Assalamualaikum
Rabu
09-11-2011
Dah lama nak bercerita pasal novel yang ini. Dah lama juga baca buku ini. Beberapa minggu sebelum Raya Haji lalu.
Lately, aku macam jadi kemaruk nak beli novel. Setiap selang sehari mesti nak beli novel baru. Adehhh.. parah. Dalam seminggu sampai 3 buku novel. Kalu nipis setakat ±500 pages, 2 hari jer abis dah baca. Beli lagi yang baru. Macam orang takda keja...! > jangan tanya.
Novel yang ini karya Melur Jelita (siapa dia nih eh?) yang aku tak pernah dengar nama ni. Kerana aku memang suka novel yang tebal-tebal, lalu bila nampak novel ni dan pandang terus terpikat. Apa yang memikat selain tebal? Kerana cara cerita itu ditulis.
Sejak zaman sekolah lagi aku suka novel yang bercerita menggunakan skop seorang “aku”. Walaupun mungkin plot hanya dilihat dari satu sudut sahaja (kerana watak AKU sahaja yang bercerita) tetapi aku tetap suka. Mula suka dengan cara ini sejak aku terpikat pada satu tajuk novel by AL-TAHA yang menggunakan AKU untuk 3 watak utama novelnya yang menang Anugerah GAPENA.
Novel “Awak Suka Saya Tak?” sangat best. AA rekmen untuk baca. Kenapa best?
Novel ini (menurut penulisnya) bukan novel Islamik, tetapi banyak sekali ciri-ciri keislaman ditulis, didedahkan dan dikongsi bersama. Bestnya!
Kisah cinta. Tentulah kisah cinta. Tetapi kecintaan terhadap Islam itu mengatasi cinta sesama mereka sehingga watak utama Intan Zulaikha begitu sengsara dan bersalah kerana dia menjadi punca kepada kesilapan terhadap agamanya. Setidak-tidaknya itu juga yang aku turut rasakan.
Kisah INTAN yang bertemu dengan seorang lelaki Cina bernama Damien sejak di bangku sekolah, terpisah kemudian bertemu semula 8 tahun kemudian. Damien sudah menjadi Hilman. Memeluk Islam kerana Islam itu sendiri. Tanpa paksaan. Malah keluarganya menjadi penyokong kuatnya, dan hubungan kekeluargaan mereka terus utuh walaupun hanya Hilman yang Islam.
Pertemuan semula mereka sungguh mengasyikkan. Bagi pembaca yang tidak suka novel jiwang, pasti meluat baca. Tapi jiwang yang disulami peringatan dan pesanan serta perilaku teruna dara yang ketat dibatasi hukum dan ajaran Islam, sangat menarik untuk dibaca.
Kedua-dua teruna dara ini berada dalam keluarga yang mewah lagi ternama. Tetapi sikap merendah diri dan bersopan sangat menarik untuk dijadikan contoh sehingga kita merasa, alangkah beruntungnya mereka ini. Kaya, cantik, hebat, bertuah, berpelajaran tinggi... dan segala yang baik dan hebat.
Hilman memiliki resort di Terengganu (hampir 90% cerita dalam novel ini berkisah dari resort ini) dan Intan tinggal di resort tersebut bagi mengendali suatu program khas universitinya. Hilman menjadi pengurus sekaligus pengajar untuk menunggang kuda. Banyak sekali cerita tentang kuda dikisahkan. Sehinggakan kisah kuda beranak pun diceritakan. hahahaha... !Best! (Penulis ada pengalaman belajar menunggang kuda)
Cinta mereka terus dipupuk di sana. Sungguh mengasyikkan.
Cara MELUR JELITA mengolah perasaan seorang INTAN itu sangat best. Peringkat awal (seawal page 10) aku dah terbahak guling-guling gelak sebab memang banyak yang kelakar.
Teks dia pendek-pendek. Perasaan seorang INTAN itu sungguh mengagumkan.
Bila masuk pertengahan ada sedih pula.
Kemudian perasaan berbunga, macam dalam hati ada berekar-ekar taman bunga ros!
Hilman digambarkan sekacak Daniel Henney.
Juga seseksi Daniel Henney. Adehhh...!
HILMAN kemudian jatuh kuda dan hilang ingatan sehari sebelum majlis nikahnya dengan INTAN. Dengan perasaan bersalah INTAN menjalani hidup yang agak sengsara tetapi dia menjadi begitu tabah dan cekal untuk mengatasi kekecewaan kerana tak jadi kahwin.
Hilman hilang “disorok” keluarganya yang ternama. INTAN risau tentang agamanya Hilman. Sudah murtadkah Hilman?
Dengan keyakinan dan semangat (juga rasa cinta yang penuh di jiwa), INTAN kembali ke resort bagi mencari Hilman untuk mencari jawapan atas kekeliruan.
Hilman kembali menjadi Damien dan INTAN merasa sangat bersalah seandainya Hilman sudah murtad.
Cinta tidak semestinya bersatu, kan? Hanya orang yang kuat semangat boleh menerima dengan redha dan syukur.
Lee Min Ho, pun selalu dijadikan contoh lelaki kacak hensem dalam kebanyakan novel. Adehh aku jarang tengok drama Korea, jadi aku tak berapa tahu nama-nama depa nih.
Novel bertajuk “Awak Suka Saya Tak?” ini sebenarnya lebih membawa maksud “Do you love me?” dan seharusnya dijawab, “I love U too....” hehehehe pandai-pandai jer aku. Memang pandai pun!
Pendek kata, memang tak rugi beli novel berharga RM35.00 ni. Cetakan pertama Oktober 2011. Tebal sehingga lebih 1,000 pages. Sapa yang rajin, takda masalah. Tapi kalu tak biasa dengan novel tebal, mesti buku yang baca dia. Hahahahaha...
Ehh.. panjangnya entri ni. Kena stop.
~...“Syam, saya memang sukakan awak walaupun saya tahu awak suka ramai orang lain lagi,” kata SERI BULAN bagai mengeluh nasib diri lalu HISYAM sekadar tertawa nakal bagai sukahati mendengar gadisnya berkeluh kesah...~