السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
29-04-2016
Ohh Shoes Festival datang lagi. Kali ini di PWTC.
Saya mula terjebak dengan Shoes Festival ni sejak 2 tahun lalu. Di PWTC juga. Masa tu, saya pi sensorang jer. Malas nak susahkan kawan-kawan. Yang minat kasut sangat, adalah saya. Tak perlu nak berteman segala.
Tahun lepas, ianya diadakan di KL Convention Centre. Agak jauh ke belakang bangunan pamerannya. Jauh juga saya menapak. Minat punya pasal, saya redah. Walaupun bukan nak beli sangat pun, sekadar nak puaskan hati dan minat. Tengok rekaan yang menarik dan unik.
Boleh baca ceritanya di sini:
Kalu dah hantu kasut
Juga entri ini: Pameran kasut – Lone Ranger
Tahun ini, ianya sudah bermula hari ini. Nampak gaya, tahun ini saya takda peluang nak pergi.
Posternya menarik hati saya, tapi kerana harus berada di luar kawasan esok, tiada peluang bagi saya tahun ini.
Capal bersaiz gergasi. Semasa MISF tahun lepas di KLCC.
Replika kasut besar milik Zhang Toi ini sekali lagi dibawa ke pentas tahun ini. Ini adalah pentas semasa pelancarannya di Sungei Wang, Kuala Lumpur.
Saya juga ada kenangan bersama kasut besar itu pada tahun 2014 dulu.
Ya... saya memang peminat kasut. Ironinya, hampir kebanyakan masa saya keluar, saya lebih selesa berseliper Jepun dan tidak Jepun. Ahaks!
~...pertama kali warga Kampung Separuh Desa melihat SERI BULAN tiba dengan kasut bertumit setinggi 3 inci, bagai ngeri mengenangkan seandainya dia jatuh atau tersandung ke hadapan tanpa siapa yang sempat menyambut, tetapi tidak kurang juga yang berangan-angan hendak cuba memasang tumit sendiri lalu HISYAM tidak jemu cuba menyorok kasut kesayangan temannya itu agar tiada siapa bakal jatuh, tiada siapa bakal tersembam...~