahagian hadapan masjid, terbentang sebuah tasik yang luas dan berkabus. Cuaca redup dan hujan renyai menitis. Memberikan suasana yang dingin. Sudahlah air di dalam masjid sangat sejuk. Air gunung barangkali.


Di seberang jalan sana, ada beberapa gerai jualan terutama buah-buahan termasuk durian. Tak sempat pula nak meninjau ke sana. Tengok dari jauh sahaja.

****

Kami dibawa ke suatu kawasan tepi laut yang cukup terkenal di Bali. Kawasan ini memang menjadi kawasan wajib lawat. Tanah Lot.


Pintu masuk ke Tanah Lot. Sepanjang jalan juga berjualan pelbagai makanan, cenderahati dan pakaian. Dah tak lalu nak beli apa pun.


Tanah Lot merupakan kawasan tepi laut yang bertanjung. Ada beberapa batu menjulur dari daratan dan di atas daratan batu memanjang ini dibina kuil-kuil Hindu yang besar. Ketika kami sampai, air laut sedang surut. Jika air pasang, beberapa unjuran batu besar ini akan ditenggelami air laut dan kuil-kuil itu kelihatan terapung. Sayang juga tidak dapat melihat suasana sebegitu.


Ini kawasan unjuran batu yang paling besar saya rasa. Ramai orang turun sehingga ke gigi air untuk melihat kuil lebih dekat.


Beberapa orang tempatan menawarkan khidmat fotografi di sekitar kawasan Tanah Lot termasuk bergambar dengan seekor ular sawa kuning yang besar ini. Saya tidak melepaskan peluang. Sekali bergambar dengan ular itu dengan harga RP100,000 lengkap pakej gambar diambil oleh jurugambar professional mereka dan dicetak segera di atas sekeping kad besar berframe. Cantik juga. Ok laa...



Deretan kedai-kedai di sepanjang jalan keluar Tanah Lot. Biasanya kawasan sebegini, harganya memang lebih mahal dari kedai di bandar Singaraja.


Jagung merupakan makanan ringan paling popular di Bali. Jagung dari kebun mereka sendiri. Kerana Bali merupakan kawasan bertanah tinggi dan bergunung berapi, tanah pertanian sangat subur dan mereka kaya dengan sayuran dan buah-buahan.


Tak beli pun sebab masa hari pertama tiba dah merasa Jagung Bakar depa.


Melihat seorang makcik ini berjualan kuih tradisional (pulut berinti dan bersalut kelapa parut, saya rasa itu Buah Melaka) memberikan rasa simpati pula. Begitulah sebuah kehidupan di tempat orang yang memberikan keinsafan bahawa kita sangat beruntung. Tidak perlu duduk seharian di tempat terbuka sebegitu mencari rezeki dengan payah. Aduhai...

...bersambung...



 ~...HISYAM, jikapun engkau sedang melihat, sedang memerhati usahlah terus menanti sedangkan engkau sedia tahu sedia mengerti SERI BULAN tidak pernah kisah kata-katanya tidak diendah, ayatnya sering kena patah, malah angan-angannya bagai kena belasah, namum terus juga dia setia menanti engkau duhai HISYAM dan terus berharap agar Syawal nanti lebaran bakal dirai bersama dan duit raya dapat dikongsi sama lagi...~




Tuesday, June 23, 2015

Memori Bali 07: mandi air panas separuh bogel...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
23-06-2015


Ramadhan ke-6.

Tetapi saya harus selesaikan semua siri Memori Bali ini. Semuanya sebagai rekod peribadi untuk rujukan diri sendiri (dan mungkin untuk pembaca jika perlu) di masa akan datang.

Pada hari yang sama selepas kami balik dari Pantai Lovina dan Laut Jawa melihat dolphin, kami pergi ke kawasan yang turut menjadi tumpuan pelancong luar ke Bali iaitu Permandian Air Panas Banjar.


Tidak jauh pun dari laut. Cuaca yang panas terang benderang sungguh membantu pemandangan nampak cantik dan indah walaupun kawasan itu seperti berada di ceruk kampung.



Sepanjang jalan, seperti biasa deretan kedai-kedai menjual pelbagai barangan cenderahati termasuk pakaian yang cantik kreatif bertema Bali. Tak beli apapun.



Menuruni tangga batu menuju ke bawah ke kawasan kolam air panas. Ketika ini jam kira-kira 11:00 pagi. Saya tak berapa ingat, tapi belum tengahari.


Air kolam seperti warna hijau. Saya tak tahu kenapa. Semulajadi begitu barangkali. Ramai pelancong luar yang berminat dengan sauna air panas nih. Ohhh kami tak sanggup. Abaikan saja yang berbikini di sana sini tu...



Rendam kaki cukuplah...

Meneruskan perjalanan ke daerah Bedugul, suatu kawasan yang lebih tinggi ini sungguh melekakan. Cuaca yang nyaman dingin (turun baru dapat rasa, sebab dalam van tingkap tertutup), dan saya rasa ianya seolah-olah kita berada di Genting.


Lihat tasik-tasik semulajadi yang luas dan indah ini. Diselaputi kabus yang memutih itu memberikan suasana indah yang jarang-jarang dapat saya lihat sendiri dengan mata. Indahnyaaa...



Kami turun sebentar di suatu tempat persinggahan di tepi jalan. Puncak Bagus. Sekadar bergambar.


Peta yang dibawa oleh Pak Ida menunjukkan di mana daerah Bedugul itu terletak...



Laluan jalan kampung berliku-liku berbukit-bukau tidak jauh beza seperti jalan Bukit Putus - Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Sekali sekala melihat haiwan liar ini melintasi jalan juga bergayutan di pokok tepi-tepi jalan. Hutan-hutan kecil yang masih wujud sepanjang laluan berselang seli dengan pokok-pokok buah seperti durian, nangka juga rambutan.

Saya tak kuasa nak snap sebab perut dah lapar. Kami menuju ke tanah tinggi lain pula untuk makan tengahari.

...bersambung...




 ~...walau tahu HISYAM hanya mengada lebih menginginkan Gulai Labu Manis Lada Hitam, Mak Utih tetap juga bersungguh-sungguh memasaknya sehingga tidak sempat SERI BULAN menanya resipi-petua lalu bila HISYAM dengan sengaja pula mengendeng Cucur Bilis Garing, SERI BULAN hanya mampu mencebik bosan...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails