Thursday, August 13, 2015

Syawal: Gathering Raya Blogger 2015 di Angkasa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
13-08-2015


Makin lama makin slow. Graf blog saya makin merudum. Adehhh.!

Cerita Raya memang ada banyak lagi. Mana satu nak boh pun tak tau. Mana gambaq nak tempek pun dah pening.

Tapi dalam  kemeriahan dan kesibukan saya, ada beberapa gathering Raya yang memberikan kenangan-kenangan raya yang indah kepada saya dan kepada mereka yang terlibat.

Antaranya:


Gathering Raya Blogger 2015. Tahun ini berjaya juga kami mengadakan majis raya sesama keluarga blogger walaupun simple sekali tahun ini. Yang penting, silaturrahim itu terus terjalin dan dikekalkan.

Saya rasa saya merupakan orang terakhir yang menulis tentang kisah ini. Rata-rata mereka yang terlibat sudah lama menulis entri tentang gathering ini.


Bertempat di kuarters kediaman blogger PakcikLie @ PCL di kem Angkasa di Banting. Wahhh walaupun jauh tapi sangat berbaloi. Tempat tenang, cantik nyaman, berangin dan indah. Saya suka sangat..!



Gathering kali ini juga menemukan saya dengan beberapa orang blogger yang belum pernah saya jumpa. Tapi depa sudah lama berblogging dan rajin betoi mengomen kat blog saya. Antaranya ialah MamaYana dan Nor Azimah yang masing-masing datang bersama keluarga. Gambar bersama Nor Azimah tak jumpa pula...


Ini pic dari blog MamaYana. Thanks.

Hidangan secara potluck tetapi lupa nak snap semua menu.

Tuan dan puan rumah, PCL dan Mama Diana menyediakan air dan Nasi Lemuni (betoi ka...aku lupaa..!).


Inilah rupa nasinya. Macam nasi lemak tapi ada tambah daun. Daun lemuni yer?



Sempat snap ini. Pulut Kuning + Sambal Bilis. Sapa punya kalu bukan puan blog ini. Juga sebagai memenuhi hajat beberapa kawan, saya buatkan juga Kuih Abuk-Abuk.


Apom Polkadot yang dibawa oleh blogger selfie terkenal, Pakcik Gedek.


Me and Puan Rumah, MamaDiana. Terimakasih banyak atas layanan dan kesudian.



Antara kami yang hadir. Memang sudah lebih setahun kami tidak berkumpul sebegini. Kerinduan itu sangat difahami tetapi tidak mendesak. Yang pasti setiap kami sangat gembira bila berkesempatan bertemu beramah mesra. Yang lebih best kerana keluarga masing-masing turut sama hadir dan saling mengenali.

Saya yakin ada banyak lagi gambar di blog mereka yang terlibat. Hanya saya yang tak sempat nak pi cari. Gambar berselfie di belakang Pakcik Gedek ada dak?




 ~...nampaknya sudah heboh disebut orang di surau dan balai raya tentang akan ada risikan baru untuk SERI BULAN di bulan mendatang lalu membuatkan HISYAM tak senang duduk dan enak berdiri dan tak selesa mencangkung, malahan Mak Utih dan Pak Utih mula terasa bahang di ranjang, tetapi SERI BULAN sahaja yang terus sejuk dingin beku macam Elsa kena sumpah dalam Frozen...~




9 comments:

  1. first time join ni kak...tapi seriously rasa seronok walau segan tu sikit punya tebal =)
    nasi lemuni tu memang sedaplah kan? =)

    ReplyDelete
  2. Seronok kan dapat berkumpul kat Banting...suasan yg nyaman... Patut PCL kerja tanpa stress...ehehee...

    ReplyDelete
  3. Salam azieazah,

    Seronok dapat gather sama2 bersama rakan2 bloggers.. Dapat bertukar cerita dan berkenal2an..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya maaf zahir batin..aduii..bila lah dapat join macam ni..teringin bebeno..

    ReplyDelete
  5. semua sporting dan ceria-ceria belaka ye.... :)

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails