Khamis
05-01-2012
Bila keluar dari Pasar Siti Khadijah, dah lepas kul 1 tengahari. Memang plan kami hendak lunch di Restoren Cikgu, Nasi Ulam dalam Kampung Kraftangan berhampiran mercu tanda Kelantan. Replika Quran dan istana Sultan (pejabat rasmi baginda). Yang best, ujan sudah pun berhenti.






Sementara nak masuk ke Restoren Cikgu, kami melintasi beberapa bangunan lama, termasuk Istana Jahar, juga Muzium Diraja, istana tempat “bekerja” Sultan...
Pilihan sederhana. Lauk pauk memang tak banyak pilihan. Ulam pun dah tak banyak yang tinggal, tapi orang sentiasa ramai.
Keli nan seekor tu besar betul! Tapi keli tu memang segar, tak hanyir pun. Ayam goreng 2 ketul besar. Puas hati.Restoren Cikgu ni merupakan restoren terkenal di bandar Kota Bharu. Sudah beberapa kali mendapat liputan di media termasuk Jalan-Jalan Cari Makan, TV3. Memang patut pun, sebab lauknya (terutama keli) memang sedap, dan yang paling best, harganya murah!

Kesemua tu, termasuk air untuk bertiga, percuma air Nescafe Ais untuk orang keempat (yang tiba kemudian), hanya RM23++. Murah betul, kan? Patutlah Restoren Cikgu ni sentiasa penuh dengan pelanggan. Ada 2 ruang, satu di bahagian berdinding kaca berhawa dingin, juga ruang terbuka. Kami duduk di ruangan terbuka.

Kenangan manis kami, berjumpa blogger ARIZAKIAH yang tinggal di Pengkalan Cepa. Terimakasih dan besar sungguh rasa hati, kerana Kak Zakiah datang berjumpa kami di sini. Plan mengejut, tapi menjadi. Terimakasih Kak...! Ada entri tentang pertemuan ini juga di blog beliau: SAMBUTAN TAHUN BARU 4 BLOGGER DI NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG.
Memang tergelak bila isu tentang HISYAM dan SERI BULAN menjadi soal-tanya, tapi jawapan tetaplah tidak dapat diberikan dengan jelas. Nanti saya kena marahhhh...! (cenderahati tu, saya suka sangat! masuk keta terus pakai!)
*jika ada info dalam entri ini yang tidak tepat atau bersalahan fakta, maaf ianya tidak disengajakan.
*jika ada info dalam entri ini yang tidak tepat atau bersalahan fakta, maaf ianya tidak disengajakan.
~...sudah berkali HISYAM berpesan dalam amaran yang lembut manja, agar SERI BULAN tidak langsung mendedahkan dirinya yang sebenar berasal dari keluarga berdarah kerabat agar anak dara Pak Imam tidak terusan perasan tidak terlayan, kerana segala harta benda tidak semesti menjadi pusaka, cinta paksa tidak semesti menjadi asmara...~









































