Day 01:
Perjalanan selesa selama kira-kira 2 jam 40 minit. Landing di airport Nyurah Rai, dalam bandar Denpasar, Bali. Denpasar merupakan bandar utama (disebut first capital oleh orang Bali) merupakan bandar yang penuh kesenian. Menurut tour guide, Denpasar terletak dalam zone tengah dan masanya adalah sama seperti Malaysia. Tidak perlu mengubah jam tetapi peredaran waktu berbeza 1 jam. Maksud saya, Bali lebih cepat siang dan waktu solat awal 1 jam dari waktu di Malaysia. (Solat Zohor kira-kira jam 12.20 tengahari).
Hanya ini gambaran kawasan airport yang sempat saya snap. Kami disambut oleh tour guide tempatan, Pak Ida Bagus yang berpakaian tradisional lelaki Bali. Ada kain seperti sampin, kemeja batik dan tengkolok yang saya lupa nak tanya apa namanya.
Airport Nyurah Rai diambil sempena nama Nyurah Rai seorang nasionalisme Bali zaman dahulu yang gagah berjuang menentang Belanda. Ada patung besarnya di jalan besar hadapan airport, saya snap tapi goyang. Snap dari dalam van. Grup saya kali ini lebih kecil, hanya 7 orang (5 orang sefamili, saya dan seorang rakan perempuan).
Penduduk Bali agak padat mencecah hampir 5 juta orang. Seperti yang biasa kita lihat di lain-lain wilayah Indonesia, mereka hidup sederhana dan juga golongan susah. Saya rasa majoriti mereka bekerja dalam bidang pelancungan kerana Pulau Bali memang cantik. Majoriti penduduk Bali adalah beragama Hindu jadi tidak heran melihat patung dan kuil di merata ceruk dan laman rumah. Itu adalah pemandangan biasa.
Kami tiba sekitar jam 3:30pm dan lokasi lawatan pertama adalah Uluwatu. Di mata saya ianya adalah sebuah taman rimba di tanah tinggi yang penuh dengan pokok, tangga-tangga batu dan sudah semestinya kuil sembahyang. Kami juga diingatkan tentang kehadiran monyet-monyet yang bebas berkeliaran di sini lalu harus berhati-hati dengan menjaga beg atau topi atau kamera.
Di pintu masuk jualan tiket semua pelawat diwajibkan memakai, samada kain seperti pareo ungu itu atau sekadar mengikat kain kuning di pinggang. Menurut Pak Ida, sebagai tanda hormat kerana kawasan ini dianggap suci.
Lihat lelaki yang berkasut hitam itu. Pak Ida Bagus yang berpakaian lelaki Bali.
Tidak pasti sudut mana kawasan Uluwatu ini terletak, saya rasa haruslah sebelah selatan Pulau Bali kerana dari sini menghadap Lautan Hindi dan sayup-sayup nampak Australia. Indahnyaaa...
Berapa ketinggian? Lupa nak tanya awal-awal. Kami bergerak agak berjauhan sesama kami lalu saya tidak sempat temuramah Pak Ida.
Rugi jika tak posing syok sendiri, yer tak?
“Jangan buang sampah ke jurang”.
Di hujung sana kelihatan ramai pelancung berkumpul. Ada pentas di mana persembahan tarian kechak diadakan untuk tontonan pelancung. Dengan bayaran RP100,00 (kira-kira RM30.00 – tapi saya dapat tukaran RM28.40). Pementasan akan bermula kira-kira jam 6:00 petang dan tidak sesuai untuk kami menunggu lalu kami segera beredar.
Di bawa makan malam di pesisir pantai tidak jauh dari Uluwatu. Bali Beach Cafe. Senja menghampiri dan panorama sangat indah. Sepanjang pantai saujana mata memandang deretan meja memenuhi pasir yang putih landai. Ada meja panjang untuk ramai juga ada meja kecil untuk berempat atau pasangan-pasangan bulan madu.
Di hujung sana banyak meja kecil yang saya rasa itu adalah pakej bulan madu. Di hadapan mereka ada persembahan live pemuzik pantai dengan lagu-lagu yang lembut dan indah bersulam desiran ombak. Memang indah dan damai sekali.
Hidangan kami adalah seafood (ketam, udang, siput dan ikan bakar) juga nasi putih bersama welcome drink dan bubur jagung. Sedap sambalnya.
Saya suka pemandangan garis jingga di belakang saya itu.
Di belakang deretan meja makan pula ada beberapa pentas di mana persembahan tarian tradisi Bali dihidangkan. Menarik sekali. Ini pentas yang paling hampir dengan meja kami.
Well... dah kenyang time untuk check in.
Kami menginap di Rivavi Hotel (wifi 24 jam dan laju!) di tengah bandar dan tidak jauh dari Pantai Kuta yang terkenal dan menjadi trademark Bali itu.
Nanti saya akan ceritakan juga tentang Pantai Kuta. Till next entry...