Monday, August 17, 2015

...dan Syawal pun berlalu....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
17-08-2015


Sabtu lalu merupakan Syawal terakhir dan ramai mengambil peluang mengadakan jamuan raya or rumah terbuka saat akhir.

Pun begitu Ahad juga masih ada yang mengadakan majlis raya. Dengan tujuan bersedekah dan mengeratkan silaturrahim, bila pun harinya, tetap menjadi majlis yang wajar kita sokong.

Saya nak simpan beberapa kenangan beraya sepanjang Syawal lalu.





"Welcome to the Hotel California.. such a lovely place.."

Open house rumah Abang Ngah. Santai dan harmoni. Tiap kali lepak rumah Bang Ngah mesti ada jamming.

Sekali sekala berkumpul dan minat perkara yang sama membuat hubungan kekeluargaan bertambah erat.

Di minggu seterusnya pula, kami berkongsi mengadakan majlis raya di rumah arwah MakMertua saya. Khas untuk saudaramara kami dan beberapa orang kawan rapat anak-anak menakan saya.


Saya tidak jemput kawan-kawan saya pun, sebab kalu nak buat untuk kawan, 3 khemah pun belum tentu cukup.



Iparduai, mak-mak sedara dan sepupu sebelah MyToklaki. Jika diteliti, berbanding Toklaki, saya lebih rapat dan mesra dengan sepupu-sepupu dia. Macam saya pulak yang berdarah Adat Perpatih. Hahahaha...

Di minggu berikutnya lagi, kami berkumpul pula di rumah sepupu MyToklaki di Bandar Tasik Puteri, Rawang.



Ini adalah kakak-kakak ipar saya yang paling rapat dan sekepala. Kami selalu geng dalam banyak perkara.

Saya rasa, kerana sebahagian hidup saya berada di KL, saya lebih cenderung bersama keluarga sebelah MyToklaki kerana kami sering berjumpa dan aktif bersama dalam hampir semua aktiviti keluarga.

Lain orang lain cara. Saya lebih memilih untuk mengikut arus yang ada. Arus yang sesuai agar suasana harmoni terus terpelihara dan silaturrahim terus dikekalkan.  Amatlah rugi meletak diri dalam situasi bertentangan dan cuba menunjuk kita hebat atau paling besar. Jangan difikir atau diberatkan fikiran kepada perkara remeh, insyaAllah hubungan bersama keluarga sebelah mertua akan berkekalan aman dan saling menghormati. Saya sentiasa yakin bila kita sabar dan ikhlas, kita akan diterima tanpa ragu-ragu.

*pic kenangan puluhan tahun dulu. Masa Dak Amoi dan Ika bersama sepupu-sepupu sebaya. Yang tunjuk peace tu sekarang ni dah ada anak dua.

Syawal berlalu bukan bermakna pertemuan sudah tamat atau tunggu tahun depan. Kita wajar untuk terus saling berkunjung berjumpa...atau setidak-tidaknya mendoakan kesejahteraan seluruh ahli keluarga kita.


 ~...ketika Halwa Maskat diangkat ke dulang, bagai terbayang tahun lalu begitu bersungguh HISYAM belajar mengayuh dodol bersama Pak Utih dan SERI BULAN yang belajar memerun sabut kelapa untuk api-atas-bawah membakar bahulu telur itik...~




4 comments:

  1. wowww....saya suka jamming secara santai macam nie

    ReplyDelete
  2. klasik nya gambar last tu...!! hehehehehe.. mengimbau kenangan, mesti best.
    Sayangnya saya tak banyak gambar zaman kecik2.. maklum la tak ada camera.. sobb sobb sobbb... :p


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails