Wednesday, May 25, 2016

WW: “Kada dihirani....”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
25-05-2016


Lama tak buat entri Wordless Wednesday.



Apabila kita terasa tersingkir, geram ‘kada dihirani’, kehilangan sesuatu yang selama ini menjadi habit dan kebiasaan, rasa geram itu sudah tak rasa ada garam, rasa sedih itu sudah tak rasa ada pedih.






 ~...SERI BULAN sudah lama tidak merasa sebegini tenang apabila dia menerima dengan hati terbuka tentang HISYAM yang sudah lama tidak berkunjung datang seolah-olah kopi sudah tidak enak lagi, ikan bakar sudah tidak wangi lagi dan kain tutup tingkap itu sudah tidak menarik pandangan lagi...~




Tuesday, May 24, 2016

I-Learn Ace: saya seorang Kapten...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
24-05-2016


Sabtu lepas berakhir sudah tournament badminton antara team rakan sekerja di tempat saya cari makan. Tournament berlangsung selama 3 hari bermula Khamis, Jumaat (malam selepas kerja), dan final day adalah Sabtu sebelah pagi. Saya berada dalam kumpulan Team berwarna biru (I-Learn Ace adalah nama kumpulan yang diambil dari produk-produk syarikat kami).

Selaku seorang Kapten yang dilantik, saya harus berperanan bijak mengendalikan pemain, mengendalikan masa latihan (walaupun bukan semua dapat turun berlatih bersama juga tidak dapat berlatih sebanyak yang perlu), memilih pemain, memilih Umpires dan Linesman, memberi motivasi dan bersedia dalam setiap keadaan bagi memastikan semua pemain dapat bermain dengan baik dan bersemangat serta tiada perkara-perkara negatif yang timbul samada sengaja atau tidak sengaja.

Tetapi sepanjang 3 hari tournament saya juga diperlukan sebagai seorang Umpire untuk mengadili perlawanan-perlawanan pasukan lain kerana kami tidak mengambil Umpire luar (yang kelak akan melibatkan kos), malah setiap pasukan harus menghantar beberapa orang Umpire dan Linesmen untuk tournament ini.


Selain jadi Umpire, saya juga jadi tukang jaga markah. Jaga scoreboard.


Kerja senang dan menyeronokkan...!

Layan gambar-gambar sepanjang 3 hari kejohanan.







Hari terakhir, final day, our Top Gun sendiri datang meraikan, serta menyampaikan hadiah kepada pemenang serta cenderahati kepada mereka yang terlibat dalam keseluruhan kejohanan.





Team saya menjuarai Men Single. Women Double kami mendapat tempat ke-2 dan ke-3. Women Single mendapat tempat ke-3. Bagi saya itu berbaloi dengan usaha gigih mereka masing-masing. Apapun syabas dan tahniah kepada semua pemain terutama yang menang.

Saya kira matlamat utama selain untuk kecergasan staf, memupuk hubungan sesama rakan sekerja yang berbilang kaum adalah juga menjadi objektif. Bersosial secara sihat, komunikasi yang lebih baik, menjalin persahabatan yang lebih mesra dan harmoni serta membina keyakinan diri adalah suatu tujuan yang berjaya.

Ramai yang sudah berjaya membina hubungan sesama rakan sekerja yang sebelum ini hanya kenal muka tapi masih ada yang tidak tahu nama. Masa bertemu juga amat terhad. Sekadar jumpa di parking, dalam lif, surau atau sekali sekala di kedai-kedai makan. Masing-masing sangat sibuk. Peluang beriadah sebegini memberi ruang untuk kami saling mengenali.


Saya rasa ini adalah pic yang paling tepat untuk menggambarkan suasana muhibbah dan bersosial secara harmoni antara rakan sekerja yang pelbagai bangsa dan agama.

Akan datang pelbagai program sedang diatur dan saya menjangka akan ada lebih banyak penglibatan dari lebih ramai rakan sekerja.


Perasaan seorang Kapten? Saya seronok bergelak dan bertepuk saja. Macam orang takda laki takda keja nak fikir. Hahahahaha....!



 ~...bermain layang-layang di petak bendang di musim kering, sudah menjadi budaya kanak-kanak yang mana orang dewasa tidak pernah terfikir untuk cuba menyentuh tali, tetapi apabila HISYAM dan SERI BULAN tanpa rasa bersalah turun melompat mengejar layang-layang berwarna merah terang itu, tidak pula mereka sedar itu adalah sesuatu yang pelik lalu bila Pak Utih ketawa bercerita gelagat yang menjadi bualan di kedai kopi, SERI BULAN terasa hendak menyorok muka di balik kerudung Mak Utih...~




Thursday, May 19, 2016

Redup Rimba Corner @ Tasik Cempaka Bangi...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
19-05-2016


Ahad lepas, selepas balik dari walimatulurus di rumah sahabat lama, saya singgah menyertai program santai petang, Mencendol di Tasik Cempaka. Program agak mengejut bersama beberapa orang teman blogger lama. Lama kerana kami dah lama kenal sejak awal menjadi blogger, dan lama juga tidak berjumpa dalam program gathering.

Bagi saya yang pertama kali mencari Tasik Cempaka (walaupun ke Bandar Baru Bangi sendirian sudah beberapa kali), 2 kali memusing baru saya jumpa bangunan Pejabat Tanah yang menjadi landmark tempat cendol ini.


Sebenarnya Redup Rimba Corner ini sudah lama popular di kalangan kaki cendol. Sudah kerap melihat dan membaca ramai sekali kawan-kawan menayang gambar. Rupanya, tempatnya sangat mudah dicari, tepi jalan berhampiran Perpustakaan (juga dekat dgn Warta lama) dengan ruang parking keta agak luas dan memudahkan.


Mulanya kami duduk di padang terbuka di bawah pokok yang rendang kerana cuaca redup dan berangin, tetapi baru 5 minit, titis air mulai turun. Lalu semua pelanggan mencari tempat di ruang berbumbung. Bersebelahan dengan sungai dan tasik. Pemandangan memang sungguh cantik walaupun hujan lebat dan angin bertiup kencang.

Tetap kami ceria dan gembira walaupun Redup Rimba Corner hanya menjual Laksa dan Cendol sahaja. Jangan la nak order al carte benda lain pulak.


Laksa dihidang dalam mangkuk bertutup ala-ala mangkuk periuk tanah. Memang sedap. Betul sedap. Patut ramai orang makan dan bercerita tentang laksa nih.


Cendolnya. Pic cilok kawan saya punya.



Terimakasih rakan-rakan blogger sekalian terutama Mak Chaq yang menjadi penaja utama. Terimakasih kerana masa yang yang diluangkan.

Akan datang, kita gather lagi yer...




 ~...bukanlah pada ketika dulu saat di kota metropolitan HISYAM tidak pernah makan semeja dengan SERI BULAN, tetapi makan bersama di danau tepi sawah dengan diawasi Pak Utih dan Mak Utih yang sengaja menyibukkan diri di petak sebelah, perasaan teruja itu sangat berbeza sekali cuma, bangau putih sering mencuri perhatian dan awan larat yang bertelak indah itu juga yang menjadi topik perbualan...~




Tuesday, May 17, 2016

Patutlah menjadi Entri Paling Banyak diKlik....!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
17-05-2016


Di bawah muka depan blog saya, ada senarai entri-entri yang bertajuk “Yang Paling Banyak Diklik...” iaitu entri-entri saya yang disenaraikan sebagai popular dan kerap dibaca orang. Agaknya laa...

Sejak sekian lama, saya melihat entri tentang Bantuan Umum Pendidikan Zakat itu sentiasa berada di kedudukan atas, samada nomot satu atau nomot dua. Saya sentiasa terfikir, ramai agaknya orang di luar sana ingin mengetahui maklumat tentang bantuan Zakat kerana ada info berguna. Walaupun kemudiannya saya rasa sudah tidak relevan lagi.

Terdetik hati melihat komen, adui laa..

Terkejut juga.


Boleh klik SINI, atau terus ke bawah sinun untuk melihat deretan komen dari ntah mana punya orang dan bertujuan mengarut.

Lepas ini, saya kena bekukan entri tersebut.

******

Tayang-tayang:


Sekitar sesi taklimat akhir untuk para Captains, Umpires dan Linesman semalam petang. Tournament badminton akan bermula pada 19–21 Mei ini di VS Sport Centre, Kota Damansara (tidak jauh dari Uptown). Sebagai seorang Captain pasukan, tentulah saya berharap permainan yang meriah, pertandingan yang sihat dan kemenangan. Menang 1,2 kategori pun jadi lah...supaya Grup saya dapat mengumpul point. Setiap point akan dikumpul dari setiap aktiviti yang akan dianjurkan oleh SRC. Sehingga hujung tahun, kumpulan dengan point terbanyak akan menjuarai Keseluruhan Kejohanan Tahunan dengan hadiah yang dirahsiakan.



Secara peribadi, saya tidak sangat teruja tentang hadiah tu, sebab saya tak main apa pun. Yang lebih penting ialah, penglibatan seberapa ramai rakan sekerja, di samping kami saling berkomunikasi dan bersosial dengan lebih baik, sihat dan cergas tidak stress dan hasil produktivi kerja akan meningkat.

Produk yang baik lagi berkualiti akan menghasilkan ganjaran yang baik. Saya percaya.



 ~...walaupun hampir setiap petang ramai sekali pemuda Kampung Separuh Desa bermain takraw di laman balai raya yang baru dibaiki, HISYAM tidak langsung berani cuba menyertai kerana SERI BULAN pernah menyebut anak dara kampung sudah ramai yang begitu berani menjadi penonton dan HISYAM akan terus menjadi sasaran tontonan dan itu kelak akan menjadi bahan gaduh antara HISYAM dan SERI BULAN yang semakin pandai menunjuk cemburu...~




Monday, May 16, 2016

Gathering kali ini, walau berbeza emosi tetapi tetap teguh di hati...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
16-05-2016


Dah lama kami tidak berkumpul ramai. Dah lama tak buat gathering. Lalu Ahad semalam, suatu majlis gathering santai berlangsung di rumah MyAbang Long (abang ipar saya) di Taman Sri Serdang.

Macam biasa, konsep potluck sentiasa menyeronokkan dan mendapat sambutan. Masing-masing datang dengan juadah yang enak.

Walaupun majlis disebut hi-tea @ minum petang, tetapi rata-rata yang datang bagai sengaja mengosongkan perut dan hampir semua datang untuk lunch makan nasi.


Yang tidak kelihatan ialah hasil karya saya, Ikan Talang Masin Masak Lemak Cili Padi dengan Nanas.

Seperti biasa juga, bila ada gathering makan-makan sebegini, automatik saya tak boleh makan banyak. Rasa sana sikit, amik itu sikit dan cukup.


Bahagian dessert. Tak tahu nak mula yang mana. Hasil karya ipar duai saya memang superb sebab depa sangat pandai masak. Saya? Bubur Jagung tu jer lah yang pandai. Hahahaha....


Kami mengambil ruang masa yang ada untuk berbincang banyak perkara berkaitan keluarga. Beberapa perancangan masa depan turut menjadi topik utama bertukar pendapat. Ini sebenarnya sentiasa menjadi agenda kami selain berbincang dalam whatsapp group.


Posing sebelum balik.


Selfie time...! Ipar-duai saya yang juga BFF saya.

Sesungguhnya, bila kita cuba menjadi terbaik untuk keluarga, juga seluruh ahli keluarga sebelah pasangan kita, mereka juga adalah sama kepada kita. Tetap cuba menjadi terbaik dan berbuat baik dengan kita. Ikatan itu tidak dapat ditulis dengan ayat, tapi sangat cepat dirasa, sangat teguh mengikat hati dan jiwa raga.



 ~...suatu ketika dulu HISYAM pernah cuba bertanya kenapa Mak Utih dan Pak Utih tinggal berdua sahaja di Teratak Nyatuh, tetapi bila tiada jawapan yang pasti, SERI BULAN segera mengerdip mata memberi isyarat, jangan lagi ditanya persoalan sebegitu kelak ada yang dihalau pergi...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails