Friday, August 21, 2015

Majlis Aidilfitri: bila saya jadi emcee...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
21-08-2015


Majlis Jamuan Aidilfitri di tempat kija saya merupakan acara tahunan yang memang saban tahun diadakan. Walaupun para CEOs dan Managing Director @ our Top Gun merupakan bangsa Cina, tetapi acara meraikan Tahun Baru Cina tidak pernah diadakan sebagai acara rasmi company atau acara tahunan. Ini kerana majoriti pekerja adalah Islam. Dan company menjadi seperti syarikat berimej Melayu dan Islamik. (pandangan peribadi saya sahaja tidak mewakili sesiapa)


Berbanding tahun lepas dan tahun sebelumnya, majlis tahun ini lebih simple dan sangat sederhana. Tiada acara besar-besaran, tiada juga bunga api seperti dulu, tiada artis jemputan pun dan jemputan VIPs pun tidak seramai dulu. (Ini mungkin kerana tumpuan akan diberikan lebih kepada satu lagi majlis yang lebih grand sempena ulangtahun company 30 tahun. Malam Gala akan diadakan pada pertengahan September nanti di sebuah hotel)


Our Top Gun, seperti biasa dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua pekerja kerana usaha bersungguh-sungguh (dia sering sebut 'bertungkus-lumus') dan majlis tahunan ini memang diadakan khusus untuk staf meraikan Syawal dan bergaul sesama kami mengeratkan ukhwah dan merapatkan persahabatan.


Majlis bermula seawal jam 1200 tengahari. Time lapar. So, semua staf dibenarkan makan dahulu selepas ucapan MD, dan sebelum aturcara lain.





Macam biasa, tak sah kalu takdak nyanyi karaoke. Mamat sorang ni memang popular. Sebab tiap tahun bila ada program camni dia mesti naik nyanyi. Suara tak sedap takpa, penglibatan sporting tu yang buatkan suasana meriah.


Eh...eh..! Tetiba ter berduet pulak. Sebab, lagu best. Chek Mek Molek youuuu...! "Senyumlah... senyumlah ahai Chek Mek Molek..!"

Tahun ini saya diberi tugasan membantu mengendalikan acara majlis bersama seorang lagi staf lelaki (dia ni tiap tahun jadi emcee majlis company). Saya memang suka bercakap. Tak takut naik pentas bercakap. Jadi untuk majlis tempat sendiri sebegini, tidaklah kekok sebab kita dah kenal semua audien kita.


Ada banyak acara. Yang sebenarnya ringkas-ringkas jer. Tapi ramai yang sporting naik pentas secara spontan untuk menyertai.

Ini acara Sambung Lirik Lagu Raya.


Ini acara yang tiap tahun ada. Pasangan Pakaian Sedondon. Juga secara spontan jer depa naik. Hanya cari pasangan pakaian sedondon dan cepat-cepat ajak naik menggayakan. Sapa dapat sorakan paling gemuruh akan dikira sebagai pemenang.


Sporting habis....! Padahal waktu bekerja jika jumpa semua malu nak sembang. Kadang tu nama  pun tak tahu.


Paling ditunggu ramai adalah acara Cabutan Nama Bertuah. Hadiah yang dipamer hanya sebahagian dan untuk tayangan sahaja. Pemenang boleh tuntut hadiah selepas majlis kerana 150 hadiah disediakan tidak mungkin dapat diserah dalam masa majlis yang hanya terhad 4 jam. Paling banyak barangan elektrik termasuk LED TV, peti sejuk, blender, iron, juicer, induction etc...etc.. Hanya 10 hadiah utama sahaja yang naik ke pentas menerima.


Part baca nama bertuah ni yang paling best dan happening.


Sampai ke lantai nak semak hadiah. Abang Jas... Abang Jas....


Salah seorang tetamu VIP, Dato' Salleh menyampaikan hadiah 2nd Grand. Sebuah henpon iPhone6. Kawan department saya. Aduhai... iPhone6 youuuuu...!

iPhone6 cuma satu, tapi hadiah henpon lain jenama Acer ada 6. Satu pun nama saya tak sangkut. Wuaaaa....!


Ini hadiah utama. Tajaan RM3,000 berupa voucher melancong. Boleh pilih nak melancong ke mana saja. Saya yang kaki berjalan ni hanya jadi wakil tukang amik saja. Pemenangnya juga dari department saya tapi dia dah naik ke atas ofis, lalu saya berlagak macam hadiah tu saya punya. Hahaha huhuhu cedih..!.


Macam biasa. Sesi fotografi selepas majlis. Ini sebahagian kawan dari department saya. Tidak ramai yang join. Saya sudah naik ke surau dan dah malas nak turun lagi. Depa yang lain masih berfoto dan melayan karaoke.


Sesi lepak bergambar camni hanya berlaku setahun sekali. Jadi semua orang ambil peluang untuk posing.



Merasa pegang jer lah... hadiah yang dimenangi oleh Head of Department saya (HOD @ Manager). Dia dapat chopper elektrik.

Walaupun majlis nampak sederhana tetapi program sebegini sangat bermakna dan menggembirakan semua orang. Kerana waktu bekerja kami jarang dapat bergebang atau bertegur sapa. Peluang sebegini memberikan kemesraan dan mengurangkan tekanan.

Saya yakin pihak pengurusan sangat menghargai semua pekerja (yang beratus-ratus orang ni) dan kami wajar sekali memberikan khidmat yang terbaik untuk company. Untuk kebaikan bersama. Untuk keuntungan bersama.

Tayang-tayang:


Goodie bag tahun ini. Setiap orang staf mendapat beg serbaguna yang cantik ditempah khas ini. Kebetulan ulangtahun syarikat yang ke-30 tahun ini. Saya suka. (tahun lepas kami dapat powerbank).




 ~...menyusuri Sungai Menghijau Lumut tidak pernah menggembirakan HISYAM yang bukan sahaja belum cekap mendayung sambil mengawasi SERI BULAN yang suka menjulur tangan ke air tetapi juga dia sering resah-cemas kerana di jeti nanti akan ada pula puluhan mata menanti untuk menonton kawan baiknya itu naik dengan kaki separuh basah dan seluar panjangnya yang melekat bak tongkol jagung tunggu dikokak...~




20 comments:

  1. bestnya...nampak meriah sangat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah sebab kami sangat ramai. Pastu pakai baju tema Raya plak. Happening sangat.

      Delete
  2. Bestnya. Sabar ye kak kot ulang tahun ke 30 punya majlis dapat hadiah. Hadiah hebat2 belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa... katanya hadiah memang sangat sangat lumayan. Keta kot... masih rahsia lagi.

      Delete
  3. Replies
    1. Meriah riuh sebab suspens nak tahu hadiah bertuah.

      Delete
  4. meriah.. happening.. ;)
    betul kak.. time macam nilah tetiba boleh rapat dengan orang yang kita jarang jumpa atau bercakap.. moment yang indah kalau nak diingat balik.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap tahun semua orang ternanti nanti majlis ini sebab ia akan menjadi hari meriah dan kami bebas bergerak takyah buat kerja. Hahaha

      Delete
  5. hadiah semua menarik....
    alahai kalau dapat hadiah tuperware pun dah senyum besau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Ada juga hadiah tupperware. But nasib saya tak baik. Satu pun tak sangkut.

      Delete
  6. masa ni la baru nak bermesra mesra kan?
    jemput singgah tips cantik tanpa mekap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Inilah masanya pun. Makan sakan sakan sambil posing sakan sakan.

      Delete
  7. Assalamualaikum Kak,

    Meriah sungguh sambutan raya.. Makanan pun best 2 belaka..

    ReplyDelete
  8. Seronok bila semuanya sporting. Dan saya tengok akak pun have fun walau tak dapat hadiah. Itu yg pentingnya...

    ReplyDelete
  9. Wah! Meriahnya majlis. Alhamdulillah..mujur oarng atasan akak memahami situasi orang islam..

    Along follow sini.. follow Along semula di :

    http://www.rahimaim.com/

    ReplyDelete
  10. tu lah utgnya kerja dgn company besar . byk ganjaran diberi ... nampak sungguh meriah ...

    ReplyDelete
  11. meriah sungguh naa. lama kak nah xsinggah sini.. azie apa khabar..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails